Baru-baru ini Kawasaki Motor Indonesia telah melancarkan sebuah model baru iaitu Ninja RR Mono / Ninja 250 SL. Model ini dilancarkan pada 14.02.2014, dan khabarnya model ini adalah untuk menggantikan model Ninja 150 RR. Berbeza dengan model 150RR, model ini didatangi dengan 249cc, silinder tunggal dan mempunyai 4 lejang. Perlancaran model RR Mono ini adalah yang pertama di dunia. Ianya dibuat di Indonesia untuk pasaran global.
Ninja RR Mono adalah bercirikan sport dan berfairing penuh. Sekali imbas, bayangannya adalah mirip abangnya iaitu Ninja 250 2 silinder. Tetapi rekabentuk lampu hadapan model ini adalah jenis mentol tunggal (single-pot headlight), tidak menyerupai abangnya.
Motor ini dilengkapi dengan tayar bersaiz 100/80-17 untuk roda hadapan manakala roda belakang pula dibelit kemas dengan tayar bersaiz 130/70-17. Untuk kuasa membrek pula, tayar hadapan dilengkapi dengan brek cakera tunggal 263mm dan belakang pula adalah jenis cakera tunggal 193mm. Kedua-duanya dilengkapi dengan kaliper dua omboh.
Apa yang menarik tentang mesin ini adalah sistem suspensinya iaitu ianya menggunakan sistem Uni-Track. Sistem ini adalah sama seperti sistem suspensi jenis Prolink, iaitu yang terdapat pada Honda CBR 250R. Sistem suspensi ini sudah pasti bertindak cemerlang untuk kelajuan rendah mahupun kelajuan yang tinggi.
Seperti yang dijangkakan, enjinnya adalah dari KLX250. Enjin silinder tunggal ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 28hp @ 9700 RPM, hanya kurang 4hp saja dari model 250 2 silinder iaitu 32hp. Daya kilasan (tork) pula adalah 22.6Nm @ 8200 RPM. Ianya dilengkapi dengan kotak gear 6 kelajuan. Kelajuan maksima yang dapat dicapai adalah 153km/h dengan berat motor adalah 151 kg.
Paparan meternya juga cukup kemas dan menarik. Pada paparan tersebut, terdapat beberapa informasi yang berguna kepada penunggang. Antaranya ialah paparan kelajuan yang sangat jelas. Di atas paparan kelajuan pula terdapat paparan kelajuan putaran enjin (RPM). Di samping itu terdapat juga informasi-informasi lain seperti trip meter, aras bahan api dan jam. Di sisi panel meter tersebut, terdapat beberapa penunjuk lain seperti bateri, lampu tinggi, injection fault, ABS dan penunjuk tekanan minyak enjin.
Mengikut pasaran di Indonesia, harganya adalah anggaran Rp. 40 juta. Kalau ditukar ke Ringgit Malaysia, harganya RM 11,130.00. Tapi harus diingat, harga di Malaysia belum sahih kerana model ini belum lagi memasuki pasaran Malaysia.
Diharap pihak Kawasaki Malaysia dapat membawa model ini masuk Malaysia. Pastinya lebih ramai anak muda yang akan memiliki model RR Mono ini kerana rekabentuknya yang cantik, sudah pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kehadiran model ini juga bakal memeriahkan lagi dunia permotoran kelas 250cc disamping mampu menjadi pencabar utama kepada Honda CBR250R dan juga model baru yang bakal dilancarkan nanti iaitu Yamaha R25.
Spesifikasi penuh Kawasaki Ninja 250 RR Mono
Jenis enjin : Sejukan cecair, silinder tunggal, 4 lejang
Isipadu : 249cc
Bore x Stroke : 72.0 x 61.2 mm
Nisbah mampatan : 11.3:1
Sistem injap : DOHC, 4 injap
Sistem bahanapi : jenis suntikan diameter 38mm
Penghidup : Elektrik
Kuasa maksimum : 20.6 kW @ 9700 rpm
Daya kilas maks. : 22.6 Nm @ 8200 rpm
Kelajuan maks. : 153km/j
Transmisi : 6 kelajuan
Nisbah gear ke 1 : 3.000 (393/11)
Nisbah gear ke 2 : 1.933 (29/159)
Nisbah gear ke 3 : 1.444 (31/22)
Nisbah gear ke 4 : 1.217 (28/23)
Nisbah gear ke 5 : 1.045 (23/22)
Nisbah gear ke 6 : 0.923 (42/14)
Sistem klac : Bebilang cakera, basah, manual
Tayar depan : 100/80-17 M/C (52S)
Tayar belakang : 130/70-17 M/C (62S)
Sudut steering : Kiri (36 degree), kanan (36 degree)
Suspensi depan : Fork teleskopik
Suspensi belakang : Bottom-Link Uni-Trak swing arm
Brek depan : Cakera tunggal jenis kelopak bunga 263 mm, kaliper dua omboh
Brek belakang : Cakera tunggal jenis kelopak bunga 193 mm, kaliper dua omboh
Dimensi (PxLxT) : 1935 mm x 685 mm x 1075 mm
Jarak roda : 1330 mm
Kelegaan jalan : 165 mm
Tinggi pelana : 780 mm
Kapasiti tangki : 11 liter
Berat kerb : 151 kg
Mengikut pasaran di Indonesia, harganya adalah anggaran Rp. 40 juta. Kalau ditukar ke Ringgit Malaysia, harganya RM 11,130.00. Tapi harus diingat, harga di Malaysia belum sahih kerana model ini belum lagi memasuki pasaran Malaysia.
Spesifikasi penuh Kawasaki Ninja 250 RR Mono
Jenis enjin : Sejukan cecair, silinder tunggal, 4 lejang
Isipadu : 249cc
Bore x Stroke : 72.0 x 61.2 mm
Nisbah mampatan : 11.3:1
Sistem injap : DOHC, 4 injap
Sistem bahanapi : jenis suntikan diameter 38mm
Penghidup : Elektrik
Kuasa maksimum : 20.6 kW @ 9700 rpm
Daya kilas maks. : 22.6 Nm @ 8200 rpm
Kelajuan maks. : 153km/j
Transmisi : 6 kelajuan
Nisbah gear ke 1 : 3.000 (393/11)
Nisbah gear ke 2 : 1.933 (29/159)
Nisbah gear ke 3 : 1.444 (31/22)
Nisbah gear ke 4 : 1.217 (28/23)
Nisbah gear ke 5 : 1.045 (23/22)
Nisbah gear ke 6 : 0.923 (42/14)
Sistem klac : Bebilang cakera, basah, manual
Tayar depan : 100/80-17 M/C (52S)
Tayar belakang : 130/70-17 M/C (62S)
Sudut steering : Kiri (36 degree), kanan (36 degree)
Suspensi depan : Fork teleskopik
Suspensi belakang : Bottom-Link Uni-Trak swing arm
Brek depan : Cakera tunggal jenis kelopak bunga 263 mm, kaliper dua omboh
Brek belakang : Cakera tunggal jenis kelopak bunga 193 mm, kaliper dua omboh
Dimensi (PxLxT) : 1935 mm x 685 mm x 1075 mm
Jarak roda : 1330 mm
Kelegaan jalan : 165 mm
Tinggi pelana : 780 mm
Kapasiti tangki : 11 liter
Berat kerb : 151 kg
No comments:
Post a Comment