Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca MasukGear. Halop.. Haaloopp... Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana semua peserta Ride Pantai Timur 2015 selamat pergi dan balik. Dan ride kali ni dipermudahkan oleh-Nya walaupun banyak halangan dan rintangan yang terpaksa diharungi. Ujian-ujian sebegini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama peserta dan diharap ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila.
So, selepas beberapa hari tempoh bertendang bertenang, barulah aku ada masa sikit nak mencoretkan stori de mori ni. Jom ride sama-sama.. Ride kali ini dirancang sempena juga dengan berlangsungnya Terengganu Bike Week pada 02.10.2015 - 04.10-2015. Jadi bila difikir-fikir balik, cun juga tu kalau ride ke Pantai Timur. So, beberapa persiapan perlu dibuatlah. Perkara pertama yang buat adalah tukar tayar belakang. Pehh.. Tayar belakang dah macam tayar trek dah. Hehe..
Inilah keadaan tayar aku. Hahaha.. Pakai je dulu..
Sebenarnya aku dah beli siap-siap dah tayar ni. Cuma nak habiskan sikit lagi sisa-sisa bunga yang ada pada Pilot Road 3. Pilihan tayar kali ni adalah Zeneos ZN62. Saja aku pilih jenama ni sebab nak cuba dan nanti aku boleh buat review pasal tayar ni nanti.
Sambil tukar tayar, sambil tu jugak aku servis. Ada sorang kawan yang boleh buat. So, aku hantar kat dia ajelah. Senang. Hehehe
Tadaa.. Inilah dia Zeneos ZN62. Aku akan test tayar ni pergi Pantai Timur nanti. Huhu..
02.10.2015 (Jumaat)
Setelah hampir sebulan tayar ni melilit rim motor aku, maka masa yang dinantikan sudah tiba. Mengikut perancangan, pada 02.10.2015 tu kami semua akan berkumpul di Petronas Bemban jam 7:30 pagi dan bersarapan dulu di gerai selekoh sebelah masjid Kg. Ulu Duyong.
Setelah hampir sebulan tayar ni melilit rim motor aku, maka masa yang dinantikan sudah tiba. Mengikut perancangan, pada 02.10.2015 tu kami semua akan berkumpul di Petronas Bemban jam 7:30 pagi dan bersarapan dulu di gerai selekoh sebelah masjid Kg. Ulu Duyong.
Jam dah menunjukkan pukul 7:15 pagi dah. So, aku pun siap-siaplah. Memandangkan nak kumpul nanti 7:30 pagi.
Bila aku tinjau keadaan langit, macam nak hujan je. Tapi tempat aku belum hujan lagi. Baik aku gerak cepat-cepat.
Ketika dalam perjalanan menuju ke Petronas Bemban, dah bunyi guruh-guruh dah. Dan cuaca pun dah menjadi sejuk. Dedaun berguguran ditiup angin. Tiba-tiba mukaku kebasahan. Hah..! Hujan dah turun. Sampai kawasan air panas Bemban, hujan mencurah dengan lebatnya. Nasib baik aku sempat juga sampai Petronas Bemban walaupun kamera aku dah hampir basah. Huhuhu..
Hujan semakin lebat. Dan lebat lagi. Akupun cuba hubungi yang lain. Sebab masa sampai tu aku sorang je ada kat Petronas Bemban
Dah ramai yang berhenti untuk berteduh. Masa ni hujan tengah lebat.Sambil tu aku ambil kesempatan lah untuk kasi full tank.
Bila check kat laman web Malaysia Meteorology, rupa-rupanya Melaka hujan. Tapi kawasan Negeri Sembilan sikit je hujan. Nak redah, yang lain-lain belum sampai lg. Kawan-kawan, sila update please..
Shah Rizan mula melaporkan dari Taman Asia Selatan. Hujan sangat lebat. Tak dapat nak keluar rumah
Faiz Benelli pun sama. Melaporkan dari Kg. Bemban. Hujan masih lebat. Adeh, macam mana nie..?
Wan (Iz Core) sudah terperangkap di Caltex Bemban. Dia pun tak dapat meneruskan perjalanan.
Bro Azar pun sama, dia menghantar laporan dari Shell Taman Maju. Keadaan hujan amat lebat. So, macam mana nie..?
Aku pun ambil keputusan kena tunggulah dulu sampai hujan sedikit reda. Sementara tu, baik aku ke kedai sebelah kedai Pak Man untuk sarapan. Sekurang-kurangnya boleh jugak pekena roti canai. haha.. Lagipun kedai sebelah masjid Kg. Ulu Duyong tak buka hari ni. Jom sarapan dulu..
Sarapan sudah, jam pun dah melewati 9:00 pagi. Kawan-kawan pun dah ada yang redah sampai sini. Cuma.. Hujan je belum reda. Takpelah, kami tunggulah sikit masa lagi
Hooo.. Eh, Pak Man ada.. Join ride ke..? Dia cakap dia gerak petang..
Eh, kelihatan ZX2R kat hujung tu. Motor siapakah itu..?
Haa.. Rupa-rupanya Ijat punya. Tapi dia tak join ride kali ni. Hanya meneman je pagi-pagi ni
Ustaz Faiz ceria nak jalan jauh. Hahahaha.. Azrul pun ada masa ni tapi dia sedang sarapan bersama orang rumah dia. Takpe, kasi sikit privasi untuk dia.
Bila semua peserta dah ada, maka keputusan dibuat iaitu kita terpaksa juga meredah hujan. Sebabnya jam dah 9:30 pagi. Entah pukul berapa nanti akan sampai Kelantan. Destinasi pertama kami adalah menuju ke Kelantan. Ok, siap-siap semua. Sepanjang perjalanan, gambar takde sebab hujan masih lagi mencurah-curah. On the bike, maka perjalanan bermula menuju ke Kuala Lumpur.
Sepanjang perjalanan, hujan masih turun tak berhenti. Kami teruskan juga demi masa yang semakin mencemburui kami. Tapi sampai di kawasan Senawang ke Seremban, hujan dah beransur reda dan berhenti. Nasib baik hujan dah berhenti. Dapatlah kami keringkan pakaian dan but kami yang lencun. Tapi tiba-tiba rasa nak buang air kecil lah pulak. Stop sekejaplah di RnR Seremban.
Kami sampai di RnR Seremban lebih kurang jam 11:00 pagi. Masa ni hujan dah berenti. So, buang dulu lah mana yang patut sambil-sambil kendurkan urat yang tegang. Hehe..
Tiba-tiba sapa tah terpandang sesuatu kat tayar motor Azar. Hah..? Cabaran pertama.. Dah datang.. Hurm.. Macam mana..?
Rupa-rupanya tayar belakang Azar terpijak skru ni. Rapat tu. Ok, cacing ada, pam ada. Tapi, apa kata kalau jangan cabut skru tu dan kita cari kedai sekitar KL..? Setuju..?
Nampaknya semua setuju, so kita ride dulu menuju ke KL dan kita akan cari kedai motor kat sana.
Sepanjang melalui MRR2 tu, aku ada perasan satu dua biji kedai motor tapi dah terlajak. So, cari punya cari, jumpa la satu kedai motor yang agak besar jugak. Kedai ni terletak di Ukay Perdana. Atas bukit nu haa..
Nasib baik jumpa kedai ni. Hehee.. Oklah, kasi cucuk cacing dulu lah ye
Proses pencucukan cacing sedang dijalankan.
Sesudah cacing dicucuk, tekanan angin pula diperiksa. bagus juga kedai ni. Kerja pantas dan berpatutan. Hehe.. So, jom kita masukgear dulu.
Selepas siap cucuk cacing, kami meneruskan lagi perjalanan. Tapi gambar tak banyak sebab langit kelihatan mendung macam nak turun hujan je. So aku tak berani nak bukak kamera. Nanti basah pula. Selepas tol Gombak, keadaan masih lagi tak hujan. Sempat juga layan Highway Karak. Tapi lepas terowong je, hujan kembali mencurah. Terpaksalah kami memperlahankan kelajuan motor masing-masing.
Sebaik sahaja memasuki kawasan Bentong, hujan masih lagi turun tetapi tak lebat lah. So, kami stop sekejap di Shell Bentong untuk isi minyak
Kerugian isi minyak di sini adalah RM18.50 (RON 95). Selepas isi minyak di sini, rehat sekejap dalam 10 minit, kemudian kami meneruskan kembali perjalanan ke Gua Musang.
Kira-kira 1jam 40minit perjalanan, kami singgah dulu lah di Hentian Benta. Sebab ada yang lapar ni. Hehe.. So, kita rehat lama sikit kat sini untuk makan dan juga solat.
Peace yo.. Perut dah lapar yoo...
Hahaha.. Dah licin dah.. Ekspressnya..
Oklah, jam dah pukul 3:30 petang dah ni. Kena teruskan perjalanan lagi ni. Masih jauh lagi nak sampai Kota Bharu. Ada lebih 300++ km lagi ni.So, jom lah kita masukgear.
Perjalanan diteruskan lagi menuju Gua Musang seterusnya Kuala Krai, Machang dan juga Kota Bharu. Sepanjang perjalanan, hujan dah kembali reda. Ada sesetengah tempat dah tak turun dah hujan.Namun begitu, gambar masih tak ada sebab kamera dah siap bungkus. Haha.. Bukan apa, takut kang nanti hujan turun, susah pulak nak bungkus.
Masuk je kawasan Gua Musang, hujan kembali mencurah. Lagipun masing-masing dah agak kepenatan. So, keputusan diambil, kita stop sekejap kat Caltex Gua Musang. Tapi aku tak isi minyak pun kat sini. Ingat nak cuba sampai Kuala Krai. Agak-agak sampai tak..? Haha..
Pakat duk layan selfie.. Hahaha
Yang sorang ni pulak jadi naga.. Hahaha..
Ok semua. On the bike..!! Sebelum tu, aku ada call homestay nak maklumkan kami sampai lambat hari ni. Tiba-tiba owner cakap homestay tak ada air pulak. Aiseyman, macam mana nie..? Tak apalah, teruskan dulu perjalanan, nanti kita akan follow up lagi dengan owner.
Masa dalam perjalanan, minyak aku dah kurang. Dah tinggal 1 bar je lagi. Hurm.. Nak stop ke tak..? Tiba di Caltex Lakloh, Kuala Krai, Pijol dah bagi signal belok kanan. So, aku pun masuk juga lah. Kiranya terus isi kat Caltex situlah. Jadi, kerugian di sini pula berjumlah RM21.50 (RON 95). Selepas isi minyak, rehatlah sekejap.
Sambil rehat tu, aku bukak la handphone aku. Tiba-tiba ada sms dari tuan rumah. Dia cakap dah boleh masuk kerana masalah air dah selesai. Fuhh.. Alhamdulillah, kalau tak, mana nak cari lagi homestay ni. Dah la masa dah suntuk. Hehe.. Ok, cabaran air dah selesai.
Apa yang ditengokkan tu..? Alamak, cabaran lain pulak la yang datang. Carrier top box motor Faiz patah la pulak. Haish, petang-petang macam ni, mana nak cari kedai. Dah la hari Jumaat pulak. Kalau kat Kelantan, memang cuti hari Jumaat.
Haa.. Nampak tak dah patah antara besi dan tapak kotak tu. Takpelah, nanti aku call adik aku sekejap. Selepas call dia, dia cakap boleh je welding kat bengkel dia. Tapi esoklah jawabnya sebab sekarang pun masih kat Lakloh lagi ni. Takpelah Faiz, jom kita gerak dulu pelan-pelan. Esok kita gi welding eh.
On the bike. Dah jam 7:00 malam dah ni. Kita jalan dulu pelan-pelan eh Faiz.
Hujan dah berhenti. Perjalanan masih lagi berbaki hampir 100km. So, perjalanan diteruskan mengharungi hari yang beransur malam. Makin lama makin kelam. Dah la visor aku dah kotor. Penuh dengan serangga yang shahid. Tetapi perjalanan tetap diteruskan jua.
Sampai di Kedai Mulong kalau tak silap, aku stop sekali lagi sebab nak tunggu ada beberapa orang yang agak ketinggalan. Sementara itu, Idham dah masuk simpang satu lagi menuju ke rumahnya di Melor. Malam ni dia stay di rumah family dia di Melor. Kat sini ada kedai runcit. So, sapa-sapa yang nak beli air ke, boleh la beli. Nanti share sekali eh. Tiba-tiba kami terpandang satu kedai di seberang jalan. Kedai pagar besi. Yess.. Apakah abang tu dapat tolong weldingkan carrier motor Faiz..?
Akupun terus la lintas jalan pergi tanya abang tu, Yess!! Abang tu cakap boleh. So, Faiz, u turn motor kau sekarang. Haha..
Sementara Faiz gi amik spana dan skru drebar, sempat lagi bro Shah mengabadikan kenangan di sini. Hehehe..
Abang tu cakap, untuk keselamatan, baik tanggalkan aje besi carrier tu. So, tanggalkan ajelah.
Maka proses welding pun bermula
Sambil diperhatikan oleh Faiz.. Selaku tuan empunya Benelli.. Hehe
Orait, dah siap dah. Jom pasang.. Nanti boleh gerak cepat. Masing-masing dah penat dah ni. Haha.. Nampak bantal dan tilam je ni.
Orait, dah siap dah pun. Lebih setengah jam jugak kat sini. Fuhh.. Ok, on the bike! Menuju homestay.
Inilah dia kedai besi pagar milik abang tu. Dan dia tak kenakan apa-apa charge pun terhadap kami. Semoga perniagaan abang ni terus maju.
Kami sampai homestay kira-kira jam 9:20 malam. Peh.. Penatnya.. Dan juga lapar. Haha.. So, mandi-mandi dulu lah. Lepas ni nak keluar makan. Lokasi homestay ni dekat Padang Tembak, Pengkalan Chepa.
Sementara itu, Idham sudah berada di kampung halaman, sedang beramah mesra bersama orang-orang kampung yang pastinya menantikan kepulangan beliau bersama motor besar.. Hahahaha.. Siap ada jamuan lagi tu.. Hehehe
Dipendekkan cerita, kami makan malam dekat-dekat sini je. Tapi malam ni ada penampilan istimewa. Kami disambut oleh dua orang wakil dari Kelab Ninja Malaysia iaitu saudara admin dan saudara Man. Terima kasih kerana sudi bersama-sama kami malam ni.
Lepak lama sikit malam ni. Mata dah ngantuk dah.
Kilauan rim motor tuan admin Kelab Ninja Malaysia. Haha.. Malam-malam pun masih berkilat.
Sekali lagi terima kasih diucapkan buat dua orang wakil dari Kelab Ninja Malaysia kerana sudi makan malam bersama kami. Nanti datang melaka, inform kami ye.
Selepas bersembang panjang, kami pulang ke homestay dengan badan yang sedikit penat dan kekenyangan. Ok, light off.. Jom tidur dulu. Esok nak gi pasar Siti Khatijah pulak.
*Info : Bro Otai, MJ, Azrul dan Abg Amri ikut jalan Palong, Muadzam dan Terengganu dan nanti kami akan jumpa mereka esoklah.
Setakat ini dululah coretan ceritan untuk hari pertama. Jumpa pulak esok eh.. Bye-bye..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment