Wednesday 9 August 2017

Ride ke Cameron Highlands - Day 1

Haslop.. Hassloopp.. Yall.. Yaall... Assalamualaikum buat semua pembaca setia MasukGear. Yeah.. Alhamdulillah, ride ke Cameron Highlands pada 29.07.2017 - 30.07.2017 lepas berjalan dengan lancarnya tanpa apa-apa masalah besar. Terima kasih daun keladi kuucapkan buat semua peserta kerana sudi menguji kekentilan diri bersama-sama mendaki Cameron Highlands dan menahan kesejukan di malam hari kat sana.. Haha.. Erm, aku juga nak minta maaf sebab cerita ni agak lambat sikit nak keluar. Al-maklum lah hujung minggu lepas aku kena pergi Johor Bahru atas urusan kursus kat sana. So, sekarang ni dah ada masa sikit, boleh la aku mencoretkan berpatah-patah dua tiga empat kata.. Huhu.. Harap-harap korang semua sudilah membaca kisah ride yang akan aku ceghitakan sebentar lagi.. Pi sediakan popcorn dulu ye..

Inilah antara peserta yang berjaya menggegarkan puncak Cameron Highlands..
Plan nak ride ni seingat aku dah dirancang agak lama. Lebih kurang sebulan lebih gitu. Haa.. Masa mula-mula rancang ride ni, ramai juga yang nak ikut. Dari sehari ke sehari ada je yang kasi nama.. Cheh, macam le event beso sangat. Hihi.. Tapi ada la dalam 12 orang yang nak ngikut. Cuma bila hampir sampai ke tarikh kejadian, last sekali tinggal 10 orang peserta dengan kekuatan jentera 9 biji. Hurm.. Yang lain..? Ada yang terikat dengan tugasan hakiki. Ada juga yang masih belum sihat. Baru lepas operation katanya. Dan tak lupa juga ada yang tak dapat ikut sebab visa tak lepas.. Huhu.. Erm.. Kalau nak ikutkan 29.7.2017 tu cuti umum sebab hari tu hari Agong. Tapi, last minute hari Agong dah dipinda tarikh ke bulan September. Aiseyman, macam mana aku ngan Kamen Rider (partner ride aku) nak ride sama-sama ni? Kami tak dapat cuti berdua bersama.. Bos besor tak kasi. Tapi disebabkan homestay dah ditempah, aku dan Man kena proceed juga dengan ride tu. So, kat sini akan ada 2 group iaitu 6 biji motor jalan pagi dan 3 biji motor gerak tengahari. 

29.07.2017 (Sabtu)

Jam dah menunjukkan pukul 9 pagi lebih dah. Masa ni aku sedang menjalankan tugas hakiki aku merawat pesakit bersama Azman. Sementara group pagi dah siap-siap nak gerak ke Cameron Highlands. Aduh, takpelah kasi la diorang gerak dulu.. Sementara tu, diorang semua kumpul kat Petronas Bemban.

Seperti biasa, sebelum memulakan perjalanan, haruslah didahului dengan bacaan doa selamat.

Wah, Pak Man pun ada juga untuk memberi kata-kata semangat dan sokongan moral kepada group pagi.. Namun begitu...

Ada juga insan yang sedih dipagi hari kerana tak dapat turut serta dalam ekspedisi kali ni.. Jangan sedih ye Zua.. Hahaha...

Akhirnya, bermulalah perjalanan group pagi dalam menggapai puncak Cameron Highlands.. Haha.. Erm.. Tak pasti lak aku diorang gerak jam berapa..

Tugasan demi tugasan dipikul bersama Azman demi memastikan pesakit kami dapat rawatan.. Dan hampir jam 12:00 tengahari, maka sampailah sorang lagi partner ride kami untuk sessi tengahari iaitu Cikgu Iswardy. Haha.. Masa ni aku balik jam 12:30 tengahari manakala Azman pula balik jam 12:00 tengahari. So, biarlah cikgu Iswardy gi lunch sama Azman dulu kat kedai Birbickqxs (hahaha)

Selesai je tugasan hakiki aku, lantas terus aku ke kedai tadi untuk lunch sama-sama.. Apa-apa hal, perut kena kasi kenyang dulu derr.. Tapi diorang berdua dah kekenyangan dah tu..

