Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Alhamdulillah, ride udang galah tempohari berlangsung dengan jayanya. Cuma aku nak minta maaflah sebab lewat sikit untuk aku coretkan stori ride ni. Hehe.. Maklumlah cuti raya cina hari tu aku balik kampung. So, sekarang ni barulah aku ada sedikit kelapangan untuk storikan ride udang galah yang berlangsung pada 15.02.2015 hari tu. Tahniah buat semua peserta.. Anda semua memang sempoi.. Terbaeik..!! Ikuti kisahnya..
Kira-kira dua minggu sebelum ride ni, aku ada plan nak ride ke Bukit Fraser. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, ride ke Bukit Fraser dibatalkan. Tapi tak apa, ride kali ini digantikan dengan ride ke Leban Chondong. Ya.. Leban Chondong. Apa ada di sana? Peh, udang galah besar-besar gu. So, selepas tarikh dipilih, akupun mula melakar laluan-laluan yang bakal kami tempuhi.
So, laluan yang akan dilalui adalah secara kasarnya dari Jasin - Pasir Besar - Muadzam Shah - Leban Chondong - Kuala Rompin - Mersing - Felda Nitar - Kluang - Ayer Hitam - PLUS Highway - Tangkak - Jasin
Pada hari kejadian tersebut, aku dah bangun awal pagi dah. Maklumlah excited dah lama tak ride. Siap-siapkan diri untuk menuju ke Shell Jasin tempat berlonggok.
Enjin kuda hitamku sedang dipanaskan sebelum beraksi
Sesudah enjin panas, akupun geraklah menuju tempat berlonggok iaitu Shell Jasin.
Bila dah sampai, rupanya dah ramai dah yang menunggu kat situ. Apakah aku terlewat? Heeee
Peace yo! Oklah, 5 minit lagi kita gerak ye
Oklah, dah cukup dah 5 minit, jom kita sarapan dulu
Perjalanan diteruskan ke tempat sarapan iaitu dekat simpang nak masuk Bukit Katong
5 minit lepas tu, kami sampai tempat sarapan. Apa lagi, kasi makan dulu la. Perut mau kena isi. Bukan motor je kena isi minyak
Akupun nak enterprem jugaklah
Longgokan jentera-jentera yang akan ke Leban Chondong
Hampir setengah jam bersarapan, maka jomlah kita MasukGear. Bacaan doa dikepalai oleh ustaz Azrul kita agar dipermudahkan ride kali ini
Amin.. Amin.. Amin..
Semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik
Konvoi bermula seawal jam 8:50 pagi menuju ke Pasir Besar
Inilah kelajuan standard Geng Carrot yang termaktub bilamana berkonvoi melalui jalan kampung.. Heee..
Err.. Macam bukan 94kmj je...?
Penampilan istimewa : Shah Rizan, Idham dan... Err.. Yg kaler biru tu sape eh..?
Sampai simpang dekat Gemencheh, kami stop sekejap kasi kumpul semua. Pastu teruskan perjalanan.. Pose istimewa dari abam pulisi kita
Semua dah cukup ke tu?
Yess...!!! Bertukar..!!
Okeh, dua minit je. Semua dah ada, jom kita teruskan perjalanan
Laluan Felda Jelai ke Pasir Besar agak lengang pagi ni
Kami sampai di Pasir Besar lebih kurang jam 9:30 pagi. Masih jauh lagi arah tuju kita
Aksi cikgu Helmi dan Otai di lampu isyarat.. Haha..
Laluan Pasir Besar - Palong 8.. Keadaan trafik lancar
Aksi Shah Rizan dari pandangan belakang
Sampai simpang jalan Palong, kami stop sekejap. Kasi kumpul balik semua baru kita jalan eh..
Kudaku lari gagah berani.. Kasi rehat sekejap
Antara jentera CBU yg turut serta adalah : Versys CBU
ER6N CBU
dan... Duke CBU.. Diekori rapat oleh jentera-jentera CKD. Pehh.. Memang internasionalé
Ketika masuk jalan Kuantan - Segamat, kelihatan awan nano mula berarak mendung
Harap-harap hujan tak turunlah
Alhamdulillah, hujan tak turun. Hehe.. Kami sampai Shell Muadzam Shah lebih kurang jam 10:30 pagi. Aku pun kasi full tank jugak. Kerugian di sini adalah RM 13.00 (RON 97). Lepas tu, kita take 5 lah sekejap
Kelihatan sikat yang terselit kemas di kocek belakang digunakan untuk memaintainkan kehenseman walaupun ketika menunggang motorsikal berkuasa tinggi
Hai.. Aku nak enterprem.. hehehe
Walaupun loncatan agak tinggi, namun kekemasan rambut tetap kekal sepanjang masa
Ok, kita sembang dulu la.. Nanti lepas ni dah nak MasukGear pulak.
Okeh.. Dah boleh siap-siap dah.. hehe
Jam dah menunjukkan pukul 11:00 pagi. Jom le kita MasukGear. Kali ini perjalanan adalah dari Muadzam terus ke Leban Chondong
Peace satu kali.. Haha..
