Monday 11 January 2016

Bike Week / Bike Event / Autoshow / Kustomshow 2016

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua pembaca MasukGear. Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2016 buat semua pembaca blog ini. Rasanya tidak terlewat lagi untuk aku ucapkannya. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sudah. So, dikesempatan yang ada ini aku nak listkan beberapa event atau bike week yang bakal dianjurkan untuk tahun baru 2016. Di bawah ini disertakan butirannya..

*Klik gambar untuk besarkan (update : 22.01.2016)

Sunday 10 January 2016

Ride Pusing Melaka

Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita bersua dalam episod kali ini.. Erm.. Apa ek episod kali ini? Haa.. Episod kali ini adalah menyambut kedatangan Abg Mazli dan rakan-rakannya dari Kuala Lumpur. Hoho.. So, kami dah dimaklumkan beberapa hari lepas berkenaan dengan hal ni. Dan abg Mazli cakap lagi best kalau dapat kumpul ramai-ramai.. Erm.. Aku Insya'Allah boleh..

So, pagi ni adalah tarikh yang dirancangkan. Mengikut Gabenor Jajahan Melaka Mr. Pian, kita RV kat Petronas Ayer Keroh menghala ke tol Ayer Keroh dulu lah. Jam berapa..? Jam 8:00 pagi. Oklah, jom ikuti my stori de mori ye..

Saturday 9 January 2016

Ride Kapcai Kari Kambing 40 Hari

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Terlebih dahulu aku nak ucap selamat menyambut tahun baru 2016. Semoga azam anda semua tahun ni dapat dicapai dengan jayanya. Sempena tahun baru dan harga minyak turun ni, aku ada merancang untuk ride. Cuma ride kali ini kita ride guna motor kecik je eh. Nak ke mana tu? Hurm.. Jom kita pekena nasi arab kari kambing 40 hari!! Wah, macam best je.. Nak tahu best ke tak, jom follow kami!!

Ride kali ini melibatkan laluan sejauh 249km iaitu dari Taman Maju - Muar - Yong Peng - Chaah - Bukit Kepong - Tangkak - Taman Maju