Friday 31 May 2013

Ledang Bike Week 2013






Ledang Bike Week merupakan satu program yang dianjurkan untuk mengumpulkan peminat-peminat sukan pemotoran khususnya para pemilik motorsikal berkuasa tinggi dari seluruh Malaysia. Program ini berlangsung pada 31 Mei 2013 sehingga 2 Jun 2013 dan bertempat di Dataran Tangkak, Johor. Dianggarkan seramai 2000 orang akan menghadiri program ini termasuklah penyertaan dari Singapura dan Thailand. 

Tujuan program ini dianjurkan adalah bertujuan mempromosikan Malaysia dan Tangkak sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Program ini juga dianjurkan bertujuan memberi pendedahan yang baik kepada rakyat Malaysia dan anak-anak muda khususnya yang gemarkan sukan pemotoran berkuasa tinggi.

Jom geng.. Kita serang dataran Tangkak..!!!


-PokNik-
MasukGear

Jasin Bikers...! (Promo..)

Jasin Bikers adalah satu kelab pemilik motorsikal yang ditubuhkan dalam daerah Jasin. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk menambah kenalan yang mempunyai hobi yang sama. Disamping itu melalui kelab ini juga kita dapat berkongsi ilmu serta cara menunggang motorsikal dengan betul.

Jasin Bikers sudah mempunyai ahli lebih dari 30 orang dan ahlinya tidak terhad hanya kepada satu model motorsikal sahaja. Terdapat pelbagai jenis model serta cc di dalam kelab ini. Sebenarnya penubuhan Jasin Bikers adalah lebih kepada mengeratkan ukhuwah sesama ahli kelab.

                                                        Sebelum Memulakan Konvoy

Kebiasaannya kita akan mengadakan sessi TTS untuk sekali atau dua kali dalam satu minggu bagi membincangkan isu-isu semasa ataupun membincangkan ride yang bakal diadakan nanti. Tarikh, tempat dan masa untuk TTS biasanya akan dimaklumkan oleh Tuan Presiden.

Oklah, sampai di sini dahulu untuk kali ini. Blog ni akan diupdatekan dari masa ke semasa dengan pelbagai aktiviti lagi.. Chow..


-PokNik-
MasukGear