Friday 30 October 2015

Review Tayar Zeneos ZN62 (Kemaskini 04.10.2016)

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua.. Terima kasih diucapkan buat semua pembaca MasukGear kerana masih lagi sudi menjenguk blog ni. Hehe.. Aku harap korang tetap setia menelaah blog ni ye. So, untuk entri kali ini, aku nak buat sikit review pasal tayar yang aku baru beli kat Kajang tempohari iaitu Tayar Zeneos ZN62. Ok tak tayar ni..? Best tak tayar ni..? Hurm.. Takpe, mari kita berkenalan dulu dengan Zeneos. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bila dah kenal, jangan buat-buat lupa pulak ye.. Hehe.. Jom kita..


Zeneos dihasilkan oleh satu syarikat pembuat tayar terbesar di asia tenggara iaitu PT. GAJAH TUNGGAL Tbk. Syarikat ini juga terkenal dengan tayar kereta berjenama GT Radial. Dengan gabungan teknologi terkini iaitu AGD (Advanced Grip Design) dan HSG (High Speed Grip), maka terhasillah tayar berjenama Zeneos. Teknologi-teknologi tersebut digabungkan bagi menghasilkan tayar yang pastinya memberikan keselesaan serta ciri-ciri keselamatan pada penunggang. Zeneos juga mendapat beberapa pensijilan seperti SNI, ISO, DOT dan juga NAO ( Non Aromatic Oil) untuk tayar mereka.

Namun begitu, sejauh manakah tayar Zeneos mampu memberikan keselesaan kepada penunggang? Sejauh manakah juga tayar ini mampu menjamin keselamatan penunggang semasa menunggang motorsikal mereka? Apakah ciri-ciri yang ada pada tayar ini yang boleh kita banggakan? Jadi, di sini aku ada sedikit kupasan yang pastinya telus dan tulus. Haha..

Awal bulan Ogos 2015 hari tu aku dah perasan tayar belakang motor aku dah agak botak. Dah kurang rambutnya. Jadi, kebetulan pula dengan aku ada sikit hal di Kuala Lumpur pada masa tu, ketika balik dari Kuala Lumpur, aku ambil kesempatan singgah di sebuah kedai tayar di Kajang. Tujuan aku nak beli tayar belakang lah. Dalam perkiraan aku, nak beli tayar apa ek? Tiba-tiba terfikir satu jenama tayar yang baru iaitu Zeneos. So, dengan harganya yang agak murah, kenapa tidak untuk aku mencubanya. Apa lagi, singgahlah sekejap beli tayar.

Aku singgah di satu kedai iaitu Blackfire Store cawangan Kajang. Sebelum tu aku dah contact kedai ni dan dah booking satu tayar Zeneos ni iaitu ZN62. Kenapa aku memilih ZN62 untuk kudaku lari gagah berani itu?

Aku memilih ZN62 kerana pada aku, bunganya cantik sekali. Dan pada aku, dengan rekabentuk bunga macam tu, sesuai untuk layan leper. Hehe.. Ye ker sesuai? Erm, tahlah. Tapi takpelah. Mari kita cuba dulu. Harganya pun agak berpatutan di mana aku dapat tayar ni dengan harga RM290.00 sebiji bawa pulang.

Tanggal 18.08.2015, secara sahnya aku telah memiliki tayar ini. Tayar ZN62 ni bersaiz 160/60/17, iaitu sesuai dengan saiz standard yang motor aku perlukan.

Tayar lama belakang motor aku masih ada lagi bunga sikit-sikit. Tak apalah, aku kasi habis licin dulu lah yang lama tu. Jadi, aku simpan dulu lah tayar ni buat standby.

17 hari selepas itu, barulah tayar Michelin Pilot Road 3 yang membelit kemas di bahagian belakang motor aku telah kehausan bunga tayar. Maka, dah sampai masa lah untuk aku menukarnya. Sebelum ni, banyak juga pandangan-pandangan yang negatif pada tayar ni. Tapi, aku nak cuba juga. Jadi, aku akan hantarkan tayar ni ke MJ Auto Part and Accesories supaya pasang tayar motor aku ni.

Inilah dia keadaan tayar yang sememangnya perlu untuk ditukar baru. Licin hingga ke titisan terakhir.

 Tadaa.. Maka pada 06.09.2015 tayar Zeneos ZN62 ni telah membaluti kemas rim berjejari 17 inci di belakang. Haha..

