Wednesday 27 August 2014

Kawasaki ZX25RR - 4 Silinder sebaris?

Belum pun kehangatan pelancaran model 250SL reda, kini timbul pula desas desus bahawa Kawasaki bakal memperkenalkan model barunya dari keluarga Ninja. Dengan nama jolokannya iaitu ZX25RR. model yang berkapasiti 250cc itu dikhabarkan dilengkapi dengan enjin 4 silinder sebaris. Kehangatan desas desus ini makin membahang dengan kemunculan ZX25R / ZX25RR di muka hadapan majalah negara matahari terbit itu iaitu Young Machine.

Monday 11 August 2014

Ride Open House rumah OCPD Jasin, Melaka

Assalamualaikum.. Hai.. Hai.. Hai.. Selamat hari raya diucapkan buat semua pembaca blog masukgear. Sementara masih dalam bulan Syawal ni, ramai kawan-kawan yang buat rumah terbuka. Tapi aku nak minta maaf kepada kawan-kawan yang aku tak sempat nak hadir jamuan rumah terbuka. Maklumlah agak sibuk. Tapi beberapa hari lepas, ada kawan mengajak ke majlis rumah terbuka OCPD Jasin. So, macam mana tu? Erm.. Oklah, aku follow.. hehe..

Monday 4 August 2014

Kelebaran, Profil dan Kod Pada Tayar Motorsikal

Apabila tiba masa penggantian tayar motorsikal kita, selalu kita terfikir apakah brand dan saiz kelebaran yang kita mahukan. Kadangkala ada orang cakap," Tukar la tayar lagi lebar. Koner sedap woo..". Ataupun ada juga yang cakap," Alaa.. Pakai saiz standard je bro. Koner lagi best". Sejauh manakah kebenaran cadangan itu? Apakah itu hanya kesan psikologi sahaja terhadap kita? Apakah pilihan anda?


Sunday 3 August 2014

Ride Kota Tinggi kembali lagi

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua. Selamat Hari Raya juga aku ucapkan buat semua pembaca blog MasukGear. Semoga kalian semua sentiasa sihat dan ceria selalu. So, sementara menunggu waktu untuk melelapkan mata tu, aku belek-belek dulu lah gambar-gambar lama. Gambar ride bersama rakan-rakan. Tiba-tiba aku terjumpa gambar ride ke Kota Tinggi yang belum masuk blog lagi. Alamak.. Aku lupa la nak masukkan kisah ni. Hehe.. So, apa lagi, pemilihan gambar dibuat. Mana yang tak berkenaan tu kena buang lah. Lepas ni nak mengarang pulak. Jadi, apa lagi? Dah sediakan kacang dah? Haa.. Jom dengar cerita yang nak aku storikan.