Wednesday, 19 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 3) - Part 1

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Semoga anda semua sihat dan ceria sentiasa. Untuk entri kali ini, aku akan stori de mori kan hari ke 3 ride kami.. Iaitu ride balik Melaka. Aku rasa entri ni agak panjang. Tapi kalau tak sempat kang aku akan buat 2 atau 3 bahagian lah. So, teruskanlah membaca MasukGear!! Hehehe..

Hari Ketiga
Pagi ini seawal pukul 5:30 pagi lagi, Pak Man dah bangun. Dia yang kejutkan kami semua. Awal betul jam biologi Pak Man 'berdering'.. Sebetulnya malam tadi aku tak dapat tidur nyenyak. Kepala aku sangat sakit. Mungkin ianya disebabkan oleh perubahan cuaca yang agak ketara kot. Cuaca kat sini terlalu panas.. Aku pekena Paracetamol dua biji (1000mg) barulah lega sikit kepala ni.

Setelah selesai semuanya, maka kami pun check out.

 Ok ye.. Semua dah siap sedia dah..? Kalau macam tu, jom lah

 Pak Man, tolong tolak motor saya.. Berat la.. Hehehe.. So, kami MasukGear seawal jam 6:39 pagi

 Jom kita.. Apapun kita sarapan dulu ye

 Lebih kurang 5 minit perjalanan, kami tiba di sebuah kedai makan. Nasib baik kedai ni dah buka awal. Dapat juga kami mengalas perut

 Cikgu Helmi cakap dia nak makan kuih aje lah. Hehee..

 "Eh, macam sedap je pulut yang Amri makan.." kata Pak Man

 Setelah selesai sarapan, kita akan ke Petronas Pulau Melaka untuk isi minyak.

 Pertama kali kuda hitamku menjejakkan tayarnya di bumi Pulau Melaka.. (Eh.. Kat Kelantan pun ada nama Pulau Melaka.. Ingatkan kat melaka je..hehe..)

 Dah siap isi full tank. So, kerugiannya adalah RM 16.00

 Sementara itu, kasik posing dulu laa...

Haa.. Aku pun nak enterprem jugak..

Rasanya inipun pertama kalu juga buat Cikgu Helmi menjejakkan kaki kat sini.. Welcome Cikgu Helmi.. Setelah semua memenuhkan tangki minyak masing2, maka kami MasukGear jam 7:48 pagi. Destinasi kami seterusnya adalah Jeli.

 Tak sampai pun sejam, kami stop sekejap di Caltex Tanah Merah. Katanya ada sorang dari kami nak buang air kot. Haa.. Oklah, kita berenti lah sekejap. Hehehe

 Sementara tu, posing2 kejaplah.. Mengabadikan kenangan..

 Akupun nak masuk interprem jugaklah.. Hehehe

 Ok.. On da bike..!! So, kami memulakan perjalanan yang tertangguh seketika. Takpe, lambat2pun takde hal lah. Kita santai2 aje..

 Perjalanan diteruskan ke Petronas Jeli. Di sana nanti kita akan berhenti lagi untuk menegangkan urat saraf.. Sambil menghirup udara yang segar. hihi..

 Keterujaan hati Cikgu Helmi jelas tergambar tatkala melalui jalan ini.. Sejuk.. Nyaman.. Fuhh..

 Simpang kiri menuju Kg. Legeh. Arwah mak aku dulu ada bgtau yang masih ramai sedara2 aku kat sana.. Tapi.. Dah lama dah aku tak ke sana..

 Sekarang dah pukul 9:10 pagi. Tapi pasar Bukit Bunga belum beroperasi sepenuhnya lagi. Masih ramai peniaga yang belum memulakan perniagaannya.

JPJ Bukit Bunga

 Haa.. Dah sampai dah Petronas.. So, kita singgah la kejap. Minum2 ke.. Isi minyak ke.. Buang mana yang patut.. Hehe

 Alrite, kasik motot rest dulu.. Nanti jap lagi nak menempuhi liku2 Lebuhraya Timur Barat. Yess!! So, kat sini aku penuhkan tank kuda aku. So, full tank kat Petronas Jeli ni RM 10.00

 Sambil kami merehatkan badan sekejap, tiba2 ada seorang perempuan nak pam angin tayar. Ketika itulah kita harus menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Tak mengira agama, bangsa, darjat serta keturunan. Hihi..

 Cikgu Helmi mengambil tugasan ini.. Sementara yang lain bersiap sedia seandainya masih ada yang lain yang memerlukan pertolongan..

 Abg Amri memantau tekanan angin yang akan di pam masuk ke dalam tayar kereta tersebut

 Bang, kasik posing maut sikit!!

 So, semua dah ready ker..? Kalau macam tu, kita dah boleh MasukGear dah ni

Sebelum bergerak, kami terserempak dengan pemain bola Malaysia. Hehe.. Cer teka.. Siapakah dia..? Haa...

Selepas ini kami akan merentasi Banjaran Titiwangsa, merempuhi liku-liku Lebuhraya Timur Barat.. So, aku stop kat sini dululah untuk seketika. Sementara menunggu sambungannya, korang bolehlah membaca info dan sejarah tentang Lebuhraya Timur Barat yang telah aku sediakan di sini.. Jumpa lagi.. Tata..

-PokNik-
MasukGear

No comments:

Post a Comment