Wednesday, 5 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 1

Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Huhu.. Malam ek..? Ye la.. Sbb aku taip cerita ni dikala malam bulan mengambang. Hehehe.. Sorry pembaca2 semua, buat anda menunggu untuk membaca cerita ni. Hehehe.. Cerita ni agak panjang untuk distorikan. So, cepat2 p dapur buat air dulu.. Sediakan bijik kuaci.. dan boleh la kalau nak start sekarang.. hehehe.. Aku akan cuba buat seolah2 pembaca pun ada sekali dalam ride kali ni eh.. Jom.. Hayati artikel ni dengan penuh khusyuk sekali..

Hari Pertama
Seperti yang telah ditetapkan, pagi ni kami akan bersarapan dulu di kedai dekat simpang nak masuk ke rumah Otai. Abg Amri akan terus ke sana dengan menantunya manakala aku, Cikgu Helmi dan Pakman akan berkumpul dulu di Shell Jasin pukul 7:00 pagi. 

 Sambil2 panaskan enjin, aku tengok jam kat tangan. Aiseh, dah 6:58pagi dah. Hm.. Dah boleh gerak dah ni. Lepas ni nak isi minyak lagi. So, tanpa banyak bicara, dengan lafaz Bismilla hirrahma nirrahim aku memulakan perjalanan.

 Aku sampai Shell Jasin dalam 7 minit perjalanan. Selepas isi penuh, Cikgu Helmi sampai. Kami lepak dulu, tunggu Pak Man. Mana Pak Man ni. Mie, cuba kau call Pak Man, dia ada kat mana.. Lepas Cikgu Helmi call, rupa2nya Pak Man dah ada kat kedai makan dah. Aiseh, jom la Mie. Nnt kita lewat pulak. So, aku ngan Cikgu Helmi pun bergegas ke sana.

 Inilah kedai yang dimaksudkan. "Norjanah Tomyam". Kami akan berkumpul di sini dulu untuk sarapan dan gerak kejap lagi

 Yeah.. Pakman dah kira duit dah tu. Sbnrnya Pakman adalah tukang sponsor kami. Tapi duit makan tu kena collect la dulu dari peserta. Hahaha.

 Eh, Otai pun ada.. A'ah.. Dah dekat ngan rumah dia, alang2 kami panggil jugak lah untuk sarapan sama2. 

 Menantu Abg Amri pun ada. Tapi, kami dikhabarkan yang dia tak jadi ikut kami atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. So, kami berempat aje lah yang akan ride ke Kelantan.

 Otaipun kelihatan dah semakin sihat. Insya'Allah mudah2an dia akan sihat seperti sediakala dan dapat ride semula bersama2 kami. 

Deretan motor geng bikers dari Jasin yang bersarapan pagi ni. Oklah, jom.. On da bike! Alamak.. Abg Amri lupa nak bawak pam angin la plak. So, mcm mana nie? Oklah, kata putus, kita akan ke rumah Abg Amri dulu utk amik pam angin. Pastu kita masuk gearlah ke Kelantan.. hehehe.. Jom kita...

 Jam menunjukkan 8:05pagi dan kami teruskan perjalanan ke rumah Abg Amri dulu

 Semua mengikut had laju kebangsaan.. (Cheh.. Leh caya ker..?) hehehehe

 Sambil2 tu, dapat aku menghirup udara segar di pagi hari.. Wah.. Nikmatnya alam ciptaan Allah..

 Ok.. Dah sampai rumah Abg Amri

 Sementara dia pergi dapatkan pam, sempat lagi aku candid sekeping dua. Haha

 Pam dah diambil. So, sebelum memulakan perjalanan, elok lah kita mulakan dengan bacaan doa semoga semuanya selamat... Amin..

 Maka, bermulalah perjalanan kami seawal jam 8:20 pagi. Perjalanan akan melalui Air Kuning - Felda Jelai - Pasir Bosar - Rompin - Bahau - Serting - Temerloh

 Syok ride pagi2 ni. Udara pun syejukk jer.. Mata pun segar..

 Sampai di Petronas Rompin, tiba2 Cikgu Helmi stop kat situ. Apsal? Dia nak terkujil.. Nak ke tandas la tu.. hehe.. Eh, bukan.. Abg Amri nak isi minyak la.. Dia belum isi full tank lagi. 

