Assalamualaikum.. Selamat hari raya buat semua pembaca setia MasukGear. Haa.. Macam mana anda semua sihat? Haa.. Hari ni ada satu lagi ceghita yang nak aku stori morikan. Hurm.. Pasal apa tu? Pasal ride latihan lah. Maklum la nanti nak ride ke Cameron Highlands plak.. So, sebelum tiba tarikh tu, nak kena persiapkan diri dulu lah. Erm, nak ride ke mana kita hari ni..? Ingat nak ke selatan tanahair.. Erm.. Plan ni sebenarnya dirancang di saat akhir iaitu sehari sebelum hari kejadian.. Dan destinasinya adalah ke Kluang, dan juga ke Kota Tinggi seterusnya ke Desaru. Kali ni aku ride berdua je bersama partner in crime ride aku.. Siapa lagi kalau bukan En. CEO de Kamen Rider..!! Haha.. Jom ikuti kisah ride kami..
09.07.2017 (Ahad)
09.07.2017 (Ahad)
Pagi ni awal lagi aku dah siap-siap sebab janji ngan Azman jam 6:15 pagi kat Tol Ayer Keroh. Beberapa jam sebelum ride tu, hujan dah turun agak lebat. Sekarang dah stop dah hujan. Malam tadi aku dah siap-siap kasi full tank dah NMax aku. Dan kali ni aku akan guna petrol RON 97 kat motor aku sebab nanti aku nak buat perbandingan antara penggunaan RON 95 dan RON 97 terhadap Yamaha NMax. So, apa lagi? Jom lah ke Tol Ayer Keroh.
Aku sampai kat Tol Ayer Keroh jam 6:33 pagi dan selepas tu Azman pun sampai. Tadi dia tunggu kat Petronas Tol Ayer Keroh sebab hujan dah kembali turun tapi tak lebat. Hanya gerimis-gerimis manja je.
Jalan masih lagi basah.. Dan kami memulakan perjalanan tepat jam 6:34 pagi. Selepas ni kami akan exit Ayer Hitam seterusnya ke Kluang lah. Haish, tak sabar nak merasa kopi Stesen Keretapi Kluang.. Hehehe..
Dalam perjalanan membelah Lebuhraya Utara - Selatan, hujan kembali mencurah agak lebat. Handset masih berada kat dalam kocek. Alamak, nak buat macam mana ni..? Nak tak nak, terpaksalah kami stop sekejap bawah flyover dekat dengan susur ke Tangkak. Simpan handset dan wallet semua kat bawah seat. Ayoo..
Hiyyaarggghhhh!!!!! Kami di sini tak lama.. Sekejap je. Kemaskan apa yang patut pastu terus gerak ke Kluang. Fuhh.. Sejuk-sejuk kena hujan ni kalau dapat pekena kopi panas ni mesti best ni.. Haha.. Sepanjang perjalanan, hujan semakin lebat. Sangat-sangat lebat hinggakan seluar besar mahupun kecik semua dah basah lencun. Bertakung air hujan beb..!! Hoho..
Selepas beberapa minit, hujan kembali reda dan berhenti sepenuhnya dekat kawasan Pagoh. Matahari mula memanchorkan sinarnya di ufuk timur. Perjalanan masih diteruskan dan kami exit Yong Peng kerana Azman nak isi minyak jentera Es Wai Em beliau. Kami sampai Tol Yong Peng jam 7:57 pagi. Rehat sekejap kat Tol Yong Peng.
Sementara kesempatan yang ada, sempat la aku nak hantar laporan kejap. Hihi.. Man pula sempat berswafoto bersama.. Hoho.. Nasib baik ada kamera Man, dapat juga aku masuk dalam ini cerita..
Masa ride tadi, kaki aku sangkut sikit kat jalanraya dan terus rosak kasut aku.. Huhu.. Tapi takpe, Perjuangan tetap diteruskan. Haha..
Selesai rehat sekejap, kami terus ke Caltex Yong Peng. Kat sini hanya Azman je yang isi minyak memandangkan minyak motor aku masih ada lagi. Maklum la, tangki minyak 6.6 Liter la katakan.. Hahaha.. Poyo je..
