Thursday 21 November 2013

Ride ke Tasik Bera, Pahang (Part 2)

Hai.. Hai.. Haaiii...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.. Entri kali ni aku nak sambung story pasal hari kedua ride ke Tasik Bera. Sorry le lambat sikit aku update story ni. Huhu.. Pada sesiapa yang belum baca part 1, boleh klik sini dulu.. So, jom aku sambung cerita hari ke 2 pulak. Hehehe.

Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi. Aku bangun dari tidur. Lepak kejap. Bila aku toleh je, Cikgu Helmi takde. Eh, mana dia pergi. Laa.. Rupa-rupanya dia dah g memancing.. Hahaha.. Sementara tu, Otai dan Amri sedang menyediakan sarapan pagi.


 Otai sedang menyediakan sarapan. Apa ek menu dia..? Tunggu ajelah nanti. Hehehe


 Inilah pemandangan Tasik Bera pada jam 06:49 pagi. Eh.. Sapa tu kat tepi tasik tu? Haa...


 Yeah... Telur dah siap. Jom le sarapan. Makan ngan roti pun sodap. 


Haa.. Ni lah dia Cikgu Helmi.. Sedang memancing tepi tasik. Dapat ikan ke Mie..? Mai le sarapan dulu. Nanti lepas ni kita nak keluar jap. Nak g jemput seseorang. Jemput seseorang? Sape tu? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Tunggu...

Tapi sebelum pi jemput 'seseorang' tu, jom le layan memancing dulu. Masa ni le nak ngambik gambar tepi tasik..


 Otai sedang merenung dalam tasik. Mana le tau kot2 timbul ikan duyung ke.. hehehe..


 Cikgu Helmi masih tak berganjak dari tempat duduknya. Mie, dapat hasil ke?


 Hasil? Haa.. Dapat jugak hasilnya. Kocik pun takpo. Janji pueh ati.


 Syok jugak bergambaran di pagi hari yang hening.. Di tepi tasik yang tenang..


 Sojuk jugak di pagi hari.. Tepi tasik.. 


 "Ni namo chalet hok kawe duduk..". Eh.. Otai pandai cakap loghat Kelantan ek..?


 "Ni pulok name bilik hok ambe duduk.."

Eh, kita kan nak pi menjemput seseorang kan..? Jom le siap2. Joran ditinggalkan. Kunci motor dicapai. Lalu kami berempat bergegas keluar dari kawasan Tasik Bera untuk menunggu seseorang yang on the way ke sini. Dia cakap dah nak sampai dah. Kami akan tunggu dia di Pejabat Pengurusan Tapak Ramsar Tasek Bera.


 Dah sampai dah kat luar ni ha..


 "Mana kawan kita tak sampai2 lagi nie..?".


 Haa.. Dah sampai.. Dah sampai.. Eh.. Rupa2nya Pak Man la.. Hehehe.. Yeah...!!! Cool beb!!


 Kasik tawaf dulu satu kali.. Vroom.. Vroom.. Lepas tu Pak Man di eskort masuk semula ke kawasan Tasik Bera.. Steady la Pak Man. Lepas Subuh terus turun ke sini!


 Yeah..! Tasik Bera..! 


 Pak Man.. Hantar report ke tu..? Takpe.. Apa-apa hal, kita dah takluki Tasek Bera.


 Pemandangan Tasik Bera


 Lagi gambaran sekitar tasik


 Wakil dari Spg Bekoh.. Heehe


 Erm.. Kasik zoom out sikit. Haa, baru le nampak..


 Rumah rakit yang boleh disewa. Khas untuk kaki pancing


Kawasan hutan yang masih terpelihara di sekitar tasik.


 Ok.. Jom lah siap2 nak gerak. Lepas ni kitaorang nak gerak balik dah. Kat belakang Pak Man tu la chalet kitaorang. Tepi lereng bukit lagu tu.. hihi..


 Sebelum bergolek tayar, kita bergambar dulu lah. Weh.. Aku takde la.. Huh..


 Haa.. Baru le ada gambar aku. Hehehe.. Nak bergambar jugak tu. Mana boleh tak enterprem..Hihi..

Selepas tu kitaorang pun gerak nak balik Melaka. Tapi rancangan telah berubah. Kami dah tukar plan. Apsal pulak? Haa.. Kami akan singgah sebentar rumah Cikgu Helmi. Dengar kata mak dia masak nasi makan tengahari. Wah..! Ok.. Jom serbu rumah cikgu Helmi. Selepas hampir setengah jam rasanya, kami dah sampai rumah Cikgu Helmi. 


 Borak2 le dulu..


 Eh.. Otai pakai selipar Jepun aje ke..? 


 Juadah dihidangkan.. Perut dah kenyang.. Pergh.. Jutaan terima kasih buat cikgu Helmi dan keluarganya kerana sudi menyediakan makan tengahari untuk kitaorang. Terima kasih sekali lagi.


Lepas tu kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Melaka. Singgah sekejap di Petronas Felda Sebertak untuk isi minyak sebelum golek tayar. Cashier kat sini kurang friendly la.. Tak senyum langsung. Muncung tu agak2 dah boleh simpul. Tapi tak apalah. Mungkin dia sedang mengalami 'penyakit bulanan' agaknya kot?

Lepas tu, kitaorang meneruskan perjalanan pulang. Pulang dengan membawa seribu pengalaman.. Seribu kenangan.. Yang pastinya kami akan kembali lagi untuk kali ke 2. Insya'Allah..


2 comments:

  1. Entri yang menarik. pengalaman ride yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Nanti akan direpeatkan lagi ride ni.. haha

    ReplyDelete