Sunday 1 December 2013

Ride Kota Tinggi

Assalamualaikum.. Dan selamat sejahtera semua.. Di sini aku ada satu cerita yg nak di story kan kepada rakan-rakan.. Ride ni merupakan ride yang dah lama tertangguh. Tetapi mengikut perancangan, ride ni tetap akan diteruskan juga. Hehehe.. Erm.. Ride ni cuma ride satu hari sahaja. Dan destinasi yang dipilih adalah... Kota Tinggi, Johor. Dan aku rasa entry kali ni agak panjang skit storynya. Tapi kalau korang rasa berminat nak baca, silakanlah.. hehehe..

Peta di atas menunjukkan perjalanan kitaorang bermula dari Petronas Jasin seterusnya ke Kota Tinggi, Johor dan balik semula ke Jasin


Kenapa pilih Kota Tinggi..? Hm.. Tah.. Mungkin sebab kat sana banyak memori lama yang akan kami kutip kembali. Memori kenangan silam.. hahaha.. Ok lah, walau apapun memori kitaorang, jom kita ride dulu..

24.11.2013 : Hari ni pagi2 lagi aku dah bangun. Apsal awal sgt bangun..? Hm.. Maybe excited kot? Laa.. Ni bukannya 1st time aku ride. Apsal lak excited lebih..? Haa.. Maklum la.. Nak menunggang kuda baru la tu agaknya.. hehehehe.. 


 Malam tu aku dah buat persiapan.. Persiapan untuk ride ke Kota Tinggj


 Jam menunjukkan pukul 6:45 pagi. Aku keluar rumah sat. Nak meninjau keadaan langit. Alhamdulillah.. Langit cerah. Tiada tanda-tanda hujan mau turun.. mhehe..


Selepas tu, aku bersiap2 dan menuju ke Petronas Jasin iaitu tempat berkumpul kitaorang. Selepas Cikgu Helmi dan Pak Man Janggut sampai, kami bergerak ke kedai Pak Abu di Tangkak untuk bersarapan. Amri jadi ke join? Hm.. Cikgu Helmi cakap dia jadi join. Ok.. Kita tunggu dia di Simpang Chohong lah.


 Dua ekor kuda hitam yang setia kepada tuannya.. Yeehaa...


Lepas tu kami bercadang untuk menunggu Amri di kedai Pak Abu aje lah. Ok jugak tu. Sambil tu boleh sarapan dulu. Jom Pak Man.. Kita ke kedai Pak Abu.


 Apa lagi, sementara Amri sampai kitaorang bekfes dulu la. Nyum.. Nyum..


 Kawe minum teh beng jah.. Hehehe


 Selepas Abg Amri sampai, bagi dia sarapan sekejap. Hehehe.. Kemudian bila dah selesai semua, kita bergolek tayar le. 


 Singgah Petronas Tangkak kejap sebab Abam Am nak isi minyak. Kami yang lain dah ready full tank siap2 dari Jasin.


 Sementara menunggu Abg Amri mengisi minyak, marilah kita mengasah minda dulu. Cuba cari benda tersembunyi. Dimanakah Pak Man Janggut dalam gambar ni..? Haa...


 Okay.. Abg Amri dah ready nampaknya.. On da bike..! Kami memulakan perjalanan dari Tangkak ni seawal jam 8:15pagi. So, gambaran atas bike takde sebab aku belum pro lagi. Hahaha.. Next pit stop ialah RnR Machap.


 Kira2 jam 09:00 pagi, kami dah sampai RnR Machap. Semua isi full, so aku pun isi full jugak. RM 13 dah nak melimpah tangki. Selepas siap isi minyak, kami bergumbiran bergambaran sekejap


 Okay.. Semua posing.. Say cheese..


 Tidak ketinggalan wakil dari Simpang Bekoh. Satu request dari beliau untuk posing terhangat..


 Ok.. On da bike.. Dlm masa 2 minit kita akan gerak..


Jarak dari rumah setakat ni.. Jam tu cepat.. Tolak 10 minit yo..


 Lebih kurang jam 9:52 pagi, kami sampai susur Kulaijaya. Abg Amri dan Pak Man dah ke depan. So, Cikgu Helmi lah jadi model. Hehehehe


 Setelah hampir 40 minit perjalanan, maka kami sampai Restoran Baser Nasi Ayam. Jam menunjukkan pukul 10:34 pagi.


Apa2 hal amik gambar dulu lah.


 Aih.. Sibuk nampak...?


 Pak man dan cikgu Helmi pn sibuk jugak ek..? Hm.. Beri laporan ni agaknya.


 Haa.. Cuba korang tengok.. Memasing senyum je setelah perut kenyang.. Pergh.. 


 Destinasi selepas ini adalah Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Aksi Pak Man Janggut di depan restoran nasi ayam


 Bila pusing2, rasanya dah tersasar. Tak jumpa Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, tapi jumpa Makam Laksamana Bentan. Gambar tak amik sbb x singgah pun kat situ. Makam laksamana Bentan terletak di Kg. Kelantan


 Lepas tu kami menuju pula ke Muzium Kota Tinggi. Apa2 hal bergambaran lah dulu


 Haa.. Yg ni aku ada..


 Tapi muzium tak buka la.. Sedih..


 Destinasi seterusnya adalah Hutan Lipur Panti. Sebenarnya kami bukan nak minum2 pun kat sini. Cukup sekadar bergambar sekeping dua dah cukup.


 Ok.. Selepas selesai bergambar, destinasi seterusnya adalah Kubu Kota Tinggi. Haa.. Jom kita..


Kota Tinggi adalah kawasan yang dipilih oleh British pada tahun 1930-an untuk memperkukuhkan pertahanan Kota Singapura. Jadi untuk memperkukuhkan pertahanannya, beberapa kubu dibuat sepanjang jalan dari Kota Tinggi ke Mersing. Kalau diperhatihan dekat2, kita boleh lihat kesan tembakan pada kubu tersebut. Mungkin dulu berlaku pertempuran yang hebat di sini.


 Inilah dia rupa kubu di sepanjang jalan Kota Tinggi ke Mersing. Eh Pak Man, kenapa tu..? Naik sheh kuda kepang ke apa tu..?


 Lagi gambaran kubu


 Seberang jalan ada satu lagi kubu


 Posing sket.. Yeah..


 Kota Tinggi Pillbox


 Ok.. Seterusnya nak ke mana? Nampaknya Cikgu Helmi bawa kitaorang ke Felda Bukit Aping Barat. Kawan dia ramai la kat sini


 Sapa punya motor nie..?


 81900, Kota Tinggi, Johor


 Haa.. Ni lah sohabat cikgu Helmi. Katanya dah lama terpisah..


 Dah le tu Mie.. Jom minum dulu.. Kering tekak dah ni..


Fuh.. Pak Man pekena ais kacang beb!!


 Abam Am pun makan ABC jugak ek..


 Pintu masuk Felda Bukit Aping Barat


 Jom lah.. Dh selesai minum dah ni. Kita balik lah.


 Jom bang.. Kita challo bette..


 Tapi.. Sblm balik, inilah tempat yang wajib untuk kitaorang bergambar. Hahaha


 Kalau dalam peta, agak2nya point Kota Tinggi kat sini kot..?


 Abam Am @ Kota Tinggi 0


 Special Branch.. Pak Man J.. Lepas tu kita dh boleh bertolak balik dah. Destinasi seterusnya adalah Petronas Bandar Tenggara.


 Setelah 40 minit perjalanan, maka kami pun singgah di Petronas Bandar Tenggara. Juz untuk isi full tank. Lepas ni tak payah isi lagi.


 So.. Full tank RM 19.00. Huhuhu.. Take 5 kejap.


 Sedang termenung.. Apakah lepas ni hujan lagi atau tidak.. 


 Oraitt semua.. On d'bike.. Jom.. 


 Perjalanan diteruskan. Tapi Pak Man nak beli jagung. So, kitorang berenti kejap


 Mana tuan dia ni..?


 Pisang ada.. Nyum.. Nyum..


 Lepas beli jagung, perjalanan dteruskan. Tapi.. Rasa macam nak makan putu bambu.. Apa lagi.. Singgah le kat Ayer Hitam jap


 Oda slaluh putu bambu tuh


 Aih.. Air tak sampai lagi, putu bambu dah abis daa..


 Cikgu Helmi order ABC sekali lagi. X puas ABC kat Bukit Aping tadi






 Bila dah sedap, order lebih le.. Apa lagi.. hihi


Perut dah kenyang.. Dahaga dah hilang.. So, dah sampai masanya untuk kita gerak balik ke Melaka. Kitaorang bertayar golek jam 4:26 petang. Dan check point yang terakhir adalah RnR Pagoh.


 5:05 petang kitorang sampai RnR Pagoh. So, berenti kejap kasik tegangkan urat belakang. Hehehe


 Bergambiran satu kali.. Selepas tu kitaorang bersalam salaman kerana lepas ni Cikgu Helmi dan Abg Am akan masuk susur Tangkak manakala aku dan Pak Man akan masuk susur Lipat Kajang (Jasin).


Sesungguhnya aku cukup enjoy dengan ride kali ni. Aku juga berkesempatan untuk menguji sedikit sebanyak kemampuan kuda hitam ku. Hehehe.. Diharap agar masing2 pulang dengan membawa seribu kenangan. Dan pastinya akupun pulang dengan kenangan yang takkan dapat dilupakan. Cheh.. Macam ayat essei sekolah menengah plak. Huhu.. Aku sampai rumah lebih kurang jam 6.00 petang. 


 Total milage : 510km. Ala.. 800 meter tu kira belanja la..


Purata penggunaan petrol adalah 22km/L ataupun 4.55L/100km


Terima kasih kepada yang terlibat.. Tq..

No comments:

Post a Comment