Tuesday 24 July 2018

[Throwback] Tengkujuh Ride 2017/2018 (Hari Pertama)

Assalamualaikum, selamat malam dan salam perpaduan buat semua pembaca setia MasukGear. Apa khabar semua..? Diharap semoga semuanya sihat lah ye di samping yang tersayang. Dan aku harap masih ada lagi yang setia membaca coretanku untuk kali ini.. Hehe.. Erm, rasa agak kekok pula sebab dah lama tak menaip dan mengarang cerita merapu ni. Hurm.. Sekejap je menaip dah rasa kebas dah jari-jemari ni. Haha.. Tapi takpelah, bolehlah korang cari pop corn dan sambil meratah pop corn tu, jom sama-sama menelaah cerita yang bakal aku ceritakan nanti.


Orait, cerita ini adalah cerita ride sekumpulan Geng Onion atau juga dikenali dengan nama jolokan Geng Bawang, ke negeri Cik Siti Wan Kembang.. Dan ride kali ini adalah sebagai ride penutup 2017 serta ride menyambut kedatangan 2018. Haaa... Ride yang bertarikh 30.12.2017 - 01.01.2018 ini bermula dari Ayer Keroh, Melaka menuju ke Kelantan dan balik semula ke Melaka. Jom sama-sama kita ride ke Kelantan.. Zaasss....

Wednesday 18 July 2018

Lama Menyepi..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera penuh ukhuwah diucapkan kepada semua pembaca MasukGear. Semoga kalian semua sentiasa di bawah payungan rahmat dari-Nya yang Maha Esa. Tadi masa mula-mula melangkah masuk selepas lama tak datang sini tadi, rasanya dah banyak bersawang dah blog ni.. Ya, dah lama sangat dah aku tinggalkan blog ni. Dah lama aku tak menulis. Dah lama juga aku tak mengarang ayat.