Saturday 26 December 2015

Ride Solo Kapchai Full Tank

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.. Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua pembaca masukgear.. Hari ini aku ada satu stori yang nak diceritakan. Sambil-sambil pula tengah bercuti ni, kita kasi layan ajelah ye.. Hehe..

19.12.2015
Hari ni, aku dah siap-siap nak pergi kerja. Maklum lah hari Sabtu pun aku kena kerja jugak. Tapi separuh hari saja. Jadi, malam tu aku dah siap-siap kasi full tank lah. Senang esok nak gi kerja dah tak perlu topup minyak dah.

Sekarang jam dah menunjukkan 7:24 pagi dah. Aku dah bersiap-siap nak pergi kerja. Jarak dari rumah aku ke tempat kerja tak la jauh sangat. Mungkin dalam 20++ km sehala..

Friday 30 October 2015

Review Tayar Zeneos ZN62 (Kemaskini 04.10.2016)

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua.. Terima kasih diucapkan buat semua pembaca MasukGear kerana masih lagi sudi menjenguk blog ni. Hehe.. Aku harap korang tetap setia menelaah blog ni ye. So, untuk entri kali ini, aku nak buat sikit review pasal tayar yang aku baru beli kat Kajang tempohari iaitu Tayar Zeneos ZN62. Ok tak tayar ni..? Best tak tayar ni..? Hurm.. Takpe, mari kita berkenalan dulu dengan Zeneos. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bila dah kenal, jangan buat-buat lupa pulak ye.. Hehe.. Jom kita..

Wednesday 14 October 2015

Ride Pantai Timur 2015 - Day 3

04.10.2015 (Ahad)

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita bersua dalam episod kali ini. Jadi, untuk hari ini, apa yang kami fokuskan hanyalah nak balik Melaka je. Hehe.. Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara yang perlu disettlekan dulu. Hurm.. Tapi apa-apa hal sebelum tu, jom cari sarapan dulu lah. 

Sebelum sarapan, aku ada bersembang dengan owner homestay ni. Saja sembang pasal makan. Dia ada cakap ada satu kedai makan pagi, yang sedap dan murah. Kat mana tu? Haa.. Dia cakap jalan menghala ke Kg. Padang Polis, selepas Caltex Batu Rakit. Kedai sebelah kiri. Ok, nanti aku nak cuba kat sana..

Saturday 10 October 2015

Ride Pantai Timur 2015 - Day 2

03.10.2015 (Sabtu)

Halop.. Haaloop.. Yall.. Yaalll.. Assalamualaikum semua pembaca MasukGear. Hari ni dah masuk hari kedua ekspidisi pantai timur. Jadi, hari kedua ini, kami akan gerak ke Terengganu pula. Tapi sebelum itu, diorang nak ke pasar Siti Khadijah. Nak beli keropok katanya. Oklah kalau macam tu, jom lah bangkit. Kita siap-siap.

Pagi-pagi lagi aku bangun. Erm.. Sementara menantikan yang lain bersiap-siap, aku lepak-lepak dululah sekejap. Hehe..

Friday 9 October 2015

Ride Pantai Timur 2015 - Day 1

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca MasukGear. Halop.. Haaloopp... Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana semua peserta Ride Pantai Timur 2015 selamat pergi dan balik. Dan ride kali ni dipermudahkan oleh-Nya walaupun banyak halangan dan rintangan yang terpaksa diharungi. Ujian-ujian sebegini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama peserta dan diharap ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila.

Friday 14 August 2015

Tunggang Uji Jentera Triumph @ Bikers Pit Stop

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Minggu lepas Bikers Pit Stop, sebuah kedai motorsikal berkuasa tinggi ada menganjurkan event tunggang uji 3 jenis jentera Triumph. Dikesempatan yang ada ini, aku tidak lepaskan peluang yang ada untuk mencuba sendiri jentera-jentera hebat keluaran Triumph ini. Jadi, aku bersama Abang Amri dan Abang Salleh ke Bikers Pit Stop pada hari Ahad memandangkan hari Sabtu aku kerja. 

