Monday 30 June 2014

Blade 250 vs Ninja 250 '13 vs Ninja 250 SL vs CBR 250R '14

Assalamualaikum.. Dan salam sejahtera buat semua pembaca blog masukgear ni. Agak lama dah aku tak update blog ni. Maklum lah agak sibuk sikit semenjak dua menjak ni. Pertama sekali, aku rasa belum kelewatan untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia kepada semua pembaca sekelian walaupun hari ini dah masuk 2 Ramadhan 1435H. Semoga amalan kita di bulan ini lebih baik dari bulan lepas.

Sementara menunggu untuk berbuka petang ini, aku belek-belek internet, mencari sedikit info untuk aku buat perbandingan beberapa jenis jentera yang agak hangat di pasaran. Dan di sini ada 4 jenis jentera kategori 250cc yang akan aku ketengahkan untuk dibuat perbandingan. Untuk menjadikannya adil dan saksama, perbandingan ini hanya melibatkan kategori 4 lejang dan perbandingan ini juga hanyalah pada kuasa dan outputnya sahaja dan tidak melibatkan perkara lain kerana topik inilah yang selalu dan hangat diperkatakan. Okaylah.. Antara jentera-jentera tersebut adalah.. :-

Naza Blade 250 Two Brother Racing Edition

Kawasaki Ninja 250 SL (2014)

Kawasaki Ninja 250 (2013)

Honda CBR 250R (2014)

Mengapa aku pilih model-model tersebut? Kerana model-model inilah yang selalu diperdebatkan serta model-model ini jugalah yang menjadi pilihan golongan yang baru berjinak dengan dunia permotoran berkuasa tinggi. Jadi, setelah berhempas pulas mencari maklumat-maklumat yang diperlukan, maka inilah hasilnya. Ting...!


Kesimpulannya adalah jentera Ninja 250 SL mempunyai nisbah daya kilas ke berat yang paling tinggi manakala Ninja 250 2013 pula mempunyai nisbah kuasa kuda ke berat yang paling tinggi walaupun perbezaannya tidak berapa jauh dengan Ninja 250 SL.

Jadi, diharap apa yang aku ketengahkan ini dapat dijadikan rujukan pada masa-masa akan datang. Pilihan anda adalah di tangan anda sendiri. Tepuk dada, tanya selera. 

Ok geng, chow dulu.. Adios..
-PokNik-

6 comments:

  1. Lama tak menulis poknik??? kasi bahan baru satu...yeahhhh

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal.. Lama tak ride nih.. hihi

    ReplyDelete
  3. blade dgn sl mana lg elok?

    ReplyDelete
  4. Dari segi kuasa, saya rasa SL lagi bagus. Sebab SL lagi pikap berbanding blade. Tapi seandainya anda inginkan cuting dan rekabentuk yang cantik, Blade lah pilihannya. Sbb Blade memiliki rekabentuk yang besar dan bercirikan sebuah superbike. Dengan fork USD, brake double disc mmg cantik.

    ReplyDelete
  5. Tumpang tnye antra blade250 dgn cbr250 mne lg senang jage?

    ReplyDelete