Monday 30 June 2014

Blade 250 vs Ninja 250 '13 vs Ninja 250 SL vs CBR 250R '14

Assalamualaikum.. Dan salam sejahtera buat semua pembaca blog masukgear ni. Agak lama dah aku tak update blog ni. Maklum lah agak sibuk sikit semenjak dua menjak ni. Pertama sekali, aku rasa belum kelewatan untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia kepada semua pembaca sekelian walaupun hari ini dah masuk 2 Ramadhan 1435H. Semoga amalan kita di bulan ini lebih baik dari bulan lepas.

Sunday 8 June 2014

Kawasaki Z250SL

Pada bulan Februari lepas, Kawasaki Indonesia telah melancarkan sebuah model iaitu Ninja RR Mono / Ninja 250 SL. Dan model ini dikatakan mendapat sambutan yang agak menggalakkan samada di Indonesia mahupun di Malaysia. Selepas itu, beberapa bulan selepas Ninja 250 SL dilancarkan, sekali lagi Kawasaki Indonesia melancarkan sebuah model baru iaitu dalam keluarga siri Z. Modelnya adalah Z250SL.