Jam dah menunjukkan pukul 12:30 malam. Tapi mata masih segar lagi. Belum mahu lelap lagi ni. Aiseh, macam mana nie? Aku tengok En. CEO a.k.a Man pun sama. Untuk hilangkan boring, aku layan la sembang ngan Man. Kemudian kedengaran suara Pais kat luar. Dia lepak kat buaian tu sekejap sambil layan seekor kucing yang manja.. Haha.. Sementara aku ngan Man sedang berpandangan sesama sendiri.. Nak buat apa ni Man? Mata masih belum mahu tidur ni.. Krik.. Krik.. Krik.. Krik.. Takpe, layan je dulu.. Huhu.. Oh ya, korang dah baca episod hari pertama ke belum? Kalau belum, boleh lah klik di sini
Semakin lama, keadaan di luar sana semakin dingin. Dinginnya bisa menggigit hingga ke tulang sum-sum.. Huhh.. Tapi mata masih belum lagi mahu lena.. *gambar dari internet ni..
Apakah mungkin kerana perubahan suhu secara mendadak yang membuatkan otakku sangat cukup oksigen? Sehinggakan aku cuba beberapa kali untuk mengetuk kamar mimpi.. Pintunya hanya terbuka sedikit sahaja dan ianya mula tertutup bilamana aku mula mahu menerpa masuk. Huh.. So, untuk layan perasaan ni, aku buka lah radio..Mula-mula aku layan jazz.. Wah, best juga. Tapi hanya untuk seketika sahaja. Lepas tu aku tukar lagi lagu lain. Tiba-tiba lagu lain pula berkumandang di corong radio handset aku ni. Eh, macam best je layan lagu ni. Lagu apa tu? Erm.. Luigi Boccherini : Guitar Quintet in D Major, G449-A. Bila mata ini mahu lelap, aku perasan En. CEO dan Cikgu Iswardy dah berlayar dah. Tah bila masa mataku ni tiba-tiba padam terus selepas beberapa ketika.. Huhuu.. Zzzzzzz....
Pagi tu aku bangun agak awal sikit. Tapi Azman bangun lagi awal.. Haha.. Selepas tu diikuti pula oleh Cikgu Iswardy. Selepas selesai siap-siap, kami semua makan kat gerai makan sebelah chalet kami. Ooo.. Rupa-rupanya gerai makan kat situ. So, bagus sangat lah, senang dan dekat.
Tapi cuaca pagi ni terasa sejuk je.. Hurm.. Man cakap dah macam kat Old Trafford. Haha.. Malah, ada yang keluar asap lepas hirup nescafe.. Huhu..
Haa.. Tengok tu Cikgu Iswardy siap berasap-rasap lagi.. Hihihihi...
Untuk memudahkan urusan, kami semua sepakat untuk order makanan yang sama iaitu nasi lemak dengan telur mata..
Sementara ada kesempatan ni, jom le kita abadikan dulu kenangan kat sini..
Jam dah pukul sembilan pagi dah ni. Jom lah siap-siap. Lepas ni kita nak panjat Gunung Brinchang pula..
Sementara masih ada yang belum siap, sempat lagi la aku selfie kat sini.. Inilah homestay tempat kami menginap.
Okeh, semua dah sedia? Jom kita teruskan perjalanan di pagi hari ni ke Mossy Forest, Brinchang..
Mossy Forest ni tak la jauh sangat. Tapi agak tinggi dari aras laut. Kelihatan Bro Pejal dengan jentera LC beliau..
Bila masuk kawasan Brinchang je, jalan dah mula sesak. Aiseh, naik motor pun jem ka..? Huhu..
Sesampai je kat Pasar Pagi Berinchang, kami stop sekejap. Kalau tak silap masa ni Azrul gi cari mesin ATM jap. So, kita tunggu dia lah sekejap.
Bila semua dah ready, kita teruskan lagi perjalanan. Masa ni jam dah menghampiri ke pukul 10:00 pagi..
