Saturday, 26 December 2015

Ride Solo Kapchai Full Tank

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.. Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua pembaca masukgear.. Hari ini aku ada satu stori yang nak diceritakan. Sambil-sambil pula tengah bercuti ni, kita kasi layan ajelah ye.. Hehe..

19.12.2015
Hari ni, aku dah siap-siap nak pergi kerja. Maklum lah hari Sabtu pun aku kena kerja jugak. Tapi separuh hari saja. Jadi, malam tu aku dah siap-siap kasi full tank lah. Senang esok nak gi kerja dah tak perlu topup minyak dah.

Sekarang jam dah menunjukkan 7:24 pagi dah. Aku dah bersiap-siap nak pergi kerja. Jarak dari rumah aku ke tempat kerja tak la jauh sangat. Mungkin dalam 20++ km sehala..



Hampir 30 minit aku melayan perasaan dengan Modenas Kriss ni untuk ke tempat kerja. Hehe.. Dengan cuaca yang agak nyaman di pagi hari, memang layanlah..

Dah siap scan card dan breakfast, akupun meneruskan kerja-kerja aku. Er.. Haa.. Tuu.. Tengok tu motor aku.. Aku park betul-betul di bawah rimbunan pokok buluh.

Setelah beberapa jam aku meneruskan kerja-kerja aku, maka timbullah satu idea untuk aku cuba realisasikan. Erm.. Malam tadi, aku dah kasi full tank Modenas Kriss tu. Jadi, apa kata kalau aku ride just untuk nak tahu sejauh mana satu tangki penuh dapat bawa Kriss..? 

Jadi, setelah difikir-fikirkan, ni lah route yang akan aku cuba tempuhi nanti. So, jom kita tunggu jam 1:00 tengahari. Nanti lepas scan kad kerja nanti, kita dah boleh lanjut terus.

Yes.. Jam dah menunjukkan pukul 1:00 tengahari. So, aku dah boleh meneruskan perjalanan. Jadi, hari ni aku akan lalui lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan dan akan susur keluar Tangkak. Sambil-sambil tu boleh lunch di kedai Pak Abu nanti. Hehehe

Sebentar lagi nak masuk highway.

Sebelum masuk highway, kasi selpie dulu sepukul.. Hohoho..

Orait.. Lebuhraya dahpun bermula..

Sepanjang perjalanan atas lebuhraya, aku hanya kekalkan kelajuan antara 80kmj - 90kmj sahaja.

Ada motor scrambler pn potong aku.. Laju jugak dia bawak motor.. Huhu.. Mungkin dia ada hal penting tu agaknya..

Tiba-tiba aku terpandang satu flyover ni.. Haaa... Ni la laluan dekat Ayer Panas tu.. Tiap-tiap hari aku lalu laluan atas tu.. hehe..

Hentian sebelah Bemban. Tapi aku amik keputusan untuk meneruskan perjalanan. Kat sini aku tak berhenti.

Perjalanan masih diteruskan. Cuaca pun agak baik. Panas dan ada kalanya agak terik. Tapi aku masih jua meneruskan perjalanan. Hehe.. Panas dan hujan, itulah asam garam seorang penunggang motorsikal. Tak kira kuasa tinggi mahupun kuasa rendah.

Hampir 40 minit aku menunggang, maka sampailah ke susur keluar Tangkak, Johor. Destinasi selepas ni adalah kedai makan Pak Abu. Lauk kat situ semua sedap-sedap.

Papan tanda di persimpangan Tol Tangkak.


Tadaa... DAM @ Tangkak. Hehehe..

Teruskan usaha.. Dah nak sampai dah kedai Pak Abu. Perut pun dah berkeroncong dah ni..

Minyak dah hampir separuh tangki dah. 

Aku sampai kat kedai Pak Abu lebih kurang jam 1:48 tengahari. Apa lagi, kasi penuh dulu la itu perut..

RZ Desa Corner.. Anda semua boleh cuba merasa keenakan masakan di sini..

Haa.. Dah habis dah nasi. Tak sempat nak tangkap gambar.. hihi..

Lebih setengah jam aku kat sini.. Mengisi perut yang kosong. Selepas tu, aku meneruskan perjalanan ke kedai motor Kok Hwa pulak. Saja jalan-jalan sambil-sambil survey harga Modenas CT115S dan juga Yamaha Lagenda 115Z FI


Sekitar kedai Kok Hwa

Ni kaler baru untuk Yamaha Lagenda

Kawasaki Ninja 250 second hand pun ada.. Lai.. Lai.. Lai.. Hehehe

Versys pun ada 2 bijik..

Haa.. Yang ni yang baru ye.. Yamaha R25.. 

Selepas selesai survey harga, aku meneruskan perjalanan untuk pulang. 


Sentiasa mengekalkan halaju kampung, 80kmj.. hehe..

Beberapa ketika kemudian, aku dah sampai sempadan Melaka - Johor dah. Dah mula memasuki daerah Jasin.

Dari sini, boleh lah kalau nak ke Asahan dan juga Nyalas

Jalan tak berapa sibuk. Cuma cuaca je agak panas dan membahang.

Sekejap lagi kita akan memasuki kawasan bandar Jasin.

Inilah dia mercu tanda bandar Jasin. Tengkolok.. Tapi aku tak tahu lah ini tengkolok Hang Tuah ke atau Hang Jebat. huhu..

Bangunan-bangunannya masih lagi mengekalkan ciri-ciri binaan lama..

Tapi sekarang ni dah ada pembangunan baru dekat dengan Mydin iaitu Bandar Jasin Bistari

Masjid Air Baruk, sebuah masjid lama yang menggunakan senibina lama..

So, sekarang ni aku dah menghala ke rumah.. Tapi rasanya minyak masih banyak lagi la..


Sesudah sampai di rumah, minyak masih ada dalam 1/4 tangki lagi. Erm... Takpelah, Isnin nanti aku nak bawa gi kerja lagi sekali.

Dua hari selepas tu, aku bawa motor ni ke tempat kerja dengan baki minyak yang tak diisi.. Sesudah sampai tempat kerja aku, dan selepas scan pass kerja aku, aku gi breakfast dulu. So, sampai tempat breakfast, inilah bacaan meter motor aku. Mungkin ada lagi dalam 10% baki keseluruhan..

Kalau mengikut kiraan atas peta, inilah dia laluan yang aku lalui untuk menghabiskan hampir 90% kandungan minyak dalam tangki Kriss aku. 


Kesimpulan yang dapat aku rumuskan di sini adalah mengikut Google Maps, jarak keseluruhan yang aku lalui adalah 110km. Tapi bacaan meter motor aku pula adalah 117.6km. So, terdapat ralat di situ di mana ianya adalah lebih 6.91% dari jarak asal atas peta.

So, itu sajalah dulu dari aku.. Semoga dapat dijadikan rujukan untuk ride motor kecik akan datang.. Hehehe.. Selamat bercuti panjang. Selamat menyambut Maulidur Rasul.. Chow dulu...

-PokNik-
MasukGear

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum bro. Satu entry yang sangat menarik. Saya pun nak share full tank saya rm7 boleh lepas dari rnr ayer keroh sampai lagi 1 kilo nak sampai rnr seremban. Tak berhenti mana2. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. Dah jauh jugak tu. Cuma mungkin anda sentiasa dalam kelajuan tinggi tu kan..? Hehehe

      Delete
  2. Terbaikkk, PokNik. Roda sentiasa berputar.

    ReplyDelete
  3. PokKik_majulah sukan untuk negara

    ReplyDelete
  4. Thank you Bozz...satu perkongsian terbaik sebagsi idea next ride akan datsng. Mcm menarik kedai Pak Abu tu...saya musti cuba...

    ReplyDelete