Inilah spec yang terdapat pada tayar ini. Mengikut kod-kod tersebut seperti yang dinyatakan di sini, tayar ini adalah berkelebaran 160mm, muat untuk rim berjejari 17 inci, sesuai untuk kegunaan motorsikal, beban maksimum yang dapat ditampung pula adalah 325kg dan kelajuan maksimum pula adalah 180kmj.

Tayar ni adalah dari jenis bias dan bukannya radial. Katanya tayar jenis radial lebih bagus dari jenis bias. Tapi tak apalah, aku sekadar ingin mencuba je. Dan tayar ni dikeluarkan pada minggu ke 18 dalam tahun 2015. Mengikut sumber, ZN62 didatangi dengan tayar jenis kompaun medium. Tapi, aku merasakan macam soft compound pula. Hahaha..

Dah beberapa hari aku mencuba tayar ni. Pada mulanya aku rasa sedikit keras la tayar ni. Bila layan koner, tayar terasa seakan-akan melantun. Keras sangat. Untuk jalan lurus pula, aku sempat mencuba tayar ni pada kelajuan 185 kmj tapi ketika dalam kelajuan ini, ada sedikit rasa gegar. Mungkin sebab tak buat balancing kot masa pasang kat MJ Autopart and Accesories. Aku tak berani untuk memecut lagi kerana pada dinding tayar tersebut ada nyatakan kelajuan maksimum hanya 180kmj.

Buat masa ni, aku masih tak dapat bagi ulasan secara menyeluruh kerana aku baru test tayar ni untuk jarak 200km sahaja. Tapi tak apa, pada 02.10.2015 nanti kami ada ride ke pantai timur. Masa tu, aku boleh cuba sejauhmana kelebihan dan kekurangan tayar ni. Untuk cerita ride pantai timur 2015, boleh klik sini.

Maka pada 02.10.2015, bermulalah ekspedisi pantai timur di mana kami akan ride 3 hari 2 malam dan destinasi pertama adalah Kelantan. Pada hari ke dua pula kami akan ke Terengganu dan hari ke tiga pula kami akan pulang semula ke Melaka. Masa ni, aku akan ambil peluang untuk menguji ZN62 di motorku.

Zeneos ZN62 di Kuala Terengganu

Ini pula di Kota Bharu, Kelantan.

Maka setelah mengharungi hujan lebat, panas, keadaan jalan yang lurus dan sebagainya, dapatlah aku membuat beberapa kesimpulan :-

1. Untuk permulaan kalau baru tukar tayar, jangan layan koner dulu. Biar dulu ada keserasian antara kita dengan tayar baru.

2. Periksa tekanan tayar. Kalau boleh, kekalkan tekanan tayar di antara 26psi ke 28psi. Jangan lebih 30psi kerana tayar akan menjadi sangat keras disebabkan tayar ni bukan jenis radial

3. Bila dah ada keserasian, layanlah koner sepuas hati di jalan kering kerana tayar ni amat-amat sedap untuk layan koner. Aku layan koner dengan tayar ni sampai hilang "chicken stripe" kat tepi tayar. Hahaha..

4. Bila hujan turun atau jalan basah, sila perlahankan motor anda dengan serta merta kerana ZN62 ni amat-amat tidak mencengkam di permukaan basah. Ketika ride pantai timur tempohari, kami dibasahi hujan di PLUS highway. Dan ketika di jalan yang lurus, bila tayar di atas tanda jalan pun, belakang dah start goyang dan berjoget-joget. Jadi, sila gandakan precaution anda bila menunggang di permukaan yang basah.
 
Kesan dari meratah selekoh-selekoh Karak, Tehel dan juga Jalan Ayer Panas Bemban dengan lahapnya. Hehe..

Aku sangat-sangat yakin dengan kebolehan tayar ni bila mengambil selekoh di permukaan yang kering. Lagi best bila matahari mencanak atas kepala (waktu tengahari)

Sehingga artikel ni ditulis, tayar ni dah mengharungi 2080km dan itulah keadaan bunga tayar setelah melalui jarak tersebut. Artikel ni akan aku update dari semasa ke semasa tentang perbatuan yang boleh dicapai oleh tayar Zeneos ZN62 ini.

Kesimpulan yang dapat aku nyatakan di sini adalah, tayar ni memang sedap dipakai. Tambahan lagi ketika mengambil selekoh. Tapi awas!! Hanya untuk permukaan kering sahaja. Jangan terlalu laju di jalan basah, kerana silap percaturan nanti anda yang akan basah. Tayar ni sangat tidak mencengkam di permukaan basah. Aku rasa tayar ni sesuai dipanggil tayar bajet kerana dengan harganya yang tak sampai RM300 sebiji, anda sudah dapat memiliki sebiji  160/60/17. Cuma jangan terkejut seandainya tayar ni cepat haus, kerana ianya bukan dari jenis radial, sebaliknya ianya cuma jenis bias. Nantikan update dari aku di sini tentang jarak perbatuan tayar ni ye.. Sekian dulu coretan untuk kali ini..

 Sehingga bertemu lagi. Chow..

-PokNik-
MasukGear


10.04.2016
Update terkini

Perbatuan terkini : 6799km

Sehingga artikel ini dikemaskini, tayar Zeneos ZN62 yang aku guna ni dah melalui 6799km perjalanan. Dan dari apa yang aku lalui sepanjang 217 hari bersama, terdapat beberapa perkara yang boleh aku simpulkan.

1. Selepas melalui hampir 4000km, ketebalan bunga tayar masih belum mencecah indicator lagi. Mungkin ada lagi dalam 40% sebelum mencecah indicator. Ketika ini, cengkaman tayar dengan permukaan basah sudah agak bagus sedikit berbanding ketika mula-mula tukar dulu. Perkara ni aku laluinya ketika ride berdua dengan Kasha ketika ke Kelantan. Pada masa tu, kami harungi hujan yang amat lebat namun ketika di selekoh, aku dapat rasakan cengkamannya bertambah baik. Untuk kisah ride penuh, boleh klik sini.

2. Periksa tekanan angin tayar tersebut selepas 5000km untuk memastikan tekanannya sentiasa mengcukupi kerana jika tekanan terlalu rendah, akan membuatkan korner tak stabil dan membuai.

3. Walaupun sudah mengharungi 6800km, cengkaman pada permukaan kering masih lagi bagus dan sangat mencengkam. Layanlah selekoh sepuas hati anda kerana ianya pasti akan menurut kehendak anda.

Akhir kata, sampai sini dulu untuk update kali ini. Nanti aku aku akan update lagi bilamana sudah sampai masa tayar ini botak.

Chow..

-PokNik-
MasukGear



Update terkini : 04.10.2016
 
 Sehingga artikel ini dikemaskini, jarak perbatuan untuk tayar Zeneos ZN62 ni dah menjangkau 11457km. Alhamdulillah, bunga tayar masih ada lagi walaupun ada sesetengah part yang dah nipis dan mencecah tanda aras..

 Sekarang dah hampir 13 bulan aku menggunakan tayar ni. So far, cengkaman tayar ni masih bagus. Cuma dari segi mengambil selekoh tu, aku dapat rasakan ianya sudah agak kurang sikit cengkaman. Tapi masih lagi boleh melayan korner-korner dan selekoh-selekoh dengan yakin. Mungkin ianya disebabkan oleh bunga tayar yang semakin menipis, lantas mengurangkan sedikit daya elastik yang ada pada sesebuah tayar untuk mencengkam jalan..

 Aku dapat rasakan yang tayar ni masih mampu bertahan untuk jarak paling kurang pun lebih dari 600km. Mungkin 1000km lagi sebelum ianya benar-benar botak.

Indicator bahagian tepi dah jejak dah. Hehe.. Tapi aku akan cuba lagi tengok sejauh mana lagi tayar ni dapat bertahan. Sampai sini dulu untuk kali ini.. Nanti aku akan cuba update lagi untuk jarak perbatuan yang aku dapat dari ZN62..


Chow...

-PokNik-
MasukGear

31 comments:

  1. Saya pernah pakai tayar ni. saya setuju dengan komen tuan. Cuma nak tambah sikit.. iaitu suhu tayar yang yang tinggi. Agak membimbangkan apabila menggunakannya dalam jangkamasa yang lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm.. Suhu tu saya rasa tak de apa2 kot..? Sebab saya dah cuba dari Melaka sampai Kelantan dan balik ke Melaka.. Alhamdulillah.. Takde pape.. Mungkin dia punya operating temperature agak tinggi utk tayar ni

      Delete
  2. Salam.
    Tentang tekanan angin tayar saya kurang faham maksud anda bila anda ada mengsyorkan tekanan sekitar 26-28 psi tetapi tidak melebihi 30psi..
    Kalau kita baca dalam manual ketika membeli motor baru pehak pengeluar atau kilang ada mengsyorkan tekanan angin tayar yang sesuai bagi motor keluaran mereka model dan kategori dan hampir semua kategori motor samada street, dual, toring dan cruiser . Dan setahu saya mereka mengsyorkan tekanan angin tayar dalam julat 32-36 psi.
    Maka sebenarnya berapakan tekanan angin tayar yang paling sesuai bagi motor yaang kita tunggang. Contoh, motor saya pihak pengeluar mengsyorkan tekanan sebanyak 32 psi, tetapi saya rasakan tekanan sebanyak itu terlalu keras untuk gaya tunggangan saya dan saya dua kali jatuh kerana tayar depan dan tayar belakang mengelusor ketika membrek sewaktu hujan dan jalan licin sedangaknkan kelajuan cuma sekitar 90kmj.
    Adakah tekanan angin tayar yang jadi penyebab pada acident yang saya alami itu..?

    ReplyDelete
  3. Wslm.. Dalam artikel kat atas, saya mengesyorkan tekanan yang agak rendah (26 - 28psi) kerana faktor jenis tayar. Apa yang pengeluar syorkan adalah merujuk kepada tayar jenis radial. Dan tayar asal motor pn jenis radial. Seperti yang kita sedia maklum, tayar zeneos adalah jenis bias ply. Bukannya jenis radial. So, tayar jenis bias ply ada sedikit keras berbanding dgn radial. Saya ada buat juga sedikit test pada tekanan tertentu pada tayar ni dan saya temui tekanan yg paling sesuai adalah antara 26 ke 28psi. Tekanan ini juga merujuk kepada kesesuaian dan jenis dan cara tunggangan saya. Mungkin setiap orang berbeza cara tunggangan.. Pendapat saya, mungkin kemalangan yang tuan alami tu ada juga sedikit sebanyak faktor tekanan tayar. Namun begitu, faktor jalan basah juga merupakan penyebab utama kemalangan. Pada saya, ada baiknya kalau tuan sesuaikan tekanan tayar dengan cara dan gaya tunggangan tuan. Jangan terlalu keras.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan dh bape km tyar tu? Bunga cun lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Oh ya, nanti saya update kat dalam ni pasal bunga tayar beserta perbatuan yang terkini ye. Rasanya sekarang ni dah lebih 5000km dah. Tunggu eh.. Nanti saya update secepat mungkin. :-)

      Delete
    2. Update setakat 10.04.2016, tayar tu dah mencapai 6399km dah. Bunga masih ok lagi. Boleh rujuk gambar2 yang dah diupdate dalam artikel di atas.

      Tq..

      Delete
  5. Assalamualaikum tuan dh bape km tyar tu? Bunga cun lg?

    ReplyDelete
  6. Salam,saya pakai Y15zr..saya nk beli tayar zeneos jgk..kalau saiz 140 boleh masuk tak kt saya pnya..standard saya 120..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kalau saiz 140 tu takut lebar sangat. Takut sagat kat tepi.. Tapi sebaik2nya kalau nak tukar tayar yg lebih lebar, ada baiknya anda tukar rim yg lebih lebar sikit. Bukan apa, nanti tayar akan jd macam donut. Sebab kelebaran tayar tak sesuai dengan kelebaran rim. Tapi kalau nak cuba saiz 130 saya rasa ok lagi.

      Delete
  7. Thanks for the great review!

    ReplyDelete
  8. tayar ni hujan okey tak?

    ReplyDelete
  9. betul kata pok nik. baru sarung jangan layan koner sangat. aku baru sarung gatal nak try cornering dah mendapat makan pasir.. and tekanan angin terlalu keras pun elakkan. tayar cover jalan kecik sangat kalau tayar terlalu keras. waktu hujan jangan mimpi la nak main koner. memang tak sesuai langsung. tengok bunga pun dah takberani huhuhu hujan tu better slow down la. tayar grip mcamana pun time hujan memang bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa.. Pakai tayar apa sekalipun, kalau hujan tu slow-slow je lah.. Hahaha..

      Delete
  10. Tq bro..sgt membantu...26 - 28 psi mmg ngam ������������

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah...terima kasih pok nik atas review tuan...saya berminat nak guna ZN62 ni...sebelum ni saya guna ZN33 turino...rupanya ZN62 ada saiz 160/60 dan saya pun menggunakan motorsikal yang sama jenis dan warna dengan tuan...terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  12. Terima Kasih bro atas review ini. Saya pun sedang guna ZN62 size 150. Sudah lebih kurang 4500km dan biasa ride pergi balik kerja, setiap hari lebih kurang 68km distance covered. Rasanya agak biasa tapi baru-baru ini I solo ride pergi Cameron Highlands naik Simpang Pulai.