Cameron Highlands dan kesesakan dah agak sinonim.. Datang la masa bila pun, tetap jem juga.. Huhu.. Nasib baik la naik motor je..
Kesesakan jalan yang statik macam ni, siap boleh makan dulu dalam kereta. Fuhh.. Semua kereta tak gerak. Macam park kat atas jalan jer...
Bila masuk jalan menuju kebun teh Sungai Palas je, kami dah rasa lega sikit. Jalannya takde la jem sangat. Syok je layan selekoh-selekoh macam ni..
Koner lagi.. Yeah..!!
Tiba di satu tempat tu, aku tengok kenapa sesak..? Rupa-rupanya ada kereta nak selisih jalan. Maklum la jalan yang disediakan ni hanya satu lorong sahaja. So bila selisih je, kena bertoleransi lah sesama kita..
Sambil menghirup udara fresh, sambil menuju puncak.. Haha..
Bila lepas je lorong kebun teh Sungai Palas, jalan semakin sempit dan curam. Permukaannya pun dah tak cantik. Banyak lubang dan lopak.. Kena lebih berhati-hati..
Sementara semua kat depan, sempat lagi aku snap Cikgu Iswardy tengah posing.. Hahaha.. Kenangan ni...!!
Ada beberapa tempat yang semua kenderaan kena stop kerana ada kenderaan yang tak sanggup nak panjat jalan yang sangat curam. Kemudian diorang buat u-turn..
Masa sampai sini, Land Rover yang bawa pelancong tu brek mati kat situ sebab selisih dengan Estima. Man pula kat belakang Land Rover tu terus juga brek mati motor beliau. Aku pun sama brek mati sebab semua dah pakat pegun. Tapi dengan tak semena-mena, tiba-tiba motor aku sama macam motor Man, menggelongsor ke belakang. Peh, cepat-cepat aku tarik brek belah kiri (brek belakang). Nasib baik tak menggelongsor dah.. Wan Semarak Api plak kat belakang aku.. Huhu..
Dengan hati yang berdebar kencang sebab motor menggelongsor tadi, sempat lagi kita berswafoto neh..
Ok, selesai part Land Rover ngan Estima tadi. Jom kita teruskan lagi perjalanan.
Alamak, sangkut plak Land Rover dengan Naza Citra. Diorang berhenti agak lama kat sini sebab ada sedikit geseran berlaku antara Land Rover dengan Naza Citra. Bila dah settle, dengan lajunya ketiga-tiga Land Rover tu meluncur laju naik ke atas. Kuat sungguh..
Sebeluum sampai atas, aku terpandang kat Land Rover yang sebijik ni. Siap ada tanduk tu.. Memang rare.. Haha..
Masa untuk swafoto lagi.. hehe..
Tengah berswafoto, kelihatan Azrul lalu dengan anak buah dia.. hehe..
Selepas berhempas pulas lebih 30 minit, sampailah kami semua kat sini.. Mossy Forest. Dan inilah kali pertama Blue Core menjejakkan kaki di jalan tertinggi di Malaysia (FT432)
Dan mengikut peta, ketinggian tempat kami park motor ni adalah lebih kurang 1980 meter dari aras laut. Fuhhh..
Dah siap parking, jom kita swafoto lagi..
Dan lagi..
Dan posing terbaik dari Kesang Jaya.. Hehehe..
Dah penat selfie, jom kita naik tangga menyusuri Mossy Forest. Tangga ni membawa kita ke dalam hutan berlumut yang ada kat Gunung Brinchang ni. Penghujung susur yang di bina ni terus membawa kita ke trek nak daki Gunung Irau. Tapi aku jalan tak sampai penghujung la.. Penat.. Asyik naik turun naik turun tangga..
Haaa.. Sebelah sana Perak, sebelah sini Pahang..