Peace dua kali.. Haha.. Dari pandangan sudut ini, sikat tidak kelihatan kerana sikat tersebut disimpan kemas di kocek kanan
Hati-hati ada lori di hadapan
Aku cuba mengejar Pak Man.. Dapat..!! Tapi imej agak kabur kerana kelajuan motorsikal berkuasa tinggi beliau terlalu laju
Aksi Abg Amir bersama anak terunanya..
Kelihatan dua buah jentera Yamaha yang pastinya dikemudikan oleh dua orang yang hensem.. Pehh.. Terbaik bro..
Kesemua jentera-jentera yang hebat-hebat selamat mendarat di Leban Chondong jam 11:37 pagi. Amcam? Nak serbu terus ke udang galah? Hurm.. Kita lepak sekejap ambil angin pagi
Geng Carrot @ Leban Chondong
Siapa yang nak membuang dulu, anda dipersilakan
Kat sini, ada beberapa gerai makan yang agak menarik. Erm.. Tapi kami memilih dua buah gerai makan untuk diserbu. 5+1 orang Geng Carrot memilih Gerai Makan Mak Ngah
Dan lagi 5 orang memilih Gerai Mak Andak sebagai tempat untuk melempiaskan nafsu.. Haha.. Jom makan..
Aku memilih Gerai Makan Mak Ngah sebagai tempat untuk menjamu selera. Kelihatan hidangan lauk pauk yang begitu membuka selera. Kechur air liur.. Pehh..
Mak aii.. Besarnya udang. Harga udang mengikut saiz. Antara RM 15.00 ke RM 20.00
Bob masih menunggu makan yang dipesan. Cikgu Helmi dah tak sabar tu. Huuuu... Sedapnya..
Aku just amik nasi putih dengan daging goreng dan sotong 1 ekor. Kerugian di sini bersama teh ais dan ais kosong RM 11.70
Inilah habuanku.. Huwaaa... haha
Mana makanan aku nie..? Dah lapar dah ni..
Kawe makan dulu deh.. Pehh.. Sedap wei makan ngan budu
Haa.. Dah sampai pun mee udang Bob. Apa lagi, kasi tala ler..
Sebahagian dari Geng Carrot sedang menjamu selera
Hohoo... Ni udang kawe weh.. Memey internasionale
Beberapa ketika.. Bila dah kenyang.. Krik.. Krik.. Krikk...
Ada juga yang tewas di medan perang
Sebelum gerak ke Mersing, kasi bergambar dulu. Buat kenang-kenangan
XJ6 Diversion + Versys CKD + Versys CKD + Versys CBU.. Hahaha
Perut dah kenyang, hati dah girang. Jom MasukGear ke Mersing pulak. Kami gerak dari Leban Chondong jam 1:00 tengahari
Cuaca cantik. Panas juga tapi jiwa rider kena kentel..
Sampai di Rompin, singgah sekejap sebab Otai nak beli udang
Tak tahu mana tempat, kasi tanya dulu la driver lori mana tempat jual udang mentah fresh
Sementara tu, kami tunggu Otai dulu. Berlonggok time..
Ah, dah tak jauh dah nak sampai Mersing. Tak sampai setengah jam tu..
Penampilan istimewa.. CBR500R dari Taman Asia Selatan. Yeah..!!!
Okay, semua dah siap sedia dah? Jom kita menyambung semula perjalanan yang masih jauh
Jalan dari Rompin ke Mersing agak cantik. Sesuai untuk melefer di kala tengahari begini
Terspot Geng EOCMotorsport. Nak pin-pin kang nanti tak best pula sebab aku naik motor. Haha.. Jangan marah noo..
Sensor lampu jalan rosak kot.. Tengahari macam ni pun masih menyala.. Huhu..
Kami singgah sekejap di Masjid atas bukit Mersing. Pemandangan di sini sungguh cantik sekali. Dengan tiupan bayu laut membuatkan rasa sungguh nyaman
Inilah masjidnya
Hampir 20 minit kami di sini.. Dah boleh gerak dah. Opss.. Nak topup petrol lah lepas ni. Mana tau cukup sampai Jasin. Hurm.. Tunggu dan lihat
Aku stop di Petron Mersing untuk topup petrol. Alaa.. RM 10.00 je kerugian kat sini..
Lepas siap topup petrol, kami singgah minum-minum dulu kat gerai dah masuk simpang nak ke Felda Nitar.
Kasi pekena keropok lekor dulu seround
Peace yoo... Hoooo...
Hurmmmm... Syedapnya dapat minum dulu.. Aik.. Mana air..?
Otai sedang memeriksa samada keropok masih panas atau sudah sejuk.. sambil diperhatikan oleh Abg Amri selaku pemerhati bebas
Apsal Idham, dah berhalusinasi ke..? Haha
Okaylah, dah boleh gerak dah. Jauh lagi perjalanan kita ni.
Perjalanan diteruskan. Ketika dalam perjalanan, aku ternampak papan tanda ni. Rasanya dah boleh tanggalkan dah papan tanda ni memandangkan tarikh siap tu tahun 2008. Dah 7 tahun berlalu.
