Hai.. Assalamualaikum dan selamat malam semua.. Aih.. Malam lagi..? Hehehe.. Apa boleh buat? Dah malam je free. Huhu.. Oklah, nanti kejap lagi kita akan sambung semula stori ride ke kelantan nih. So, bijik kuaci ada lagi tak? Kalau takde, p beli dulu. Kang nanti sambung balik eh..
Ok, setelah selesai mengenyangkan perut yang lapar di Jerantut, maka kami akan memulakan perjalanan semuala ke Kuala Lipis. Dan seterusnya dari Kuala Lipis, akan melalui Felda Kechau. (Short cut le tu kononnya..). So, jom gerak sekarang. Jam menunjukkan pukul 12:17 tengahari. Sorry, takde gambar sampai la Petronas Kechau.
Sepanjang perjalanan dari Jerantut ke Kuala Lipis, jalan agak teruk sikit. Laluannya agak sempit, disamping berbukit bukau. Jalannya juga agak tidak rata. Kalau malam, tobat aku tak lalu sini. Setelah sampai di Kuala Lipis, kami akan melalui jalan felda Kechau. Jalan ini pun agak tak berapa elok jugak. Tapi, rasanya ada sedikit ok berbanding jalan dari Jerantut ke Kuala Lipis. Disarankan kepada semua rider, takyah la lalu jalan ni. Agak mencabar.. Hahahaha.. Rasanya kalau lalu laluan Raub - Kuala Lipis lagi cepat kot..? Hihi..
Setelah berhempas pulas selama 1 jam meredah jalan yang berliku, akhirnya kami semua sampai di Petronas Felda Kechau. Kita berhenti kejap lah. Minum2 dulu.. Atau siapa2 yang nak buang hajat, dipersilakanlah..
Inilah dia.. Petronas Felda Kechau
Ramai juga yang isi minyak kat sini
Sedikit gambaran persekitaran di sini.. Aih.. Kelihatan awan nano mula berarak.. Mintak2 la tak hujan
Kami rehat sat yer.. Sambil makan limau pree.. Gong Xi Fa Chai!!
So, nak ke mana lepas ni? Ke kiri menuju puncak Kuala Lipis, ke kanan menuju puncak Kota Bharu. Tentu le ke kanan.. Hehehe..
Oklah, jom gerak.. On da bike..!! Memulakan perjalanan menuju Gua Musang. Kat sini aku tak isi minyak. Harap2 sampai le Gua Musang.. Masa kami dah nak masuk gear, tiba2 terdengar derungan ekjos motor. Toleh je, kelihatan puluhan geng KTM Duke (200 dan 690) dari arah Kuala Lipis menghala ke Gua Musang. Fuh.. Ramai beb. Ada la dalam 50 biji motor.
Ini adalah jalan baru yang baru je siap. Lurus.. Cantik.. Dari mana ke mana ek..? Alaa... Lupa la.. Hm..
Cuaca agak baik sekali.. Kelihatan awan Komulonimbus (tul ek ejaan tu?) bergerak perlahan.. Seiring dengan tiupan angin yang agak nyaman.. Pergh..
Aksi Pak Man
Sambil2 itu, syok jugak layan hutan kiri dan kanan. Hahahha..
Selang beberapa ketika, abg Amri dah mula memotong aku.
Aku cuba mengejar untuk memetik sedikit gambar. huhu
Haa.. Dapat pun aksi Cikgu Helmi bersama abg Amri.
Ok, semua dah di depan. Dah nak sampai Gua Musang dah pun. Nampaknya aku kena potong diorang ni.. Takut2 diorang terlepas plak RnR Gua Musang..
Dah sampai simpang menuju Kuala Krai. Singgah jap lah, amik gambar dulu
Ok, sekarang turn Pak Man pulak.. Next..
Tuu diaa.. Cikgu Helmi beraksi di depan signboard Gua Musang
Last, kita amik gambar Abg Amri pulak. Hehehe. Dah tu, jom le kita.. Panas nie.. Macam dalam microwave oven plak aku tengok
Haa.. Dah sampai dah RnR Gua Musang.. Sape2 memiliki mata Superman, cuba teka berapa ringgit abg amri isi full tank..? Haa..
Cikgu Helmi pun isi minyak jugak. Kali ni biar semua isi full tank supaya dapat agak sampai mana. Aku isi penuh kat sini RM 22.20
Bergambar kenangan.. Rasanya dah susah nak jumpa dia lagi, kan..?
