Saturday 22 April 2017

Ride Sate Tulang Senawang, Negeri Sembilan

Assalamualaikum.. Selamat petang semua kawan-kawan. Alhamdulillah, ride ke Senawang pada 14.04.2017 lepas berjalan dengan lancar walaupun sekali sekala disimbah hujan. Sebenarnya ride ke Senawang ni semata-mata untuk pekena sate tulang je. Memandangkan partner ride aku (sudah semestinya Mr. Rider Karmen da CEO) nak mencuba sate tulang, so moh le kita ride ke sana.. Haha.. Jom kita..

Aku janji ngan Azman (da rider karmen) kat tol Ayer Keroh jam 8:00 malam. Kumpul sana dan terus geraklah. Jadi, lepas Maghrib terus aku bergegas ke sana..

Monday 10 April 2017

Ride Ikan Patin Durian Condong, Bukit Kepong, Muar

Assalamualaikum selamat malam buat semua pembaca setia MasukGear. Hari ni aku ada 1 stori yang nak diceritakan. Hurm, cerita apa tu..? Cerita pasal ride lah. Hehe.. Sebenarnya aku dah lama plan dengan Azman pasal ride ni. Tapi dari hari ke hari asyik tertangguh je. So, di kesempatan yang ada ni, Azman dah setuju nak ride sama-sama dengan aku dan aku pun ada ajak juga jiran aku iaitu Cikgu Iswadi.. Apa tunggu lagi..? Jom lah kita ride dan kali ni destinasi ride kami adalah ke Bukit Kepong pula. Buat apa kat sana..? Kat sana ada restoran yang menyajikan masakan ikan patin yang amat sedap. Haa.. So, jom kita ride..

04.04.2017 (Selasa)

Sebenarnya aku dah janji dengan Azman dan Cikgu Iswadi untuk berkumpul depan taman kami jam 6:15 petang. Kemudian jangkaan kami akan gerak sana dalam jam 6:30 petang. Sementara menunggu Azman The Kamen Rider datang, kita posing dulu lah ye..