Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua.. Di kesempatan yang ada ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014. Semoga lebih ceria dari tahun lepas. Hehehe.. Nanti kita plan ride pembukaan 2014 pula ye..
Oklah, sebenarnya aku ada stori nak diceritakan.. Stori ni dah agak masak dah sebab lama sangat aku peram. huhu.. Ride penutup untuk 2013 la.. Haha.. So, target kitaorang adalah nak ke Pasar Karat, Batu Pahat. Bila tu..? Kalau ikut plan, 29.12.2013 lah iaitu hari Ahad. So, lets kita berstori.. Hahaha..
29.12.2013, kitaorang dah plan iaitu 7:30pagi berlonggok dulu di Petronas Jasin. Lepas tu gerak ke kedai Pak
Jam menunjukkan 7:23 pagi. Aku menjenguk ke luar rumah. Cuba meramalkan cuaca yang bakal aku tempuhi hari ni. Hm.. Kawan2 mungkin dah ada yang menunggu kat petronas agaknya.
Lepas siap2, akupun turun dari rumah meneruskan perjalanan ke tempat berlonggok kitaorang.
Cuaca agak dingin. Fuhh.. Best je pagi2 cuaca macam ni.
Ok. Dah sampai petronas. Rupa2nya Cikgu Helmi dan Pak Man Janggut (a.k.a MJ) dah sampai.
Cikgu Suhaimi tiba selepas tu. So, pukul 8:00 pagi, kita akan gerak ke kedai Pak Abu untuk sarapan
Orait.. On da bike. Eh, 4 biji je ke? Takpe, takde hal. Kita masuk gear aje.. Hehehe
Menuju ke gerai Pak Abu
Nampaknya Pak Man dah mula memotong Cikgu Suhaimi.. Pak Man lapar ek? Kejap ye Pak Man..
Cikgu Helmi sedang meratah selekoh2 tajam dalam perjalanan ke Tangkak
Nampaknya Pak Man dah ke depan, diikuti oleh Cikgu Suhaimi mengekori rapat. Aku pula sedang skodeng Cikgu Helmi lagi. hahaha
Akhirnya 10 minit selepas itu, sampailah kami ke kedai Pak Abu. Kehadiran kami disambut dengan penuh mesra sekali..
Apa lagi..? Bedal lah.. Aih Pak Man..? Pegang botol sos pun dah terinzal ker..? Hihi..
Ambik gamba kawe so.. Bereh Mie.. Hehehe
Kawe pun lapa jugok. Makey dulu lah
Semasa baru nak sarapan, Bro Am sampai. Dia join sarapan je. X ikut pun.. Huhu.. Katanya nak g mengurut ek..? Massage katanya..
Perut dah kenyang, hati dah tenang, masuk gear le. Destinasi dituju, Pasar Karat Batu Pahat.
Weh, ada orang nak amik gambar aa.. Peaceee Yooo!!!
Ok lah bro Am, sampai simpang ni dulu ye kita jumpa. Next time ada masa kita ride sama2 lagi ye.
Sedikit gambiran di Tol Tangkak
Ikut lorong motor. Mesti patuhi undang-undang.. huhu
Pak Man dah memecut ke depan lagi. Terus memotong Cikgu Suhaimi
Waktu sekarang 9:02 pagi. Highway agak lengang. Udara sejuk je. Cuaca pun agak redup
Cikgu Helmi beraksi bersama kuda hitamnya, berkentutkan Termignoni sistem penuh. Kelihatan sebatang sikat terselit di kocek belakang, untuk memastikan supaya kehenseman tetap maintain sepanjang masa..
Semua dah ke depan. Aku nak layan alam sekitar jap lah.
Maaf sebab gambar agak blur.. Agak2 dengan bacaan meter RPM macam tu, berapa kelajuannya? Err..
Cikgu Suhaimi masih mengekori rapat Pak Man. Hanya beberapa mili saat je ke belakang.
Aku cuba mengejar beberapa kali untuk mengambil gambar Pak Man sedang beraksi di atas highway namun ternyata gagal. Laju nau.. Hehehe
Kitorang memasuki susur ke Batu Pahat lebih kurang jam 9:30 pagi. Sekarang adalah jalan kampung nak menuju ke Batu Pahat
Kenderaan pun tak banyak lagi. Maklum le baru pukul 9:30am..
Sampai di Parit Yaani rasanya lah, tiba2 Pak Man berenti dan buat pusingan U menuju ke stesen minyak Petron. Apa hal Pak Man..? Sementara tu, Cikgu Helmi kasik posing baeeiikkk sikit.
Laa.. Rupa2nya Pak Man ternampak geng Wak Muji tadi. Patut le dia u-turn.
Geng Wak Muji yang rata2nya geng kangkang.
Nampaknya semua dah ready.. Eh.. Nak ke mana? Pasar Karat? Adeh, ni macam plan dah lari dah ni..
"Nak ke Batu Pahat ke atau nak ke mana ni..? Macam konpius je aku ni.."
Haha.. Rupa2nya plan dah berubah. Kami dikhabarkan oleh Wak Muji yang diorang nak ke Kluang Bike Week. Eh, ada bike week eh hari ni? Kitorang tak tahu pun.
So, plan kitaorang dah berubah. Hasil perbincangan, kami bersetuju follow geng Wak Muji untuk ke Kluang bike week. Jadi, kita akan ke Kluang..! Ok juga tu. At least ada bike week. Boleh la cuci2 mata. So, stori seterusnya nanti akan di update kemudian. Hehehe.. Tunggu....
-Chow-
-PokNik-
Best2...x sabar nk tnggu sambungan.
ReplyDeleteBeres.. terima kasih di ats support anda..
ReplyDeleteTerbaik...kalo ade tts @ ride leh join. Saye duk kesang jaya gak. Versys650.
ReplyDeleteOh.. ye ker..? Kalau terserempak, tegur2 la yer.. Boleh tts sekali.
ReplyDeleteBeres...
Deleteterbaik..ada plan ride, tts roger2 la.. tp sy kapcai je, kriss 110..huhu
ReplyDeleteHaha.. Kapchai pun boleh..
Delete