Thursday 7 July 2016

Ride Sahur Ramadhan 1437H

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H kepada semua rakan dan taulan tak kira di mana korang berada. Maaf banyak-banyak sebab dah lama aku tak update blog ni. Dah bersawang dah ni. Hehe.. Maklum la semenjak dua menjak ni, kekangan kerja hakiki membuatkan aku terpaksa tinggalkan MasukGear buat sementara waktu. Namun begitu, jangan risau andainya ada cerita baru pasti akan diposkan di sini.. 

Baru-baru ni kami ada menganjurkan satu ride sahur sempena Ramadhan yang bakal meninggalkan kita. Rancangan ni dibuat agak lewat dah memandangkan Hari Raya Aidilfitri akan tiba hanya beberapa hari lagi. Nak tak nak, aku terpaksa memilih tarikh 02.07.2016 (Sabtu malam Ahad) untuk ride kali ini dan destinasi yang dipilih kali ni ada dua. Pertama, kami akan sahur di Awesome Kacang Pool depan IPD Sentul dan satu tempat lagi kami akan sahur di kawasan Ampang, Selangor.. Hahaha.. Ride makan je la kali ni.. Hehe.. So, bersediakah anda dengan cerita ride sahur kali ini..? Jom kita sahur.. Yeehaaa...