Sunday 16 June 2013

Ride Bukit Tinggi

16.06.2013 - Hari ini riders dari Jasin ada menganjurkan ride ke Bukit Tinggi, Pahang. Ride ini bertujuan untuk mengisi masa lapang di samping mengasah tayar dengan mengharungi laluan-laluan yang berselekoh. Konvoi bergerak dari Petronas Bemban seawal jam 8:20 pagi. Sebanyak 9 buah motor terlibat dalam ride kali ini. Di sini ada disertakan gambar-gambar semasa konvoi.. Enjoy..

Saturday 8 June 2013

Benelli Tornado TNT 600

Mungkin ada sesetengah di antara kita belum pernah mendengar jenama Benelli. Apa jenama tu? Dari mana? Benelli merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1911 lagi. Pengasasnya terdiri daripada enam orang adik beradik iaitu Giuseppe, Giovanni, Filippo, Francesco, Domenico dan Antonio Benelli.



Sunday 2 June 2013

Ride Sarapan Pagi @ Teluk Kemang, PD

Pagi tadi, seramai 8 orang bikers dengan 6 buah motor berkonvoi ke Teluk Kemang, Port Dickson. Konvoi ini hanyalah semata-mata untuk bersarapan pagi di sana di samping berjalan-jalan menghirup udara pagi di tepi pantai.

Di sini ada disertakan beberapa gambar Ride Sarapan Pagi.. Hehehehe..

Enjoy yo..

Saturday 1 June 2013

Ride Sarapan Pagi @ Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua bikers. Satu ride akan diadakan esok iaitu Ride Sarapan Pagi. Kepada sesiapa yang berkelapangan bolehlah turut serta bagi memeriahkan lagi ride ini.


Pantai Port Dickson


Butiran-butirannya adalah seperti berikut :-

Tarikh          : 02.06.2013
Masa           : 08:00 pagi
RV              : Shell Jasin bersebelahan Court Mammouth Jasin
Tayar golek : 08:15 pagi
Destinasi     : Port Dickson

Segala kemusykilan bolehlah menghubungi Cikgu Sani.

Ledang Bike Week - Hari ke-2

Hari ini merupakan hari kedua berlangsungnya Ledang Bike Week yg diadakan di Dataran Tangkak, Johor. Beberapa orang bikers dari Jasin ada menghadiri event tersebut. Kelihatan banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barangan motorsikal. Disamping itu gerai yang menjual pelbagai barangan antik pun ada. Di sini admin ada menyediakan beberapa keping gambar Ledang Bike Week untuk tatapan semua.

Enjoy..!!!!!