Thursday 6 September 2018

[Throwback] Tengkujuh Ride 2017/2018 (Hari Ketiga)

Huarghhh... Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Haishh.. Semalam tidur agak lewat lagi. Tapi pagi ni aku mangkit awai jugak. Yelah, siap-siapkan diri nak balik Melaka dah ni.. So, hari ni adalah hari terakhir kami kat Kelantan dan sekejap lagi kami akan gerak balik melaka balik lah.. Erm.. Jom siap-siap dulu. Lepas ni nak sarapan pulak.. Perut dah lapo balik dah. Orait, sementara kami nak siap-siap sekejap, bolehlah pembaca sekalian alam maya ni sediakan pop corn untuk kunyah bersama-sama ride dengan kami sekejap lagi eh..

 Woraitt.. Jam menghampiri 9:30 pagi dan kami semua dah bersiap siaga nak gerak balik Melak dah ni. Jom kita sarapan dulu ye..



 Sebelum sarapan, kami singgah di Bengkel Pok Soh sekali lagi untuk buat last checking sebelum gerak. Erm, check lah apa yang patut.. Pam tayar ke.. Check level minyak hitam ke.. Hehe..

Selepas membuat checkup, jom kita kasi isikan perut yang dah agak kelaparan dah ni.. Kali ni kami bersarapan di kedai Mak Yah di kawasan Kota Jembal jugak..

Peace yooo.. Jom balik Melakau hawau yooo..

Bismillahirrahmanirrahim.. Seawal jam 10:30 pagi, kami mula meninggalkan tanah Cik Siti Wang Kembang.. Laluan kali ini adalah dari Kota Jembal - Bachok - Tok Bali dan seterusnya ke Pantai Penarik..

Sempat juga aku snap depo Bas Perdana kat sini.. Haaa.. Ni khas buat Wan @ Bas.. Yeahhh..!!

Setelah hampir 50 minit kami on the bike tadi, kami singgah di suatu tempat yang mana ianya sangat-sangat menggamit kenangan buat Kamen Rider.. Yeahh!! Kat mana tu? Ah, kasi can la aku nak selfie dengan Mat Mate dulu eh.. Heheh..

Tadaa.... Haaa.. Ni dia KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi)..

Mengimbau kembali sejarah penubuhannya, kolej tersebut telah memulakan operasi awalnya di Tanjung Mas, Pangkalan Chepa pada tahun 1994 dengan menawarkan hanya kursus pengajian di peringkat diploma iaitu psikologi dan syariah. Ia kemudiannya berpindah ke Kandis di sini di atas tapak seluas 9.2 hektar yang membawa kepada perubahan besar dalam yang masa singkat, sama ada dari segi infrastruktur, pembangunan sumber manusia dan program akademik. 

KIST juga dikatakan IPTS pertama di negara ini menyediakan kemudahan latihan x-ray yang canggih bernilai kira-kira RM1.4 juta dan turut dilengkapi dengan sebuah gimnasium bernilai RM1.7 juta. Lima kursus yang ditawarkan ketika itu adalah Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Kejururawatan, Diploma Syariah, Diploma Psikologi dan Diploma X-Ray..


Lebih sejam juga kami kat sini menemani Kamen Rider mengimbau kembali detik-detik kegemilangannya dulu.. Dan sampailah masa untuk kita kembali berangkat pulang.. 

Selepas semuanya dah ready, kami gerak meninggalkan KIST menuju ke Tok Bali, seterusnya Kampung Raja dan juga ke Penarik. Sepanjang perjalanan, hujan turun tapi tak lebat.. Seperti gerimis sahaja dan kami plan nanti nak kena berhenti dlu lah kat Caltex Fikri sebab nak kena topup minyak pulak ni..

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Sesampainya kami kat Caltex Fikri ni, kelihatan seolah-olah stesen minyak tutup. Mungkinkah kehabisan petrol? Ataupun tauke dah jatuh muflis..? Hurm, kami tiada idea pasal tu. So, dengan bantuan minyak spare dari Kamen Rider, dibahagikan sedikit dengan Mat Mate kerana katanya motor beliau hampir kehabisan bensin..

Selepas topup minyak Kamen Rider dan Mat Mate, target stesen minyak seterusnya adalah Caltex Penarik yangmana jaraknya dah tak jauh. Kira-kira 15km je lagi. Tapi perut seolah-olah kembali memanggil untuk disuapkan dengan sedikit makanan.. Haha.. So, kami sepakat akan berhenti sekejap untuk sessi basahan tekak dan mungkin rehat-rehat buat seketika..

Tadaaa... Nidia... Huumangaii.. Udang bersepah-sepah.. Hahaha.. Jom makan udang dulu lah. Kasi tambah uric acid luuu.. 

Ini yang bestnya bila makan kat sini.. Air free tu.. Unlimited.. Haha.. 

Tanpa banyak bicara, jom lah kita bedal udang dulu.. Huhuhu.. 

Kedai ini diberi nama Celup Tepung Cikgu, Kampung Penarik, 21010 Permaisuri, Terengganu dan lokasi gpsnya adalah 5.604287, 102.817487

Perut dah kenyang sikit, hujan pun dah stop.. Sekarang tibalah masanya untuk kita menenangkan fikiran pula.. Hahaha..

Sementara yang lain pula masih membedal udang.. Uuuu... Best.. Best..

Sekitar gerai yang kami berhenti tadi.. Angin sangat kuat.. Langit pun agak mendung.. Cuma hujan je dah stop tadi.. Jom lah kita gerak.. Jam pun dah menunjukkan pukul 1:40 tengahari dah

Kami mula bergolek tayar jam 1:48 tengahari dalam keadaan hujan yang amat lebat. Tadi dah tak hujan, masa kami nak gerak, dia turun pulak mencurah-curah. So, terpaksalah kami redah dan ofkos lah tiada gambiran sepanjang on da bike sebab hujan sangat-sangat lebat.

Sempat juga kami stop kat Caltex Penarik untuk topup lagi minyak kat sini. Dan selepas selesai semuanya, jom lah kita gerak kembali dan target check point seterusnya adalah..? Erm.. Sekejap, nanti nak kena cari gerai jual keropok lekor pulak sebab ramai yang nak membeli keropok ni..

Kayuhan demi kayuhan dilakukan.. Meredah hujan yang sekejap lebat sekejap reda, maka, sampailah kami kat kedai keropok lekor Zaleha Embong.. Fuhh.. Nasib baik kat sini tak hujan pulak..

Banyak borong Terr.. Haha.. Lokasi kedai ini adalah di 3685, Kampung Pagar Besi, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu
dan lokasi gpsnya adalah 5.463417, 103.029701

Keropok lekor yang siap goreng pun ada.. Beli je, boleh terus makan begitu saja.. Owhh keropok lekorr.. Sungguh enak dimakan begitu saja.. Haha..

Siap sudah kami memborong keropok.. Sekarang masanya sekali lagi tiba untuk membuat kayuhan pulang.. Hihi.. Masa nak mulakan kayuhan, hujan turun dengan lebat kembali.. Adeh, so macam biasalah, tiada gambiran on da baike..!! Huhu.. 

Selepas penat mengayuh, kami stop lagi dan kali ini adalah kat Caltex Kelulut. Kayuhan sejauh 50km ini berjaya kami lakukan dengan catatan masa melebihi satu jam.. Pehh.. Slow nau..? Ujang boh.. Dokleh nok laju ngat.. Haha.. Dan seperti biasa, minuman tambahan tenagaku kali ini adalah sudah semestinya Nescafe Original rendah lemak.

Hujan masih mencurah-curah. Tiada tanda ia mahu berhenti. Demi kekangan masa yang kami hadapi, jom kita redah juga lah ye.. Jom-jom dan seperti tadi lah, lagi sekali tiada gambiran on the bike. Semoga semua ahli dapat tumpukan perhatian ketika memandu menunggang motorsikal kerana hujan yang lebat boleh membuatkan jarak pengelihatan kita agak terhad..

1jam 20minit kayuhan, jaraknya pula adalah 76km, kami stop pula sekejap kat Shell Paka.. Sambil berehat sekejap, alamak perut pulak sakit.. Aku tak isi minyak kat sini memandangkan tadi aku dah isi kat Caltex Kelulut. Minyak masih ada lagi.. Yang lain rasanya diorang isi kot.. 

Selepas tertunainya hajat aku tadi, jom bergolek tayar lagi.. Seingat aku la, baju kami rasanya tak sempat nak kering.. Baru je lembab, kemudian lencun kembali dek hujan yang sangat lebat.. Hujan masih mencurah-curah dan memaksa kami redah aje lah. Nak tunggu reda, masa semakin suntuk..

Ketika dalam perjalanan menuju Kuantan, tiba-tiba motor Shah mati dengan sendirinya. Tiada power langsung.. Dan Shah cakap mungkin main fuse dah blow.. Takpe, biar dia check dulu..

Selepas beberapa ketika, Shah berjaya merepairkan motornya dan SR125i nya kembali cargass.. Haha.. Jom kita mengayuh lagi noo...

Ini adalah check point yang ke berapa tah aku pun dah tak tau dah. Tapi apa yang pasti, aku kasi full tank NMax ku kat sini.. Hehe.. Kerugian yang aku alami kat sini adalah RM10.21 untuk perjalanan sejauh 172km dan setakat ni total perjalanan kami dah menjangkau 1100km.

