Wednesday 26 March 2014

Hyosung EXIV 250

Baru-baru ini Yamaha ada memperkenalkan model barunya iaitu Yamaha R25 di 43rd Tokyo Motorshow 2013, dan mungkin dalam tahun ini akan masuk pasaran India. Belum pun cerita R25 ni reda, dah ada desas desus mengenai model baru yang bakal memasuki pasaran Malaysia. Dikatakan juga model tersebut bakal menggugat kemachoan Duke 200 keluaran KTM. Jadi, persoalannya apakah model tersebut?

Saturday 22 March 2014

Yamaha R25

Baru-baru ini negara matahari terbit iaitu Jepun ada menganjurkan 43rd Tokyo Motorshow 2013 dan banyak model-model baru diperkenalkan di sana. Antara yang menarik perhatian dunia adalah Yamaha R25. Bila sahaja model ini diperkenalkan, maka seluruh mata tertumpu ke arahnya. Cantikkah rekabentuknya? Hebatkah kuasanya? Inilah topik yang sering dan hangat diperkatakan.

Monday 3 March 2014

TZM 150 vs NINJA KRR ZX150 vs NSR 150SP

Assalamualaikum semua. Untuk entri kali ini, aku ada membuat sedikit research mengenai motor-motor lagend 150cc 2 lejang untuk dibandingkan dari segi keupayaan enjinnya. Motor-motor tersebut adalah :-

Yamaha TZM 150 (1994)

Yamaha TZM 150

Yamaha TZM 150 merupakan sebuah motorsikal yang pernah menjadi kegilaan ramai pada satu masa dulu. Malahan sehingga kini pun masih ada lagi peminat setia model ini. Aku pun tergolong juga dalam golongan peminat TZM. Apa tidaknya, rekabentuknya cukup cantik dan amat memuaskan hati. Legend tu motor ni. Aku pernah memiliki model ini suatu masa lalu. Jadi, bila teringat kenangan bersama TZM ini, mula terdetik difikiran nak buat sedikit artikel pasal motor ini. So, di sini aku ada sediakan artikelnya..