Hai... Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Selamat sudah ride santai dengan kapcai. Sebenarnya ride kali ni bukan ada apa-apa pun. Cuma sekadar nak mengisi masa yang terluang. So, bila fikir balik, sekali sekala layan motor kecik ni pun syok jugak. Haha.. So, last minute plan, aku ingat nak ride ke Segamat la. Ada jugak duk borak-borak sambil ajak sapa-sapa yang nak join. Tp... Macam Azrul je yang nak join. Haha.. Aku tak kisah. Berdua pun jadi. So, jom lah kita..
Asalnya plan nak ride ke Segamat. Tapi, Azrul cakap macam dekat je. Haha.. Oklah, kita ubah plan. Apa kata kita ke Labis, Segamat, Gemas dan terus balik semula ke Melaka. Azrul cakap cun jugak. Ok, set. So, pagi-pagi tu hujan pula dah turun. Alamak, aku dah macam nak kensel je ride tu. Tapi last-last ujan dah berenti. Call Azrul, Azrul cakap on. Jom lah kita jumpa di Petronas Jasin.
So, inilah laluan yang akan kami lalui.. Jasin - Tangkak - Sagil - Ledang - Bukit Kepong - Labis - Segamat - Batu Anam - Gemas - Air Kuning - Nyalas - Taman Maju
MasukGear menuju ke Petronas Jasin
On da way ke tempat berlonggok. Nyaman je rasa suasana pagi.
Jalan pun masih basah lagi
Okay, dah jumpa Azrul dah. Dia dah ready siap-siap nak sarapan. Jom kita sarapan di kedai Pak Abu
Kami masukgear menuju ke kedai Pak Abu. Dingin je rasa waktu pagi ni
Perjalanan diteruskan.. Perut dah berkeroncong..
Masa ni dah takde ingat apa dah. Sarapan je dulu.. Kasi isi minyak untuk tuan motor pulak
Sampai di depan kawasan masjid Kg. ChinChin, ada perarakan Maulidur Rasul. So, kami stop sekejap beri laluan kepada perarakan tersebut.
Sambil menunggu perarakan tu, sambil dengar diorang berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Good!! Pagi-pagi ni kena ambik feel dulu. Haha.. Jom kita meneruskan perjalanan ke kedai Pak Abu
Kami sampai di kedai Pak Abu lebih kurang jam 9:00 pagi. Apa-apa hal pun kasi hantar laporan dulu la bro.. hehehe
Haa.. Tengok.. Muka alaa sinyum.. Nes tarik dah ada, koeyteow rendang dah tersedia, jom lah kasi santap dulu..
Haa.. Perut dah kenyang.. Sekejap lagi dah boleh masukgear
Kriss 1100 110 aku sedang memerhatikan Z800 kat sebelah tu ha.. "Ehem.. Hai.. Boleh berkenalan..?" Sebenarnya Z800 tu kepunyaan owner kedai makan ni iaitu Pak Abu
Sesudah setengah jam berada di kedai Pak Abu, kamipun beransur menuju ke Ledang.
Suasana pagi yang nyaman.. Dengan pemandangan gunung.. Pergh..
Laju sikit Rul.. Ada yang cucuk angin tu haa
Keadaan jalan tidak begitu sibuk. Maklum la Ahad hari bekerja di Johor
Hello bro..
Rasa macam kat Sabah pulak.. Hehehe
Kelajuan standard kami adalah 80kmj saja.
Matahari dah mula memanchorkan cahayanya
Tengok tu.. Agak mencacatkan pemandangan dengan aktiviti kuari tersebut
Stop sekejap.. Kasi tegangkan urat dulu.. Haha..
Dalam 5 minit berhenti, kami meneruskan semula perjalanan. Kali ini destinasi kami ialah Labis
Ride pelan-pelan je.. Santai la katakan. Baru best dapat menikmati keindahan alam sekeliling
Sampai kat simpang ni, Azrul stop sekejap. Dia tanya nak gi balai polis Bukit Kepong tak..? Aku cakap ok je. Jom... Belok kananlah kita.
Menuju ke Bukit Kepong
Kami sampai di sini lebih kurang jam 10:20 pagi
Tapi agak kecewa kerana bangunan dan persekitaran dalam proses baik pulih. So, kami tidak berpeluang untuk masuk ke dalam
Setia menanti tuannya yang pergi bersiar-siar
Apa nama model ni ek..?
Ini lagi la aku tak tahu apa ke namanya..
Sekitar Balai Polis Bukit Kepong yang kini dalam proses penambahbaikan
@ Balai Polis Bukit Kepong
Inilah gambar Balai Polis Bukit Kepong suatu ketika dahulu
Abadikan kenangan di sini.. Next time aku akan ke sini lagi bila dah siap penambahbaikan
Oklah, jom kita masukgear
Kami start masukgear jam 10:41 pagi menuju ke Labis
Haa.. Dah masuk daerah Labis dah
Uish.. Rul.. Mana helmet? Waa.. Steady.. Naik motor tak pakai helmet.. Hihi..
