Monday 25 May 2015

Ride Duo Santai Kapchai Le Tour de Malacca

Halop.. Haaloopp.. Yall.. Yaaalll.. Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan selamat malam semua. Haa.. Alhamdulillah, syukur pada-Nya yang Maha Esa kerana kita dapat bertemu lagi untuk entri kali ini. Alhamdulillah juga kerana ride kapchai pada 03.05.2015 hari tu berjalan dengan lancarnya. Pada mulanya, aku ada tanya kalau-kalau ada kawan-kawan yang nak join. Erm.. Tapi apa boleh buat, masing-masing sibuk. Ada yang kerja, ada yang nak pergi kenduri, dan macam-macam lagi lah. Jadi, aku putuskan aku pergi sorang ajelah. So.. Jom kita ride..!!!