Saturday 22 March 2014

Yamaha R25

Baru-baru ini negara matahari terbit iaitu Jepun ada menganjurkan 43rd Tokyo Motorshow 2013 dan banyak model-model baru diperkenalkan di sana. Antara yang menarik perhatian dunia adalah Yamaha R25. Bila sahaja model ini diperkenalkan, maka seluruh mata tertumpu ke arahnya. Cantikkah rekabentuknya? Hebatkah kuasanya? Inilah topik yang sering dan hangat diperkatakan.


Yamaha R25 adalah sebuah model yang diinspirasikan dari model terdahulu iaitu YZR-M1. Dengan rekabentuk super sport, model ini mampu menarik ramai peminat-peminat untuk memilikinya.


Namun begitu mengikut sumber-sumber dan rumors, ada mengatakan bahawa Hong Leong Yamaha Motor tidak dapat membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia dengan beberapa sebab. Antaranya, HLYM tidak mempunyai keberanian yang tinggi untuk memperkenalkan harga yang berpatutan memandangkan peningkatan kos dalam industri terbabit. Tetapi HLYM telah bersetuju untuk membuat penilaian permintaan terhadap model ini dulu. Sudah pasti kalau ada permintaan yang tinggi, kemungkinan ianya akan menembusi pasaran Malaysia kelak. 

KTM RC200

Dalam pada masa yang sama, KTM Malaysia sudah mengesahkan kemasukan dua model terbarunya iaitu RC200 dan RC390. Ianya dijangkakan menembusi pasaran Malaysia pada bulan Jun ataupun Julai tahun ini. Kehadiran dua model ini pun sedikit sebanyak sudah memberi cabaran buat R25 dalam pasaran Malaysia.

KTM RC390

Harganya pun agak berbaloi iaitu anggaran dari RM 18,000 ke RM 20,000 untuk RC200 manakala RC390 pula antara RM 28,000 ke RM 32,000. Sudah tentu bukan pasaran R25 sahaja yang akan tergugat, silap-silap pasaran Ninja 250R pun turut merasa tempiasnya.


Walaupun begitu, tidak mustahil dan rasanya rakyat Malaysia masih ada harapan untuk memiliki model ini. Dengan permintaan yang tinggi, sudah pasti pihak Yamaha akan membuat pertimbangan samada untuk memasukkan model ini dalam pasaran Malaysia ataupun sebaliknya. 


Seperti yang dijangkakan, R25 ini dilengkapi dengan enjin dua silinder bersesaran 249cc, yang mana ianya dijangkakan mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 35hp.


Daya kilasan (tork) pula dijangkakan boleh mencecah sehingga 28Nm. Untuk penghantaran kuasa yang optimum, R25 juga dilengkapi dengan kotak gear Constant Mesh 6 kelajuan. R25 ini didatangi dengan chasis yang ringan, kompak dan slim.


Diharap pihak Hong Leong Yamaha Motor dapat membawa model ini masuk ke dalam pasaran Malaysia. Pastinya lebih ramai anak muda yang akan memiliki model R25 ini kerana rekabentuknya yang cantik, sudah pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kehadiran model ini juga bakal memeriahkan lagi dunia permotoran kelas 250cc disamping mampu menjadi pencabar utama kepada Honda CBR250R dan juga model baru yang sudah dilancarkan di Indonesia baru-baru ini iaitu Kawasaki Ninja 250 RR Mono..

Spesifikasi Yamaha R25

3 comments:

  1. Knp takut nak bawak masuk R25 ke Malaysia? Harga kat Indon 53 juta rupiah je... kalau convert duit Malaysia dlm RM16 ribu... tp rasanya takan hga tu... paling kurang RM25 ribu...

    ReplyDelete
  2. R25 dah mula masuk Malaysia. Tunggu....

    ReplyDelete