Jadi, kita rehat kat sini lama sket ye. Kalau ada sapa2 yang nak tunai hajat, tunai permintaan dan tunai segala bagai, teruskanlah.. Jangan risau..
Longgokan pakaian yang melebihi ribuan ringgit tuu..
Tadi dah makan nasi kan..? So, makan roti aje le tengahari ini..
Bereh.. Jauh lagi nie.. Hehehehe
Disebabkan orang agak ramai kat RnR tika ini, so kami terpaksalah minum di tepi gerai je.. Huhuhu..
Orait geng.. Dah selesai semuanya? Dah selesai ehem2? Dah selesai tunaikan apa yang patut? Jom.. Kita challo bette.. So, kami bertolak dari RnR Gua Musang kira2 pukul 3:30 petang.
Inilah keadaan jalan Gua Musang ke Kuala Krai. Agak selesa dan luas. Cuma ada sesetengah tu jalannya berlopak. Tapi overallnya agak memuaskan. Dari RnR Gua Musang menuju Kuala Krai lebih kurang 100km. So, layan kehijauan hutan rimba ajelah. Hehehehe
Kehijauan hutan di sepanjang jalan membuatkan suasana ternyata nyaman sekali. hihi..
Ikut had laju kebangsaan.. :-)
Abg Amri sedang beraksi.. Cuma mintak maaf, gambau agak kabur.. huhu.. Oklah, simpan kamera dulu. Aku nak layan jalan ni kejap. Jumpa di Shell Kuala Krai ye.. Challo..
Kira2 sejam kemudian, kami sampai di Shell Kuala Krai.. Fuhhuu.. Cuaca amat panas sekali. Dengan pancaran matahari pukul 4:35 petang ni, memang bisa merentungkan kami yang sedia rentung dah ni
Huhh.. Kawe steady.. Mana ado rentong...? Hahaha
Biar Pakman rehat dulu.. Bagi dia minum.. Kita jaga makan dan minum dia.. Jangan risau..
Ni haa samseng Kelubi masuk Kelantan tanpa nombor plate tu.. Memang koboi la hang.. hehehehe
Kira2 10 minit selepas tu, kami ada dengar bunyi ejos bising dalam kuantiti yang banyak.. Waa.. Geng KTM Duke tuu.. Oh ya, geng ni le yang kita bertembung masa kat bukit tujuh tadi. Hahaha.. Banyak nyer motor..
Ada sedikit gambar KTM Duke yang disnapkan khas utk anda
Jom le kita gerak.. Masih jauh lagi perjalanan ni..
Jadi, kami bertolak dari Kuala Krai ke Kota Bharu yang berbaki perjalanan lebih kurang 70km saja lagi. Jam menunjukkan pukul 5:15 petang. Masa ni kalau bukak tv chanel 9 ada kartun Spongebob.. hahaha.. Kartun peberet tuu...
Trafik di jalan ni agak sesak dan ada kalanya lancar. Namun banyak tempat yang agak sesak lah..
Pakman mengepalai konvoi kami kali ni. Dan aku diberitahu yang kami akan berpecah di Machang. Aku akan meneruskan perjalanan balik secara solo manakala diorang bertiga akan follow Abg Amri balik Jerteh.
Kesesakan jalan beransur pulih. Dah clear dah. Boleh le sapa2 nak pecut nie..
Kami sampai Machang lebih kurang setengah jam selepas itu. So, nak makan ke, nak minum aje ke.. Ataupun nak makan dan minum? Hm...
Abg Amri seraya berkata ,"kita makan sekali lah. Pasni senang x yah makan dah"..
Jom makan dulu.. Lapar jugak ni..
Alang2 dah ada kat Machang, aku call sahabat lama iaitu Pok Bad. Lama tak jumpa dia. Huhu..
Oklah.. Jom balik.. Abg Amri tu nak ajak main snooker malam ni. Dia praktis dulu sebelum naik motor.. Hahahaha..
So, sehingga di sini dulu lah pertemuan kita.. Huhu.. Setelah berbincang, maka pakman ubah fikiran. Dia akan ikut aku sampai Nilam Puri, dan masuk simpang untuk ke Melor. Dan aku akan teruskan perjalanan. Manakala Cikgu Helmi pula akan bermalam di rumah Abg Amri. Jadi, kita jumpa besok ye.. Jumpa kat mana? Haa.. Kita jumpa di Pantai Irama, Bachok deh.. Bye2 semua.. C u tomorrow.. Tatata..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment