Wednesday, 5 November 2014

R.E.D Retro Bike Week 2014 (Tg. Bidara Beach Resort)

Assalamualaikum.. Selamat malam buat semua pembaca MasukGear. Malam ni aku ada satu story yang nak diceritakan. Cerita apa tu? Yup..! Retro Bike Week 2014. Baru-baru ini satu event telah dianjurkan iaitu R.E.D Retro Bike Week 2014. Bertempat di Tanjung Bidara Beach Resort, event ni berlangsung selama dua hari iaitu bermula 01.11.2014 hingga 02.11.2014. Seminggu sebelum tu, beberapa orang ahli Geng Carrot ada berbincang samada nak pergi ke tak. Bila aku fikir balik, macam nak pergi je. So, Pak Man pun nak pergi jugak dan ada la beberapa orang dari Geng Carrot yang pergi.


Jadi, kami buat keputusan nak ke sana pada hari kedua iaitu 02.11.2014 (ahad). Awal-awal pagi tu kita sarapan dululah. Mengikut Pak Man selaku koordinator Geng Carrot, kita sarapan dulu di kedai makan selekoh Batu 12, jalan nak menuju ke Tehel. Semua terus ke sana lah jam 9:00 pagi.


So, kitorang sarapan dulu lah.. hehe.. Perut dah bunyi lagu keroncong dah ni..

Nampaknya Wan dah siap makan dah tu

Inilah kuda yang akan ditunggang ke Retro Bike Week.. So, ada la dalam 4 orang termasuk aku yang akan ke sana. Yang lain tu Pak Man, Wan dan juga Bro Bob.

Kemudian Cikgu Helmi ada wassupp. Dia kata dia nak ikut cuma dia nak memerut kejap. Ok, takde hal. Kitorang tunggu kat Petronas Bemban eh..

Dari kiri; Pak Man, Wan, aku dan Bob

Aii Wan, erm.. Berkenan ke..? Hahaha..

Engine guard custom baru ciptaan MJ Auto Part n Accesories. Lawa tak..?

Geng Carrot..! Yeah..!! Cikgu Helmi sampai lebih kurang jam 10:15 pagi. Dan selepas tu kami terus gerak ke sana. Maaflah tiada gambar on da bike sebab aku tak bawak kamera yang lagi satu. Ini pun pakai kamera handset je. Hihi..

Kami sampai sana lebih kurang pukul 11:05 pagi. Masa sampai tu, kedengaran suara memanggil kitorang. Eh, Zack Duyung rupanya. Haa.. Jom le minum dulu.

So, kitorang pun minum dululah. Geng cikgu pun ada tapi tak tau lah dari sekolah mana.

Zack dan Abg Salleh (Pres. Jasin Bikers) pun ada.. 

Aku pun nak masuk jugak lah dalam ini gambar

Siap minum dah, jom le kita ke tapak event Retro Bike Week tu

"Hurm.. Mana lagi smart dan macho..? Yang biru kah..? Atau yang hitam kuning kah..? Hmmm.."

Bob posing maut.. Err... Maut ke..? hehehe

Tangkap Wan.. Tangkap..

Sekitar Retro Bike Week. Kelihatan kuda biru di situ.. Yeah..!

Masa aku singgah kat satu gerai jual helmet, mata aku terpandang helmet ni. Fuhh.. Rare nih.. Cutting lama punya barang ni.. Haha..

Antara helmet-helmet yang akan diperdagangkan.

Fuhh.. TZM ada, RXZ ada.. Macam-macam ada

"Huk alohh.. Siapa pulok mesej kawe nih...?"

Jom le Bob.. Cuci-cuci mata..

Eh, Faisal dari Jasin Bikers pun ada..

Pilih bang.. Pilih.. Murah.. Murah..

Salah satu motor yang ada kat event ni.. Wah.. Motor apa ni..? Hurm.. Smart..

Cer teka motor sapa nie..? MJ dan PAM.. Hehehe

Smart helmet ni.. Boleh nampak muka aku sendiri la..

HD

Rekaan klasik.. Smart..

Antara motor yang ada di sini

Barisan NSR 150

Haa... Motor aku pun tidak melepaskan peluang untuk berada di sini jugak. Hehehe..

Amcam..? Panaih..? Jom lepak dalam resort plak

Bergambar dulu satu kali.. Alamak.. Aku takde le..

Ting..! Ada pun.. hehehe

Huh.. Pak Man baru sampai.. Jom lah kita lepak tepi pantai pulak

Pantai Tanjung Bidara

Dengan anginnya yang bertiup manja.. rasa macam nak tidur plak.. hahaha..

Posing maut seorang usahawan muda yang berjaya! 

Tengah best lepak, ada pulak sorang ni datang. Dia mendakwa kawasan ni kawasan dia. Dekat U.S katanya ada satu kawasan dia jugak. Hmm.. Gounding cable dah tak berapa elok dah tu..

Menjahit jala, untuk menyambung rezeki

Ha.. Kat situlah kitorang lepak. Best betul lah kalau dapat lepak petang-petang.. Pergh..!

Oklah, jam dah hampir 12:30 tengahari dah ni. Jom balik. Sebelum balik, aku terpandang baju ni. Unik namanya.. BlackWater Retro The Legend.

Kami gerak pulang lebih kurang jam 12:45 tengahari. Dan kami berpecah di simpang Durian Tunggal. Aku ngan Cikgu Helmi lalu Durian Tunggal manakala Pakman ngan Bob lalu ikut MITC. Wan..? Dia dah pecut awal dah tadi. Hehehe.. Jumpa lagi..

Chow..

-PokNik-
MasukGear

No comments:

Post a Comment