Assalamualaikum semua.. Halop.. Haaloopp.. Yall.. Yaall... Alhamdulillah, ride kapchai pada 01.03.2015 lepas berakhir dengan jayanya setelah mengharungi perjalanan lebih 200km. Berbekalkan semangat yang kentell serta jati diri yang tinggi, kawasan rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah berjaya kami takluki. Hehehe.. Ride kali ini juga ada sedikit kelainan kerana pada tarikh itu juga kebetulan harga petrol naik 25sen. Haha.. Tapi takpelah, naik pun naiklah. Janji aku dapat ride. Hoho..
So, laluan yang akan kami lalui adalah Taman Maju - Kesang Pajak - Selandar - Gemencheh - Dangi - Kuala Pilah - Ulu Bendul - Rembau - Tampin - Durian Tunggal - Kesang Jaya
Kebiasaannya seminggu sebelum ride tu, aku dah maklumkan dah kat dalam group Whatsapp tentang ride kapcai kali ni. Cuma hanya beberapa orang je yang sanggup mengharungi cabaran dan dugaan ride kapchai ni. Hehehe.. Oklah, tempat berlonggok telah dipilih iaitu berlonggok di Shell Taman Maju jam 8:00 pagi. Pada jam 8:30 pagi kita akan masukgear lah menuju ke tempat sarapan.
Pagi-pagi lagi aku dah bersedia untuk menempuhi cabaran ride dengan kapchai ni. Cheh.. Macam le nak ride pusing Malaya.. Hahaha..
Menuju ke tempat berlonggok iaitu Shell Taman Maju, Jasin. Minyak tak penuh tu, takpe sebab lepas ni aku nak tambah la kasi penuh
Sejuk je suasana ni.. Maklum la baru jam 8:06 pagi. Hehehe..
Aku sampai Shell Taman Maju tu tak ada sorang pun yang datang lagi. Aih, aku orang first ke? Takpelah, kasi full dulu isi minyak. Selang beberapa minit, Ijad sampai dengan kuda barunya. Haha..
Mengikut kata Ijad, ada sorang kawan dia nak ikut jugak. Penyertaan anda dialu-alukan. So, semua dah sampai eh..? Inilah pesertanya. Dari kiri : Asraf (Gugel), Ijad, Pais dan abam otai kita, Azrul
Selepas ni kita akan bersarapan di gerai simpang nak masuk ke Selandar iaitu berdekatan dengan Kg Kesang Pajak. Kami MasukGear tepat jam 8:45 pagi.
Masa ni matahari dah mula memanchaorkan cahayanya.. untuk membekalkan vitamin E semulajadi kepada kita.
Dah sampai gerai untuk bersarapan. So, apa lagi..? Kita makan dulu. Pais tu tak menyabor dah tu. Lapar agaknya.. Hehehe
Inilah sarapanku pagi ni.. Bihun campur koeyteow = koeyhun.. Ada butui ka..?
Hampir setengah jam kami di sini. Sesudah diisi perut ni, kita jalan lah menuju destinasi.
Gugel kelihatan sudah hampir terinzal bila menunggang motornya. Itulah yang dinamakan keserasian. Haha.. Baru 1/10 perjalanan.. Eh, ye ker 1/10?
Perjalanan diteruskan ke Selandar. Dan dari Selandar kita akan menuju Gemencheh
Ahli konvoi baru.. Err....?
Aksi Pais yang berjaya aku rakam sewaktu dia beraksi.. Haha..
Kelibat Azrul membelah keheningan pagi yang berjaya dirakam
Cuaca dah mula membahang namun bukan menjadi penghalang bagi kami. Yeah..!!
Antara halangan yang terpaksa ditempuhi bilamana sebuah lori yang sarat dengan muatan bergerak pada kelajuan pejalan kaki di kawasan berbukit
Keadaan kembali ceria.. Dengan gumpalan awan kumulus yang menceriakan lagi suasana di langit biru
Tasik Jus.. Cantik pemandangan di sini..
Tasik Jus yang terletak di laluan antara Selandar dan Batang Melaka
Kami sampai Gemencheh hampir jam 10:00 pagi. Semua masih lagi steady
Laluan seterusnya belok kiri masuk kawasan Felda Bukit Rokan dan menuju ke Dangi
Haa.. Simpang ni jangan masuk. Kita terus je
Jalan di sini juga agak cantik dan keadaan trafik di sini agak lengang. Macam tak ada yang guna jalan ni je.. Hehe.. Erm.. Hurm..
