Saturday 8 June 2013

Benelli Tornado TNT 600

Mungkin ada sesetengah di antara kita belum pernah mendengar jenama Benelli. Apa jenama tu? Dari mana? Benelli merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1911 lagi. Pengasasnya terdiri daripada enam orang adik beradik iaitu Giuseppe, Giovanni, Filippo, Francesco, Domenico dan Antonio Benelli.




Model pertama yang dibina adalah enjin dua lejang dan bersesaran 98cc. Sejak dari tarikh tersebutlah Benelli terus melonjak naik di Eropah dengan pelbagai kejayaan dalam bidang perlumbaan.

Sebuah syarikat di China iaitu QianJiang Group telah memiliki Benelli pada tahun 2005. Bermodalkan sejumlah wang yang besar, Benelli kini mempunyai lebih kepakaran serta pengeluaran untuk pasaran Itali dan di seluruh dunia. Baru-baru ini Benelli ada mengeluarkan sejenis motorsikal naked bersesaran 600cc. Itulah Benelli Tornado 600.


Benelli Tornado TNT600


Rekaan mesin ini bercirikan seperti Aprilia dan juga ala-ala Ducati. Ianya diberikan nadi penggerak 600cc, empat lejang, empat silinder yang pastinya bunyi mesin ini sungguh merdu. Ianya juga dilengkapi dengan sistem pancitan bahan api yang pastinya cukup berkuasa. Susunan paip ekzos empat baris yang jelas kelihatan menambahkan lagi kegarangan model ini.

Lampu hadapan kelihatan direka agak besar. Ini dapat memberikan pandangan yang jelas ketika menunggang diwaktu malam. Lampu isyarat juga direka berasingan dengan badan motor ini supaya jelas dilihat walaupun dari jarak yang jauh. Panel meternya pula terdapat satu penunjuk RPM dalam bentuk analog dan penunjuk-penunjuk lain dalam bentuk digital seperti meter kelajuan, aras bahan api, jam, penunjuk suhu dan odometer serta trip meter. 

Ekzos motor ini telah dilengkapkan dan dipasang di bawah pelana, kiri dan kanan. Ini menambahkan lagi keanggunan Tornado 600cc ini. Pada bahagian pelana belakang motor ini dipasang dengan bar handel untuk pembonceng.


Ekzos bawah seat. Mengancam...!!


Ketinggian pelana untuk mesin ini adalah 80cm dan mungkin ianya agak menyukarkan untuk penunggang yang mempunyai ketinggian yang agak rendah. Mesin ini juga mempunyai berat 208kg. Ianya dilengkapi dengan kotak gear 6 kelajuan dan sistem fork hadapan jenis teleskopik 50mm. Sistem suspensi belakang pula jenis lengan ayun hidraulik berspring. 

Sistem brek depan pula dilengkapi dengan brek cakera empat omboh dan bersaiz 320mm manakala sistem brek belakang pula brek cakera 240mm cakera tunggal. Tornado 600 ini dipadankan dengan sepasang tayar Pirelli Angel ST untuk depan (120/70/17) dan belakang (180/55/17). Kelajuan maksimum mesin ini boleh mencecah melebihi 230kmj.


Benelli Tornado TNT600


Mesin ini dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 15 liter. Dikatakan ianya dapat pergi sejauh lebih 200km dengan isian penuh petrol. Namun begitu perkara sebegini adalah bergantung kepada cara tunggangan dan juga bentuk fizikal jalan yang dilalui. Ianya dipasarkan oleh Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd dan harga yang ditawarkan mengikut Mudah adalah RM 29,990.00. Sudah pasti harganya amat berpatutan untuk sebuah mesin Naked 4 In-Line.


Ringkasan Spesifikasi Benelli Tornado TNT 600:-

Enjin:
Empat lejang, empat silinder sebaris, sejukan cecair

Kapasiti:
600cc

Nisbah mampatan:
11.5:1

Kuasa maksimum:
60kW (82hp) @ 11,500 RPM

Tork maksimum:
52Nm @ 8,000 RPM

Transmisi:
Enam kelajuan

Sistem klac:
Plat berganda, basah

Suspensi hadapan:
Fork teleskopik 50mm

Suspensi belakang:
Lengan ayun hidraulik

Brek depan:
Cakera berkembar, 320mm, 4 omboh

Brek belakang:
Cakera tunggal, 240mm, 2 omboh

Tayar:
120/70/17 (Depan)
180/55/17 (Belakang)

Kapasiti tangki:
15 liter
1.4 liter (reserved)


Sumber : Internet dan Majalah Roda-Roda keluaran Jun 2013

3 comments:

  1. Benelli has finally stepped into the fertile land of Pakistan with the contribution of Buraq motors and has introduced their Benelli TNT 600 2018 in Pakistan.
    TNT600, banelli TNT600, 600cc bikes, banelli TNT600 bike price in pakistan

    https://comparebox.pk/sports-bikes/benelli/tnt600

    ReplyDelete
  2. Benelli model terbahru : TRK 502

    Jump aboard Benelli’s adventure-oriented TRK 502, and the road is your ticket to freedom. Whether you’re riding across town or across the country, the TRK is the perfect traveling companion. With its comfortable ergonomics, amazing wind and weather protection, capable suspension, and efficient and powerful twin-cylinder engine, you can turn each day into a different adventure, discover new worlds, all without any limitations.
    Wrapped in a traditional Benelli steel trellis frame is the all new twin-cylinder four- stroke liquid-cooled 500cc, developed by Benelli for its latest new models, with electronic injection, overhead double camshaft timing system, 4 valves per cylinder. The maximum power is 48 CV (35 kW) at 8500 rpm and the torque is of 45 Nm (4,6 kgm) at 4500 rpm, meaning perfect response in all conditions.
    The suspension offer maximum comfort for rider and passenger, thanks to an adjustable upside down front fork, and at the rear, a swingarm with monoshock.
    Displaying this is the braking performance, thanks to the two front discs, 320 mm in diameter, and two-piston floating caliper. The rear disc is 260 mm in diameter, and is also gripped by a twin piston caliper.
    Stability, safety and precision are the key words of this new Benelli TRK 502.
    So get on a TRK 502. And get away

    Specs

    Engine 




    TYPE
    In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled , 4 valves for cylinder double overhead camshaft

    DISPLACEMENT
    499,6 c.c.

    BORE x STROKE
    69 x 66,8 mm

    COMPRESSION RATIO
    11,5:1

    RATED OUTPUT
    35 kW (47,6 Cv) @ 8500 rpm


    MAX. TORQUE
    45 Nm (4,6 kgm) @ 5000 rpm

    LUBRICATION
    Wet sump

    FUEL SUPPLY
    Electronic fuel injection with throttle body ø 37 mm

    EXHAUST SYSTEM
    With catalytic converter and oxygen sensors

    CERTIFICATION
    Euro 4


    CLUTCH
    Wet clutch

    GEARBOX
    6 speeds

    FINAL DRIVE
    Chain drive

    Ignition
    Delphi MT05

    Spark plug
    NGK CR8E


    Starting
    Elettrico

    GEAR RATIO
    N/A

    PRIMARY DRIVE
    N/A

    FUEL CONSUMPTION
    3,9 l/100 km

    CO2 EMISSIONS
    91 g/km



































































    Chassis 




    FRAME
    Trestle in steel tubes

    FRONT SUSPENSION
    Adjustable Upside-down forks Ø 50mm

    FRONT SUSPENSION STROKE
    135 mm

    REAR SUSPENSION
    Rear swing arm with central shock absorber spring preload adjustable


    REAR SHOCK ABSORBER STROKE
    45 mm

    FRONT BRAKE
    Twin semi floating disk ø320 mm with 4 pistons caliper and ABS

    FRONT RIM TYPE
    Aluminum alloy ( Optional Aluminium rim spoked )


    FRONT RIM DIMENSIONS
    17” x MT 3.50” DOT ( Optional 19”x3.0” )

    REAR BRAKE
    Single disc ø260 mm with single piston calliper and ABS

    REAR RIM TYPE
    Aluminum alloy (Optional Aluminium rim spoked)


    REAR RIM DIMENSIONS
    17” x MT 4.5” DOT (Optional17”x4.25” )

    FRONT TYRE
    120/70-ZR17 (Optional 110/80 – R19)

    REAR TYRE
    160/60 - ZR17 (Optional 150/70 – R17)














































    Dimensions 







    LENGTH
    2170 mm ( 2211 mm)



    HEIGHT EXCLUDING MIRRORS
    1235 mm (1495 mm)



    PILOT SEAT HEIGHT
    800 mm ( 825mm)


    WIDTH EXCLUDING MIRRORS
    912 mm

    GROUND CLEARANCE
    190 mm ( 240 mm)

    UNLADEN WEIGHT
    213 KG

    ROAD READY WEIGHT
    N/A


    PERMITTED TOTAL WEIGHT
    N/A

    USABLE TANK VOLUME
    20 lt

    RESERVE
    3 lt

    WHEELBASE
    1525 mm

    ReplyDelete
  3. https://malaysia.benelli.com/product/trk-502

    ReplyDelete