Sebelah sini Pahang, sebelah sana pula Perak.. Dan khabarnya tanda tersebut bukanlah batu atau tanda sempadan yang tepat. Ianya hanya menunjukkan arah sesebuah negeri.. Itu sahaja.. Iya ker..? So, kat mana batu sempadan yang betul..? Hurm.. Tahlah..
Kelihatan hutan berlumut kat sebelah kanan tu..
Ada satu tempat tu agak menarik minat aku.. Apa dia..? Ya.. Tanda aras ketinggian 2000 meter dari aras laut. Pehh.. Ni dah dikira tinggi tuu.. Masih banyak lagi gunung-gunung di Malaysia yang ketinggiannya bawah 2000 meter..
Hahaha.. Inilah dia wajah-wajah juara yang berjaya ambil gambar kat sini.. Yang lain..? Erm, aku tak pasti Brader Joe ada ambil gambar kat sini ke tak. Tapi apa yang pasti, Cikgu Iswardy dan Azrul takde gambar kenangan kat sini.. Huwaaaa....
Keadaan sekitar hutan berlumut kat sini..
Masa nak turun tu, kami lepak sekejap kat satu wakaf tu. Tiba-tiba Shah panggil aku dan tunjukkan benda ni.. Haaa... Ni la batu sempadan tepat antara Perak dan Pahang.. Wuhuu...
Kalau ikutkan orientasi gambar tu, bahagian atas batu tu adalah Perak sementara bahagian bawah batu tu pula adalah Pahang..
Encik CEO cuba mencari mimpi di tengah-tengah dua negeri iaitu Perak dan Pahang.. Hehe..
Inilah wakaf tempat rehat yang ada batu sempadan yang real tadi
Kami semua masih lagi belum mau turun. Sangat tenang dan nyaman kat atas ni.. Sejukkkk je rasa walaupun masa ni dah pukul 11:00 lebih dah..
Alamak, dah pukul 11:00 lebih dah? Kita dah agak kelewatan ni sebab check out jam 12:00 tengahari. Jom lah turun. So, kami perlahan-lahanlah turun ke bawah untuk balik homestay. Sesekali ada juga bau hangit macam bau klac atau bau brek. Tapi tak tau plak bau motor sapa.. hehehe..
Sampai sini, dapat request dari Cikgu Iswardy untuk ambil gambiran dia kat sini.. hehehe..
Sekarang cikgu bersama CEO pula.. Aku..?
Terpaksa la aku selfie sendiri sebab takde orang nak ambilkan.. Huwaaa..
Eh, ada orang ambilkan gambar aku la.. hahaha.. TQ En. CEO a.k.a Azman sebab sudi ambil gambar aku walaupun bahagian cerun lagi banyak dalam itu gambar.. Hahahaa..
Yang lain semua dah kedepan, tinggal aku ngan Cikgu Iswardy je kat belakang. So, apa lagi? Ajak berswafoto ler..
Satu lagi posing istimewa dari Cikgu Iswardy, khas buat semua ahli Taman Kesang Jaya kat Jasin, Melaka.. Hehehe..
Ok, semua dah selamat menuruni Gunung Brinchang. Dan maing-masing semua nak balik homestay tu. Akupun belum kemas-kemas lagi ni.. heeee..
Jalan dari Tanah Rata menuju Brinchang masih sesak dengan kenderaan. Fuhh.. Rasa macam dah taknak datang dengan kereta lagi kat sini..
Kelihatan lori Petronas kat situ. Apakah dia nak isi minyak? Atau membekalkan minyak..? Ataupun sekadar melewati kawasan kat sini?
Sesampainya kat homestay, masing-masing kemaskan barang masing-masing. Dan sebelah homestay tempat kami menginap tu ada kedai makan dan jual produk strawberry. Haa.. Eloklah jom kita ke sana.. Aku ngan Cikgu Iswardy nak beli strawberry kering ni..
Kat sana ada kebun strawberry tapi tak besar la.. Kecik je..
