Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua. Untuk entri kali ini, aku akan storikan pula bermula dari Jeli, menuju ke Gerik. So, selepas siap isi minyak dan rehat, maka kamipun bersedialah untuk merentasi jalanraya yang penuh dengan sejarahnya.. iaitu Lebuhraya Timur Barat.
Untuk mula2 ni, aku naik pelan2 je.. Layan..
Highway Timur Barat belum masuk lagi ni.. Sebenarnya highway tersebut bermula dari Batu Melintang, Jeli dan seterusnya sehingga ke Gerik.
Sementara tu aku nak layan keindahan alam sekitar dulu lah..
Cuba tengok bukit batu kapur kat depan tu.. Fuhh.. Sungguh mendamaikan.. Cantik sungguh..
Walaupun pukul 10:00 pagi, tapi udaranya cukup dingin.. Menyegarkan mata.. Mendamaikan.. Lagipun pula ketika ni tak banyak kenderaan lalu lalang..
Ok.. Sekarang kami dah sampai Batu Melintang.. Permulaan highway Timur Barat
Pendakian bermula.. Tapi jalannya x terlalu curam.. Landai je. Masing2 masih lagi dalam mood santai
Korang nak laju, silakanlah. Aku nak santai2 je. Hehehe.. Kami dah sepakat akan bertemu nanti di Hentian Titiwangsa.
Sedang aku seronok layan perasaan, tiba2 ada sebijik SBK dah potong aku. Aku tak perasan model apa.. Tahlah.. Nak kata Yamaha, macam Kawasaki..
Haa.. Motor apa nie..? Ada sesiapa perasan tak..? Kedua dari belakang.. Hm.. Nampaknya dia dah mula nak potong Cikgu Helmi dan Pak Man. Abg Amri dah follow dia dari belakang tu.. Haa.. Jaga2..
Abg Amri dah potong dia , Pak Man dan Cikgu Helmi. Bro SBK tu kemudian potong Abg Amri. Apa lagi, Abg Amri pun follow le.. Hm.. Hati mana tak menggigil tatkala diorang dah bermain kejar2? Haha.. Akupun simpan kamera.. Buat persediaan mental dan fizikal.. Apa lagi, kasik follow ler.. Hehe.. (sorry.. tiada gambiran aksi pollow mempollow..). Cikgu Helmi pun turut sama pollow belakang aku. Pak Man pun sama.. Haaha...
Kira2 10 minit lepas tu, aku mula perlahankan motor aku. Aku pikir, kalau asyik main kejar2 macam ni, mana sempat nak amik gambar keindahan hutan sekeliling..? So, aku wakilkan pada Abg Amri ajelah supaya kejar mamat SBK tu.. Hehehe...
Cikgu Helmi dah potong aku balik. Aku main kejar2 ngan dia jap. Pastu aku biarkan dia pergi meninggalkan aku. huhu.. Takpe, lagipun dah dekat dah rnr Titiwangsa tu..
Sambil2 tunggu Pak Man, aku amik le gambar sekeping dua.. Eh.. Pak Man kat belakang ke? Bukan ke kat depan tadi sama Abg Amri..? Hm.. Kompius..
Kami sampai di RnR Titiwangsa lebih kurang 10:28 pagi. Apa2 hal Pak Man kata kita bergambar dulu lah..
Suasana sekitar RnR.. Eh.. Jom la park belah sana.. Cantik sikit pemandangan sana..
Inilah kesan tayar motor Pak Man tatkala layan selekoh tadi. Tengok tepi tu, dah mula terhakis.
Ini pula tayar motor Cikgu Helmi
Ni la tayar motor aku.. Takde la teruk sangat macam Pak Man punya.. hihi..
Sejuk je angin kat sini.. Nyaman.. Eh.. Abg Amri mana..? Laa.. Dia tunggu kitorang kat Tasik Banding.. Apsal lak tunggu sana..? Dia cakap tak sempat nak berenti dah. Asyik je layan mamat SBK tadi. Huhu..
Lihatlah alam ciptaan Allah.. Sungguh menenangkan jiwa. Ni lah 1st time kuda hitamku menjejakkan tayarnya di sini.. Sejukk.. Nyaman..
Kalau mengikut tekanan sekeliling, ketinggian relatifnya adalah lebih kurang 1018 meter atas aras laut
"Akak.. Boleh tak tolong amikkan gambar kami bertiga..?" hehehe.. nasib ada yang sudi..
Inilah dia bertapa eratnya ikatan antara adik dan abang.. hehehe.. Pak Man nak haba ke tu..? Sejuk ek..?
Entah apa yang berlegar2 di dalam benak Cikgu Helmi tu.. Mungkin merenung masa depan lagi..? Hm.. Hanya dia saja yang tahu..
Geng...!! On da bike..! Abg Amri dah menunggu kat Tasik banding dah tu..
Ketika menuju ke Tasik Banding, aku biarkan Cikgu Helmi di depan.. Sambil2 tu dia layan korner jugak..
Sedang asyik masyuk layan gambar, tiba2 ada dua biji Ninja 150 RR potong aku. Agak laju juga tu. Akupun apa lagi.. Simpan dulu kamera kemas2.. Jom lah layan kejar2 sekejap
Penghujung jambatan ini (belah kanan) ada susur masuk ke tempat rehat. So, aku dah tak follow lagi Ninja RR itu.
Kami bertiga dah sampai Tasik Banding. Cuma sedang menunggu Pak Man yang belum tiba lagi
Yeah..! Selamat datang ke Taman Negeri Royal Belum
Haa.. Pak Man pun dah sampai jugak
Inilah dia kesan tayar motor Abg Amri.. hehehe...
Apo2 hal pun, kita lunch dulu lah.. Dah lapo jugak dah ni
Dah siap lunch, kami berjalan2 dan bersiar2 kejap.. Hirup udara segar.. hehe.. Pemandangan jambatan yang kami lalui tadi dari Tasik Banding
Jom kita bergambar kenang-kenangan dulu..
Inilah dia keadaan bunga tayar motor kami akibat mengejar mamat SBK td.
Snap dulu sekeping.. Hahaha..
Baiklah.. Kita rehat dulu.. Badanpun agak keletihan sedikit
Baiklah, kita stop sini dulu.. Nanti akan disambung lagi ye.. Aku nak baring2 kejap macam Pak Man baring.. Hehehe.. Jumpa lagi.. Bye2..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment