Wednesday 26 March 2014

Hyosung EXIV 250

Baru-baru ini Yamaha ada memperkenalkan model barunya iaitu Yamaha R25 di 43rd Tokyo Motorshow 2013, dan mungkin dalam tahun ini akan masuk pasaran India. Belum pun cerita R25 ni reda, dah ada desas desus mengenai model baru yang bakal memasuki pasaran Malaysia. Dikatakan juga model tersebut bakal menggugat kemachoan Duke 200 keluaran KTM. Jadi, persoalannya apakah model tersebut?


Hyosung merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran di Malaysia. Nama Hyosung terkenal dengan pengeluaran model-model penjenamaan semula dari Naza. Jadi, kali ini Hyosung memperkenalkan sebuah lagi model baru iaitu Hyosung EXIV 250.


Hyosung EXIV 250 merupakan sebuah motorsikal yang direkacipta bercirikan naked street bike. Ianya dihasilkan (dengan kata lain) untuk menggugat jenama yang sudah gah dalam pasaran dunia, iaitu KTM Duke 200.


EXIV 250 ini digerakkan dengan enjin 249cc silinder tunggal yang mana dapat menghasilkan 28bhp. Model ini juga dilengkapi dengan kotak gear 6 kelajuan. Enjinnya dikatakan lebih ringan dan lebih responsif dari enjin untuk model-model terdahulu.


Enjin barunya ini disumbat ke dalam kerangka naked yang teguh dan untuk tujuan pemberhentian, model ini dilengkapi dengan brek cakera 300mm dihadapan dan 230mm di belakang. Berat motor ini hanyalah 145kg dan sudah pasti ianya akan memberikan nisbah kuasa ke berat yang lebih baik. 


Mengikut laman web Hyosung, EXIV 250 ini didatangkan dengan tiga warna pilihan yang menarik iaitu hitam, merah dan biru.


Jadi, sama-samalah kita menunggu kehadiran EXIV 250 ini di Malaysia. Diharap pihak yang diberi kebenaran dapat membawa model ini masuk ke dalam pasaran Malaysia. Pastinya lebih ramai anak muda yang akan memiliki model EXIV 250 ini kerana rekabentuknya yang cantik, dan tawaran harga yang lebih murah dari pesaingnya sudah pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kehadiran model ini juga bakal memeriahkan lagi dunia permotoran kelas 250cc disamping mampu menjadi pencabar utama kepada KTM Duke 200.

Spesifikasi:-

Enjin: Silinder tunggal DOHC, empat lejang
Sesaran: 249mm
Gerek x Lejang: 73mm x 59.6mm
Nisbah mampatan: 12:1
Kuasa maksimum: 28.5Hp @ 8,500rpm
Tork maksimum: 26.1Nm @ 7,000rpm
Transmisi: Enam kelajuan
Panjang: 1,937mm
Tinggi: 1,055mm
Lebar: 800mm
Jarak roda: 1,340mm
Ketinggian pelana: 780mm
Brek hadapan: 300mm, dua piston
Brek belakang: 230mm, 1 piston
Fork hadapan: 37mm USD (Upside Down)
Suspensi belakang: Monoshock boleh laras
Saiz tayar depan: 110/70 ZR-17
Saiz tayar belakang: 150/60 ZR-17
Tangki petrol: 11 liter
Berat: 145 kilogram


*Update (30.06.2014) : Sekarang model ini telah dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia oleh Naza dengan nama N5 250


Sumber

7 comments:

  1. any idea when is this gonna hit malaysia market?

    ReplyDelete
  2. Myb this year or. next year.. i think..

    ReplyDelete
  3. alamak, harga dekat RM25 ribu, tapi ada power 28 bhp aje?? ninja SL lagi stim kot.. tapi zxr250 lagi best walaupun old school heheh

    ReplyDelete
  4. Saya beli cash RM11.4K je. baru seminggu lebih pakai. tapi pagi tadi masa gear 2 tiba2 enjin mati, lampu FI menyala. off, pastu on balik, boleh start, masuk gear 1 terus mati. lepak seminit, hidupkan balik baru ok. macam masalah sensor utk stand je sebab kalau stand tak naik memang enjin mati kalo masuk gear 1.

    ReplyDelete
  5. ASSLM BRO...MEMBER GUA BARU SAMBAR PETANG NI...RM9K...

    ReplyDelete
  6. ASSLM BRO...MEMBER GUA BARU SAMBAR PETANG NI...RM9K...

    ReplyDelete
  7. Aku dh sambar...hrga 9280 cash. Motor dh siap ada kt kedai, aku plak xdpt cuti nk p amik...boss, kasi cuti laa aku nk amik motor...

    ReplyDelete