Showing posts with label Geng Carrot. Show all posts
Showing posts with label Geng Carrot. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

Ride Ke Kelantan dan Cameron Highlands (Day 3)

Hai.. Hai.. Hai.. Assalamualaikum.. dan salam keceriaan buat semua. Bertemu lagi kita di episod ke 5. Harap-harap kalau dapat jadikan 1 episod je untuk kali ni ok jugak. Tapi, kalau aku buat 1 episod je, agak panjanglah setori nih.. Hm.. Takpelah, kita tengok ajelah nanti eh.. Hoho.. So, setori untuk ari ni pula ialah untuk hari terakhirlah. Perjalanan hari ni akan bermula dari Tanah Rata, Cameron Highlands, seterusnya ke Ringlet - Sungai Koyan (via Pos Betau) - Raub - Bentong - Pekan Karak - Simpang Durian - Bahau - Bukit Rokan - Gemencheh - Jasin. So, jom lah kita.. Hehe..

Thursday, 9 October 2014

Ride Ke Kelantan dan Cameron Highlands (Day 2) - Part 2

Assalamualaikum.. Hai.. Hai.. Hai.. Bertemu kembali kita di episod 4. Hm.. Episod 4 eh..? Ha'ah.. Ye la.. So, jom lah aku sambung balik storinya. Selepas kitorang minum-minum sekejap di RnR Gua Musang, 40 minit selepas tu kitorang pun masukgear menuju ke Bandar Gua Musang, seterusnya ke Lojing dan Cameron Highlands. Jalannya agak cantik, cuma cuacanya agak panas sikit. Maklum le jam di tangan sudah menunjukkan hampir 2:30 petang.

Monday, 6 October 2014

Ride Ke Kelantan dan Cameron Highlands (Day 2) - Part 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah.. Selesai sudah ride untuk hari pertama. Jadi untuk hari kedua pula ini, kita akan ride terus ke Cameron Highlands. Destinasinya adalah Kota Bharu - Machang - Kuala Krai - Gua Musang - Lojing - Cameron Highlands. Tapi sebelum tu, kita akan ke Pasir Mas dulu. Otai nak jumpa anak dia. Anak dia ada belajar kat situ. Total jarak kesemuanya adalah dianggarkan hampir 370km. So, jom le baca stori hari kedua yang nak aku ceritakan.. Hehehe..

Sunday, 5 October 2014

Ride Ke Kelantan dan Cameron Highlands (Day 1) - Part 2

Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Salam Hari Raya AidilAdha buat semua.. Semoga anda semua ceria-ceria selalu disamping family tercinta. Sempena Hari Raya AidilAdha ni, aku nak minta maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Jadi, sementara ada kesempatan sikit ni aku ingat nak mengarang kejaplah. Hehe.. So, kita sambung balik part 2 eh.. Jom kita.. 

Saturday, 4 October 2014

Ride Ke Kelantan dan Cameron Highlands (Day 1) - Part 1

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Alhamdulillah, selesai sudah ride 3 hari 2 malam ke Kelantan dan cameron Highlands. Dan syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya selamat pergi dan balik. Terima kasih buat semua peserta kerana sudi bersama-sama ride kali ni. So, selepas seminggu tempoh bertenang, barulah aku ada sedikit masa untuk storikan kisah ride ini. Jom.. Join kitaorang ride.. 

Ride ke Kelantan dan Cameron Highlands ni berlangsung pada 26.09.2014 hingga 28.09.2014. Ride kali ini adalah sempena nak ke Kelantan International Bike Week lah. Hehe.. Ride ni dah 2 bulan dah plan. Seramai 9 orang yang join untuk ride kali ni dan semuanya adalah dari Geng Carrot. Cuma Abang Amri akan join pada hari kedua iaitu dia akan terus shoot hingga ke Cameron Highlands. Dia ada hal pada hari pertama.. Tak dapat join ride.. Takpelah.. Hehe.. Jom..

Thursday, 11 September 2014

Geng Carrot

Geng Carrot merupakan satu kelab permotoran yang ditubuhkan bagi mengeratkan silaturrahim antara penunggang motorsikal berkuasa tinggi dalam negeri Melaka. Kelab ini ditubuhkan pada tarikh keramat iaitu 14.02.2014 dengan bilangan ahli seramai 4 orang sahaja. Idea penubuhan kelab ini tercetus bilamana beberapa pemilik motorsikal sedang minum bersama-sama di sebuah gerai roti canai dalam daerah Jasin, iaitu di Bemban.