 Abg Amri dan Pakman isi full tank. Aku masih penuh lagi. Baru luak 1 bar kot. Cikgu Helmi p tandas.

 Posing jap sementara menunggu diorang isi minyak

 Kasik gumbaran Cikgu Helmi satu kali


 Hm.. Lepak dulu lah. Katanya ada oren free.. Ye ker..?

 Apsal plak Cikgu Helmi dengan Abg Amri tu? Baju masuk semut gatal agaknya. Hahaha. Weh, Jom on da bike! Kita baru 1/10 perjalanan. Jauh lagi nie

 So, perjalanan diteruskan menuju ke Temerloh. 

 Beberapa aksi Cikgu Helmi yg sempat aku petik.. hehehe

 Ini adalah kali ke 3 rasanya aku lalu ngan motor. Sebelum2 ni biasa aku lalu ngan keta

 Sampai kawasan jalan tepi sungai, Cikgu Helmi pusing balik. Dia cakap, amik gambar le kejap. Waa.. Lawa pemandangan ni. Jom kita bergumbaran.

 Yeah..! Kelantan tunggu. Kami datang.. tapi.. Baru sampai Bera.. Huhu..

 Gambar kenangan.. 1st time kuda aku sampai sini. hehe

 Gud.. Gud.. Oklah, jom kita meneruskan perjalanan.

 Kira2 5 minit perjalanan, kami sampai di Kg. Durian Tawar. Situ ada Petronas. So, singgah isi minyak lah jap. Kasik full tank.

 Aku isi full tank kat sini RM 14.00. Target kalau boleh, biar dapat sampai Gua Musang. Eh, sempat ke? Jauh tu.. Kita try lah dulu..

 Dah siap semua dah? Oklah kalau macam tu. On da bike! Pakman mana? Dia pigi kincing agaknya.. Tunggu kejaplah.

 Kami start masuk gear dari sini dalam pukul 10:40 pagi. Kali ni dari Temerloh ke Jerantut - Kuala Lipis - Felda Kechau (jalan alternatif) - Merapoh - Gua Musang. Cikgu Helmi duk depan sbb dia tau jalan ke Jerantut. Aku? Ingat2 lupa daa..

 Yeaa.. Tu dia Pakman dah beraksi.. 

 Jalan dari Temerloh ke Jerantut dah mula sibuk. Tapi masih lancar

 Sampai Jerantut kira2 pukul 11:30 pagi. So, macam mana? Dah lapar ke? Jom kita cari kedai makan dulu..

Peace yo! Dah kat Jerantut dah kita ni. Cikgu Helmi suruh aku lead kat depan sebab dia tau jalan sampai Jerantut je. Alamak.. Aku ingat2 lupa arr jalan ni. Tp takpe.. Kita santai2 je..

 Seperti yang telah dipersetujui tadi, kita singgah dulu lah untuk makan. Lagipun jam dah menunjukkan pukul 11:40 pagi dah ni. Dah nak masuk tengahari dah ni.

 Inilah dia Restoran Selera Moksu. Banyak lauk pauk yang dihidangkan. Tapi, gambar takde la. Sbb dah lapo sangat dah.. Hihi..

 Apa lagi.. Kita makannn duluuu..!!!

 Cikgu Helmi,"Hurm.. Sedapnya.. Fuhh.."

 Ok geng.. Semua dah kenyang kan..? On da bike..!! Stengah jam je masa makan tau.. Hahaha

Renungan yang sungguh jauh.. Sambil terdetik di hati.. "Bila nak berenti makan lagi..?" Hihi

Perjalanan diteruskan ke Kuala Lipis. Harap maaf kerana tiada gambar sepanjang perjalanan sehingga ke Felda Kechau. Keadaan jalan yang agak berliku2 dan sempit membuatkan aku mengambil keputusan untuk menyimpan dulu kamera, demi keselamatan diri sendiri. So, bila nak sampai Petronas Felda Kechau ni..?

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Tunggu sambungannya. Aku nak tegangkan urat jap. Fuh.. Penat beb..! Hehehe

Jumpa lagi selepas ini.. (Iklan jap..)

-PokNik-
MasukGear

No comments:

Post a Comment