Cuma, takde strawberry kering kat sini.. Hampa.. Erm, beli aiskrim dulu lah. Kita makan ramai-ramai kat sini..
Aku bersama Wan Semarak dan Brader Joe sedang menunggu aiskrim strawberry.. Hehe.. So, dah siap semua dah? Jom kita gerak balik.
Selepas selesai makan aiskrim strawberry, kami balik semula ke homestay dan berkumpul kat sini. Bila semua dah ada, kita baca doa selamat dulu sebelum gerak balik Melaka..
Man dan Cikgu Iswardy sedang mengaminkan doa..
Manakala bacaan doa ni dikepalai oleh Brader Joe kita..
Selesai bacaan doa, kami semua terpaksa ke pasar tani Brinchang sekali lagi sebab ada beberapa orang dari kami yang nak shopping di saat akhir. Termasuklah juga aku.. Haha..
Jom lah kita singgah pasar tani dulu ye..
Alhamdulillah, pasar masih beroperasi walaupun dah pukul 1:00 tengahari. Erm, tak pasti pula aku pasar ni sampai jam berapa..
Kelihatan dua orang jejaka hemsyem sedang melangkah dengan gagah perkasa.. Fuhh..
Pilih bang.. Pilih..
Sementara itu, tengok beg Wan tu macam dah sarat jer tu.. Huhh.. Banyak shopping bro..
Sekejap je strawberry dah dalam genggaman Pais..
Peace yoo.. Dah siap ke..? Kita nak balik jauh ni.. Nak balik Melaka derr.. Sekarang dah hampir 1:30 tengahari belum gerak lagi ni, nanti kul berapa la sampai Melaka.. Huhu..
Sebelum gerak, kami semua terpaksa ke Shell Brinchang kerana ada yang nak kasi full tank motor dia.. Dan ada juga yang terpaksa ke bilik termenung untuk seketika sebab sakit perut.. Fuhh.. Membuang kat tanah tinggi.. Haha..
Kasi penuh Jal.. Kamonn..
Sementara menanti hajat yang belum selesai, Shah pula terpaksa ke Tanah Rata dulu sebab nak cari mesin ATM.. Nanti kami semua akan regrouping kat sana lah..
Masa on the way ke Tanah Rata, aku disapa oleh seseorang yang menunggang Yamaha NMax. Aku balas dan aku pusing balik ekori brader tadi.. Rupa-rupanya beliau adalah dari group Yamaha NMax 1 Malaysia.. Haha.. Satu group la kita ni.. Bila sembang-sembang, kami berkongsi satu lagi group NMax iaitu NMax Brotherhood. Wah.. Hahaha.. So, atas kesempatan yang ada ni, moh le kita bergambau sama-sama buat kenangan.. Salam perkenalan dari PokNik, Jasin, Melaka..
Cak.. Haha.. Hantar report ke tuuu...? Auwwmmm... Hahaha..
Okeh, semua dah settle dah..? Jom lah kita gerak dulu balik Melaka. So, kami gerak dari Tanah Rata jam 1:55 tengahari. Dah hampir jam 2:00 petang dah.. Ikut plan asal, gerak jam 11:00 pagi.. Hihi.. Takpelah, pelan-pelan je janji selamat sampai...

Masa kami turun, banyak kereta dan motorsikal baru naik dari Tapah..
Slow and steady.. Biar lambat asal selamat..
Kat sini pun ada satu kedai teh.. Bharat Teh Plantation rasanya.. Ramai yang stop kat sini..
Sampai je Ringlet, aku yang belakang sekali dalam barisan tadi dah terhalang laluan oleh lori Petronas ni. Dia baru selesai transfer petrol kot..? Eh, ni lori yang kat Brinchang tadi ker..? Hurm.. Azman dah ke depan.. Tapi dia stop sekejap kat tepi tunggu aku..
Lepas Ringlet je, terus lori ni memecut laju.. Peh, dia layan koner, tak dapat nak follow beb.. Laju siak..!
