Saturday 22 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 3) - Episod Last

Assalamualaikum geng.. Selamat sejahtera semua.. Bahagian akhir dah nie.. Yup..

Selepas berehat beberapa minit di kawasan tasik banding, maka kami pun bersiap2 semula untuk makan gerak balik Melaka lah. Dah ready semua dah? Kalau dah ready, jom le MasukGear.

 Jam dah mula menunjukkan pukul 12:15 tengahari. Geng, jom lah kita gerak. Moh kite MasukGear..

Thursday 20 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 3) - Part 2

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua. Untuk entri kali ini, aku akan storikan pula bermula dari Jeli, menuju ke Gerik. So, selepas siap isi minyak dan rehat, maka kamipun bersedialah untuk merentasi jalanraya yang penuh dengan sejarahnya.. iaitu Lebuhraya Timur Barat.

 Ok.. Ready to ride..? Hehehe.. Jom.. Challo..

Wednesday 19 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 3) - Part 1

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Semoga anda semua sihat dan ceria sentiasa. Untuk entri kali ini, aku akan stori de mori kan hari ke 3 ride kami.. Iaitu ride balik Melaka. Aku rasa entri ni agak panjang. Tapi kalau tak sempat kang aku akan buat 2 atau 3 bahagian lah. So, teruskanlah membaca MasukGear!! Hehehe..

Hari Ketiga
Pagi ini seawal pukul 5:30 pagi lagi, Pak Man dah bangun. Dia yang kejutkan kami semua. Awal betul jam biologi Pak Man 'berdering'.. Sebetulnya malam tadi aku tak dapat tidur nyenyak. Kepala aku sangat sakit. Mungkin ianya disebabkan oleh perubahan cuaca yang agak ketara kot. Cuaca kat sini terlalu panas.. Aku pekena Paracetamol dua biji (1000mg) barulah lega sikit kepala ni.

Lebuhraya Timur - Barat (Jalanraya Jeli - Gerik)

Lebuhraya Timur - Barat merupakan laluan persekutuan yang menghubungkan antara Jeli di Kelantan dan Gerik di Perak. Pembinaannya diilhamkan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu (Almarhum) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Projek ini menelan belanja hampir RM 300 juta dan jarak perjalanannya adalah 123km iaitu 61km dalam negeri Perak dan selebihnya dalam negeri Kelantan.

Tuesday 18 February 2014

Kawasaki Ninja RR Mono / Ninja 250 SL

Baru-baru ini Kawasaki Motor Indonesia telah melancarkan sebuah model baru iaitu Ninja RR Mono / Ninja 250 SL. Model ini dilancarkan pada 14.02.2014, dan khabarnya model ini adalah untuk menggantikan model Ninja 150 RR. Berbeza dengan model 150RR, model ini didatangi dengan 249cc, silinder tunggal dan mempunyai 4 lejang. Perlancaran model RR Mono ini adalah yang pertama di dunia. Ianya dibuat di Indonesia untuk pasaran global.

Friday 14 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 2)

Assalamualaikum.. Selamat malam buat semua pembaca blog Masuk Gear. Hehehe.. Aih.. Malam jugak lagi ker? Maklum lah, malam je free dan boleh tulis blog. Huhu.. Oklah, pertama sekali, aku nk mintak maaf sebab dah lama biarkan blog ni sunyi tanpa stori de mori. Maklum le aku sibuk sket. Huhu.. Ni dah macam ada kelapangan dah sikit. So, biar aku sambung stori Ride ke Kelantan hari ke 2. Kalau dapat, aku nak buat kira satu hari punya cerita lah. Rasa malas nak buat part 1 atau part 2.. So, maybe cerita ini agak panjang sket. Oh ya, sesiapa yang belum baca Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 1, boleh klik sini dan untuk Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 2 pula, boleh klik sini. So... Dah ready dengan jagung rebus pulak..? Hehehe.. Jom..

Friday 7 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 2

Hai.. Assalamualaikum dan selamat malam semua.. Aih.. Malam lagi..? Hehehe.. Apa boleh buat? Dah malam je free. Huhu.. Oklah, nanti kejap lagi kita akan sambung semula stori ride ke kelantan nih. So, bijik kuaci ada lagi tak? Kalau takde, p beli dulu. Kang nanti sambung balik eh..

Ok, setelah selesai mengenyangkan perut yang lapar di Jerantut, maka kami akan memulakan perjalanan semuala ke Kuala Lipis. Dan seterusnya dari Kuala Lipis, akan melalui Felda Kechau. (Short cut le tu kononnya..). So, jom gerak sekarang. Jam menunjukkan pukul 12:17 tengahari. Sorry, takde gambar sampai la Petronas Kechau.

Wednesday 5 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 1

Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Huhu.. Malam ek..? Ye la.. Sbb aku taip cerita ni dikala malam bulan mengambang. Hehehe.. Sorry pembaca2 semua, buat anda menunggu untuk membaca cerita ni. Hehehe.. Cerita ni agak panjang untuk distorikan. So, cepat2 p dapur buat air dulu.. Sediakan bijik kuaci.. dan boleh la kalau nak start sekarang.. hehehe.. Aku akan cuba buat seolah2 pembaca pun ada sekali dalam ride kali ni eh.. Jom.. Hayati artikel ni dengan penuh khusyuk sekali..

Ride ke Kelantan (Intro)

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera semua.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, ride ke Kelantan pada 31/01/2014 - 02/02/2014 berjalan dengan lancar sekali. Syukur juga kepada Allah kerana sepanjang ride kali ini, tiada apa2 musibah dan perkara yang buruk menimpa kami semua.. Alhamdulillah..

So, biarlah aku story pasal intro dulu ye. Hehehe.. Sebenarnya pada bulan November tahun lepas, aku berhajat nak balik Kelantan. Biasanya aku balik dengan kereta tapi kali ini aku nak balik dengan motor pulak. So, aku ada tanya Pak Man, dan respon Pak Man amat menggalakkan sekali. Hahaha.. Dia kata beres. Bila start masuk bulan Disember, aku ada tanya la kot2 ada siapa2 nak join. So, responnya ada 3 orang lagi yang nak ikut. Aku on je. Chalet mula dicari.. Dan tentatif program mula difikirkan.