Monday 4 August 2014

Kelebaran, Profil dan Kod Pada Tayar Motorsikal

Apabila tiba masa penggantian tayar motorsikal kita, selalu kita terfikir apakah brand dan saiz kelebaran yang kita mahukan. Kadangkala ada orang cakap," Tukar la tayar lagi lebar. Koner sedap woo..". Ataupun ada juga yang cakap," Alaa.. Pakai saiz standard je bro. Koner lagi best". Sejauh manakah kebenaran cadangan itu? Apakah itu hanya kesan psikologi sahaja terhadap kita? Apakah pilihan anda?



Untuk entri kali ini, saya akan cuba ketengahkan apakah kelebaran serta profil tayar mempengaruhi cara tunggangan dan kawalan sesebuah motorsikal. Tapi sebelum itu, kita tengok dulu apakah maksud-maksud simbol, huruf serta angka yang terdapat pada dinding tayar. Pernahkah anda terfikir tentang simbol, huruf serta angka tersebut? Inilah sedikit sebanyak info tentang tayar.

Contoh simbol yang terdapat pada tayar motorsikal

Jadi, kita ambil contoh ianya adalah 180/55 ZR 17 M/C (73W) TL. Apakah maksud-maksud yang ada disebalik angka-angka tersebut?

180 - Bermaksud nilai kelebaran sesebuah tayar dalam ukuran milimeter. Ukuran ini adalah ukuran jarak tepi kiri dan kanan yang paling lebar.

55 - Bermaksud nisbah ketinggian tayar kepada kelebaran dalam nilai peratus. Jadi, angka-angka di atas menunjukkan ketebalan tayar adalah 55% dari 180mm iaitu 99mm.

Z - Bermaksud had kelajuan untuk sesebuah tayar. Maksud huruf Z disini adalah tayar ini sesuai digunakan untuk kelajuan melebihi 240kmj. Di bawah ini ada disertakan maksud huruf-huruf lain dengan nilai yang berbeza.



R - Bermaksud binaan tayar tersebut iaitu jenis Radial. Kalau tiada tulis R maka tayar itu adalah jenis Bias.



17 - Bermaksud saiz rim yang sesuai untuk tayar ini. Tayar ini hanya sesuai dipadankan dengan rim bersaiz 17 inci sahaja.

M/C - Bermaksud tayar ini sesuai digunakan untuk motorsikal.

73 - Bermaksud indeks beban maksimum tayar ini dapat tampung iaitu sehingga 365 kg sahaja. Untuk nilai yang lain boleh rujuk jadual.

Jadual indeks beban maksimum

W - Bermaksud kelajuan maksimum tayar tersebut dengan beban maksimum. Maknanya dengan beban 365 kg, tayar tersebut dapat digunakan tidak melebihi 270kmj.

TL - Bermaksud tayar tersebut adalah jenis tanpa tiub atau tubeless. Kalau TT pula bermaksud jenis menggunakan tiub atau tube type.

Pada dinding tayar juga terdapat tarikh tayar tersebut dibuat. Macam mana nak tahu tarikh tersebut? Pada dinding tayar ada dicetak empat nombor. Contohnya 4512. Untuk dua angka pertama, ianya menunjukkan minggu dan dua angka terakhir menunjukkan tahun. Jadi seandainya nombor itu adalah 4512, maka tayar itu dibuat pada minggu ke-45 pada tahun 2012.

Tayar ini dibuat pada minggu ke-19 dalam tahun 2010

Itu adalah sedikit sebanyak penerangan tentang simbol-simbol yang terdapat pada tayar. Sekurang-kurangnya ia akan memberi sedikit gambaran tentang tayar motorsikal kita. Tetapi, apakah kelebaran dan profil tayar memberi kesan kepada penunggang motorsikal? Apakah tayar lebih lebar tu lebih bagus?