Beberapa ketika selepas tu Pais memintas aku dan bagitau aku yang Azrul ada masalah sikit. Minyak hitam motor Demak LC nya dah kekeringan tahap agak kronik. Aiseh, nasib baik aku ada bawa sikit spare minyak hitam. So, kita stop sekejap di tepi jalan
Haaa... Tengok.. Betul tak apa yang aku cakap? Takde orang langsung
Macam mana Rul, eberiting ok..? Hurm.. Nampak macam dah ok dah.
Ah..!! Nak posing la sekejap. Pehh.. Jarang sekali aku posing sebegini rupa. Hahaa
Oklah, Azrul cakap dah boleh sambung balik dah perjalanan kita.
So, jom lah kita..
Steady Rul eh.. Hahaha..
Mr. Gugel sempat melambai tangan sambil diekori rapat oleh Pais
Haa.. Lawa rim..? hihi..
Yesss... Relaks Jad, jauh lagi perjalanan ini..
Lepas tu kami stop sekejap untuk bergambar. Peehh... Macam ada kat luar negara pulak. Haha.. Baru le internasionale..
Melewati sempadan Tampin - Kuala Pilah
So, nak ke kiri ke kanan? Err.. Kanan la.. Sebab Ulu Bendul ada kat Kuala Pilah bukan di Tampin
Masing-masing dah menahan perit pancaran sang mentari pukul 10:26 pagi. Takpe, masih ada lagi vitamin E
Ok, dah semakin hampir dah Kuala Pilah. Dengar kata kat sini ada gerai roti canai sedap. Kuah kari kambing lagi. Err... Aku tak makan kambing.. heee..
Alahai.. Sedihnya tengok papan tanda tu. Dah senget dah.. Ataupun.. Mungkinkah ianya direka sebegitu?
Sekarang kita dah sampai Medan Selera Kuala Pilah. Tapi gerai roti canai sedap bukan kat sini. Kena jalan depan lagi. Takpe, Azrul tau lokasinya. Jom..
Setelah saya menggunakan produk ini, kelihatan rambut saya semakin hitam dan menawan. Uban sudah mula berkurangan. Terima kasih NASA.. Heeeee..
Kami sudah cuba.. Anda bila lagi..?
Yeah...!! Jom makan.. Dah start lapar balik dah ni.. Errr... Haha
Haa.. Ni lah kedainya.. Lepas Hospital Kuala Pilah
Kedai ni sebelah Kedai Runcit Jaya Jaya Enterprise. Senangnya dari pekan Kuala Pilah tu, sebelum selekoh ke Makam Tuan Tulis tu akan nampak gerai roti canai tersebut. Nama kedai dah lupa la..
Gugel.. Apa yang direnungkan tu..?
Jangan berhalusinasi Gugel, makan la.. Ulu Bendul dah dekat dah.
Roti canai sedang dibuat bagi memenuhi permintaan pelanggan. Tapi sayangnya masa ni kuah kambing dah habis. Aku tak kisah pun sebab aku tak makan kambing.. Huhu...
Burp...!! Kenyang.. Sedar tak sedar, 55 minit sudah berlalu. Haa.. Jom lah kita ke Ulu Bendul
Alamak, minyak dah kurang dah ni.. Nak isi ke tak..? Nak isi ke..? Tak isi..?
Azrul cakap kat Ijad dia kata nak kena isi jugak minyak ni. Tapi jalan menghala ke Ulu Bendul dah takde petrol station. Alamak, macam mana nie..? Patah balik lah.. Menuju ke Pekan Kuala Pilah
Melewati Giant Kuala Pilah. Besar jugak Giant ni. Nama pun dah Giant.. Mesti la besar.. haha
Dah selamat isi minyak kat Petron Kuala Pilah. Kerugian di sini RM 4.00. Aku dengan Azrul je isi minyak kali ni sebab yang lain tu semua meter minyak rosak. Tak bergerak.. Ada ke patut..? Huh..!!!
Oklah, jom kita menuju puncak destinasi kita..
Okeh, dah tak jauh dah.. Lagi duabelas kilometer lagi.. Ayuh..
Masa lalu kawasan ni, Azrul suruh stop sekejap untuk bergambar di sini. Jalan masuk ke Istana Seri Menanti.. Cantik betul senibinanya.. Internasionale...!!
Kali ni aku pulak nak masuk.. Haha.. Asyik gambar korang je ada, aku takde pun.. huhu..
Kemudian kami meneruskan perjalanan.. Di kiri dan kanan jalan ni ada beberapa gerai menjual makanan secara cash and carry.. haha.. Macam-macam ada.. Itik salai ada..
Daging salai pun ada..
Akhirnya... Destinasi yang dituju sudah sampai.. Fuhh.. Cuaca agak panas ketika ni.. Maklum le dah hampir 12:30 tengahari dah..
Apapun, kita abadikan dulu kenangan di sini.. Kasi setting dulu.. Bagi cun..
Ciku.... Cak...!! Haaa.. Geng kentell yang berjaya menakluki Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan..
Kasi kudaku lari gagah berahi berani berehat sekejap
Sambil tu, kita dengar dulu taklimat ringkas ketua konvoi kita tentang apa yang perlu dilakukan selepas ni
Selpie sikit seround dua.. hoho..
Bila tengok sungai... Aiseh.. Dah ada yang tak tahan.. Apa lagi..? Azrul dah turun dah.. Aku tak mau lah turun.. Seluar spare tak bawak. Nanti kang basah pulak.
Alamak.. Makin dalam.. Makin kuat racun yang diberi.. Fuhh.. Relaks..
Haaa... Tu diaa.... Gaya Submarine Pulang ke Gagang!! Hahaha.. Dah tebabomm dah si Azrul
Alamak.. Pais pulak tergoda.. haha.. Sabo.. Sabo..
Eh.. Eh.. Boleh dia angkat peace pulak..
Dah 3 pasang kasut dah tidak bertuan.. Maknanya dah 3 orang dah menjunam ke dasar sungai.. hehe..
Haa.. Tengok..?? Kan dah 3 orang dah tu..
Eh.. Tak nampak la.. Apa yang terapung biru-biru tu..? Mangsa kepala air tersangkut ke..? Opss...
Haa.. Ijad pun dah tak tahan dah.. Diapun dah turun ke sungai membasaki tekak kaki yang kekeringan.. Azrul senyum je sebab dah berjaya meracuni yang lain untuk mandi.. Tapi aku..? Aduhai.. Mana tahan bro... Air sejuk jer.. Pehh.. Last-last....
Aku pun dah tak tahan.. Kasi clear dulu barang-barang yang perlu.. Kebushh le... haha..
Eh, kepala ke buah kelapa yang terapung tu..?
Akhirnya aku pun kebasahan juga.. Hahaha.. Best bro mandi sungai.. Pehhh...
Hampir sejam setengah kami mandi sungai. Dah naik kecut woo.. Haha.. Baju basah, seluar basah.. Pehh.. Tapi syokkk!!
Kruu.. ku.. ku.. Apsal Jad? Teknik meregangkan urat yang kendur ke..?
Barisan jentera di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah
Setelah semuanya siap, kami MasukGear menuju ke Rembau.
Tetapi kali ni kami memilih laluan Bukit Putus.. Iaitu laluan yang satu ketika dulu menjadi penghubung untuk ke Kuala Pilah. Cuma sekarang ni laluan tu dah tidak digunakan lagi sebab ada laluan baru yang lebih cepat dan selamat untuk digunakan
Are you ready kids guys..? Lets go bebeh.. Sepanjang perjalanan tiada gambaran sebab laluan tersebut agak bahaya.. Dengan laluan yang berliku-liku.. So, aku simpan ajelah kamera
Sampai di Petronas Lavender Heights Senawang, kami stop sekejap. Ada yang nak terkucil.. Hehe..
Masing-masing dah agak kelaparan dah.. So, nak makan kat mana ni? Kita berhenti la mana-mana kedai yang jumpa dalam perjalanan nanti
Perjalanan diteruskan lagi..
...dan lagi... eh.. mana kedai makan ni..?
...dan lagi.... huh.. Lapar ni..
Sedar tak sedar, dah masuk Daerah Rembau dah ni.. Rembau Most Wanted yoo..!!
Tiba-tiba Azrul terpandang satu kedai.. Haa.. Nampak macam sodap yo...
Haa.. Kito singgah sini sajo lah eh.. Buleh ko..? Huhh.. Memang dah singgah.. Tapi mak aii.. Ramainya orang.. Takde seat kosong la..
So, kita tengok kedai depan-depan lah eh.. Jalan lagi.. Dah masuk Pokan Rombau dah ni..