Jalan yang dilalui agak cantik. Jalan ni juga sesuai untuk kaki melefer. Haha..
Haaa.. Tengok..! Kan ada dah yang layan melefer. Duke agak cemerlang dikendalikan oleh penunggang professional
Yeah..!! Layan melefer lagi
Dah sampai traffic light. Selfie la dulu.. Haha
Agak menarik roundabout kat Kluang ni
Pesanan penaja : Makcik, kalau nak menunggang dan membonceng tu, pakai la topi keledar demi keselamatan diri. Itu yang penting.
Wah, dah pukul 5:00 petang lebih dah. Singgah dulu di Shell Ayer Hitam sebab ada yang nak isi minyak dan ada juga yang nak terkucil
Deretan Geng Carrot yang sedang menunggu masa untuk berlepas. Lepas ni kita makan putu bambu pulak eh
10 minit lepas tu, kami sampai di kedai Putu Bambu Juriah, Ayer Hitam, Johor. Makan dulu lah. Order.. Order..
Kawe makey abih doh. Hoh.. Ambik lah bekah polisterin nih.
Enterprem sikit. Haha..
Hoo.. Sedap.. Sedap.. Nak tapau lah sikit.. Hihi..
Inilah putu bambu Juriah. Sedap.. Sehingga menjilat bibir sapa yang tak makan.
Ok.. dah boleh bersiap-siap dah mahu pulang.. Perut dah kenyang dah ni.
Kami semua akan menunggu Otai di Plaza Tol Ayer Hitam. Otai masih lagi mencari udang sementara ada yang dah beli ketam. Hoho.. Best.. Best..! Azrul, apa yang dimenungkan tu...?
Abadikan kenangan di Plaza Tol Ayer Hitam. Lepas ni laluan highway lah. Sebab masa agak lewat dah ni. Mana tidak, asyik berenti makan jerrrr.... Hihi..
Sekali lagi aku nak enterprem.. Haha.. Ok, jom MasukGear. Kami gerak dari Tol Ayer Hitam jam 6:16 petang dah. Agak lewat..
Cuaca agak mendung.. Macam hujan mau turun je...? Erk..
Satu per satu aku dipotong. Semua laju-laju tu.. Hehe..
Eh, KTM RC ni kalau tak silap. Naik trailer le.. Apsal..? Buat penghantaran barangkali
Tengah syok layan highway, ada sorang brader ni potong sayur aku. Erm.. Kawasaki 250SL kalau tak silap aku. Agak laju jugak..
Abey Amri dari Kota Metropolitan Bekoh sedang beraksi di atas highway
Klik..! Eh, muka aku la..
Moment paling syahdu. Ride sambil menikmati keindahan matari terbenam. Pehh.. Memey Internasionale bro..!
Kami singgah sekejap di RnR Machap eh.. Aku pun lupa.. Berenti sekejap sebab ada yang nak terkucil lagi. hehe..
Eh, bro 250SL pn ada.. Dia la yang potong sayur aku tadi. heeeeheeee..
Okeh, jom kita. Nanti lepas ni kita masuk ikut Tol Tangkak eh. Kena naik pelan-pelan ni sebab tayar depan motor Pak Man ada masalah sikit.
Sepanjang perjalanan lepas tu aku dah tak ambil gambar. Ada sesetengah kawasan tu hujan dah mencurah tapi tak la lebat. Sampai dah Tol Tangkak
Kami singgah minum sekejap di kedai Belia 4B depan Hospital Jasin untuk sessi penggulungan dan post mortem. Tapi ada juga ahli yang balik terus di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Sementara tu, pekena nescafe le dulu
Turn Abg Amri meluahkan pendapat
Sambil-sambil tu yang lain catit eh. Rumusannya adalah..? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Takpe, nanti rumusannya pada sessi TTS akan datang eh.. Hehehe.. Jangan maree...
Selesai sessi post mortem, masing-masing menuju pulang ke sarang. Aku sampai rumah pukul 9:15 malam. Penat.. Tapi enjoy..
Malam ni aku tak isi minyak lagi. Masih ada 2 bar nak masuk ke 1 bar minyak. Aku plan nak isi esok pagi semasa nak pergi kerja. Kasi full nanti baru dapat tahu berapa kos kerugian keseluruhan petrol. So, pagi keesokkannya semasa aku ke tempat kerja, aku kasi full tank dapat RM 19.00. Total perjalanan keseluruhan adalah 514km dan kos kerugian petrol adalah RM 42.00.
Kalau dikira secara manual aku dapat 4.09L/100km tp meter motor aku tunjuk 4.0L/100km. Oklah, apapun ride kali ni memang sempoi dan aku pasti aku akan ke Leban Chondong lagi untuk kali kedua.. Jumpa lagi..
Chow..
-PokNik-
MasukGear
Enjoy poknik.entry yg mudah dan santai.teruskan berkarya.
ReplyDeleteTq.. Erm.. Nantikan kisah ride kapchai pulak. Hehe..
ReplyDelete