Saiz 180 vs 190 (Lebih lebar lebih bagus?)
Baiklah, sekarang kita tumpukan pula pada topik kesan penggunaan tayar yang lebih lebar keatas cara tunggangan kita. Pemakaian tayar yang lebih lebar dari tayar asal sebenarnya tidak memberi kesan ketara seperti apa yang kita fikirkan. Saiz tayar yang paling bagus adalah yang mempunyai karakter atau profil yang paling hampir sama dengan tayar asal. Memang betul 'hukum ibu jari' menyatakan semakin lebar tayar motorsikal anda, semakin besar permukaan tayar yang menyentuh jalanraya. Tetapi kebenaran hukum tersebut hanyalah secara keseluruhan sahaja.

Inilah hasilnya bila tayar 190/50/17 dipasang pada rim bersaiz 5.5"x17 yang sesuai untuk tayar 180/55/17

Apabila kita memasang tayar yang lebih lebar (190) pada rim asal (5.5 "), kelebaran rim tetap tidak berubah. Tetapi, bentuk dan profil tayar sudah berubah. Bila ini berlaku, ianya boleh mengakibatkan kawalan motorsikal dan penggunaan tayar yang tidak normal. Hasilnya adalah profil tayar 190 tadi menjadi tidak seruncing profil tayar 180. Semakin runcing bentuk dan profil tayar, semakin senang nak rebahkan motor ketika mengambil selekoh. 



Profil Tayar
Secara amnya, ketinggian tayar adalah menunjukkan profil tayar tersebut. Maknanya profil tayar 180/55/17 adalah lebih rendah berbanding profil tayar 180/60/17. Atau dengan kata lain, bentuk tayar 180/60/17 adalah lebih runcing berbanding tayar 180/55/17. Oleh itu, semakin runcing tayar, semakin senang kita rasa untuk mengambil selekoh.


Tayar runcing (profil tinggi) memberi lebih sentuhan permukaan tayar dengan jalan dan memberi cengkaman yang lebih ketika di selekoh. Tayar yang lebih runcing juga memberi lebih sudut korner dan kelajuan yang lebih tinggi ketika di selekoh tajam.

Tepuk dada tanya selera
Segala-galanya terletak di tangan anda. Terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat pilihan. Anda yang pilih, anda yang rasa dan motorpun anda yang punya. Seandainya anda berhasrat untuk menukar tayar kepada yang lebih lebar, pilihlah saiz rim yang sesuai dengan saiz tayar tersebut. Diharap semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi input yang berguna kepada pembaca sekelian dan dapat dijadikan rujukan untuk kita semua. Jadi, tepuk dada, tanya selera.


-PokNik-
MasukGear

Sumber
Sumber
Sumber

80 comments:

  1. Tuan ,tayar180 boleh masuk kat ninja 250 tanpa perlu modi apa2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kalau saiz 180 tak lepas untuk ninja 250. Kena tukar swing arm.. Pastu kena tukar rim kasi lebih lebar. Tapi rasanya nanti motor akan jadi sedikit berat.

      Delete
    2. betul tu..tayar 180 kene pakai rim size pling kecil 5.00

      Delete
    3. Boss... Utk rim blakang standard rs150r.. sesuai ka pakai tayar size 130/60-17?

      Delete
  2. Motor legenda belakang 90/90 dan depan 80/90..mcm mana tu boss..ngam tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi lebar sikit boh.. Biasa depan 70/90 jd 80/90.. belakang pulok biasa 80/90 jadi 90/90.. tayar jadi donut sikit la.. sebab lebar rim tak berubah

      Delete
    2. Yup.. Betul tu.. jd bulat.. hahaha..

      Delete
    3. Boss saya nak tanya ...pakai 160/60/17..pakai rim 5.5 ..seeuai tak

      Delete
  3. bos, mcm mna y15zr?depan 70/90 blkg 120/70..nk tukar depan tu bg lebar skit..brapa blh masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masuk atau tidak, boleh rujuk kedai tayar..

      Delete
    2. yup boleh masuk untuk rim standard y15
      depan 100/90 17 belakang 150/60 17
      utk depan selepas pasang tayar baru blh isi angin
      ni saiz maksimum. dah tak blh besar lagi….

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Bos, honda rs150r mcmna??tyar dpn nak msuk saiz 100/70 blakang 130/70 ok tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rim belakang rs kecik.. kena turun pakai 110 jer...