Akhirnya kami jumpa satu medan selera kecik sebelah kanan jalan dekat dengan Stesen Keretapi Rembau. So, nak tak nak kena U turn balik lah. Haa.. Makan tengahari dulu..
Fuhh.. Masing-masing dah kelaparan.. Amik lauk bang.. Jangan segan-segan
Good..? Haha.. Kasi penuh itu perut dulu lah.. Jom.. Jemput makan semua..
Lepas perut kenyang, Ijad dan Gugel nak kasi penuh pulak tangki motornya. Erm.. Shell ni sebelah medan selera tadi je. Kelihatan ada sorang tu dari tadi tak isi minyak. Meter motor dia rosak..! Uh.. Nyampah i tau.. Uwee....
Hurm.. Nak isi ke tak..? Ah.. Tak payah isi dulu lah.. Err.. Sampai mana nanti eh kalau aku tak isi..? Takpe, kita cuba dulu
Sementara itu kelihatan Azrul sedang setting balik carburator DLC nya supaya campuran bahan bakar dan angin dalam nisbah yang betul
Lepas tu, kita teruskan kembali perjalanan kita.. Menuju Jasin.. Haha..
Ke Makam Raja Melewar, sila masuk simpang ke kanan. Kelihatan pengantin perempuan sedang muntah akibat mabuk.. Mungkin sebab mabuk free kot sebab jalan banyak koner.. haha.. Kesian pengantin itu.. Heee..
Anda sedang diperhatikan.. Pehh.. Glamour betul la penunggang motorsikal ni.. Ke mana saja ada orang perhatikan
Sampai Petronas nak masuk Pekan Tampin, Azrul pulak isi minyak. Aku..? Belum mau isi lagi.. Haha.. Agak-agk boleh sampai Jasin ke nie..?
Daerah Ampin Tampin.. Sorry huruf T dah terlindung.. Haha..
Menuju ke Tampin.. Untuk mencari sesuap nasi minyak hitam. Azrul perlukan minyak hitam lagi sebab dah agak kekurangan..
So, kami stop kat satu kedai lepas pekan Tampin.
Glub.. Glub.. Glub.. Glub.. Haaaaa...
Mencari arah tong sampah..
Sesudah minyak hitam di isi, baru la dapat pecut sikit.
Hoo... Dah masuk Melaka dah.. Masa ni dah jam 5:00 lebih petang
Alamak.. Petrol dah semakin berkurangan.. Err... Macam mana nie..? Sempat ke..?
Minyak hitam dah isi secukup rasa, muka ala sinyumm.. haha
Melalui tasik Durian Tunggal. Wah, dah nak sampai Durian Tunggal dah ni..
Tenang je pemandangan
Tapi, jiwaku tidak tenang.. Meter minyak dah semakin ke bawah dah ni
Nak tak nak, aku nak kena pusing ke Shell Durian Tunggal jugaklah untuk refuel More The Nust aku tu..
Kerugian di sini adalah RM 5.00. Hurm..
Haha.. Dah full.. Dah boleh balik Kesang dah ni.. Jom..
Vroommm.... Kuat bunyi ejos moto si Pais nie..
Haa.. Dah nak sampai Kesang Jaya Pajak dah ni. Sekarang ni baru je melepasi kawasan pintu belakang Utem..
Orait.. Selamat sampai Kesang Jaya jam 5:53 petang. So, kami stop sekejap kat kedai makan Kesang Jaya untuk sessi post mortem.
Semua dah kepenatan.. Aku pun dah kepenatan jugak nak mengarang cerita ni.. Panjang nau.. Hahaha
Barisan jentera yang berjaya menakluki Ulu Bendul
Aku nak masuk jugak.. Hahaha
Selepas tu Abg Amri datang.. Memberi sokongan moral.. Haha.. Dia tak dapat join sebab ada hal yang nak diuruskan
Haha.. Memey Internasionale..
Selepas tu masing-masing pulang ke rumah dengan membawa seribu kenangan yang pastinya tidak dapat dilupakan.. Tapi apa yang pastinya lepas ni akan ada lagi ride kapchai.. yang pastinya untuk destinasi yang lebih jauh. Tunggu....
Bye-bye..
-PokNik-
MasukGear
Halop Halop Internasionale ~ haha.. "gugel"
ReplyDeleteHaha.. Jom kita ride lagi.. hehe
ReplyDelete