Sunday 8 June 2014

Kawasaki Z250SL

Pada bulan Februari lepas, Kawasaki Indonesia telah melancarkan sebuah model iaitu Ninja RR Mono / Ninja 250 SL. Dan model ini dikatakan mendapat sambutan yang agak menggalakkan samada di Indonesia mahupun di Malaysia. Selepas itu, beberapa bulan selepas Ninja 250 SL dilancarkan, sekali lagi Kawasaki Indonesia melancarkan sebuah model baru iaitu dalam keluarga siri Z. Modelnya adalah Z250SL.


Kemasukan model ini adalah menambahkan lagi ahli keluarga siri Z, disamping dapat memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih dalam ketegori kelas 250. 


Z250SL didatangkan dengan binaan chasis yang sama dengan RR Mono. Tetapi untuk model ini, binaan chasisnya jelas kelihatan pada sisi badan Z250SL.

Design begini akan menampakkan lagi ciri-ciri naked pada sesebuah motorsikal.  

Rekabentuk lampu depan adalah menyerupai RR Mono, iaitu bercirikan mentol tunggal (single-pot headlight).


Motor ini dilengkapi dengan tayar bersaiz 100/80-17 untuk roda hadapan manakala roda belakang pula dibelit kemas dengan tayar bersaiz 130/70-17. Untuk kuasa membrek pula, tayar hadapan dilengkapi dengan brek cakera tunggal 263mm dan belakang pula adalah jenis cakera tunggal 193mm. Kedua-duanya dilengkapi dengan kaliper dua omboh.

Seperti RR Mono, motor ini dilengkapi dengan sistem suspensi Uni-Track. Sistem ini sudah pasti bertindak cemerlang untuk kelajuan rendah mahupun kelajuan yang tinggi.


Seperti yang kita tahu, enjin 4 stroke nya adalah sama seperti yang terdapat pada model RR Mono iaitu dari model KLX250. Enjin silinder tunggal ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 28hp @ 9700 RPM, hanya kurang 4hp saja dari model 250 2 silinder iaitu 32hp. Daya kilasan (tork) pula adalah 22.6Nm @ 8200 RPM. Ianya dilengkapi dengan kotak gear 6 kelajuan. Berat motor ini adalah 148kg, beberapa kg lebih ringan dari RR Mono dan dijangkakan kelajuan maksimumnya adalah 153kmj.


Paparan panel meternya amat menarik sekali. Designnya adalah sama seperti yang terdapat pada RR Mono. Semua penunjuknya adalah digital, sedikit sebanyak memberi pandangan yang moden serta sporty. Pada paparan tersebut, terdapat beberapa informasi yang berguna kepada penunggang. Antaranya ialah paparan kelajuan yang sangat jelas. Di atas paparan kelajuan pula terdapat paparan kelajuan putaran enjin (RPM). Di samping itu terdapat juga informasi-informasi lain seperti trip meter, aras bahan api dan jam. Di sisi panel meter tersebut, terdapat beberapa penunjuk lain seperti bateri, lampu tinggi, injection fault, dan penunjuk tekanan minyak enjin.


Namun begitu, rekabentuk handlenya ada sedikit berbeza dari RR Mono. Untuk Z250SL, handlenya agak sedikit lebar dan rata. Ini adalah sesuai dengan rekabentuk nakednya disamping pengendaliannya agak mudah semasa mengharungi kesibukan di kotaraya. 


Diharap pihak Kawasaki Malaysia dapat membawa model ini masuk Malaysia. Pastinya lebih ramai anak muda yang akan memiliki model Z250SL ini kerana rekabentuknya yang cantik, harganya pun pasti lebih murah dari model Z250 mahupun RR Mono, sudah pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kehadiran model ini juga bakal memeriahkan lagi dunia permotoran kelas 250cc disamping mampu menjadi saingan utama kepada model-model 250 di Malaysia.

Ninja Z250 vs Z250SL


Spesifikasi penuh Kawasaki Z250SL :-

Jenis enjin             : Sejukan cecair, silinder tunggal, 4 lejang
Isipadu                 : 249cc
Bore x Stroke       : 72.0 x 61.2 mm
Nisbah mampatan : 11.3:1
Sistem injap          : DOHC, 4 injap
Sistem bahanapi    : jenis suntikan diameter 38mm
Penghidup             : Elektrik
Kuasa maksimum  : 20.6 kW @ 9700 rpm
Daya kilas maks.   : 22.6 Nm @ 8200 rpm
Kelajuan maks.     : 153km/j
Transmisi              : 6 kelajuan
Nisbah gear ke 1   : 3.000 (393/11)
Nisbah gear ke 2   : 1.933 (29/159)
Nisbah gear ke 3   : 1.444 (31/22)
Nisbah gear ke 4   : 1.217 (28/23)
Nisbah gear ke 5   : 1.045 (23/22)
Nisbah gear ke 6   : 0.923 (42/14)
Sistem klac            : Bebilang cakera, basah, manual
Tayar depan          : 100/80-17 M/C (52S)
Tayar belakang      : 130/70-17 M/C (62S)
Sudut steering        : Kiri (36 degree), kanan (36 degree)
Suspensi depan      : Fork teleskopik
Suspensi belakang : Bottom-Link Uni-Trak swing arm
Brek depan           : Cakera tunggal jenis kelopak bunga 263 mm, kaliper dua omboh
Brek belakang       : Cakera tunggal jenis kelopak bunga 193 mm, kaliper dua omboh
Dimensi (PxLxT)   : 1935 mm x 685 mm x 1075 mm
Jarak roda             : 1330 mm
Kelegaan jalan       : 165 mm
Tinggi pelana         : 780 mm
Kapasiti tangki      : 11 liter
Berat kerb            : 148 kg

No comments:

Post a Comment