Tuesday, 15 July 2014

2014 Yamaha FJR 1300AS - Jentera Pintar

Yamaha merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia motorsikal berkuasa tinggi di Malaysia. Banyak model-model kelahiran Yamaha yang kelihatan di atas jalanraya di Malaysia. Salah satu daripadanya ialah Yamaha FJR 1300. Model ini sudah tidak asing lagi di kalangan peminat-peminat Yamaha di Malaysia.



Untuk menyambung generasi FJR di persada dunia, Yamaha dengan bangganya melahirkan satu model lagi untuk tahun 2014 iaitu Yamaha FJR 1300AS 2014. Jentera ini merupakan model touring yang dilengkapi dengan semua keperluan yang dikehendaki pengguna untuk perjalanan jauh.


Untuk mengekalkan keselesaan serta kestabilan dan prestasi tunggangan jarak jauh, Yamaha telah menetapkan beberapa ciri standard pada model FJR ini. Model ini didatangkan dengan enjin 4 silinder bersesaran 1298cc 4 lejang sejukan cecair DOHC. Berbekalkan sistem pancitan bahanapi terkini, jentera ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 107.5 KW (146.2PS) @ 8,000 rpm dan 138.0 Nm (14.1 Kg-M) tork @ 7000 rpm. Kuasa-kuasa ini disalurkan menerusi sistem gear 5 kelajuan dibantu oleh sistem klac cakera basah dengan spring gegelung. 


Antara ciri-ciri terkini yang ditawarkan pada jentera ini adalah Sistem Kemasukan Gear Tanpa Klac. FJR 1300AS dibekalkan dengan Yamaha Chip Controlled Shift system (YCC-S) dimana sistem ini membenarkan pengguna memasukkan gear dengan tuas gear di kaki kiri ataupun dengan menekan tuas gear di tangan kiri tanpa menarik klac. Sistem Stop Mode ini juga akan menurunkan gear secara automatik ke posisi gear 1 bila jentera diberhentikan.


Generasi terkini FJR ini juga dilengkapi dengan kawalan elektronik canggih, termasuk kawalan cengkaman (Traction Control System), dan sistem kawalan tunggangan (Cruise Control System). Sistem D-mode pada jentera ini membolehkan anda sesuaikan prestasi enjin jentera anda samada dengan mode santai ataupun mode sport. Sistem suspensinya dilengkapi dengan sistem boleh laras kawalan elektronik sepenuhnya.


Bagi menampakkan lagi ciri futuristik jentera ini, FJR 1300AS didatangkan dengan panel meter 3 bahagian yang canggih. Pada paparan tersebut, terdapat beberapa informasi yang berguna kepada penunggang. Antaranya ialah paparan putaran enjin analog pada sebelah kiri, paparan kelajuan pada bahagian tengah dan pada bahagian kanan pula adalah paparan dot matrix pelbagai fungsi.


Keselesaan tunggangan juga adalah faktor utama yang dititikberatkan. Oleh itu, jentera ini juga dipasangkan dengan skrin penghadang angin boleh laras sepenuhnya. Tempat duduk dan hendal juga boleh di laras mengikut keselesaan penunggang.



Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada Yamaha FJR 1300AS 2014 :-
• Sistem tukaran gear YCC-S 
• Enjin 1,298 cc inline 4-silinder dengan YCC-T 
• Sistem suspensi elektronik boleh laras 
• Chasis jenis bingkai aluminium untuk pengendalian tangkas 
• Suspensi depan jenis fork terbalik 
• Skrin , kowl, tempat duduk dan hendal boleh laras
• Yamaha D-Mode untuk pilihan mode tunggangan (santai mahupun sport) 
• Kawalan Cruise Control System
• Sistem Kawalan Penjejak (Traction Control System) 
• Tangki petrol 25 liter untuk tunggangan lebih jauh
Sidebox, heated grips dan soket 12V sebagai alatan standard 
• Sistem aci pemacu lebih senyap dan lancar











FJR 1300AS ini merupakan sebuah jentera pengembara pintar dalam apa jua keadaan, dengan tanpa kompromi dari segi gaya dan tunggangan.

Spesifikasi teknikal Yamaha FJR 1300AS :-

Jenis enjin             : Sejukan cecair, 4 lejang, DOHC 4 silinder sebaris condong
Isipadu                 : 1298cc
Bore x Stroke       : 79.0 x 66.2 mm
Nisbah mampatan : 10.8:1
Sistem bahanapi    : jenis suntikan TCI
Penghidup             : Elektrik
Kuasa maksimum  : 107.5 kW (146.2PS) @ 8,000 rpm
Daya kilas maks.   : 138.0 Nm (14.1 kg-m) @ 7,000 rpm
Transmisi              : 5 kelajuan
Sistem klac            : Bebilang cakera dengan spring gegelung, basah
Tayar depan          : 120/70 ZR17M/C (58W)
Tayar belakang      : 180/55 ZR17M/C (73W)
Brek depan           : Dwi cakera hidrolik 320 mm
Brek belakang       : Cakera tunggal hidrolik 282 mm
Dimensi (PxLxT)   : 2230 mm x 750 mm x 1325/1455 mm
Jarak roda             : 1545 mm
Kelegaan jalan       : 125 mm
Tinggi pelana         : 805/825 mm
Kapasiti tangki      : 25 liter
Minyak enjin         : 4.9 liter
Berat                    : 296 kg (termasuk minyak enjin dan petrol penuh)


2 comments:

  1. what is the best engine oil for FJR 1300

    ReplyDelete
  2. Thanks and that i have a dandy offer you: What Renos Add Value house renovation process

    ReplyDelete