Model-model yang disediakan untuk ditunggang uji adalah Bonneville T100, Street Triple R dan juga Tiger XCx

Monday 25 May 2015

Ride Duo Santai Kapchai Le Tour de Malacca

Halop.. Haaloopp.. Yall.. Yaaalll.. Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan selamat malam semua. Haa.. Alhamdulillah, syukur pada-Nya yang Maha Esa kerana kita dapat bertemu lagi untuk entri kali ini. Alhamdulillah juga kerana ride kapchai pada 03.05.2015 hari tu berjalan dengan lancarnya. Pada mulanya, aku ada tanya kalau-kalau ada kawan-kawan yang nak join. Erm.. Tapi apa boleh buat, masing-masing sibuk. Ada yang kerja, ada yang nak pergi kenduri, dan macam-macam lagi lah. Jadi, aku putuskan aku pergi sorang ajelah. So.. Jom kita ride..!!!



Wednesday 22 April 2015

Ride Fraser's Hill

Yall.. Yaalll.. Halopp.. Haalopp.. Assalamualaikum dan salam keceriaan buat semua pembaca blog MasukGear. Alhamdulillah, ride ke Bukit Fraser pada 12.04.2015 tempohari berjalan dengan lancarnya. Cuma aku minta maaflah sebab cerita ride ni agak lama sikit aku peram. Hehe.. Buat pekasam ke..? Sorry lah.. Ada beberapa hal yang perlu aku settlekan dulu.


Friday 13 March 2015

Ride Kapchai ke Ulu Bendul

Assalamualaikum semua.. Halop.. Haaloopp.. Yall.. Yaall... Alhamdulillah, ride kapchai pada 01.03.2015 lepas berakhir dengan jayanya setelah mengharungi perjalanan lebih 200km. Berbekalkan semangat yang kentell serta jati diri yang tinggi, kawasan rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah berjaya kami takluki. Hehehe.. Ride kali ini juga ada sedikit kelainan kerana pada tarikh itu juga kebetulan harga petrol naik 25sen. Haha.. Tapi takpelah, naik pun naiklah. Janji aku dapat ride. Hoho..

So, laluan yang akan kami lalui adalah Taman Maju - Kesang Pajak - Selandar - Gemencheh - Dangi - Kuala Pilah - Ulu Bendul - Rembau - Tampin - Durian Tunggal - Kesang Jaya

Monday 2 March 2015

Ride Udang Galah Leban Chondong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Alhamdulillah, ride udang galah tempohari berlangsung dengan jayanya. Cuma aku nak minta maaflah sebab lewat sikit untuk aku coretkan stori ride ni. Hehe.. Maklumlah cuti raya cina hari tu aku balik kampung. So, sekarang ni barulah aku ada sedikit kelapangan untuk storikan ride udang galah yang berlangsung pada 15.02.2015 hari tu. Tahniah buat semua peserta.. Anda semua memang sempoi.. Terbaeik..!! Ikuti kisahnya.. 


Monday 2 February 2015

Maksud Kod Pada Minyak Pelincir

Apabila tiba masa untuk servis motorsikal kita, kadangkala kita tertanya-tanya, jenis apakah yang bagus untuk enjin motorsikal kita? 10W/40? 5W/40? Ada juga kawan-kawan yang cakap "pakai 10W/40 la best.. Enjin ringan je" Tetapi, tahukah kita apakah maksud disebalik kod yang tertera di botol minyak pelincir tersebut?


Tuesday 13 January 2015

Ride Duo Santai Kapcai

Hai... Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Selamat sudah ride santai dengan kapcai. Sebenarnya ride kali ni bukan ada apa-apa pun. Cuma sekadar nak mengisi masa yang terluang. So, bila fikir balik, sekali sekala layan motor kecik ni pun syok jugak. Haha.. So, last minute plan, aku ingat nak ride ke Segamat la. Ada jugak duk borak-borak sambil ajak sapa-sapa yang nak join. Tp... Macam Azrul je yang nak join. Haha.. Aku tak kisah. Berdua pun jadi. So, jom lah kita..

Friday 9 January 2015

Bike Week / Bike Event 2015

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua pembaca MasukGear. Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2015 buat semua pembaca blog ini. Rasanya tidak terlewat lagi untuk aku ucapkannya. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sudah.