    Fuyoh... sedap gila bila corner sampai tapak kasut tersentuh jalan ikut jalan 'ular' naik ke cameron. Gripnya memang buat saya confident untuk aggressive sikit. Semua ni bila under dry condition. Masa balik dari Cameron, hujan dan jalan basah. Terus terasa tyre kurang gripnya bila belok dan ada goyang juga bila brake kuat.

    Rasanya ZN62 sesuai untuk 'everyday use' and 'aggressive ride on dry road' saje. Member recommend ZN33 Turino, mungkin next year I try. Ada review untuk Turino? What is your recommendation untuk tyre depan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review untuk ZN33 takde la.. Huhu.. Anyway, ada beberapa orang kawan saya yang pernah pakai ZN33 ni, diorang cakap tayar ni tak sesuai sangat untuk layan corner. Tapi sangat sesuai untuk long distance. Katanya tayar ni keras sikit. Untuk tayar depan, kalau nak tayar "budget" boleh cuba Duro. Duro ada saiz 120/70/17 dan corneringnya pun agak bagus. Cuma kalau selalu layan corner, tepi tayar cepat haus..

      Delete
  13. assalam bang..terima kasih atas review ni. sekarang sy menggunakan pirelli diablo rosso 2. bunga pun dah makin kurang. ingat dah sampai masa kena tukar tayar. moto bkn naik hari2..naik santai p lepak2 p layan koner kat mana2 jalan..sebulan dlm 2-3 kali trackday..buka race saja enjoy ride dlm track..sesuai tak pakai zeneos zn62 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa sarankan kalau anda nak gunakan tayar ni dalam track walaupun cornering tayar ni masa panas sanagt best. Sebabnya kalau main dalam trek, pastinya anda cuba pushkan tahap motor ke tahap maksimum.. So, tayar ni kurang sesuai kerana ianya dibina bukan dari jenis radial.. Erm, kalau sekadar main-main biasa je dalam trek, boleh je pakai tayar ni.. hehe..

      Delete
  14. salam, saya baru pasang tayar ni dpn n blakang..harga mmg sgt berbaloi..terima kasih dengan penerangan dan research dr pok nik..

    ReplyDelete
  15. Saya bru tuka tayar ni smlm 110/70/17 front, 160/60/17 rear pada ninja 250.. Sy nak tau berapa tekanan untuk tayar hadapan :).. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh, cuba isi dalam 28 - 32 psi pastu saudara cuba dulu ride dan rasa macam mana.. Kalau ada rasa melantun-lantun tu, kurangkan sikit dalam 2 ke 3 psi. Saya dulu hanya cuba kaedah cuba jaya.. Hehe.. Harap dapat membantu..

      Delete
  16. salam bro, baru guna zeneos setting angin belakang 32psi,,,,waktu korner tayar licin dan slip. saiz 150/60,,,lepas ni nak cuba setting bawah 30 pulak. Tq bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Teknan tayar yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan tayar slip kerana suspension antara permukaan bunga tayar dan jalan berkurang. Cuba kurangkan sedikit demi sedikit dan test sehingga mencapai tahap kesesuaian buat bro.. Lain tayar, lain jenis profile dia. Jangan samakan tayar radial dengan tayar bias.. Harap dapat membantu.. Tq.. :-)

      Delete
  17. Assalam saya baru je pasang zeneos zn62, kenapalah saya tak survey dulu. Memang betul kata pok nik, tayar ni amat sesuai kalau jalan kering, tapi kalau hujan, ataupun jalan basah, adakah lama kelamaan, tayar ni akan mencengkam. (Sebelum ni saya guna DURO)
    Maksud saya, tayar ni cuma "membuang" pada mulanya, tapi lama kelamaan dia akan "grip" bila dah lama. Ataupun memang tak sesuai langsung dibawa laju semasa hujan atau jalan basah.
    Sebab masa layan corner ketika jalan basah, ada rasa macam nak jatuh je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... Erm, masa jalan basah, memang kurang sesuai utk main selekoh. Tp kalau jalan lurus, ok je. So, saya nasihatkan kalau nak meleper masa hujan, jgn guna tayar ni. Tp kalau nak meleper masa jalan kering, boleh guna tayar ni. Heje

      Delete
  18. Terima kasih tuan..info yg diberi ..saya sangat menghargai nya..saya baru tukar ZN62 ,dulu pakai Pirelli, nak safe budget Cuba pakai ZN62 , risau juga mula2 , bila terbaca artikal tuan lega rasanya ,insyaallah saya akan ikut petua2 yg diberi..thanks

    ReplyDelete