Monday 26 September 2016

Ride Duo Santai Balik Kerja Ego S & Sport Bonus

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Yall.. Yaalll.. Alhamdulillah, ride motor kecik hari Sabtu lepas berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah. Sebenarnya ride kali ni hanyalah untuk pusing-pusing saja. Lagipun kebetulan orang rumah aku ada kelas, aku pula tak tau nak buat apa. Last-last ajak Azman Kassim ( selepas ini disebut Kamen Rider apabila perlu ).. Nasib baiklah dia takde apa nak buat. So, ride kali ni adalah ride berdua lah. Sebenarnya takde perancangan pun untuk ride kali ni. Cukup sekadar merentas lebuhraya dan juga liku-liku jalan kampung.. Haha.. Amcam..? Nak ikut..? Haa.. Jom le kita ride sama-sama..