Saturday 22 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 3) - Episod Last

Assalamualaikum geng.. Selamat sejahtera semua.. Bahagian akhir dah nie.. Yup..

Selepas berehat beberapa minit di kawasan tasik banding, maka kami pun bersiap2 semula untuk makan gerak balik Melaka lah. Dah ready semua dah? Kalau dah ready, jom le MasukGear.

 Jam dah mula menunjukkan pukul 12:15 tengahari. Geng, jom lah kita gerak. Moh kite MasukGear..

Jalan sekejap je, aku stop kt tepi jalan. Nak amik gambar jap. Haa.. Inilah yang aku amik gmbr tadi..
Inilah antara kubu yang dibina oleh pasukan keselamatan sewaktu mengawasi jalan ini dari serangan pihak komunis

Beberapa minit selepas itu, kami singgah seketika di Dataran Juang Tentera Darat. Stop sekejap juz nak bergambar.. PakMan pasti menggamit kenangan silam tu.. Hehehehe


DATARAN JUANG TENTERA DARAT
Dataran Juang Tentera Darat didirikan di hadapan Markas Taktikal 749 sebagai lambang dan tanda penghormatan Tentera Darat kepada perajurit-perajurit Tentera Darat yang telah mencurahkan keringat dan darah serta mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi kedaulatan dan maruah negara sewaktu operasi menentang pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thailand. Ianya juga merupakan manifestasi keabdian, pengorbanan dan perjuangan warga Tentera Darat dengan iringan keredhaan keluarga demi negara tercinta.

Kami bergambar lah sekeping dua buat kenangan

Di Dataran Juang ni terdapat sebuah kereta perisai Condor V-150 yang pernah dan digunakan dalam membalas serangan dan juga melindungi konvoi tentera daripada diserang oleh gerila PKM.

Kasik posing dulu.. Ni bukan replika tau, ni ori punya.. Tapi dalam kereta perisai tersebut dah kosong le.. Ha..Cuba tengok PakMan tu.. Apa dia buat tu..?

Akupun nak jugak lah sekeping.. Cuba tengok PakMan tu.. Mesti teringat kenangan silam tu


Di Dataran Juang ini juga diabadikan nama-nama perajurit-perajurit yang terkorban.. Seramai 116 orang pahlawan yang telah gugur di dalam operasi semasa darurat di antara tahun 1968-1989. 

Bang Amri pun nak posing sekali.. Boleh..

Sebelum menyambung semula perjalanan ke Gerik, kami sempat lagi abadikan kenangan dengan bro askar ni. hehehe..

Ok.. Ok.. Turn aku plak yer.. hihi

Selepas tu kami terus menyambung semula perjalanan ke Gerik. Kami sampai sini hampir jam 1:00 tengahari

Badan agak penat sikit kerana cuaca amat panas. Badan dah dehydration kot.. Kena berenti kejap ni. Minum air dulu ke


So, sementara tu aku isi minyak dulu lah. Kasik penuh tangki. Kerugian kali ini adalah RM 9.50. Lepas ni dah tak berenti dah. Hehehe

Cikgu Helmi @ Gerik

Mie, ko ambik pulak gambo aku. Aku pun nak masuk jugak.


Setengah jam selepas tu, kita MasukGear lah. Jom kita..

Perjalanan ke Kuala Kangsar jauh lagi tu. Lebih 100km lagi..

So, kawe jalan dulu deh.. Kita jumpa masuk highway nanti.. Vroommm...

Aku nak simpan dulu lah kamera. Nanti sampai PLUS highway, aku on balik ye..

Kira2 sejam lebih selepas tu, kami mula masuk highway PLUS. Jalan agak jem. Maklum la Chinese New Year


Dah sampai terowong Menora dah. Kami merentasi terowong sepanjang 800 meter ni dan hentian lepas ni adalah RnR Simpang Pulai

Jalan agak lengang lepas keluar terowong.

Pemandangan di sini agak cantik. Dengan susunan bukit batu kapur membuatkan aku terpaku seketika..





Alrite, kita dah sampai RnR Simpang Pulai ni. Minyak ok lagi. So, kita minum ajelah dulu. Abg Amri hantar report tu..

Hooww.. Yeah.. Bila badan dah tak cukup air, macam ni lah jadinya..

Selepas rehat hampir 50 minit, kami meneruskan lagi perjalanan. Kali ini kita berenti di RnR Tapah pulak ye. Katanya nak isi minyak.. Jom..

Layan pemandangan bukit batu kapur lagi


Wokeh, dah sampai Shell RnR Tapah. So, kat sini kasik full tank lah. Abis RM 15.00
Lepas tu kami berbincang sekejap nak stop kat mana lepas ni. So, kata putus dah diambil. Kami akan stop kat RnR Dengkil. 
Jom le kita MasukGear!

Perjalanan diteruskan ke RnR Dengkil

 Dipendekkan cerita, kami sampai RnR Dengkil hampir 6:30 petang. Kita makan, isi minyak dan tunaikan apa yang patut ye..

 Bila parking motor diambil..

Apa2pun, kenyangkan perut dulu. Hihi

 Bergambar kenangan di RnR Dengkil

 Selepas selesai apa yang patut, jom le kita MasukGear.. So, lepas ni dah tiada gambar dah sbb hari dah makin malam dah.. Lepas ni kita shoot terus ke Tol Ayer Keroh ye

 Tepat satu jam, kami sampai Tol Ayer Keroh.. Akhirnya selesailah sudah ride kami ke Kelantan. Alhamdulillah, semua selamat, tiada apa2 perkara yang tidak baik yang menimpa kami.


 Katanya kawan2 ada yang nak minum. So, jom le kita sama2 ke kedai untuk ngeteh jap. Hehe

 Lepak kejap.. Pekena teh ais dulu sebelum balik.. Mana kawan2 yang lain ni?

 "Kawe nok makey ggapo eh..? Uu.. Air suey so.."

 D'Aliff Tomyam Seafood

Selepas makan dan minum, kami pun beransur pulang ke rumah masing2. Lepas tu, aku terus pulang, Badan dah penat. Namun begitu, ride kali ni adalah best sekali. Santai dan enjoy. Esok pagi sebelum aku pergi kerja, aku kasi full tank satu kali lagi. So, kerugiannya adalah RM 14.00.

 Total perjalanan aku untuk 3 hari 2 malam adalah hampir 1431km (1800 meter tu kira campur jarak esok pagi nai kasi full tank laa.. hehe..)

Purata penggunaan minyak pula adalah sekitar 24.6km untuk 1 liter petrol (4.1L/100km)

Ok geng, wa tidur dulu.. Esok nak kerja pulak. Fuhh.. Walaupun penat, tapi ride kali ini amat seronok sekali. Alhamdulillah kerana semua selamat.

Jumpa lagi.. Bye..

-PokNik-
MasukGear

No comments:

Post a Comment