Monday 25 May 2015

Ride Duo Santai Kapchai Le Tour de Malacca

Halop.. Haaloopp.. Yall.. Yaaalll.. Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan selamat malam semua. Haa.. Alhamdulillah, syukur pada-Nya yang Maha Esa kerana kita dapat bertemu lagi untuk entri kali ini. Alhamdulillah juga kerana ride kapchai pada 03.05.2015 hari tu berjalan dengan lancarnya. Pada mulanya, aku ada tanya kalau-kalau ada kawan-kawan yang nak join. Erm.. Tapi apa boleh buat, masing-masing sibuk. Ada yang kerja, ada yang nak pergi kenduri, dan macam-macam lagi lah. Jadi, aku putuskan aku pergi sorang ajelah. So.. Jom kita ride..!!!




Pagi-pagi tu aku sarapan dulu lah. Kasi isi perut dulu. Lepas tu baru boleh gerak. Makan dulu ye..

 
Lepas hampir 20 minit, aku pun memulakan perjalanan. Menuju ke stesen minyak Shell di Taman Maju untuk isi perut motor pulak. Haaa.. Lepas ni baru boleh jalan.

 Perjalanan pagi ini amat mendamaikan sekali. Sejuk jer cuaca. Langit agak mendung sikit. Harap-harap hujan tak turunlah.

 
Setelah selesai isi minyak tu, aku dapat satu mesej dari seorang kawan. Dia cakap dia nak ikut. Ok, aku tunggu dialah sekejap. Hurm.. Jom lah..


Sapa yang nak join sekali tu..? Takpelah, aku tunggu ajelah. Nanti sekejap lagi dia datang.

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Haha.. Pijol rupanya yang nak join tadi. Takpe.. Takde hal bro. Jomlah kita.. Eh, dah kasi full tank ke belum? Kalau belum, isi penuh dulu la.

Setelah selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan seawal jam 8:30 pagi. Matahari pagi ni pun memanchor tak memanchor je.. Mendung.. Dan tiupan angin pagi pun agak dingin sedikit.

Keadaan trafik pagi ni agak lengang sikit. Sesuai lah untuk program pagi ini.. yang diberi nama.. Le Tour de Malacca.

Kamon Pijul, lapar ke..? Erm.. Dia cakap dia belum sarapan lagi. Takpe, nanti kita berenti untuk sarapan ye.

Perjalanan diteruskan dengan perut yang makin kuat menyanyi.. Erk.. Pijol punya perut la. Aku dah makan dah tadi nasi lemak. Sekarang dah masuk lebuh AMJ. Eh, apa maksud AMJ ni ek..? Hurm.. 

Sedikit info :-

Lebuh AMJ atau dikenali juga sebagai Lebuhraya Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin adalah sebuah jalanraya yang  menganjur dari utara ke selatan, iaitu dari Simpang Ampat ke Bandaraya Melaka sebelum menghala ke timur dari Bandaraya Melaka ke Muar. Keseluruhan jajaran Lebuh AMJ di Melaka diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 19, manakala jajaran lebuh raya tersebut di Johor pula diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 5. Kedua-dua nombor laluan bertindih di jajaran antara Persimpangan Sungai Duyong ke Persimpangan Semabok. Sementara itu, jajaran antara Malim hingga Semabok asalnya diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 191 tetapi kemudiannya telah dilucutkan pewartaannya pada tahun 2012 setelah keseluruhan Lebuh AMJ diwartakan sebagai FT19.



Beberapa minit selepas itu, Pijol stop kat sebuah gerai kampung dalam kawasan dekat dengan Sungai Rambai. Erm.. Memandangkan Pijol makan, aku pun amik la sedikit kuih untuk buat teman Pijol makan. Haha..

Kami di sini tak lama.. Lebih kurang setengah jam aje kot..? Sekadar mengalas perut. Selepas tu kami memulakan perjalanan.. Menuju Sungai Rambai..

Sepanjang perjalanan meredah AMJ, terpandang satu masjid yang baru siap dibina. Cantik juga masjid ni. Sesuai untuk pengguna AMJ singgah untuk menunaikan kewajipan.

Kami sampai sempadan Melaka - Johor tepat jam 9:18 pagi.

Aku tak lepaskan peluang untuk abadikan kenangan di sini. Hehe..

Selesai ambil gambar, perjalanan diteruskan lagi menuju Bandar Hilir melalui Merlimau.

Cuaca pagi ni nyaman je. Mendung.. Matahari tak keluar pun. Hurm.. Jangan la turun hujan udah le..

Pijol beraksi dengan Laici LC nya

Kelajuan standard ni. Pelan-pelan je.. 80kmj.. Haha.. Rugi naik motor kecik kalau nak laju.. Hihi..

Melalui kawasan Sekolah Henry Gurney
Sedikit info lagi :
Sekolah Henry Gurney merupakan sekolah yang digunakan buat pertama kalinya pada tahun 1949. Institusi yang ditubuhkan bagi kanak-kanak lelaki ini telah mengalami 3 kali perubahan dari segi namanya. Ianya bermula dengan nama "Sekolah Akhlak Tertinggi" pada tahun 1949 kepada "Sekolah Latihan Pemuda" pada tahun 1950, dan berubah untuk kali ketiganya menjadi "Henry Gurney School" pada 15 Mei 1950 iaitu sempena pembukaan rasminya yang dilakukan oleh mendiang Sir Henry Gurney.

Setiap penghuni akan berhadapan dengan tiga bentuk latihan iaitu latihan kerja kasar iaitu bagi yang baru masuk atau yang melanggar peraturan, latihan kerja sederhana bagi yang telah berjaya mengikuti latihan awal dan latihan kerja mahir bagi yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti pertukangan, kimpalan, motormekanik dan lain-lain.

Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan khas bagi memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong maka sekolah ini menitikberatkan kepada dua bentuk latihan yang berlainan iaitu vokasional dan akademik. Apa yang ketara, purata penghuni-penghuni yang berada di sini kurang meminati bidang akademik berbanding dari vokasional.

Wah.. Ada pasar pagi di Pekan Telok Mas. Nak singgah ke tak? Singgah ke tak? Ah, tak payahlah singgah.

Masih lagi meneruskan perjalanan dengan suasana yang nyaman. Hehe..

Seterusnya kami amik laluan Permatang Pasir - Bandar Melaka. Kalau nak makan ikan bakar, boleh la belok kiri.. Tu ada signboard Haji Musa Ikan Bakar. Nyum.. Nyum..

Wah, Ahad pun SWM kerja. Bagus.. Untuk memastikan bandar Melaka bersih dan indah.

Kami masuk kawasan Pulau Melaka untuk ke Masjid Selat. Tiba-tiba terserempak dengan Melaka Duck Tour. Haha.. Untuk info lanjut boleh klik sini.

So, aku amik keputusan untuk follow kenderaan amfibia ni dan nak tengok saat-saat dia masuk laut. Pehh..

Okay.. Ready..?

Kabushhh... Waa... Hebatnya..

Sementara "itik" tu berlegar-legar di Selat Melaka, aku lepak sekejap di Masjid Selat. Menikmati keindahan dan keunikan binaan masjid ni sambil menghirup udara Selat Melaka.

Tinggi jugak menaranya.

Apa lagi, kasi abadikan kenangan lah kat sini..

Lepas tu kasi selfie motor pulak. Biau le dia berehat untuk seketika. Jauh lagi perjalanan yang nak ditempuhi ni..

Ketika kami nak mulakan perjalanan semula, sekali lagi terserempak dengan "itik" yang dah selesai main air. Wah..

Sebelum dia pulang ke sarang, kena kasi mandikan dulu la dengan air tawar. Mungkin untuk memastikan bahagian-bahagian yang penting tidak karat.

Dah selesai mandi, maka tiba masanya untuk pulang ke pangkal jalan. huhu..

Dah macam saiz lori 5 tan dah aku tengok. Hurm..

Ok.. challo bettey. Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kuala Sungai Baru. Nanti ada beberapa tempat yang menarik yang akan kami stop sekejap untuk bergambar. Santai-santai je..

Kali ni kasi Pijol duk depanlah. Sebab motor dia laju.. Hehe..

Sampai kat atas jambatan, aku stop sekejap. Nak amik gambar pemandangan sikit.

Dulu.. Semua daratan ni hanyalah laut. Ikut sinilah Portugis menyerang Melaka dulu. Eh, betul ke..? Haha.. Aku main hentam saja. Maaf eh kalau salah. Selesai amik gambar, kami menuju ke tapak Eye On Malacca pulak. Tapi Eye On Malacca dah takde dah.

Car boot sale..

Menghitung dan mencongak masa depan untuk seketika. Cari ilham katanya.

Selepas beberapa ketika, perjalanan diteruskan lagi. Kali ni menuju ke Kuala Sungai Baru. Tapi baru sampai Klebang je ni. Jauh lagi.. Hahaha

Selisih juga dengan beberapa bikers yang datang melawat Melaka.. Mungkin..


Aku stop sekejap kat Shell Klebang untuk isi minyak More The Nust Criss Wan Ten aku ni. Haha.. Kerugian petrol kat sini adalah RM 3.60 untuk perjalanan sejauh 74.4 km. Wah, jimat bukan? Tapi.. Pijol belum isi lagi minyak. Meter minyak dia tipu kot..? Huh..

Kami memasuki jalan nak ke Tanjung Kling sebab nanti nak lalu kawasan Pantai Puteri.

Aku sempat stop sekejap nak amik gambar makam Hang Tuah ni. Tapi tak sempat nak masuk dalam sebab Pijul dah ke depan.. Huhu.. Tunggu aku Jul..

Suasana pagi yang amat meriah kat pantai ni

Siap ada ceramah apa tah.. Aku pun tak tahu

Kata sepakat dah diambil, jadi kami rehat seketika untuk menghirup udara pantai. Haha.. Kasi kuda rehat kejap lah ye..

Lepas hampir 10 minit kami rehat, kami meneruskan perjalanan semula. Awan nano dah mula muncul.. Waa.. Jangan la hujan turun..

Sepanjang perjalanan, cuaca redup je. Matahari langsung tak menunjukkan dirinya..

Sekarang kami dah sampai kat Kem Askar Masjid Tanah dah ni.

Masih meneruskan perjalanan sambil aku snap Pijul kat depan.. Haha

Hah..? Roadblock ke..? Eh, taklah.. Ada majlis kahwin le.. Hehe

Peace yo..!!

Dipendekkan cerita, kami dah sampai Akademi Laut Malaysia tepat jam 11:38 pagi. Merayau-rayau dulu lah cari kawasan pantai. hehe..

Hampir 10 minit pusing-pusing kawasan tu, jumpa lah port yang agak menarik untuk lepak buat seketika. Kalau tak silap ni Pantai Kuala Linggi. Sebelah je dengan Kuala Sungai Baru.

Sambil menenangkan minda, sambil menghirup udara Selat Melaka.

Ko rehat kejap eh. Nanti lepas ni kita gerak ye.

Layan blues jap. Hehehe.. Jauh termenung..

Kasi zoom sikit.. Haaa.. Sorry la gambar pecah sikit.. Kamera cap ayam je bro.. huhu..

Ramai juga yang mengisi masa lapang bersama family tersayang kat sini. Hurm.. Skema nya ayat.. Hahaha..

Jam dah menunjukkan pukul 12:00 tengahari dah ni. Jom Pijul.. Kita gerak.. So, destinasi seterusnya adalah Tampin pulak.

Cuaca masih lagi agak mendung cuma kadang-kadang tu ada keluar sekejap matahari. Pastu dia menyorok balik.

Potong le Jul, kalau tak, boleh biru muka duk belakang lori ni.. Huhu..

Jalan ada koner-koner sikit. Syok je tengok Pijul layan koner. Hurm..

Sampai di satu simpang nak masuk Kg. Berisu kalau tak silap. "Tolo 20 sen sebijik".

Cuaca dah mula membahang dah. Matahari dah keluar. Terpacak atas kepala.. Tapi jiwa masih maintain macho.. Haha..

Melalui Kampung Brisu. Jalan agak lengang je. Kereta tak banyak lalu sini.

Jalan sini pun ada koner-koner. Syok jugak layan koner dengan motor kecik ni. Masuk kawasan kampung ni, teringat aku kepada seorang pesakit aku yang menjalani rawatan. Dia tinggal kat sini lah. Kampung Brisu..

Eh, ada majlis kahwin lagi la.. Slow.. Slow..

Sempat snap banner.. haha.. Kalau pengantin ada baca artikel ni, aku nak ucap "Selamat Pengantin Baru Nisa dan Zaki. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat"

Haa.. Dah sampai Simpang Ampat. Kat sini pun ada majlis kahwin jugak. Banyaknya masjid yang terbina hari ni. Alhamdulillah..

Terpandang pada satu arca di simpang dekat balai polis Simpang Ampat. Agak unik.

Balai Polis Simpang Ampat. Besar jugak balai polis ni. 

Perjalanan masih diteruskan. Sekarang ni melalui kawasan A Farmosa Resort.

Banyak gerai jual durian kat sini. Ada musang king. Apa king lagi tah aku dah lupa.

Yeah..!! Akhirnya kami sampai jua di Stesen Keretapi Pulau Sebang (Tampin). Kasi abadikan kenangan dulu kat sini.

Aku pun nak enterprem jugak lah kat sini. Erm.. Minyak ada lagi tak? Haa.. Macam dah tak berapa nak ada. Takpe, sekejap lagi kita gi isi minyak pulak ye.

Tengah lepak tu, tiba-tiba ada keretapi bawa simen lalu. Tapi tak berenti. YTL Cement ke apa tu..? Tak berapa clear la.. Huhu..

So, selepas tu aku kasi full tank dulu lah Modenas Kriss aku tu di Stesen Caltex Tampin. Jadi, kerugian yang diisi di sini adalah berjumlah RM 4.30 untuk 2.207 Liter petrol. Selepas isi minyak, aku meneruskan perjalanan ke sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan.

Haa.. Kasi amik gambar lagi satu kali. Tapi, tekak dah rasa dahaga pula. Jom pekena air dulu.

Kami stop sekejap di gerai Coconut Shake Man Longkai. Pehh.. Ganas namanya. Tapi rasa coconut shakenya agak sedap jugak. Hehe..

Air kami dalam proses

Rehat sekejap eh. Kasi tuan kau minum sekejap ye..

Kena coconut shake, makan pisang free.. Pehh.. Memey best bro.. Lepak pula bawah pokok rendang..

Lepas minum, macam nak membuang la pulak.. Adoi.. Buang dulu lah.. Hoho..

Minyak dah isi, air dah minum, dan air dah buang. Jom kita MasukGear!

Laluan yang boleh dikatakan laluan akhir ni akan melalui Hutan Percha - Ulu Pondoi - Tebong - Batang Melaka - Kg. Jus - Nyalas - Sempang Bekoh - ChinChin - Simpang Kerayong - Taman Maju

Steady Jul.. Dah tak jauh dah menuju destinasi. Hehe..

Pisang goreng..? Tak payah lah, nak kejar masa ni. Pijul nak balik awal ni. Dia ada hal.

Kem Bina Negara Alor Gajah

Melalui sempadan lagi. Hari ni dah berapa kali dah melalui sempadan. Sekejap Melaka, Sekejap Negeri Sembilan. Haha..

Peace satu kali lagi. Pehh.. Cuaca dah membahang dah ni. Maklum la dah pukul 1:50 petang dah ni

Peh.. Jalan lengang je.. Macam ana yang punya la ini jalan.

Pijul dah laju ke hadapan sementara aku masih lagi melayan pemandangan sekeliling.

Pemandangan sekitar Tasik Jus

Pijul dah hilang dari pandangan

Sampai simpang sini, Pijul meneruskan perjalanan pulang ke rumah sementara aku ambil simpang ke kiri untuk meneruskan baki perjalanan. Maka, bermulalah kembara solo.. Huhu..

Jalan Kg. Jus baru siap di tar baru. Belum ada line putus-putus pun lagi

Cuma kena lebih berhati-hati kerana banyak haiwan ternakan berkeliaran. Maklumlah, kawasan kampung..

Haa.. Kat sini pun ada juga majlis kahwin. Eh, dah berapa majlis kahwin dah aku jumpa nie..?

Melewati Pekan Nyalas hampir jam 2:15 petang. Perjalanan diteruskan lagi. Ayuh..!!

Sampai Sempang Bekoh, aku terus je menuju Tangkak. Tapi aku tak sampai Tangkak la.

Jalan agak lengang, syok je layan perasaan.. Haha

Tengah best layan perasaan, tiba-tiba sebiji motor keluar simpang tanpa berhenti dulu dan toleh kiri kanan. Hampas betul. Aku hon, dia buat derk je.. Huhh..

Alaa.. Tak nampak pulak nombor plet. Kamera cap ayam je.. Uh.. Orang-orang macam ni lah yang menyebabkan kemalangan jalanraya. Helmet pun tak ikat dengan ketat.

Takpelah, biarkanlah dia. Aku layan jelah perjalanan yang tak berapa jauh lagi ni. Sekarang ni dah masuk kawasan Simpang Kerayong.

Penjara Industri Jasin. Besar penjara ni.

Aku sampai di Shell Taman Maju tepat jam 2:46 petang. Sebelum pulang, aku kasi full tank dulu lah. So, kerugian last kat sini adalah berjumlah RM 4.10. Jadi, jumlah semua kerugian petrol untuk kembara Le Tour de Malacca ni adalah RM 12.00 untuk jumlah perjalanan adalah sejauh 252.2km. Kalau dikira-kira, Modenas Kriss aku ni menelan minyak 2.44L/100km ataupun 40.98km/L. Huh.. Jimat tak..? Heeee..


Selepas siap kira-kira, jom balik rumahlah. Dah tak jauh dah rumah aku. Hehe.

Nasib baiklah sepanjang perjalanan, hujan tak turun. Fuhh.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah, selamat sampai rumah menghampiri jam 3.00 petang. Sempat lagi rehat-rehatkan badan untuk seketika. So, setakat ini dululah coretan aku untuk kali ini. Nanti aku akan ride lagi dengan kapcai yang pastinya untuk jarak yang lebih jauh. Jumpa lagi dalam coretan akan datang.. Bye..

Chow dulu..

-PokNik-
MasukGear

2 comments:

  1. Terbaik jalan cerita nya itu.. Nnantikn kemunculan biker rembau Faq cokoroi plak bersama ninja hitam bersticker monter hijau besaq..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Hahha.. Tah jadi ke tidak si Faq tu nak datang Melaka.. huhu

    ReplyDelete