Sikit lagi Man. Dah nak penuh dah tu. Jangan kasi melimpah pulak.
Selesai isi minyak, kita selfie dulu kat signboard ni. Bukti ni tau.. Hahaha.. Lepas je berselfie, terus kami gerak ke Kluang. Misi mencari kedai kopi stesen keretapi pun bermula.. Yehaa...
Selepas 50 minit on da bike mencari kedai, maka sampailah kami kat Kluang dan kedai kopi tu dah jumpa kat mana lokasinya. Tapi setibanya kami dekat dengan stesen keretapi Kluang, tiba-tiba jalan ditutup sekejap. Ada keretapi nak lalu daa.. Ting.. Ting.. Ting.. Ting..
Akhirnya melintas juga keretapi ni. Hoho.. Nasib baik ada Azman dengan Elephone nya.. Sempat juga dia snap gambar keretapi ni.. Hehehe..
Aku tak pasti plak train ni dari mana nak ke mana. Mungkin dari Tumpat ke Johor Baharu kot..? Huhu.. Selesai gerabak keretapi melintas, kami teruskan perjalanan kami mencari kopi stesen keretapi Kluang.
Akhirnya.. Sampai jua kami kat sini tepat jam 9:02 pagi. Ayuh, kita masuk pekena sarapan dulu.. Perut dah lapar ni..
Tapi, kami tak dapat nak tunaikan hajat kami. Pelanggan terlampau ramai sehinggakan ada yang sanggup beratur semata-mata menunggu ada meja yang kosong untuk diduduki. Haish.. Aku dah frust dah ni. Erm, macam mana Man?
Inilah kedainya bersambungan dengan Stesen Keretapi Kluang. Last-last kami terpaksa batalkan hasrat kami nak sarapan kat sini dan aku rasa baik kita cari restoran lain lah untuk sarapan.
Kami cari restoran lain dan akhirnya jumpa la kedai makan ni. Restoran Muhibbah ke apa nama kedai dia ni. Lupo den..
Pelanggan agak ramai dan majoriti darinya adalah Chinese.. Heeeee....
Bila aku tengok waiter dia pakai tudung, dan penebar roti canai pun melayu, barulah aku order roti canai kosong banjir 2 biji. Disulami dengan teh ais dan ais kosong.. Hehe.. Mula-mula memang aku ingatkan kedai ni adalah kedai makan Cina.. Heee.. Rupa-rupanya kedai makan mamak..
Kami lepak lama kat sini sebab cuaca mula mendung dan hujan dah turun secara perlahan-lahan.. Hoo... Takpelah, tunggu je lah dulu..
Selepas menunggu beberapa ketika, aku rasa nak tak nak, mesti kena redah juga hujan yang sedang mencurah ni.. Erm, destinasi lepas ni adalah Desaru melalui Bandar Kota Tinggi. So, sebelum gerak, aku dan Man topup minyak dulu kat Caltex Kluang dan kerugian kat sini adalah RM11.01 (5.026 Liter). Setakat ini roda jentera NMax aku dah berputar sejauh 187.7km. So... Jom kita sambung perjalanan..
Sepanjang perjalanan menuju Kota Tinggi, hujan dah mula berhenti. Jaket masih basah dan kami terpaksa stop seketika tepi jalan untuk streching sebab ngantuk. Hahaha.. Pastu sambung baliklah perjalanan ni...
Langit masih mendung, awan nano bisa membasahi bumi bila-bila masa sahaja..
Perjalanan dari Kluang ke Kota Tinggi mengambil masa hampir 1jam 30 minit. Haa.. Sampai Kota Tinggi je, terus aku cari tanda ni. Hehe.. Ni bukti bahawa NMax bersama SYM 115 SR Sport Bonus dah sampai Kota Tinggi.. Hahaha.. Yeahhh..!!
Kita kasi abadikan dulu lah kenangan kat sini sebelum gerak ke Desaru..
Selesai amik gambar tadi, terus kami gerak ke Desaru. Sebelum tu, sempat aku stop sekejap tepi jalan untuk ambil gambar ni.. Sebelah BSN tu lah restoran milik arwah ibuku. Dan sekarang dah jadi kedai perabot dah..
Ni lah dia Restoran Nik, milik arwah ibuku dan pernah dikenali ramai satu ketika dahulu..
Ok, kita tinggal dulu kisah lama tu, dan sebelum meneruskan perjalanan ke Desaru, nampaknya 115SR Azman derhargaakan petrol untuk diisi.. So, kita kasi dia full tank dulu lah kat Petron Kota Tinggi.
Langit masih mendung dan awan nano masih menebal. Menandakan bila-bila masa saja hujan boleh turun.. Hoo..
Orait, motor Azman dah full tank. Motor aku masih lagi cukup untuk meneruskan perjalanan ke Desaru. Yok kita tinggalkan Kota Tinggi dan meneruskan perjalanan.
Hahaha.. Sempat lagi Azman snap aksi aku bersama NMax. Tq Man di atas usaha keras tu.. Hehe.. Dapat jugak la aku bayangkan macam mana aku tengah ride NMax dari belakang.. Hihi..
Owhhhyezzzz.. Sungguh mengasyikkan sekali cuaca macam ni. Nasib baik hujan tak turun. Seluar aku pun masih lagi kelembapan.. Huhu..
Sebelum sampai Desaru, perut kami memanggil-manggil semula untuk disuapkan dengan makanan yang pastinya akan mengenyangkan kami.. Hehe.. So, aku pilih lokasi ni sebagai tempat lunch kami. Aku pernah sekali datang sini.. Restoran terapung tepi sungai yang suasananya amat mendamaikan
Hujan dah tak turun dah. Langit pun kelihatan kembali cerah. So, moh kita gi makan dulu..
Nak masuk ke sana kena lalu kawasan kelapa sawit tapi jalan cantik nak access ke sana.. Kalau nak senang, boleh cari lokasinya dalam Google Maps.. Taip je Bujang Firefly. Kepompom ada.. Haha..
Yeah..!! Aksi Azman yang berjaya disnap.. Pastinya dia sentiasa senyum riang.. Hihi..
Tadaa.. Dah sampai.. Kami sampai sini pukul 3:00 petang dah. Rasanya nak lepak lama sikit kat sini memandangkan suasananya yang nyaman dan damai.. Hehe.. Boleh makan atas restoran terapung sambil menghirup udara yang segar dan nyaman. Boleh la nak tunaikan kewajipan sekali..
Susur masuk ke Restoran Terapung Bujang Firefly
Sementara masa yang ada, moh kita selfie dulu.. Haha..
Sekitar Restoran Terapung Bujang Firefly
Kami memilih tempat duduk paling hampir dengan sungai.. Kelihatan nun tak berapa jauh di sana ada dua biji kapal mengalami kerosakan dan sedang dibaiki..
Steady Man, kita tunggu order dulu ye..
Sekitar dalam Restoran Terapung Bujang Firefly
2 jam kami habiskan masa kat sini.. Makan dan tunaikan kewajipan. Sebelum gerak balik Melaka, snap dulu satu keping lagi gambar Restoran Terapung Bujang Firefly..
Kami meninggalkan restoran ni tepat jam 5:00 petang. Rasanya dah tak sempat nak ke Pantai Desaru. Dah agak lewat.
So, kami amik keputusan untuk terus masuk Highway Senai - Desaru (E22) dan terus masuk PLUS Highway balik Melaka. Hurm, tah jam berapa la sampai Melaka ni.. Hoho..
Sekejap lagi masuklah kami highway E22. Minyak aku ada 3 bar lagi. Nak masuk 2 bar dah. Erm, kalau dapat nanti ada mana-mana stesen minyak nak kena stop ni topup petrol.. Dari Kluang lagi aku tak isi-isi lagi ni..
Ok, sekarang dah masuk E22 dah. Menuju ke Senai dan seterusnya masuk Highway PLUS lah.
Oleh kerana had lajunya adalah 90KMJ, so kami maintain 85 - 95 KMJ je lah. Tanak laju-laju sangat. Tak best la nak menikmati keindahan alam sekitar.. Hehe..
Dalam perjalanan, tiba-tiba aku terpandang benda tinggi macam mercu tanda apa tah.. Apa tu?
Bila zoom dekat-dekat, wahh nampaknya ada sebuah jambatan yang binaannya agak unik dan cantik. Macam jambatan Pulau Pinang pun ada.. Dua kali tengok macam jambatan Tok Bali pun ada.. Hihi..
So, kami stop kejap kat sini. Kasi abadikan kenangan katanya..
Ini adalah pemandangan atas jambatan tu. Banyak kapal-kapal kargo kat situ
Sebelah depan sikit pun banyak juga kapal-kapalnya.. (Sorry lah kalau susah sikit nak faham ayat aku ni.. Huhu..)
Sementara tu Azman masih di depan. Meneruskan perjalanan sambil mencari stesen minyak. Mana stesen minyak ni.. Motor aku dah tinggal 2 bar je lagi.
Akhirnya jumpa lah stesen minyak Shell. Haa.. Kita stop dulu lah kat sini..
Dari Kluang tadi, kami dah jalan sejauh 188km dah. (kasi free la 200 meter tu.. Hehehe..)
So, aku kasi full tank kat sini, Shell Kawasan Rehat dan Rawat Layang arah Barat. Kerugian kat sini pula adalah RM10.53 untuk 4.81 Liter petrol.
Dah siap semua kasi full tank, ayuh kita gerak semula menuju Melaka..
Alhamdulillah, cuaca agak cerah ketika ini dan keadaan trafik lancar menuju Senai..
Sampai Plaza Tol Senai, kami rehat sekejap. Mata agak kebatuan sikit.. Huhu.. So kita minum air mineral dulu sambil menghirup udara nyaman lebuhraya.. (hurm.. nyaman ker...?)
Aktiviti wajib bila stop di satu-satu tempat. Hehehe...
Asyik tuan dia je selfie, kasi can la sekali-sekala dia pula posing.
Aku tak tau Azman sedang amik gambar ke atau dia sedang hantar laporan.. Haha.. Aku dah selesai hantar laporan dah tadi.. Heeee..
Selesai hantar laporan, moh kita gerak. Kami gerak dari Plaza Tol Senai tepat jam 6:18 petang dan kami tiba di Plaza Tol Senai Baru (kalau tak silap la.. Hehee..) tepat jam 6:27 petang..
So, setelah melewati tol tadi, terus lah kami susur kiri masuk PLUS Highway menuju Kulai, Kuala Lumpur
Sang mentari pun dah mula terbenam perlahan-lahan.. Tengah syok-syok layan highway, tiba-tiba LC tapau aku.. Hahaha.. Takpelah, dah motor dia laju.. Hehehe..
Kelihatan 115SR tetap steady bersama Tuannya.. Terbaeik arr...
Lama-kelamaan, mentari mula terbenam di ufuk barat.. Tapi cahayanya masih lagi kelihatan.. (Wan, maaflah takde pula gambar bas kali ni.. Huhuhu..)
Beberapa ketika selepas tu, kami singgah sekejap di RnR Machap Arah Utara. Kat sini ada Petronas. Azman nak buang air dan topup minyak SYM nya. So, sementara tu aku tunggu kejap lah kat susur RnR nak masuk highway.
Wan, ni haa ada gambar bas.. Hehehe.. Khas untuk hang, Wan..
15 minit kami kat sini, dah tiba masanya untuk kami teruskan perjalanan. Yok kita..
Sang mentari semakin tenggelam di ufuk barat. Menandakan malam mula kunjung tiba.. Masih jauh lagi perjalanan kita ni Man.. Moh le kita sambung perjuangan dan latihan kita yang belum selesai lg ni.. So, sepanjang perjalanan nanti dah takde gambiran dah.. Huhu.. Wan, ni ada sekeping lagi gambiran bersama bas kat depan tu haa..
Sejam kami atas highway, berhempas pulas dengan kenderaan-kenderaan yang agak sedikit sesak. Mungkin ramai yang dah balik ke tempat masing-masing selepas bercuti hujung minggu.. Dan tibalah kami kat RnR Pagoh arah Utara. Dek kerana tuntutan hawa nafsu perut ni, kami tunaikan sekali lagi hasrat dia.. Hahaa.. Lapar lagi katanya.
Jom kita makan dulu.. Sebenarnya ingat nak terus stop kedai Pak Man Janggut, tapi mana tau dia tutup kang, naya perut dah lapar ni.. Hehe.. Takpe, kita kasi full perut kat sini deh..
Zasss.. Beberapa minit je dah licin.. Hahaha.. Laju nau kami makan..
Sejam juga kami kat sini.. Makan dan laksanakan apa yang patut.. Sebelum gerak, sempat aku topup dulu RM5.00 (2.29 Liter) sebab kalau aku tak topup, rasanya tak sampai kot kat Shell Taman Maju. Aku topup sikit tu supaya sempat sampai Shell Taman Maju dan last check point kat situ, boleh la aku kasi full tank sebab nak tengok berapa kerugian petrol untuk latihan kali ini.. Dah settle semua, jom kita gerak.
Akhirnya sampailah kami kat Tol Lipat Kajang, Jasin selepas 26 minit atas highway. Erm, mula-mula aku pilih exit ni sebab aku ingat nak masuk jalan short cut ladang kelapa sawit. Tapi memikirkan demi keselamatan kami sebab dah malam, aku batalkan sahaja hasratku itu..
Laluan ni agak sunyi sikit. Lagipun jam dah hampir pukul 10:00 malam. Erm, ada beberapa cerita seram pasal laluan ni.. Haha..
Kami guna laluan motor.. Huhu.. Tapi rasanya hanya kami berdua je kot lalu sini waktu sekarang ni. Tak nampak pun motor lain.. Hurm, redah je lah.. (Nak tahu kisah seram pasal laluan ni, boleh tanya Azman).. Huhu..
Perjalanan diteruskan dan akhirnya tibalah kami kat Shell Taman Maju tepat jam 10:05 malam. Kami berpisah kat sini. Man teruskan perjalanan ke Taman Tasik Utama, sementara aku pula kasi last full tank kat sini.. Baru la dapat aku kira dengan tepat berapa kerugian aku. Hehe.. So, kat sini kerugian yang aku alami adalah RM 6.61 untuk 3.02 Liter. Semua isian petrol yang aku guna untuk ride kali ini adalah RON 97.
Ni adalah last check point sebelum aku sampai rumah. Dan jarak keseluruhan pun aku kira sampai sini je lah. Mengikut kiraan, jarak yang aku lalui untuk ride hari ni adalah 587.3km (kalau dari Jasin, dah boleh sampai Kota Bharu ni..) dan penggunaan bahan api (RON 97) pula adalah sebanyak RM 33.15 untuk 15.15 Liter.. Sebagai info tambahan, NMax aku ni juga menggunakan 2.58 Liter (kasi bundarlah jadi 2.6 Liter) untuk setiap 100km perjalanan.. Jimat ke larap? Hahaha.. Hurm.. Faktor berat rider pun memainkan peranan yang besar juga dalam penggunaan petrol setiap jentera.. Huhu..
So, sampai sini dulu lah cerita ride kami.. Nanti ada masa dan kelapangan, kita jumpa lagi dalam ride akan datang. Mata pun dah ngantuk dah ni.. See ya..
Adios..
-PokNik-
MasukGear
Terbaik pok nik
ReplyDelete:-)
DeleteAda member yang sejiwa yang kaki ride memang seronok..
ReplyDeleteMasa kat kota tinggi nape tak try murtabak cheese leleh aziz sattar..
Yup.. Memang best.. Tapi kami tak dapat cuti sama2 sebab kami rakan sekerja satu department.. Huhu.. Erm, murtabak cheese tu lokasi belah mana ek..? Hehe.. X perasan plak..
Delete