Eh, sempat lagi aksi aku dirakam oleh lensa kamera handset Elephone P9000 milik En. CEO..
Haaa.. Tengok tu tayar treler tu. Dah sipi-sipi kat tepi jalan tu..
Banyak juga gerai-gerai orang asli jual produk masing-masing kat tepi jalan. Antara yang diorang jual yang aku perasan adalah madu tualang, ubi, sayuran dan juga beberapa jenis buahan. Sapa nak beli, boleh le stop sekejap..
Jam 2:54 petang, aku stop sekejap kat Air Terjun Lata Iskandar. Amik gambar kenangan sekali lagi kat sini.. Kejap je lepas tu aku gerak balik turun Tapah..
Aku ngan Azman sampai bawah sana jam 3:23 petang. Fuh, penat juga melayan jalan Ringlet - Tapah.. Sejam setengah juga kalau dari Tanah Rata.. So, semua dah tunggu aku tu.. Jap lagi kita stop sekejap kat Shell Tapah untuk rehat dan sapa-sapa nak isi minyak, bolehlah berbuat demikian. Ikutkan jadual, lepas ni kita akan ke kedai Nasi Bambu Sungai Kelah kat Sungkai..
Akhirnya sampailah kami kat Shell Tapah. Aku tak isi minyak kat sini.. Cukup sekadar rehat buat seketika.. Tapi yang lain nampaknya sedang penuhkan tangki jentera masing-masing.. Oh ya, Shah dan Pais pun tak isi kot? Huhu.. Takpe la.. Tangki motor dia beso.. huhuhu..
Kelihatan pemuda berbaju T tanpa kolar VR46 sedang penuhkan tangki LC nya.. Tak lupa juga Wan Semarak Api pun sama penuhkan tangki jenteranya..
Orait, dah boleh dah on da bike..!! Kita ke Sungkai plak ye..
Perjalanan diteruskan semula menuju Sungkai melalui jalan dalam. Masing-masing perut dah lapar dah ni.. Haha..
Bala Optikal.. Wow..
Masa ni aku kena lead konvoi ni.. haha.. Duk depan je la aku nampak gayanya..
Masing-masing kelihatan steady sebab lepas ni makan nasi bambu pulak..
Sekali-sekala Pais potong aku.. Pastu dia slow balik.. Erm, awat botoi ayaq tebalik tu?
Ok, dah tak jauh dah.. Sikit je lagi..
Akhirnya sampai jua kami kat sini selepas stengah jam ride dari Tapah.. haaa.. Kan tak jauh.. Kedai pun masih bukak tu.. Cuma.. Aku tak pasti masih ada lauk lagi ke tak sebab sekarang pun dah pukul 4:12 petang dah ni. Takpe, jom kita masuk dulu..
Huihhh.. Dah pukui empat pun masih ramai orang naa.. Kena beratuq dulu lah..
Semua dah kepenatan.. Tapi Brader Joe nampak steady lg laa..
Ok, makanan aku dah dapat. Aku ambil Ayam Bunian.. Sedap tau.. hahaha..
Brader Joe pun dah dapat, Pejal pun dah dapat jugak. Jom kita bedal dulu lah.. hehe..
Terbaeik..!! Haha..
Tapi, lain pula al-kisahnya dengan En. CEO bersama Cikgu Iswardy.. Kedua-dua sahabat ni memilih untuk mengharungi cabaran yang lebih kentill.. Diorang makan ikan yang banyak tulang sebagai cabarannya.. Hehe..
Sejam juga kami habiskan masa kat sini dan tibalah masa untuk kita gerak pulang Melaka.. So, jom lah kita siap-siap.. Erm, sebelum gerak, kasi abadikan dulu la kenangan kat sini. Tah bila la aku akan ke sini lagi ngan NMax.. Haha..
Orait.. On the bike menuju Selatan Tanahair.. Haa.. Memandangkan masing-masing dah kenyang, lepas ni kita akan stop kat RnR Ulu Bernam. So, sapa nak jalan dulu, silakan.. Sapa nak pecut, silakan. Nanti tunggu je lah kami kat sana eh..
Jom.. Semua dah laju-laju tinggalkan aku sorang-sorang kat belakang ni haa.. Apa lagi? Amik gambar highway ngan keta je lah.. Hihi.. Eh, depan tu dah nak masuk Selangor dah..
Dipendekkan cerita yang panjang ni, aku sampai RnR Ulu Bernam hampir jam 6:00 petang. Kat sini kami berhenti seketika untuk solat dan untuk sesiapa yang nak topup minyak. Jap eh..
Selesai solat, kasi Azrul dan anak buah dia gi surau pula. Kira ganti aku pula tengok-tengokkan motor. Tadi Azrul yang tengokkan motor. Erm, minyak aku ada lagi 3 bar. Nak isi ke tak? Hurm, tak payah dulu lah. Cuba lah nanti isi kat RnR Jejantas Sungai Buloh.. Huhu..
Selesai solat, semua dah tunggu kami kat depan tu. Dan perjalanan diteruskan lagi. Selepas ni kita akan stop kat RnR Jejantas Sungai Buloh pula.. So, macam biasa lah, jumpa korang semua kat sana eh..
So, ride layan jiwang lah kali ni atas highway.. haha.. Eh, tu kat depan tu kalau tak silap Wan Semarak Api tu..
Hari dah mula gelap. Jam dah melewati 6:30 petang.. Aku masih di atas highway, belum tiba lagi destinasi yang ditujui..
Tadaa.. Sampai juga aku kat sini.. masa aku sampai tu, kelihatan Azman tengah kasi full tank.. Aku..?
Mesti la aku kena kasi full tank. Tengok tu dah tinggal satu bar je lagi. Ni minyak isi semalam ni.. Haha.. Takpelah, jom lah kasi penuh dulu.. So kerugiannya..?
Ni dia kerugiannya.. Menggunakan RON 95, aku mengalami kerugian sebanyak RM11:21 untuk penuhkan tangki NMax yang berkapasiti 6.6 Liter ini. So, masih ada lagi 1.1 Liter petrol dalam tangki..
Aih Rul, isi RON 100 ker..? Huhu..
Aku pekena nescafe dulu sebelum gerak. Orait..!! On the bike..!! Jom kita gerak.. Destinasi seterusnya adalah RnR Seremban. Jom..
Kami teruskan semula perjalanan yang pada aku dah tak jauh dah tu. Mungkin kalau tak stop mana-mana, ada dua jam lagi untuk sampai Melaka..
Dipendekkan cerita (sebab dah takde gambiran kerana hari sudah gelap), kami sampai RnR Seremban selepas sejam berada di ats motor.. Haha.. Man kasi full tank kat sini.. Aku tak isi pun sebab minyak masih banyak.. Hahaha.. (poyo ayat)..
Pejal pun sama kasi full tank.. Maklum la.. Motor laju.. Haha.. mesti la minyak larap..
Sebelum gerak, kami berhenti seketika kat susur keluar dari RnR ni.. Bukan apa, kumpul semua sekali dulu sebelum gerak balik..
Nampaknya dah ada yang berhalusinasi.. Tapi kali ni pak sedara yang halusinasi dulu.. Anak sedara maintain je.. hehehe..
Jauh menung Wan.. Jom lah kita gerak..
Kami gerak jam 8:55 malam dan selepas hampir 30 minit ride, Brader Joe pintas Pejal suruh berhenti. Aku ngan Wan Semarak pun sama la himpit tepi. Macam diorang ada masalah. Selepas diselidik, nampaknya top box kepunyaan Pejal hampir cicir. Dia tak masuk lock. Tapi lepas diketatkan, Alhamdulillah dah takde masalah..
Jom Wan, dah boleh gerak dah tu..
Lepas sambung balik perjalanan, kami sampai kat RnR Jejantas Ayer Keroh jam 9:46 malam. Jom lah kita isi perut yang kosong ni dulu ye.. Lapar banget sih..
Malam ni, aku order nasi lemak ayam dan paru. Nasi lebih ye.. Haha..
Bismillahirrahmanirrahim.. Jemput makan semua..
Cikgu Iswardy pula membawa diri, nun jauh di sana sambil makan nasi lemak juga rasanya..
Aih, brader Joe makan kuih je ke..? Kelihatan Mr. Pejal dah kembali ceria dah tu bilamana kaki dah jejak tanah berdaulat (dah dekat dah nak balik ni..).. hehehe
Dah siap makan, kita sembang kosong sekejap ye. Buat perancangan lepas ni nak ride ke mana pula.. hehe..
Aku tak topup minyak kat sini. Nanti balik lepas ni, aku nak singgah Caltex Bemban dan kat situlah nanti aku nak kasi full tank.. Kat situ perjalanan bermula, dan kat situ juga berakhirnya perjalanan ekspedisi ini.. Huh..
Man pun kasi full tank. Senang, esok baki minyak dalam tangki tu boleh la wat gi kerja.. Haha..
Orait, semua dah sedia.. Jom gerak.. Destinasi persinggahan terakhir nanti adalah tol Ayer Keroh..
13 minit sahaja masa yang diperlukan dari RnR Jejantas Ayer Keroh ke tol Ayer Keroh.. Haha.. Moto kecik, tak dapat nak pecut laju.. Eh, Zua pun ada sambut kepulangan kami.. haha.. terharu.. So, kami berpisah kat sini lah.
Jutaan terima kasih aku ucapkan buat semua peserta ride ke Cameron Highlands kerana sudi ride sama-sama. Jutaan kemaafan juga aku pohon buat kalian semua andainya secara sedar atau tidak, aku ada mengguris hati dan perasaan kalian semua sepanjang ride kali ni. Harapan semoga next time kita dapat ride sama-sama lagi ye..
Selepas bersalam-salaman, aku punmeneruskan perjalanan ke destinasi terakhir aku sebelum balik rumah. ke mana tu? Caltex Bemban. Kat sini aku kasi full tank sekali lagi dan inilah destinasi terakhir yang aku kira untuk sepanjang perjalanan konvoi dari Melaka ke Cameron Highlands. So, kerugiannya adalah RM8.61..
Dah siap semua isi minyak, aku gerak balik rumah lah. Ditemani Cikgu Iswardy, kami sampai taman kami tepat jam 11:31 malam..
Alhamdulillah, semua peserta selamat pergi dan balik. Dan kat sini aku sediakan sedikit rumusan perjalanan untuk dua hari tersebut. Kos petrol keseluruhan yang aku perlukan adalah RM39.44 untuk sejumlah 19.43 Liter petrol, dan jarak keseluruhan yang aku lalui untuk sepanjang konvoi ini pula adalah 772.1km. Secara purata, Yamaha NMax aku memerlukan 2.5 Liter untuk perjalanan sejauh 100km ataupun 1 liter tu boleh pergi sejauh 40km jarak perjalanan. Erm, agak menjimatkan jugak la eh..? Huhu.. Ok la tu.. Hahaha..
So, akhir kata sampai sini dulu lah coretan aku untuk kali ini. Nanti ada masa dan kelapangan, kita ride sama-sama lagi ye. Sekarang ni aku sedang menunggu ada kawan aku yang nak angkat NMax juga. Sapa dia..? Hahaha.. Biarlah rahsia.. Sehingga bertemu lagi dalam entri akan datang..
Chow dulu.... Assalamualaikum.. Bye..
-PokNik-
MasukGear
Salam pok nik.
ReplyDeletenanti boleh ride sama. sy pun teringin gak nk berkonvoi santai ni.
Peh.......rindu nak ride
ReplyDelete