16.06.2013 - Hari ini riders dari Jasin ada menganjurkan ride ke Bukit Tinggi, Pahang. Ride ini bertujuan untuk mengisi masa lapang di samping mengasah tayar dengan mengharungi laluan-laluan yang berselekoh. Konvoi bergerak dari Petronas Bemban seawal jam 8:20 pagi. Sebanyak 9 buah motor terlibat dalam ride kali ini. Di sini ada disertakan gambar-gambar semasa konvoi.. Enjoy..