Friday, 14 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 2)

Assalamualaikum.. Selamat malam buat semua pembaca blog Masuk Gear. Hehehe.. Aih.. Malam jugak lagi ker? Maklum lah, malam je free dan boleh tulis blog. Huhu.. Oklah, pertama sekali, aku nk mintak maaf sebab dah lama biarkan blog ni sunyi tanpa stori de mori. Maklum le aku sibuk sket. Huhu.. Ni dah macam ada kelapangan dah sikit. So, biar aku sambung stori Ride ke Kelantan hari ke 2. Kalau dapat, aku nak buat kira satu hari punya cerita lah. Rasa malas nak buat part 1 atau part 2.. So, maybe cerita ini agak panjang sket. Oh ya, sesiapa yang belum baca Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 1, boleh klik sini dan untuk Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 2 pula, boleh klik sini. So... Dah ready dengan jagung rebus pulak..? Hehehe.. Jom..

Hari Kedua
Aku dah bangun dah seawal pukul 6:30 pagi. Lepak jap. Pastu rasa macam nak zzzz balik la.. Maklum le badan penat sikit. Kemudian dalam pukul 8:03 pagi, aku dah terima mesej melalui whatsapp dari Cikgu Helmi. Diorg cakap diorg akan ke kedai motor di Jerteh. So, aku biarkan diorang lepak2 dulu lah kat sana. Sementara aku ada masa bersama family aku kat sini.. Hehehehe. Pak Man pun dah sampai rumah Abg Amri kot. Katanya tengah sarapan.. hehehe..

 Pak Man tengah sarapan di rumah Abg Amri. Huh.. Macam best jer...? Hehehe

 Aksi adik aku (Raja Faeirul Azwar) dengan kuda hitam.. Hehehehe

 Lepas sarapan, Pak Man, Abg Amri dan Cikgu Helmi ke kedai motor di Jerteh, Terengganu. Sementara itu, biar lah aku sarapan dulu ngan family aku.

 Rupa2nya kt sana ada macam mini Bike Week la. Pergh.. Barang2 pun murah. Dgr cerita, Abg Amri dah sambau lampu led. Takpe, Pak Man boleh pasangkan nanti

Sementara diorang nak gerak ke Kelantan, aku nak kena p hantar ayah aku ke klinik sekejap. Dia nak jumpa doktor sekejap. So, kita akan jumpa di Pantai Irama, Bachok. Bila dah sampai sana nanti, diorang akan call aku lah. So, see u there..

 Diorang sampai lebih kurang pukul 12:00 tengahari. Tapi diorang kena tunggu aku sebab urusan ayah aku belum selesai lagi. Sorry geng.. Kena tunggu aku.. Lebih kurang kul 1:30 tengahari barulah aku sampai sana

 Aku tak minum. Sampai je, terus gerak. Jom le ke rumah ambo sekejap. Boleh jumpa ayah ambo. Hehehe

 Dah sampai rumah aku. Sementara nak check in chalet yang ditempah, kami borak2 dulu lah. Ayunya Pak Man.. Awwuuuu....

Oklah, dah pukul 2:25 petang dah ni. Jom kita check in chalet. Ok.. Dalam perjalanan ke chalet, aku ternampak signboard ni. Menarik pulak. Berenti jap lah amik gambar sekeping.. hehehehe

Dah sampai kt chalet yang dah ditempah.. Chalet yang kami tempah adalah Cerana Villa Resort. Dekat je ngan rumah ayah aku. Dlm 4km je kot rasanya. Apa2 hal kita posing dulu..

*Sedikit info: Cerana Villa Resort Dan Medan Ikan Bakar merupakan mini resort dan restoran yang berkonsepkan perkampungan dan alam semulajadi. Resort ini terletak di pinggiran sungai Pengkalan Datu, menghala ke Pantai Senok melalui Pekan Kota Jembal dan lebih kurang 10km dari Pusat Bandar Kota Bharu. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah seperti restoran terapung, asrama dan chalet, dewan mini dan juga musolla.

