Saturday 20 February 2016

Ride Duo Santai Ke Kota Bharu (07.02.2016 - 09.02.2016)

Assalamualaikum.. Selamat tengahari.. Selamat Sejahtera buat semua pembaca setia MasukGear.. Alhamdulillah, syukur he hadrat Ilahi kerana ride bersama Kasha ke Kelantan tempohari selamat dan tiada sebarang masalah yang melanda. Sebenarnya sempena cuti Hari Raya Cina, aku ada bercadang nak balik kampung. Nak melawat ayah aku dan juga sedara yang tidak sihat. Mula-mula fikir nak balik dengan kereta. Tapi masa tu kan public holiday. Kompom jalan jem. So, aku bercadang nak balik dengan motor ajelah. Cuba juga aku cari kawan-kawan yang sudi nak teman aku ride sama-sama.. Hahaha.. Tapi... Hanya Kasha sorang je yang berani menyahut cabaran. Pehh.. Kasha nak ke Kelantan eh..? Jom.. Ikutilah kisahnya.. Ride santai dan lencun.. Kena hujan.. huhu.. Oh ya, cerita ride kali ni lebih banyak membebel dari gambar ye sebab masa balik ni aku tak bawa kamera.. So, no gambiran on da bike, cuma ada banyak gambar-gambar masa berhenti je la... Huhu.. So, jom kita ride sama-sama..