Dah sampai bandar Labis dah. Hurm.. Lepas ni boleh gi kedai motor Kok Hwa.. Cuci-cuci mata.. hehe
Apapun kasi isi minyak dulu. Kerugian di sini adalah RM 3.70. Wah.. Jimatnya.. Hehe.. Kalau ini macam kalu mau ride naik motor kecik lagi syok.. hihi
Aih, lama bebenor nampak kat kaunter.. Bayar harga minyak ke jual minyak..? Hehe
Lepas tu kami ke kedai motor Kok Hwa.. Tapi hampa.. Kedainya tutup.. huhu
So, kami pun meneruskan perjalanan ke Segamat pulak. Kelihatan awan nano dah menunjukkan tanda-tanda mau hujan.. Aduh.. Jangan la hujan dulu
Alhamdulillah selepas tu langit kembali cerah
Renungan yang jauh.. Masih jauh ke perjalanan kita..?
The Bridge on the River Kwai? Eh, taklah.. Ini jambatan Segamat la.. Haa.. Kita dah sampai Segamat. Jom lah cari port minum dulu
Setelah pusing-pusing bandar Segamat, maka inilah gerai yang kami singgah untuk minum-minum sambil buat sessi luahan hati
Ok.. Kali ni aku nak enterprem jugak.
Hantar laporan dulu la
Pekena teh ais di tengahari begini memang syok. Kena pulak teh ais Segamat. Memang best bro
Kenangan dua biji motor di Segamat
Jom kita teruskan perjalanan ke Gemas pulak. Rasa nak makan nasi ayam Gemas la.
On da way ke Gemas tu, Azrul stop sekejap kat Petronas Mukim Sermin. Apsal Rul..? Oh, rupa-rupanya dia nak isi angin tayar sikit.
Lepas isi angin tayar, kasi buang pulak.. hehe
Oklah, jom kita ke Gemas
Meneruskan perjalanan ke Gemas. Cuaca agak tidak menentu. Sekejap cerah, sekejap awan nano muncul
Eh, kat mana eh nasi ayam Gemas? Aku tak tahu. Azrul pun tak tahu. Takpe, kita minta bantuan Waze. Haha..
Oh.. Dah tak jauh dah. Jom kita makan nasi ayam Gemas
Bila dah jumpa lokasi, kedainya pula tutup. Kuciwa untuk kali ke dua. Waaa....
Takpelah, pusing bandar Gemas dulu lah. Sambil tu sempat aku bergambiran kat sini.. Hehe
So, pusing punya pusing, kitaorang stop kat medan selera Gemas. Kasi isi perut dululah
Yeah..! Nasi goreng ayam dah sampai, air belum kunjung tiba. Apapun, bedallah dulu
Diam tak diam satu jam jugak kami lepak sini. Fuh, lama bebenor sessi luahan hati kali ni. Haha.. Jom kita balik Jasin lah. Kelihatan awan berarak mendung. Tanda-tanda hari mau hujan..
Check petrol dulu. Alamak, nak kena topup ni
Baru je 5 minit perjalanan, rintik-rintik hujan mula membasahi bumi. Stop kat bus stop sekejap. Bungkus handset. Pastu jalan lah.. Kasi redah la..
Jadi dah tak ada gambar dah sebab kamera pun dah masuk balutan plastik. Kami berhenti di satu stesen minyak Shell untuk isi minyak. Kerugian di sini RM 3.00. Selepas tu hujan dah turun mencurah-curah. Memang lebat tahap jingga. Kami berhenti sekali lagi di Shell Taman Maju setelah mengharungi hujan di Nyalas dan sekitar Jasin. Di sini kami berpisah untuk pulang. Anggaran petrol untuk aku isi penuh ada lagi lebih kurang RM 2.50.
Alhamdulillah aku sampai rumah tepat jam 4:00 petang dengan selamatnya.
Total perjalanan untuk ride kali ni adalah 221.7km (kira 222km lah bila dibundarkan. Kiraan tu berdasarkan meter motor aku) dan kerugian petrol pula adalah RM 9.20. Huh.. Jimat bukan..? Haha.. Kalau kira penggunaan petrol adalah RM 4.15 untuk setiap 100km.
Setakat inilah dulu coretan ride dengan kapcai untuk kali ini. Agak panjang lebar kisah kali ini.. Haha.. Nanti ada masa aku akan ride lagi dengan kapcai untuk jarak yang lebih jauh. Jumpa lagi..
Chow dulu..
-PokNik-
MasukGear
terbaik bro
ReplyDelete