Perut dah kenyang, dah tiba maasnya kami mulakan perjalanan menuju Cameron Highlands. Sebelum memulakan perjalanan, Azman a.k.a Kamen Rider mengepalai bacaan doa selamat supaya perjalanan kami nanti dihindari dari segala rintangan yang bakal melanda.. Amin..

Perjalanan kami bermula tepat jam 1:21 tengahari. Cuaca agak cerah dan ada sedikit membahang. Pak sedara kat depan tu pun panas juga tu. Tapi demi tugas, harus diharungi jua..

Cak..!! Haha.. Sempat lagi Azman snap gambar aku.. Hehe..

Ok, jom lah kita teruskan perjalan yang masih jauh. Aksi Cikgu Iswardy yang sempat dirakam oleh lensaku.. Masih lagi nampak steady.. Hehe..

Selamat tinggal Ayer Keroh. Kami gerak dulu ye..

Azman @ Kamen Rider @ En. CEO kelihatan masih cargass dan bertenaga. Maklum le tadi dah tambah tenaga kat kedai Birbickqxs.. Hehe..

Lepas tol Ayer Keroh, kiri ke kanan? Ofkos la kiri.. Menuju KL..

Naik highway je, kami maintain kelajuan di bawah had laju kebangsaan. Masa ni kami bawa 85 - 95 kmj je.

Yezzaa.. Dah mula meninggalkan Melaka. Welcome Negeri Sembilan..

Beberapa ketika sebelum kami sampai di RnR Seremban, Azman ada terlanggar satu benda macam besi tah dari lori mana yang terjatuh tadi. Yang kami perasan, lori tu bawa tong gas. Aku yang berada belakang sekali sempat elak dan aku nampak Man langgar betul-betul tengah besi tu. Kletang..!! So, aku rasa tak sedap hati. Moh le kita singgah tepi sekejap periksa apa-apa yang patut.

Setelah memeriksa tayar depan dan belakang serta part-part yang lain, Alhamdulillah.. Tiada apa yang tak diingini terjadi. Tayar Zeneos masih membelit kemas rim pada jentera SYM Azman.. Hehe.. Jom kita sambung perjalanan kembali..

Terus kami sambung perjalanan yang berbaki hanya beberapa minit sebelum sampai RnR Seremban. Kat sini, aku tak topup minyak. Hanya Azman dan Cikgu Iswardy je yang isi minyak.

Haa.. Ni lah dia lori tadi yang tah apa part yang tertanggal tadi. Nasib baik takde apa-apa yang tak diingini berlaku.

Kat sini, kami tak lama.. Hanya 10 minit saja dan selepas selesai isi minyak, perjalanan harus diteruskan. Owhyeahh!!

Selepas rehat sekejap tadi, perjalanan diteruskan menuju utara (Ipoh). Dan selepas ni check point kedua kami adalah RnR Jejantas Sungai Buloh.

Jam sekarang dah menunjukkan pukul 3:04 petang dan cuaca sekarang masih panas dan membahang. Hanya 242 km saja lagi nak sampai Ipoh. Tapi, bukan itu destinasi yang kami tujui.. Haha..

Kelihatan Cikgu Iswardy masih steady.. Dengan menunggang LC putih beliau.. (kasut ngan glove sama kaler.. hahaha..)

Untuk mengisi kebosangan menunggang di bawah panas terik mentari, tiba masanya Azman merempit pula cuba meninggalkan Cikgu Iswardy di situ.. Haha.. Berlakon je tu.. Man budak baik.. Bos sayang Man.. Hihi..

Galeri MUFORS (Malaysians Unite for Road Safety)

Perjalanan diteruskan lagi. RnR Jejantas hampir tiba. Sekejap lagi nak stop sekejap. Isi minyak..

Masa on the way ke RnR Jejantas Sungai Buloh, ada kereta rosak kat tepi jalan. Nasib baiklah sebab dah ada yang bantu.

Haa.. Dah nak sampai dah. Sikit je lagi..

Akhirnya sampailah kami kat RnR Jejantas Sungai Buloh. Dan kami terus ke stesen minyak Petron. Hurm, kena beratur dulu nak isi minyak.. Huhu..

Sementara duk beratur tu, moh le kita selfie dulu.. Haha..

So, kat sini aku kasi full tank dulu lah dan kerugiannya adalah seperti yang tertera.. Haaa..

Dah siap kasi full tank, kita take five dulu lah eh. Rehat-rehat sekejap. Swafoto satu kali lagi..

Dapat request tadi dari Cikgu Iswardy. Katanya nak posing maut. Hahaha.. Auwwmmm..

Orait, dah tamat masa rehat. Dapat 12 minit kat sini pun jadi ler.. Jom kita sambung balik perjalanan.

So, ayuhlah kita kayuh lagi.. Uhh.. Jauhnya.. Huhu..

Inilah cabaran menunggang motor kecil atas highway. Dengan kelajuan yang pastinya tak dapat menyaingi kepantasan motorsikal berkuasa tinggi, terserahlah kepada penunggang itu sendiri macam mana dia nak hilangkan keboringan dan stress.. Tapi kalau aku, biasanya aku suka tengok kereta-kereta atau motor-motor besar yang lalu potong aku. Pastu aku nyanyi sorang-sorang.. Haha..

Sedang asyik masyuk layan highway, tiba-tiba ada sebiji motor ni potong kami. Haha.. Amcam Man, berkenan tak..? Itulah KTNS RS3!! Yeaahhh...!!!

Selepas dipotong sayur kangkung oleh KTNS tadi, kami kembali layan perasaan masing-masing. Huhu.. Sekarang ni dah sampai pintu gerbang PKNS dah ni.. Uihh... Jauh lagi tu..

Hentian selepas ni adalah RnR Tapah. Tapi untuk memastikan jentera masing-masing cukup bahan api, kami stop sekejap kat Hentian Tg. Malim. Kat sini, aku tak isi minyak. Hanya Man dan Cikgu Iswardy je yang isi. Itupun kira topup je sebab minyak masih ada lg tu.. Cuma bimbang kalau tak topup takut tak sampai RnR Tapah

Oyeahhh!! Aktiviti biasa selepas isi minyak..! Ayuhlah kita berswafoto lagi.. Hehe..

Eh, aku nak masuk juga lah dalam ini cerita..

Eh, jam dah pukul 5:12 petang dah. Jom lah kita gerak. Kena cepat sikit ni sebab aku takut nanti masa lalu Tapah ke Cameron nanti, keadaan dah malam. Jalan Tapah - Cameron tu dah la bengkang-bengkok..

Lepas semua siap sedia, kami teruskan kembali cabaran kami menuju Cameron Highlands. Dan lepas ni ada last check point sebelum kami sampai Cameron Highlands iaitu RnR Tapah.

Akhirnya kami dah masuk Perak dah. Haaa... Kehangatan Tanah Rata kian terasa walaupun kat atas sana sejuk.. hehe.. Macam dah dekat jee... Hihi..

Haaa... Nampak tu Cikgu Iswardy dah mula senyum girang dah bila masuk Perak. Pehh.. Setakat ni, kami dah lalu 4 buah negeri dah.. Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

Tak lupa juga dengan sokongan moral dari En. CEO kita.. Haha.. En. CEO kita memang sentiasa steady dengan SYM beliau yang sentiasa cemerlang. Wa tabik spring satu kali.. Haha..

Masa dalam perjalanan, tiba-tiba lori depan bagi signal nak masuk kanan. Eh, bila kuperhatikan, rupa-rupanya inilah penghujung jalan 3 lorong. Kat depan nanti dah jadi 2 lorong dah.

Sekarang jalan dah jadi 2 lorong dah. So kita sebagai penunggang motorsikal kecil ni kena lebih berhati-hati.. Eh, dah tak jauh dah persimpangan Tapah. Yess..!!!

Masih mengekalkan kelajuan di bawah had laju kebangsaan.

Chak..!! Gambar bas yang sempat aku snap khas buat tatapan kawan aku, Wan Bas.. Hihi..

Cakk...!! Sebiji lagi dari belakang.. Khas untuk Wan Bas.. Hoho.. Bila aku tengok bas, pasti aku teringat kat dia.. Hehe.. Wan, jom ngeteh kedai PokMey malam ni.. Hihi..

Ting...!! Haa.. Ni satu lagi gambar bas.. Khas buat kawan aku sorang tu.. Hehehe.. Harap masa ni dia baca la cerita ni.. Hehehe.. Eh, dah sampai RnR Tapah dah..? Jom lah masuk. Kita rehat seketika kat sini..

Sejurus sebelum masuk RnR Tapah, ada sebiji bangkai MPV yang dah totally rentung. Erm, aku rasa, ni adalah kes kemalangan ini kot..? Dari berita tu, sorang meninggal..

Akhirnya tibalah kami kat RnR Tapah.. Jam pun dah pukul 6:00 petang dah ni. Stop lama sikit lah kat sini. Boleh isi minyak dan solat sekejap.

Selepas selesai solat, perut aku rasa lapar lak. So, aku beli roti dan air mineral dulu lah buat alas perut yang kelaparan ni.. Huhu.. Sementara Azman dan Cikgu Iswardy isi minyak, aku bedal dulu lah roti ni.. Hehe.. Oh ya, kat sini, aku tak isi minyak pun. Cukup rasanya minyak aku ni untuk sampai atas.. Hurm..

Orait, semua dah siap sedia..? Jom kita.. Haha..

45 minit juga kami habiskan masa kat RnR Tapah tadi.. Isi minyak, solat dan rehat buat seketika. Masa ni tulang coccyx aku dah mula rasa sedikit sakit tapi masih boleh meneruskan perjalanan. Aku tak makan pun pain killer. Malas nak bergantung pada ubat semata-mata..

Selepas melewati Tol Tapah, kami terus memecut menuju Cameron Highlands. Keadaan dah mula sedikit gelap walaupun baru pukul 7:00 petang..

Selekoh demi selekoh diratah dengan lahapnya. Perjalanan masih lagi berbaki 49 km sebelum sampai Tanah Rata. Tapi pastinya masa perjalanan melebihi sejam untuk ke atas sana sebab jalan Tapah - Tanah Rata agak berliku dan juga berlopak.

Korner lagi.. Layan lagi.. Haha.. Kadang-kala aku ke depan, kadang-kala aku ke belakang pula. Itulah caraku supaya kami bertiga tak terpisah jauh dengan masing-masing..

Bila aku dah jauh ke depan, aku stop sekejap sementara menunggu Cikgu Iswardy dan Azman tiba. Kebetulan pula masa ni takde satu pun kereta atau motor lalu.. Pehh... Sunyi der.. Dalam hutan macam ni, yang bunyi hanya kicauan burung pulang ke sarang dan juga unggas-unggas je. Seram dooo..

Selepas aku dipotong balik oleh Cikgu Iswardy dan Azman, tiba-tiba pula mata masuk serangga apa tah. Pedih mata kiri aku. Masa kami stop sekejap kat Lata Iskandar untuk bergambar, aku tak dapat posing kerana mata agak sakit.. huhuhu..

Hari dah semakin gelap. Sudah tiada gambiran sehinggalah kami sampai kat kawasan Ringlet. Sementara ada kesempatan ni, stop sekejap kat buah strawberry besar. Hahaha..

Dari Habu menuju Tanah Rata, dah takde gambiran langsung memandangkan cuaca dah gelap sepenuhnya. Dan inilah cabaran menunggang NMax kat jalan selekoh. Lampu depannya memang terang kerana ianya LED tapi disebabkan lampu depannya terbina dalam sekali dengan badan motor, masa kita ambil selekoh, lampunya tak turn sekali. Asyik tegakkk je.. Haha.. Tak nampak selekoh pula..

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami bertiga kat Anggerik Desa Homestay jam 8:15 malam. Group pagi tadi khabarnya sampai sini jam 7:00 petang. Fuh.. Memang penat.. Haha..

Tanpa segan silu, terus Azman landing kerana kepenatan dan hampir-hampir dia berhalusinasi.. Hehe.. (berlakon je tu.. hahaha..). Ok, kasi masa untuk kami siap sekejap. Lepas ni boleh keluar makan. Haha.. Perut dan berkeroncong dah ni..

Selepas semuanya siap-sedia, moh le kita keluar cari makanan. Semua nampaknya dah agak kebuluran dah ni. Sorry kawan-kawan kalau kami bertiga tadi lambat sampai.. Hehe.. Cuaca malam ni pula sejukkk je.. Nyesal masa turun Tanah Rata, aku tak pakai jaket. Menggigilll... Burrrrr...

So sekarang ni kami lepak kat Orchid Food Corner, Tanah Rata. Oder makanan kat sini dulu lah. Haha.. Suhu sekarang ni dah mula turun ke 18 darjah selsius. Adeh, rasa macam dalam Radiotherapy Department pula..

Mana tukang oder ni..? Meja sebelah sana pun belum dapat makanan lagi. Kelihatan Azrul dan konco-konconya serius je membincangkan sesuatu..

Haa.. Ni dia tukang order dah sampai. Kak, sayo nok Nasi Goreng Amarika deh. Erm, air sayo nok Neskepe tarik ngan ais kosong. Tu menu aku la.. Menu Azman rasanya sup ekor..

Tadaa... makanan kami sampai selepas setengah jam menunggu. Walaupun masa menunggu lama, tapi kualiti masakan dan kesedapannya sangat marbeles.. Pehh.. Memang sedap sup tulang yang Cikgu Iswardy order. Erm, Shah dan Azman pun sama order sup ekor.. Fuhh.. Best..!!

Ya Rul, ada apa-apa nak tambah lagi..? Haha..

Sejam juga kami habiskan masa kat sini.. Selesai kenyangkan perut, kami meneruskan perjalanan pula menuju Pasar Malam Brinchang. Ya Allah, sejuknya ride malam-malam tanpa jaket ni. Huwaaa...

Nasib baiklah malam ni tak hujan.. Haha..

Bila pusing kawasan Brinchang, tak jumpa la pasar malam. So, sementara masa yang ada tu, kita singgah Shell Brinchang dulu lah kasi full tank. So, kat sini aku isi full tank lah dan kerugiannya adalah RM10.80

Barisan jentera yang dah siap full tank..

Sementara tu, Shah pula asyik masyuk mengintai meter minyak Pais. Apsal lak..? Maklum la dari Jasin tadi, Shah tak isi-isi pun minyak. Huhh.. Takpe la tangki motor dia beso.. 

Selepas selesai isi minyak, kami dapat tahu yang pasar malam Brinchang dah tukar lokasi. Dari info sahih, ada menyatakan yang pasar malam Brinchang dah berpindah ke Jalan Golden Hill, Sungai Ruil, Cameron Highlands. So, moh le kita ke sana.. Harap-harap pasar malam masih lagi bukak memandangkan sekarang pun dah pukul 10:55 malam..

Lokasi dah tahu, so kami ke sana lah dengan harapan kedai masih beroperasi.. Yeayy...!!!! hahaa.. Kami sampai pasar malam pun dah pukul 11:04 malam dah. Jom merayau-rayau dulu..

Amcam geng..? Ada baik ka..? Mesti la baeikk..!!!

Bila aku jalan-jalan sekitar pasar malam tu, banyak gerai-gerai yang dah tutup. Kami sampai agak lewat dah. Tapi masih ada lagi la gerai yang buka..

Gerai jual pakaian masih lagi belum tutup

Tapi gerai jual makanan dan buah-buahan dah banyak yang tutup dah. Tak dapat nak beli jagung.. huhuhu..

Masa nak balik, kami terhenti di satu gerai pakcik ni. Gerai dia ni ada jual macam-macam barang keperluan untuk seorang rider.. Haha.. Dari sarung lengan, ke sarung muka.. dan sarung kepala.. semua ada.. Hehe..

Tapi Azrul hanya sekadar memerhati.. Hehe.. memerhatikan kami yang sedang tawar-menawar dengan pakcik tadi..

Brader Joe pun kelihatan dah sarat dah dengan buah tangan tu.

Selepas selesai beli apa-apa yang berkenan, kami pun gerak balik chalet lah. Kami sampai chalet dah hampir jam 12:00 malam. Hurm, malam ni kena tidur awal sebab esok nak bangun pagi.. Nak panjat Gunung Brinchang katanya.. Haha.. Tinggi gunung tu.. Harap program pagi esok berjalan dengan lancar lah..

Oklah, sampai sini dulu lah coretan untuk hari pertama ni. Mata dah ngantuk dah ni. Cikgu Iswardy pun dah berlayar dah ke tengah lautan tu. Aku ni je masih terkapai-kapai ditepian pantai. Nasib baik ada En. CEO yang menemaniku dikala mata masih belum mahu lelap.. Hehe.. Ok, sehingga kita bertemu lagi esok..

Salam sayang dari Cameron Highlands.. Hehe..

Bye.. Gudnite bebeh.. 

-PokNik-
MasukGear

4 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian...insyaAllah pukul 4am nnt akan ride ke cameron.. :) last ride ke cameron masa zaman bujang dulu... teruja juga ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde ke dr melaka nk nk ride ke cameron highland lagi..kalau ade nak gak join

      Delete
  2. Perkongsian yg bagus... Banyak gambar.. Jln citer menarik.. Seronok membaca

    ReplyDelete
  3. Stead pokni......bil nak ride lg

    ReplyDelete