Sunday 26 November 2017

Ride Ke Krabi, Thailand 2017 (Hari Pertama)

Assalamualaikum.. Selamat pagi (bagi yang baca waktu pagi), selamat petang (bagi yang baca waktu petang) dan selamat malam (bagi yang baca waktu malam) kepada semua pembaca setia MasukGear. Semoga kalian semua sentiasa ceria hendaknya. Erm, aku nak minta maaf kepada semua pembaca setia (setia ke..? Heheehe..) kerana lama tak update blog ni. Dan maaf juga kupohon sebab makan masa yang lama untuk aku update cerita ride ke Krabi tempohari. Wah, ada ride ke Krabi ke..? Haah, baru-baru ni kami 6 orang peserta dari Jasin, Melaka ada buat satu ride cross border iaitu ke Krabi sempena Krabi Bike Week 2017. Ride ni berlangsung pada 09 - 12 November 2017 lepas. So, sekarang ni baru ada sedikit kelapangan untuk aku coretkan kisah ride tu kat sini. Jom sama-sama menelaah cerita ride ni ye.. Hehehe..




Ride ini dirancang hampir dua bulan sebelum event Krabi Bike Week 2017. Sebenarnya aku dalam dilema samada nak join ke tak.. Sebab ride ni agak jauh untuk aku kayuh dengan Yamaha NMax aku tu. Tahan ke aku? Kuatkah Coccyx ku nak menampung perjalanan sejauh lebih kurang 1000km dari Melaka tu? Selepas berbincang dengan kawan-kawan (dan juga selepas dapat visa dari mem besar.. hehe..), aku buat keputusan yang aku nak join ride ni. Haha..

Selepas keputusan dibuat, aku ada buat beberapa research tentang penggunaan petrol dan jenis petrol serta harga petrol di sana. Kat Thailand, ada beberapa jenis petrol yang disediakan.

 Ini adalah beberapa jenis produk petroleum yang disediakan di Thailand. Tapi sumber ni aku dapat selepas ride lah. Yang data sebelum ride haritu tah mana aku letak. Lupa.. Hahaha..

Mengikut data yang aku dapat, Blue Gasohol 91 (RON91) dan Blue Gasohol 95 (RON95) merupakan petrol bergred E10 yang mana petrolnya adalah campuran Gasoline (90%) dan Ethanol (10%). Blue Gasoline 95 pula adalah petrol gred RON95 yang mengandungi 100% Gasoline. Begitu juga dengan petrol yang bergred E20 iaitu 20% campuran Ethanol dan 80% Gasoline dan seterusnya E85 pula adalah campuran 85% Ethanol dengan 15% Gasoline. Erm, so, NMax boleh guna petrol yang mana satu ni? Nak kena selak manual jap.

Haa.. Hasil selak kain buku manual, motor aku boleh guna minimum E10.. So, boleh lah guna Blue Gasohol 95.. Jimat sikit.. Hehe.. Harga petrol kat sini agak mahal.. Tambah-tambah lagi kalau isi Blue Gasoline 95 (100% gasoline).. Huhuhu..

Orait.. jawapan dah jumpa.. Jadi, ride kali ni dikepalai oleh Tuan Azrul selaku Tok Sidang ride ke Krabi 2017. Ride kali ni aku anggap sebagai Ride Budget memandangkan aku hanya sediakan RM700 sahaja untuk perbelanjaan keseluruhan ride untuk kali ni. Kutipan sejumlah RM200 dikenakan sebagai pendahuluan untuk cover hotel-hotel yang bakal didiami nanti.. So, masih ada lagi RM500.00 untuk aku spend ketika ride ni.. Haha.. Gila.. Tapi masih ada la duit selit tu.. Hehe.. Selepas ditapis dan melalui saringan-saringan, hanya 6 orang sahaja peserta yang berjiwa kentill dan sanggup mencabar diri sendiri untuk ride dengan motorsikal berkuasa kecil ke sana.. Hehe.. Lebih kurang dua minggu sebelum tarikh kejadian, aku servis motor aku. Tukar minyak enjin, tukar minyak gear box dan juga servis CVT serta check sekali belting. Selepas semua dalam keadaan memuaskan, aku membilang hari lah menunggu detik itu tiba.. Huhu..

Sebagai info, antara peserta ride yang join ride kali ini adalah :-

Azrul (RS150R)
Bro Helmie (RS150R)
Faiz Benelli (FZ150)
Shah Rizan (SYM SR125i)
Bro Helmi The Dragon Ball (NMax 155)
Aku ler.. (NMax 155)


09.11.2017 (Khamis)

Selepas beberapa hari menanti dengan penuh kezabharan, maka tibalah detik yang kami tunggu-tunggu.. Untuk ride kali ini, kami terpaksa pecahkan kepada dua kumpulan yang mana aku, Shah dan Bro Helmi The Dragon Ball akan gerak pagi ini. Sementara lagi 3 orang peserta tu akan gerak malam ni. Ini kerana terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Untuk hari pertama, kami bertiga team pagi akan ride sampai Perlis dan akan bermalam di Kangar satu malam sementara menunggu team malam sampai sana.. So, kami team pagi ni akan gerak pagi ni dan sebelum gerak tu, kami dah deal nak sarapan dulu kat kedai makan Mak Jah, Kesang Jaya.. Kedai makan ni bukak awal. Seawal jam 4:00 pagi dah boleh datang dah. So, jom sarapan dulu..

Jam hampir 4:40 pagi, Bro Helmi The Dragon Ball dah call aku. Dia dah terpacak kat kedai Mak Jah untuk bersarapan.

Aku pun lapar juga pagi ni. Hehe.. Kebetulan pula Bro Helmi The Dragon Ball ada tetamu tu. Biarlah diorang sembang-sembang. Aku nak makan nasi lemak dulu.. Haha..

Shah pun ada juga ni. Katanya, kena penuhkan tangki rider dulu sebelum penuhkan tangki motor. Hehe..

Orait, sarapan dah, perut dah kenyang, so, bolehlah kita gerak sekarang.

Kami akan stop dulu kat Petronas Tol Ayer Keroh untuk kasi full tank. Aku pun kasi full tank jugak lah kat situ. Huhu.. So, kami gerak dari Kesang Jaya jam 5:20 pagi menuju Tol Ayer Keroh.

Tangki motor sudah penuh, hati ada senang.. Hahaha.. Ayuh kita gerak sekarang.. dan di sini lah bermulanya titik ride kami.. Hehehe..

Tepat jam 5:48 pagi, bermulalah perjalanan kami menuju utara tanah air.

Cuaca pagi.. Biasa la.. Sejuk.. Huhu..

Check point selepas ni adalah RnR Seremban memandangkan kami gerak agak lambat dari yang dijadualkan. Kalau ikutkan plan asal, kami nak terus stop kat RnR Jejantas Sungai Buloh. Tapi Subuh makin memanggil-manggil kami. Masa menjadi penghalang untuk kami terus ke Sungai Buloh.

Kami stop kat RnR Seremban lebih kurang jam 6:40 pagi. Keadaan dah semacin cerah dan terang. Tapi fajar masih belum menyinsing

Setia menanti tuan masing-masing

Kami di sini tak lama. Hanya sekadar setengah jam sahaja. Selepas tu kami semua terus kembali menuju destinasi rehat seterusnya

Cuaca masa ni masih sejuk dan berkabus. Keadaan trafik pun masih terkawal.. Kereta masih belum membanjiri lebuhraya..

Sesekali ada juga terserempak dengan rider-rider lain. Mungkin menuju ke tempat kerja barangkali.

Haa.. Tu dia.. Matahari dah mula malu-malu untuk munculkan dirinya..

Kayuhan demi kayuhan dilakukan sehinggalah kami sampai Petron RnR Jejantas Sungai Buloh tepat jam 8:15 pagi. Apapun kita rehat dulu kat sini. Penuhkan tangki motor.. Makan roti lah sekali.. Hehe..

NMax aku menelan belanja sebanyak RM8.81 (3.813 liter) untuk perjalanan sejauh 154.5km dari Petronas Tol Ayer Keroh tadi. Erm, kira ok la tu eh.. Hehehe..

Oyeahh.. Lepas kasi motor full tank, kasi orang pula full tank.. Hihi..

Sesudah semuanya full, jom lah kita gerak. Sebelum bertolak, aku terpandang satu papan iklan yang dipasangkan terbalik. Apakah itu sengaja dilakukan..? Merketing strategy? Atau memang salah pasang? Hurm.. Oklah, jom kita gerak sekarang. Destinasi masih lagi jauh.. Huhuhu..

Tengah-tengah layan kesibukan lebuhraya yang tak berapa nak sibuk tu, tiba-tiba kami dipotong oleh sebiji bas.. Hehe.. Sempat juga aku ambil gambar bas tu khas untuk tatapan Wan @ Bas.

Yeahh..!! Cargas..!! Cargass..!!

Bro Helmi The Dragon Ball dari pandangan sisi side mirror motor aku.. Haha..

VAN vs RR dengan gahnya membelah Semenanjung Malaysia menuju negeri paling utara, Perlis

Hampir 100 minit kami ride dari RnR Jejantas Sungai Buloh tadi. Akhirnya sampailah kami kat RnR Tapah. Kat sini nanti kita akan kasi full tank motor masingmasing dan berehat sekejap.

Kelihatan Shah sedang kasi full tank SYM SR125i nya.. Haha..

Bro Helmi The Dragon Ball pun sama.. Kasi full tank juga katanya.. 

So, aku pun kasi full tank juga kat sini. Dan kerugian hasil dari pemenuhan tangki NMax ku dengan minyak Shell RnR Tapah adalah RM7.21 (3.12Liter).. Eh, Sikit je..? Erm, jarak dari RnR Jejantas Sungai Buloh tadi tak jauh pun.. Dalam 126.5km je.. Hehe.. Rehat jap lah..

Sementara rehat tu, aku beli air Nescafe Original sebagai pembasah tekakku yang sudah kekeringan ni..

Moh kita lepak jap.. 

 40 minit kami kat situ. basahkan tekak dan buat persediaan untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh. Kami gerak dari RnR Tapah jam 11:03 pagi dan check point seterusnya adalah RnR Gunung Semanggol. Ayuh kita..

 Hanya beberapa minit selepas kami gerak dari RnR Tapah, ada kemalangan yang berlaku di km306.8 arah utara. Ianya melibatkan sebiji lori besar dan sebiji lori kecil. Laluan terhalang tapi ada sikit je jalan ngam-ngam untuk motor lalu. So, kami boleh teruskan perjalanan lah

 Sementara laluan kenderaan besar dan berat terhalang, Shah bagi satu idea.. Apakata kita selfie tengah highway yang kosong? Haaa.. Ini kerja gila ni.. Hehe.. Jom kita..

 Satu lagi selfie.. Hehehe.. Ni peluang tak tau lagi bila datang.. Hehehe..

  Bertapa di tengah highway.. Yeahhh!! Hehehe..

 Selesai selfie atas highway, jom kita teruskan perjalanan.

 Cuaca pagi dah nak masuk tengahari ni agak panas dan mula membahang. Jalan clear je..

 Steady Shah eh.. Tadi dah minum banyak air. Sekaranglah masanya untuk didehydratekan.. Hahaha..

 Wihuuuu... Yeahhh... Tepat jam 12:04 tengahari, kami masuk terowong Menora. Ni lah first time NMax aku, NMax Bro Helmi The Dragon Ball dan SYM SR Shah masuk terowong.. Hehe..

 Wah, masih mendepa tangan.. Apa SM tu ada auto-cruise ke..? Hurm..

 Sekarang ni Bro Helmi The Dragon Ball sedang menyanyi lagu Doo Doo Doo Do Ter Tam tu.. Tapi tak kedengaran plak dalam cerita ni.. Huhuhu..

 Jom teruskan lagi perjalanan ini..

 Di pertengahan jalan, tiba-tiba Bro Helmi The Dragon Ball dan Shah nak buang air. Erm, kita stop sekejap kat RnR Sungai Perak. Sekejap je kami stop kat sini. Dan kita teruskan semula perjalanan..

 Sepanjang perjalanan, ada satu lagi kemalangan iaitu di KM 218 arah utara. Kalau tak silap kenderaan polis tu yang terbabas. Aku tak perasan sangat macam mana keadaan tu berlaku..

 Dan kesan dari kemalangan itu, keadaan trafik sememangnya agak sesak. Belah kami takde sesak pun. Cuma lorong kiri je ditutup sebab kerja penurapan jalan sedang dilakukan.

 Selepas tu, keadaan trafik kembali lancar. Clear je.. Cuma motor aku je tak dapat lari laju.. Huhu..

 Selepas 2 jam perjalanan dari RnR Tapah tadi, sampailah kami kat RnR Gunung Semanggol. Fuhh.. Semua dah agak keletihan dah. Sakit pinggang, sakit pungkok.. Semua ada.. Hahaha.. Dihidrasi pun ada jugak ni.. Peh..

 Apa-apa pun jom lah kita makan dulu.. Settlekan perut yang dah berkeroncong ni, barulah kita settlekan hal lain pulak. Nyum-nyum..

 Sesudah kasi full perut, kita solat pulak. Surau kat RnR Gunung Semanggol ni sangat selesa dan agak luas.

 Makan dah, solat jamak qasar pun dah. Jom kita full tank motor pulak ye. Hehe..

 Kat sini, motor aku menelan 3.427 Liter petrol (RM7.92) untuk perjalanan sejauh 137.4km dari RnR Tapah tadi. Huhu..

 Orait, dah le rehat tu. Cukup-cukup lah.. Dah sejam 40 minit kita lepak situ. Jom kita kayuh lagi.. Kayuhan kali ni menuju ke RnR Gurun pulak sebagai RnR terakhir kami hari ini.

 Eh, sempadan Pulau Pinang.. Haha.. Pertama kali NMax aku bergolektayar kat tanah Pulau Pinang.. Hehe.. Tapi, await kecik bebenor signboard tu..? Huhh..

 Takpelah signboard kecik pun. Janji perjalanan kita teratur menyusuri Highway tanpa sebarang masalah.

 Haa.. Dah dekat dah RnR Gurun. Cuaca pun dah agak mendung dah tu. Bila-bila masa je hujan akan turun.

 Kami sampai Shell RnR Gurun tepat jam 4:15 petang. Setibanya kami kat Shell ni, hujan mula mencurah dengan lebatnya. Erm, aku pun kasi full tank dulu lah kat sini. Kerugian kat sini adalah RM7.42 (3.21 liter).

 Disebabkan hujan masih mencurah, kita lepak sini dulu lah ye. Hajatnya nanti nak tukar duit dan buat insurans dan dokumentasi untuk masuk Siam kat Changlun. Tapi sebab hujan, kita lepak dulu lah sini.

 Sementara menunggu hujan, aku tanya Shell samada dapat beli insurans kat situ tak? Staf dia cakap boleh. Semua dia buat. Insurans + arrival and departure card + borang TM 2 dan TM 3 dia isi semua.. Jumlah kerugian hanyalah RM25.. So, ok tak kawan-kawan lain? Bro Helmi The Dragon dan Shah setuju. Jom kita buat siap-siap kat Shell ni. Nanti kat Changlun kita tukar duit je..

 Sementara menunggu siap urusan, kita makan aiskrim dulu.. Haha.. Terima kasih Bro Helmi The Dragon sebab belanja aiskrim ni.. Dah siap ada tulisan Siam dah tu.. Dah rasa dekat je ngan Siam.. Hehehe..

Selepas 10 minit masa berlalu, staff Shell tu datang dan bagitau sistem komputer diorang offline. Tak dapat nak lakukan sebarang transaksi insurans dengan pihak Thailand. Adeh, so macam mana nie? So, kami ke Caltex sebelah dan bertanyakan pasal insurans Thailand. Diorang cakap boleh buat kat situ. Haaa.. Lega.. Jom kita buat kat situ lah..

 Harga kat sini murah. RM23 je.. Tapi borang TM2 dan TM3 kena isi sendiri.. Hihi.. White card (arrival and departure card) tu diorang isikan untuk kita. Takpelah isi sendiri pun, janji leh masuk siam.. Hahaha..

So, kat sini kita akan dapat beberapa dokumen yang penting untuk cross border esok. Antaranya ialah cover note insurans (third party) dari Siam City Insurance Co., white card (departure and arrival card), borang TM2 dan TM3 (TM4 adalah muka sebelah dari TM3) dua salinan setiap borang.

Ni adalah contoh borang-borang yang kita dapat ye..

 Cover note Insurans dari Siam City Insurance Co. Ltd.

 Arrival and Departure card.

 Borang TM2 (Information Of Conveyance

 Borang TM3 (Passanger list)

Ni pula cetakan muka sebelah borang TM3

 Ok, semua dah settle, kerugian pun dah dibayar RM23.00 hahaha, so kita redah je lah ke Changlun. Cuaca pula kadang-kadang sekejap hujan sekejap berhenti hujan.

 Tapi kami redah juga sebab masa dah semakin nak malam.. Huhu..

 Hujan pun hujan lah.. Haha..

 Eh, tak hujan pulak.. Hurm..

 Kami sampai Changlun jam 6:35 petang. Dan kami tukar duit kat Kedai Makanan dan Minuman Lima Lima. Dengar kata, sini dapat rate agak cun.. Haha..

 Cun ke tak cun..? Aku dapat rate 7.78 je kat sini tau.. Huhu.. Aku tukar RM300.00 dan dapat kat tangan hanya THB2334.00 je.. So, lepas ni aku akan gunakan rate ni lah sebagai perbandingan harga-harga kat belah Siam nanti.

 Orait, segala dokumentasi dah siap. Duit Siam pun dah tukar. Jom kita ke Kangar. Buat apa plak ke Kangar..?

Beberapa hari sebelum ride, aku ada menempah sebiji homestay untuk kami stay kat sini satu malam. Homestay ni direkemenkan oleh Shah sendiri. Selepas dapat nombor telefon owner, aku terus call owner dan nasib baik pada tarikh kejadian, homestay masih kosong. Atas faktor percaya, kami dibenarkan tempah dahulu dan bayar setibanya kat sana..

 Sekarang ni Shah akan mengepalai sampai homestay sebab dia tau lokasi homestay tu. Dia pernah stay kat situ dahulu kala.. Haha..

 Alhamdulillah, kami sampai homestay tepat jam 7:40 malam.. Ok, jom kita siap-siap dulu. Nanti kita nak keluar makan pula..

 Homestay ni agak selesa. Ada 3 bilik dan yang bestnya setiap bilik dilengkapi dengan air-cond. Pehh..

 Ni bilik kedua (Shah duduk)

 Ni pula master bedroom (aku duduk.. huhu..)

 Dan ni bilik ketiga (Bro Helmi The Dragon duduk).. Wah.. Sorang sebilik woo.. Haha.. Best2..

 Ni pula ruang dapur.. 

Ni aku sediakan sedikit info tentang homestay ni.. 

 No. 2, Jalan Satu, Taman Bintong Pertama,
01000 Kangar, Perlis.
014-2108830 (Fazli)

Owner homestay ni sangat peramah. Suka berurusan dengan beliau. So, harga yang dikenakan adalah RM180.00 tapi kami nego sikit dan dapatlah harga yang amat menarik. Hehe.. Kalau korang pandai nego, silap-silap dapat tidur free je.. hehe.. Terima kasih banyak-banyak buat Encik Fazli di atas layanan yang baik buat kami. Nanti kalau kami sampai Kangar lagi, pasti kami akan stay kat sana..

 Wokeh, semua dah siap mandi dah? Maklum lah, badan dah berlengaih dah. Kena hujan tadi.. Seluar pun basah. Nasib baik bawa seluar spare.. hehe.. Jom lah kita cari makan dulu..

 Ting.. Sekejap je dah sampai.. Haha.. Restoran yang kami makan tu dekat sangat dengan homestay tempat kami menginap. Kalau larat, rasanya jalan kaki pun sampai.. Hehe..

 Lapaq.. Lapaq.. Pehh.. Jom lah kita kenyangkan perut dulu..

 Selesai kenyangkan perut, kami pusing-pusing bandar Kangar sat. Sempat la abadikan kenangan kat batu KM0 Kangar. Haha..

 Cak.. Haha.. Ada juga Bro Helmi The Dragon kat situ..

 Asyik tuan dia je selfie, motor pun nak selfie jugak.. Hehe...

Yeah.. Satu kali lagi sebelum balik homestay..

Masa ni dah hampir jam 11:00 malam dan kami dikhabarkan yang Azrul, Faiz dan Bro Helmie RS dah bertolak dari Jasin dah menuju utara tanah air. Berhati-hatilah di jalanan dan semoga korang selamat sampai Perlis esok.

So, perbelanjaan aku hari ni adalah :-
Petrol Petron Jejantas Sg. Buloh = RM 8.80
Roti dan air (RnR Jejantas) = RM 2.80
Petrol @ Shell RnR Tapah = RM 7.20
Nescafe tin RnR Tapah = RM 2.90
Makan dan minum @ RnR Gunung Semanggol = RM 6.20
Petrol @ Petron RnR G. Semanggol = RM 7.90
Petrol @ Shell RnR Gurun = RM 7.40
Insurans dan dokumentasi = RM 23.00
Homestay : RM 50.00
Makan dan minum @ Kangar, Perlis = RM 11.50

So, total perbelanjaan untuk hari ini adalah RM 127.70

Sebelum masuk tidur, aku dedikasikan video ni khas untuk korang semua (hari pertama).. Selamat menonton.. Hehe..

Oklah, sampai sini dululah untuk hari ini.. Mata dah ngantuk dah. Esok dah nak cross border.. hehe.. So, kita jumpa esok eh.. Bye-bye semua.. Selamat malam..

Adios.. 

-PokNik-
MasukGear

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Helmi da dragon.alamak gerunnya haha

    ReplyDelete
  3. Terinspirasi.. ;)

    ReplyDelete
  4. layan jugak aku membaca ni. sbb ada niat nak ride dgn orghumah nnt.. kena bawak geranmotor ori ke bro.. atau geran copy. tq bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya bawak yg ori. Tp kalau xde, leh bawak yg fotostat. Cuma diorg kata nk kena sahkan kt balai polis

      Delete
  5. Bpe coz kseluruhan 2 bang...nk try gak ride moto kcik ni...de melaka gak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm, tengok atas keperluanlah. Saya dulu tak habis 1k pun. Hehe... Dlm rm700 siap semua sekali penginapan makan dn minyak moto. Tp kalau nak lebih, kena bawa lebih sket lh

      Delete