      Delete
    2. Rasanya baik kekalkan je saiz tu. Sebab saiz rim nya tak lebar sangat. Erm, tapi kalau nak up kan saiz sikit tu, nanti tayar jadi bulat macam donut la.. Pandang dari belakang mungkin nmpk cantik tapi kalau pandang dari tepi, macam tak berapa nak cantik.. Hehe

      Delete
  6. Boss kalau Kawasaki Z250 tukar tayar 160/60-120/70 ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa saiz belakang tu terlalu lebar kot sebab saiz asal dia 140/70 kan? Kalau tak silap saya la. Rasanya kalau nak tukar saiz 160 macam tak berapa nak sesuai.. Erm, saya rasa kalau nak up saiz tayar pun cukup sampai 150 saja.. Nanti kalau lebar sangat motor akan berat sikit. Tayar depan kalau nak pakai saiz 120 takde masalah. Cuma kena tengok mudguard depan takut sangkut.

      Delete
    2. Betul Boss up sikit saja, kalau nak up untuk RS, up kan kepada 130/70/R17 daripada 120/70/R17.
      Sebenarnya, saiz tayar standard lagi bagus. 120/70/R17 dah cukup besar. Tapi depan tu boleh up sikit kepada 100/80/R17 daripada 90/80/R17 kalau lepas, jadi, nampak lebih seimbang...

      Delete
  7. Terima kasih atas info tuan, sy ada soalan dan harap di jelaskan kepada sy, andai kata saiz asal ialah 120/70, kalau sy tukar kepada 110/80, apakah kesan dan risiko yang mungkin berlaku kepada tayar itu dan kawalan motosikal... Sy harap tuan dapat bantu jelaskan kekeliruan ini terima kasih... FZ150i (2014) New model, rim lebar dibelakang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga kerana sudi membaca blog saya. Maaf lambat reply sebab saya ada sedikit kesibukan.. Hehe.. Ok, pendapat saya kalau kita tukar saiz lebih kecil dari yang sepatutnya, nanti kesannya mungkin akan membahayakan kita ketika kita mengambil selekoh. Kenapa? Sebabnya luas permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan dah semakin kecil. Dan ini akan menyebabkan kita senang overshoot ketika mengambil selekoh, terutama sekali di kawasan berpasir dan basah. Kelebihannya pula motor mungkin lebih pickup kerana beban tayar dah sedikit ringan.. Tapi seeloknya kekalkanlah saiz tayar tu sebab Kilang biasanya sudah menguji saiz dan kesesuaian tayar pada sesebuah motorsikal..

      Delete
    2. Salam tuan,
      Sy owner FZ150i 2014, standard tayar belakang 120/70,klw sy tukar ke size 110/70 adakah ianya memudaratkan?
      Tem ksh... :)

      Delete
  8. Kalu lagenda saiz depan 80/90 depan 80/90.. ok ke??? Ke nampak kelakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depan 80/90 ada la nampak kelakar sikit sebab besar dan bulat macam donut.. hehehe

      Delete
  9. Nk tye la, klau str standard 110/70 dpn blakg 150/70. Pling besar tyr yg bleh msuk brape ye? Utk dptkn grip dan corner? Utk z250

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh depan kekalkan saiz dan belakang tu naikkan lebar dalam 10mm je.. Jangan lebar-lebar sangat.. Nanti cornering dah tak best..

      Delete
  10. Lc135 4s kalau pkai 100/80 belakang 80/90 dpn berat sgt x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belakang tu macam lebar sangat saiz tu.. Erm, tapi boleh cuba.. :-)

      Delete
    2. x tiada masalah juga ka...macm mahu try

      Delete
  11. salam.. bos.. kalo sym sr125i.. dpn pkai 80/90.. blakang pkai 100/80.. ok x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Belakang tu macam lebar sangat saiz tu.. Sbb saiz rim dia agak kecil.. Erm, tapi boleh cuba.. :-)

      Delete
  12. Bro tayar belakang fz150i 120/70 saya nak tukar tayar yg lebih lebar...sesuai tak saya tukar saiz 150/60 atau 180/55 atau 180/60

    ReplyDelete
  13. Nak tanya kalau tayar 120/70/17 M/C 58P boleh msuk kat 300cc tak untuk tayar depan..

    ReplyDelete
  14. Assalam
    Nk tanya biasanya motosikal guna 70/80depan belakang 80/90 boleh tak tayar depan 70/80letak dibelakang kerana tayar dpn jarang botak dan bila tak tukar lama tayar akn jd keras..sy naik xlajupn utk kegunaan kerja shj..

    ReplyDelete
  15. 1.85x17 80/90 front
    3.00x17 110/70 rear
    Ok atau K.O?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.85x17 pendapat 1cen saya size Tayar yang paling sesuai adalah 90/80

      Delete
  16. boss. mcm mana dgn yamaha r25? size tayar ape paling best utk cornering?

    ReplyDelete
  17. salam boss, kalau saya masuk tayar 70/90 depan, 90/80 belakang boleh ngam ke dekat rim enkei 3 batang dekat lc 5 speed?

    ReplyDelete
  18. Tayar apa sesuai untuk yamaha r25. Rim ori lg. Klu blh tayar yg sedap layan corner

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pendapat 1cen saya ialah Tayar brand battlax..

      Delete
  19. Boleh cadangkan tayar dan jenama terbaik untuk Kawasaki Z250.

    ReplyDelete
  20. Assalam tuan .saya muniff.sya menunggang er6f model 2013.baru baru ni saya rasa sangat panas ketika menunggang lebih 10 minit.bila di cek,kipas radiator tak berfungsi.untuk sementara waktu saya bypass wire dari motor kipas radiator ke main fiuse.jadi kipas sentiasa hidup bila suis enjin dihidupkan.bagaimanapun keadaan yg sama masih terjadi,enjin panas .coolant tak luak masih sama banyaknya.apa puncanya tuan.? Adakah panas dari enjin atau ada kebucoran dari ekzos( ekzos masoh yg asal)

    ReplyDelete
  21. Salam bro.tayar belakang 250cc saiz 120/70-17.boleh ke pakai kat depan 600cc?

    ReplyDelete
  22. Saiz tayar ape yg sesuai utk y15zr,,tayar depan ngat nk kasi lebar cikit dri stock kilang

    ReplyDelete
  23. asslamualaikum bos.. sy punya rs150 pakai depan 90/80 dan belakang 100/70 rase2 ok ke x saiz tayar belakang tu

    ReplyDelete
  24. Boss klu RG110 depan 80/90 belakang pun 80/90..oky x boss

    ReplyDelete
  25. Saya pengguna rim racing tubeless yg bersaiz 1.4x17..bole beri pendapat tak saiz tayar depan dan blkng yg sesuai..

    ReplyDelete
  26. Bang lc135RS V1 blkg rim J17xMT 1.85DOT = DURO 90/80-17 dan dpn rim J17xMT1.80DOT= DURO 80/90-17 .sesuai tak abang... Sbb saya selalu mengunakan jalan kuang ke sg buloh..diselekoh yg tajam kelajuan dalam lingkungan 40km-50km sy terasa bagai tayar belakang licin..dan rasa kurang sangat dalam kawalan saya..adakah saiz tayar saya tidak sesuai...tayar baru digunakan lebih kurang 14hari waktu siang ulang alik 50km sehari..

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum. nk tanya, kalau kriss mmr2 blkng guna tyr 90/80 guna rim asal bole efek apa2 tak dekat tyr tu?

    ReplyDelete
  28. Rr rim daiz lebar maksima untuk deoan belakang berapa..dan saiz tyre apa pulak yang kena pakai...mengutamakan safety...

    ReplyDelete
  29. boleh cadangkan tak saiz dan tayar yg sesuai untuk motor honda dash rs110 ? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honda rs110??? Ke rs150?
      Bergantung pada size kelebaran rim motorsikal juga..

      Delete
  30. Nk minta pendapat utk motor Sym VF3i size tayar apa yg sesuai kalo nk upgrade / downgrade size

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum .sya nak tanya naza blade 250 .kalau saya guna tayar saiz 120/70 untuk depan.belakang saya pakai saiz 170/70 ok tak?

    ReplyDelete
  32. Swing arm rs150r standard nak masuk sportrim kecil boleh ke??

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum tuan,
    Saya DUKE 250 tahun 2018, boleh guna tayar 180/60 17 tak?

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum tn
    Sport rim saiz 1.60 depan belakang
    Boleh x masauk tayar
    80/80/17 depan
    90/80/17 belakang

    ReplyDelete
  35. Nak tanya boleh tak masuk rim kawasaki er6n pada ninja 250sl ada apa2 yg perlu di ubah suai tak

    ReplyDelete
  36. Nak Tanya kalau depan rim 2.5 belakang 3.5 tayar saiz apa sesuai

    ReplyDelete
  37. Sesuaike kalau guna sport rim depan dan belakang sama size 1.60 17 tetapi depan tayar size 70/90 dan belakang tayar size 80/90. Tolong beri pencerahan.

    ReplyDelete
  38. Apa size tyre yg paling sesuai utk rim standard rs150 (depan/belakang)

    ReplyDelete
  39. Nk tnya R15 tayar belakang 160..dan depan 110..bole ke,?

    ReplyDelete
  40. Assalam, adakah berisiko besar untuk cornering jika moto rs150 dari saiz tayar 120/70 belakang saya tukar ke saiz 100/80? Harap tuan dapat beri penjelasan.

    ReplyDelete
  41. Rim depan 1.4 pakai 70/80
    Rim blkg 1.6 pakai 70/90
    Ok tak?

    ReplyDelete
  42. Rim 1.4x17 boleh masuk tayar 80/90-17 tk?

    ReplyDelete
  43. assalam..
    nk tanya, klu tayar tu jadi donat, apa ka kesan utk seleko?? dn atu mmg x baik utk selekoh.. hehe

    ReplyDelete
  44. Apa kesan sekiranya tayar depan ER6 saya ditukar dari 120/70 17 kepada 120/60 17... apa efeknya.. terima kasih..

    ReplyDelete
  45. Saiz Tayar kena ikut saiz rim ke saiz rim kena ikut saiz tayar. Saya bercadang untuk tukar tayar tube /rim sedia ada kepada tayar tubeless / rim baru untuk honda wave 100. Apa cadangan tuan. tk.

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  47. Boss sekarang moto saya pakai 1.6 depan belakang.. okay ke saye pakai 80/90 depan 80/80 belakang? Atau better 80/90 duk kat belakang?

    ReplyDelete
  48. Boss sekarang saya pakai rims standt y15 saiz rims blakang 1.85 17 tarya sya masuk 100/70 ok memang agak nmpak nipis la... Klu saya nk bgi nmpak nipis lagi tarya saiz brapa bos

    ReplyDelete
  49. Assalam Tuan, Saya Pengguna TNT600, Size Rear Rim 180/55/17 - Lets say mcm sy nak tular kelebaran yg sesuai dengan imbuhan yang tuan kongsikan, patut sya tukar kepada 190/55/17 ke? atau mcm mna? sbb dlm details tuan, tuan jelaskan jika 180/55 tkr ke 190/50 mudah utk jatuh jika selekoh, andai sy tular kepada 190/55 pula bagaimana?

    ReplyDelete
  50. Boss, untuk new HONDA RS150R,standard tayar depan 90/80/R17, belakang 120/70/R17. Selepas 3 tahun, Abam kekalkan saiz tayar belakang, 120/70/R17. Tapi tayar depan up sikit kepada 100/80/R17 boleh ka?

    ReplyDelete
  51. Assalam boss..Y15 nak pakai rim Rapido saiz F3.0 & R4.5 saiz tayar berapa pulak ye?..auto kena tukar swing arm kan.boleh bagi pencerahan tak.Terima kasih

    ReplyDelete
  52. Assalam boss..Y15 nak pakai rim Rapido saiz F3.0 & R4.5 saiz tayar berapa pulak ye?..auto kena tukar swing arm kan.boleh bagi pencerahan tak.Terima kasih

    ReplyDelete
  53. Assalam boss..Y15 nak pakai rim Rapido saiz F3.0 & R4.5 saiz tayar berapa pulak ye?..auto kena tukar swing arm kan.boleh bagi pencerahan tak.Terima kasih

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum..mohon pencerahan Saiz tayar paling besar dan sesuai untuk rim depan rs150 standard

    ReplyDelete