Yess.. Jam dah 8:30 malam dah.. Hujan masih belum mau berhenti. Jom lah kita redah lagi.. Dah lewat juga ni memandangkan masa ini pun masih ada kat kawasan Kuantan. Jom lah kita gerak lagi. Hujan pun hujanlah.. Huhu.. 

Sejuk.. Lapar.. Sudah bermain di kotak fikiran masing-masing.. Dan aku rasa eloklah kalau kami stop sekejap kat mana-mana kedai. Pekena sup tulang ke, sup ekor ke.. Cara jugak.. Haha.. So, kami stop kat satu kedai makan kat kawasan Kg. Lepar, iaitu beberapa kilometer selepas Caltex Lepar. 

Tempatnya adalah Batu 8 Lepar
26600 Pekan, Pahang

Lokasi GPS : 3.575977, 103.101280

Aku order nasi goreng ayam beserta dengan nescafe panas. Aik, biasanya selalu ais? Ah, malam ni dah terlampau sejuk. Tak larat nak minum air sejuk lagi.. Huhuhu.. Sojukkk...

Selepas selesai sessi melantak dan memenuhkan perut yang kosong ni, kami gerak semula menuju Muadzam Shah. Eh, bila dah dengar Muadzam Shah, biasanya dah tak jauh dah tu.. Haha.. Mata dah mula terbayangkan bantal peluk dah ni.. Fhieww.. 

Kami stop sekejap kat Shell Muadzam Shah untuk topup minyak lagi dan kali ini, aku tak isi minyak NMax aku. Cuma diorang ajelah yang isi.. Hujan macam tadi lah, sekejap hujan, sekejap gerimis. Kamon, dah tak jauh dah. Tapi mata ni dah rabak dah ni.. Hahh.. 

kalau tak silap aku, dalam jam 12:00 tengah malam rasanya kami mula gerak balik Melaka. Laluan balik ni agak gelap sinit, terutamanya laluan Palong, Jelai dan juga Gemencheh.. Tapi takpe, pelan-pelan kayuh eh.. Janji sampai..

Kayuhan terakhir menyaksikan semua peserta dah mengalami halusinasi.. Masing-masing dah penat dan ngantuk. Aku pun sama.. Macam-macam dah aku nampak kat atas pokok tadi.. Huhu.. Dan Alhamdulillah, kami selamat sampai Gemencheh mmelewati jam 2:00 pagi dah. So, aku kasi last full tank dulu kat sini eh.. Manakala kerugian kali ini adalah RM13.61 untuk sejumlah 5.38 Liter petrol

Selepas kasi full tank tadi, kami semua rehat sebentar kat Petronas Gemencheh.. sementara mata dah gabak ni.. Erm, inilah last check point kami dan kami semua akan berpecah mengikut haluan masing-masing..

2;18 pagi, kami semua gerak balik ke destinasi masing-masing dan setakat ini sahaja, kami semua dah mengembara sejauh 1366km..

Alhamdulillah sekali lagi.. Aku sampai depan rumah tepat jam 2:52 pagi. Adehh.. Dah menghampiri jam 3:00 pagi dah ni.. Hahaha.. Kamon esok nak kerja ni.. Huhu..

Malam ni, aku tidur sekitar jam 3:30 pagi. Dan esok adalah hari kerja.. Huwaaa... Ngantuk weiii.. Huhu.. Tapi aku teruskan jua mencari rezeki sesuap nasi walaupun dalam keadaan mata yang rabak.. Hehehe.. Penat gila weh.. Tapi berbaloi lah dengan pengalaman ride tu.. Hehehe..

Keesokkan harinya, Kamen Rider kelihatan tumpas di medan perang.. Hahaha.. Dah lalok tak boleh nak buat apa dah.. Erk.. Hehehe..

So, sampai sini dulu lah untuk coretan kali ini.. Jutaan kemaafan kupinta andainya cerita Tengkujuh Ride ni agak dah basi dah.. Hahaha.. Baru hari ni berkesempatan nak bercerita balik.. Huhu.. Hingga jumpa lagi dalam episod akan datang yer..

Oh ya.. Sebelum melelapkan mata,, meh aku belanja video Tengkujuh Ride hari ketiga.. Bolehlah sediakan popcorn ye untuk dimakan dan dikunyah sambil menonton video ni.. Hehehe..

Chow dulu..

Bye...

-PokNik-
MasukGear

3 comments:

  1. Salam tuan. Lama x update.

    -Ismadi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam... Haah... Dah lama x update blog ni. Huhu... Sekarang ni buat video plak... Sbb tu lah blog ni terabai... Huhu

      Delete
  2. Terbaik tuan. Saya sentiasa menunggu video atau update terbaru.

    -Ismadi-

    ReplyDelete