Aku pun nak enterprem jugak lah. Mana aci gambar aku takde.. huhu.. Eh.. Jap.. Mana motor pak Man..?

"Kawe nok masuk bilik dulu lah.. Letih.." Hahaha

Laa.. Patut le motor Pak Man tak kelihatan tadi.. Rupa2nya dia parking betul2 depan pintu chalet

Inilah dia sedikit view dari bikik kami. Belakang chalet ada sungai..

Sebelum mandi, kasi layan jiwa sat lah..

Sungguh mendamaikan

Apsal Pak Man tu dengan spanar dan playar tu?

Owh.. Dia tegangkan rantai jap. Cikgu Helmi pun turut sama membantu. Kejap lagi kami nak keluar p makan keropok.. Sedap..!! Nyum.. Nyum..

Waa.. Sarung lengan baru beli ke tu Pak Man? Hehe.. (Katanya dia baru beli pagi tadi kat Jerteh..)

Ok.. On da bike..!! Jom makan keropok..

Wakaf juga disediakan di sini untuk kemudahan pengunjung..

Eh.. Apa dia tulis ni..? Waw alip kap.. err.. err.. Oh.. Sarkis.. :-)

Orait.. Masuk gear.. Menuju ke Pantai Kemayan untuk makan keropok.

Sambil menuju ke pantai, sambil makan angin petang. Sungguh mendamaikan. Dengan angin sepoi2 bahasa Inggeris dan menerokai jalan2 kampung.. pergh.. Best!!

Inilah sempadan Jajahan Bachok dan Jajahan Kota Bharu. Hanya beberapa ratus meter sahaja dari chalet tempat kami menginap

Suasana kampung.. Tak sama dengan suasana bandar.. hehehe..

Pantai Senok perut ke kiri. Nanti lepas ni kita ke sana. Kita p pantai kemayan dulu deh.

Kami sampai Pantai Kemayan pukul 4:30 petang. Apa2 hal amik oder dulu lah.

"Abey nok makey khepok ko? Air tuok ado. Mee goreng ado. Bihun goreng ado.. Nok makey gapo..?"

Sambil makan keropok, sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.. Huh.. Best.. Lama bebenor dah aku tak lepak sini

Nelayan yang baru pulang dari mencari rezeki.. Berpanas.. Berhujan.. Demi sesuap nasi..

"Huh.. Mana kopok ni? Kawe lapar.."

"Gapo gak Helmi? Mu ni tunggu la semeta.."

Teka, glove sapakah ini?

Haa.. Keropok dah sampai. Jom kita makan dulu

Pak Man : Awuummm.. Nyum.. Nyum..
Cikgu Helmi : Sedak weh khepok ni. Sambil tu whatsapp
Abg Amri : Ahh.. Caro ko mu belako. Aku makey duluh

Peace yoo.. Hahaha.. Ada jugak gambar aku.

Pemandangan muka kuala yang dah ditambak dengan pemecah ombak. Amat mendamaikan

Eh.. Keropok dah abis. Oder lagilah

Sebuah bot lagi dalam perjalanan pulang dengan hasil tangkapan

Layan pemandangan lagi

Stop.. Stop.. Kawe doh kenyang ni.. Burp!

Bila dah kenyang, apa lagi? Layan perasaan la.. Merenung masa depan..

Alrite semua.. Dah kenyang kan? Jom kita jelajah kampung pulak. Kita p Pantai Senok plak. Jom MasukGear!

Maka sesi jelajah Malaya kampung pun bermula. Sambil menikmati keindahan alam, sambil menghirup udara segar. Tiada pencemaran.. Tiada asap kenderaan.. Tiada kesibukan kota.. Fuhh..

KelOil.. Sebuah syarikat pemprosesan minyak di Kelantan

Keloil Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang terbabit secara langsung dalam industri petrokimia. Ianya merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, kini telah meneroka industri berkaitan petroleum di Pakistan

Antara view yang sempat disnap dalam perjalanan ke Pantai Senok

Yeah!! 4 bijik motor dah sampai di Pantai Senok, Kelantan. So, selepas ni kita p jalan2 area Pengkalan Chepa pulak. Aku singgah kejap di Pengkalan Datu. Isi minyak dulu RM 10.00

Kami sampai Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira2 jam 6:15 petang. Ramai orang kat sini.. Semuanya nak tengok kapal terbang mendarat dan berlepas.

*Sedikit info : Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra merupakan sebuah lapangan terbang yang terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Terminal airport ni merupakan terminal baru yang berkeluasan 12000 meter persegi dan siap dibina pada tahun 2002. Airport ini adalah yang ke 5 tersibuk di Semenanjung malaysia dan ke 8 tersibuk dalam negara Malaysia.
Sumber : Wikipedia

Sebuah pesawat yang akan berlepas sebentar lagi

Pokmey weh.. Jange la Pokmey kecing tepi tembok turr.. Malu kokram weh.. Hahaha..

Wokeh.. Jom MasukGear. Kita challo le balik chalet. Dh petang dh ni..

Sukanya dia.. Hehehe.. Gelak atas motor.. Trademark Cikgu Helmi.. Hehehehe..

Bahang kehangatan mentari masih terasa walaupun sudah pukul 6:24 petang

Kami stop jap kat kedai assesori kereta nak beli double sided tape. Pastu balik chalet lah..

Haa.. Ni lah gunanya double sided tadi. Pak Man Tengah pasang lampu led kat motor Abg Amri

Cikgu Helmi pun sama menolong.. Tolong lihat apakah hasilnya memuaskan atau tidak.. Hahaha

"Ok Man, test jap. Menyala tak lampu baru aku nie.." 

Owh.. Comey doh tu. Dah siap dah. Alamak.. Lupa nak snap gambar motor Abg Amri yang dah siap

Kasik park motor cantik2.. Malam kang kita nak p makan malam

Deretan motor di Cerana Villa Resort. Park betul2 sebelah chalet. Hehehe

Sebelum makan malam, kasi hantar laporan dulu satu kali

Sekarang kami berada di Restoran Terapung, Cerana Villa Resort. Tengah amik order. Restoran ni betul2 terapung.. Waa.. Rasa macam atas sampan plak

Amcam Cikgu Helmi? Ok..? Ada rasa pening x? Maklumlah.. Terapung atas sungai Pengkalan Datu

Kasi posing sket satu kali

Sementara menunggu hidangan, Pak Man layan bola dulu. Team apa tah yang lawan, aku dah lupa daa

Pak Man, hidangan dah sampai. Dah le tengok bola tu. Jom le makan

Setelah selesai membuat bayaran, kasik bergambar dulu la dengan cashier.. Hehehe.. Cashiernya peramah..

Semua dah ngantuk dah. P lah tidur dulu.. Aku lepak dulu jap kat belakang chalet ngan cikgu Helmi

Ada disediakan kerusi batu. Memang tenang suasana di malam hari. Amat sesuai untuk dibuat sessi luahan hati. hehe

Brader chalet sebelah layan memancing. Cikgu Helmi ada gak layan borak ngan diorang. Mie, jom lah tido.. Esok awal pagi kita nak mulakan perjalanan yang jauh.

Selamat malam semua.. Kami tidur dulu. Esok pagi nak gerak balik Melaka dah..

Esok pagi, kami akan gerak balik Melaka dan laluannya adalah dari Kota Bharu - Pasir Mas - Tanah Merah - Jeli - Gerik - Kuala Kangsar - Highway PLUS arah Selatan. Seterusnya ke Ayer Keroh, Melaka. Sudah pasti ride esok akan lebih mencabar. Hehehe.. So.. Jumpa esok ye.. Selamat malam.. Bye2..

-PokNik-
MasukGear

2 comments: