Wednesday 22 April 2015

Ride Fraser's Hill

Yall.. Yaalll.. Halopp.. Haalopp.. Assalamualaikum dan salam keceriaan buat semua pembaca blog MasukGear. Alhamdulillah, ride ke Bukit Fraser pada 12.04.2015 tempohari berjalan dengan lancarnya. Cuma aku minta maaflah sebab cerita ride ni agak lama sikit aku peram. Hehe.. Buat pekasam ke..? Sorry lah.. Ada beberapa hal yang perlu aku settlekan dulu.


So, ride kali ni aku plan dalam seminggu sebelum kejadian. Hurm.. Ada jugak ajak Geng Carrot yang berkelapangan untuk join ride kali ni.. Tapi.. Hanya beberapa orang sahaja yang berani menyahut cabaran. Hehe.. Apapun, tahniah diucapkan kepada peserta ride kerana dapat menakluki Bukit Fraser dengan jayanya. Yeah..!!

Sedikit info : Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuklah beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Untuk info lebih lanjut, boleh klik sini.

So, pagi-pagi lagi aku dah siap-siap nak menuju ke tempat berlonggok. Plannya nak berlonggok di kedai dekat selekoh Kg. Ulu Duyong dulu. Erm.. Sambil-sambil tu boleh sarapan dulu

Suasana pagi yang mendamaikan.. Cuaca pula cantik je pagi ini.

Sampai je sana, Fizul dah ada.. Wah.. Awalnya dia.. Excited la tuu.. Hehe.. Beberapa minit kemudian Bob XJ6 pn sampai

Ijat pn dah ada.. Haa.. Jom kita sarapan dulu sementara menunggu Faiz dan Abg Amri

Wah.. Semua dah kenyang dah ni. Sementara tu Abg Amri ada bagitahu yang dia agak kelewatan sikit. Takpe, kita tunggu

Bob vs Ijat

Aku vs Faiz vs Fizul.. Ada bawak planta lebih tak..? Heeeeeee..

Fizul masih dalam keadaan sedikit tak sihat tu. Maklum lah malam tadi dia demam. Tapi dah minum air panadol dah. Harap pagi ni demam dah ok lah

Oklah. Jom kita MasukGear. Abg Amri pun dah sampai dah.. Eh, mana Abg Amri..? Haaa..

Eh, Shah pun ada.. Erm, dia datang sekali untuk memberi sokongan moral. Dia tak dapat join hari ni sebab dia oncall malam tadi. Katanya banyak kes yang nak disettlekan semalam.

Haa.. Tu dia Abg Amri.. Dah ready nak berlepas. Jom lah kita

Kami gerak dari Bemban seawal jam 8:30 pagi. Laluan kali ni melalui Ayer Keroh seterusnya naik Highway PLUS menuju ke Jalan Kuching. Kat situ nanti kita akan isi minyak dan makan pagi sekejap. Eh, makan lagi ker..? Biasa la.. Ride santai kena lebihkan makan.. Haha.. Jangan ngantuk sudah

Fizul, ok tak..? Erm, dia cakap eberiting ander kontrol. Haha

Faiz bersama pillion. Hari ni dia bawa teman la.. Adik dia nak ikut sekali. hehe..

Aksi AJG di Simpang MITC

Sekarang ni menuju ke Tol Ayer Keroh. Lepas ni kita naik PLUS Highway. Sapa nak pecut, silakanlah. Tapi nanti tunggu la kitaorang kat depan sinun ye.

Masuk kiri. Menuju Kuala Lumpur. Jangan kanan pulak. Nanti kang sampai Johor Bahru pulak.

Aku cuba mengejar Fizul dalam kelajuan yang tinggi namun hampa.. Gambar agak sedikit kabur kerana halaju Fizul agak tinggi. Pehh..

Kau sentiasa mengikutiku ke mana sahaja aku pergi. Itulah bayang-bayangku sendiri.

Kekacakkan jelas kelihatan walaupun dari belakang.. Steady Abg Amri. Yeah..!!!

Aih.. Tadi kiri sekarang kanan pulak si Faiz. Hehe.. Takpe, eberiting ander kontrol.

55 minit selepas tu, Bob bagi signal nak stop sekejap di RnR Seremban. Dia nak terkujil. Dahaga pun ya jugak. So, kita stop la sekejap kat sini.

Nampaknya Ijat sedang menyelesaikan sedikit masalah dengan kondisi tayar depannya yang baru. Tayar ada sedikit sagat dengan mudguard bahagian depan. Tayar baru tu.. Tukar pun sebab nak ride Fukit Fraser. Hahaha..

Pehh.. Southern Bikers Community vs Geng Carrot. Terbaeikk..!!! Belum ada kesempatan lagi nak TTS sama-sama dengan Geng SBC..

Geng Carut Carrot @ RnR Seremban..

Orait.. On da bike.. Setelah hampir 15 minit kami di sini, so dah sampai masa untuk MasukGear. Jom kita..

Dari RnR Seremban menuju Kuala Lumpur, jalan tak lah sibuk sangat. Kira ok la.. Cuaca pun agak cerah. 

Masih dalam perjalanan menuju ke Jalan Kuching.

Alamak.. Bapak sedara la.. Hehe.. Semua menunggang dalam keadaan berhemah ye..

Dah sampai Tol Sungai Besi. Jam menunjukkan pukul 9:58 pagi

Aih, mana motorsikal lain? Macam kitaorang je yang lalu laluan motor nie.

Ijat Kachak sedang beraksi ganas sambil diekori rapat oleh Fizul

Kini, kami dah memasuki Jalan Istana menuju ke Jalan Kuching. Kuala Lumpurr..!!! Aku datang..!!! Huhh..

Hutan batu..

Kami sampai BHP Jalan Kuching tepat jam 10:20 pagi. Apapun kasi isi minyak dulu. So, kerugian penuh di sini adalah RM12.00

Kasi kumpul dulu sebelum kita minum pagi.

Peace Bob.. Amcam Bob? Ok tak setakat ni? 

Selepas selesai isi minyak, kami pun ke gerai makan berdekatan dengan stesen minyak tu jugak la.. Lama bebenor aku tak singgah kedai ni.

Burp..!! Haha.. Kenyang beb!

Aih Ijat, dah kenape terr...? Pedas ke..?

Tiba-tiba terperasan yang nat pengikat ekzos motor Ijat dah tertanggal. Mak aih, laju sangat kot tadi. Hurm..

Namun di atas kekreatifan Ijat, semua settle masalah. Haha..

Bila perut kenyang, rasa malas pulak nak ride. Hoho.. Tp apa boleh buat, misi untuk menakluki puncak Fraser tetap diteruskan.

Jom lah kita gerak. dah lebih 30 minit kita kat sini. Vroomm.. Misi diteruskan..

Apalah rezeki untuknya hari ini..?

Tiada gambiran sepanjang perjalanan sebab jalan dah semakin sibuk. Sampailah kami melalui jalan ke Sungai Tua. 

Jalannya cantik, ada korner-korner jugak.

Hati-hati ada bas di hadapan.

Perjalanan masih diteruskan. Dah tak jauh dah nak sampai Kuala Kubu Bharu.

Fizul beraksi di ranjang jalanraya sambil diekori rapat oleh Bob.

Cuaca dah agak membahang dah ni. Maklum lah dah pukul 11:48 pagi dah.

Kasi snap lagi satu kali. Wah, glamer la Fizul..

Kami sampai di Empangan Hulu Selangor tepat jam 12:00 tengahari. Berehat sekejap di sini sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Ok, sekarang turn aku nak enterprem. Haha..

Tuutt... Tutt... Report dihantar, visa diluluskan.

Inilah pemandangan empangan Hulu Selangor. Tapi masa ni aras tasik agak rendah.

Suasana yang tenang dan nyaman.. Dipagari gunung-ganang yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja terpegun dengan keindahannya.

amcam? Dah nak gerak ke..? Eh, kejap le..

Sempat lagi tu layan COC. Pehh..

Sambil-sambil tu, kuda hitam ku pun nak selfie jugak. Abadikan kenangan di sini. Ni kira first time dia sampai sini.

Setelah lebih 20 minit kami berehat, maka tibalah masa untuk mengatur langkah menuju puncak. Hurm.. Mengharungi liku-liku jalan yang agak pendek, yang pastinya mencabar fizikal dan mental.

Kawe gerok dulu deh belako.

Permulaan perjalanan, jalan amat cantik. Corner yang lebar memang best kalau layan nie.

Tapi aku masih lagi mengambil gambar.. Haha.. Bila nak layan nie..?

Alamak.. Abg Amri dengan Bob dah jauh kehadapan dah ni..

Takpe, snap satu kali lagi gambar pemandangan di sekitar sini.

Hahh.. Abg Amri dah layan korner dah tu. Erm... Aih.. Sekejap lah..

Huh.. Dia layan lagi. Ah, tak boleh tahan. So, aku simpan kamera dan persiapkan diri untuk mengharungi liku-liku kehidupan menuju puncak. So, takde gambar lah sehingga sampai ke Gap.

Kiri.. Kanan.. Kiri.. Kanan.. Kiri.. Kanan.. Wah, rupa-runya ada dua je selekoh dari bawah ke atas sini. Kiri dan kanan. Hahaha.. 27 minit aku melayan korner dari empangan sampai Gap ni.. Hehe..

Fizul tiba kira-kira 30 saat selepas itu.

Dan Ijat pula tiba 25 saat selepas ketibaan Fizul.. Hehehe..

Faiz sampai lewat sikit sebab dia bawak pillion. So, agak perlahan pendakiannya kali ini.

Fizul sempat posing tu sementara menantikan ketibaan Bob dan Abg Amri. Haha.. Dia tak tahu Raja Bukit simpan kuku.. Hehe..

Zess.. ssss.. sssss.. ssss.. Selepas beberapa saat Fizul posing, Abg Amri sampai bersama Bob mengekori dari belakang. Take 5 ye sebelum kita menamatkan cabaran 8 km terakhir. 

Orait.. Kasi post satu kali.. Yeah..!! Terima kasih di atas khidmat tripod kechik aku.. Haha..

Oklah, masa mencemburui kita, jom kita mulakan cabaran 8km terakhir.

Pendakian pun bermula.. Jalan agak sempit. Muat satu kereta je.

Fizul mengganas lagi.. Aiyakk..

Walaupun jalan agak sempit, tapi pendakian kali ini begitu lancar

Hembusan udara dah mula dingin.

Mesin 4 dapur yang menghangatkan suasana.

Mesin 2 dapur yang menghuru-harakan suasana.. (erm.. satu motor tu jee yang huru-harakan keadaan... Hehe..)

Akhirnya... Jam 1:30 tengahari.. Kami menjejakkan kaki ke puncak Fraser's Hill..

Lepak sekejap bagi enjin sejuk.

Abadikan kenangan di menara jam Bukit Fraser.

Kasi tanam memori satu kali di sini.

Abg Amri @ Puncak Lodge.. Senibina Inggeris.. Cantik.

Aku berada di tengah-tengah sempadan negeri antara Pahang dan Selangor. Kanan aku Selangor, kiri aku Pahang. Pehh...

Inilah dia sempadan Selangor - Pahang yang membelah Bukit Fraser.

Abg Amri pun nak abadikan juga kenangan di sini. Posing terbaik dari Bekoh City. Yeah..!

Itulah batu sempadan Selangor - Pahang

Oleh kerana liputan ***** agak tak elok, kena pakai antena tambahan. Hahaha..

Klinik Bukit Fraser

Balai Polis Bukit Fraser. Sudah 96 tahun dah ia berdiri gagah di sini.

Pejabat Pos Bukit Fraser.

Hurm.. Hurm.. Krik.. Krik.. Krik.. Apa la yang diorang tengah fikir tu...?

Sementara menunggu Bob pergi beli jagung, kami lepak sini dulu lah. Kejap lagi nak pergi lunch pulak.. Hehe.. Asyik makan jer...? Ah, gemuk la macam ni.. Huhu..

Sesudah Bob menghabiskan jagungnya, kami pun naik atas sikit lagi untuk ke gerai makan. Nak sorru sekejap.

Barisan jentera yang ditunggangi tuannya yang berjiwa kentill.

Fraser's Hill Food Garden. Medan selera la tu..

Kami singgah Restoran Puncak untuk lunch tengahari ini. Aku terpaku pada satu board yang disediakan khas oleh tokey kedai buat semua bikers mengabadikan kenangan di sini. Ah..!!! Frustnya tak bawa stiker Geng Carrot. Huhh...

So, apa lagi..? Seranggg!!!!

Restoran Puncak di Bukit Fraser.

Kat sini, ada disediakan air free. Boleh topup bila tak mencukupi. Cuma dengan syarat pakai satu gelas kertas sahaja. Jangan nak ngada-ngada guna 2 gelas untuk sorang. Nanti tuan kedai marah. haha.. Tuan kedai kat sini agak laser sikit. heeeeee...

Dah makan pun masih terpegun dengan puluhan stiker dari pelbagai grup.

Okay, sampai masa untuk bayar. Haha..

www.masukgear.blogspot.com

Errr... Acik, kira sekali ngan pakcik kat belakang saya ni eh..

Bila perut dah kenyang, kami menuju puncak masjid pulak untuk menunaikan kewajipan. Sejukkk air paip kat sini.. Hehe..

Kecik-kecik pun dah pandai kerja eh.. Bagus adik ni..

Selepas selesai menunaikan kewajipan, kami gerak turun ke bawah sikit tempat menara jam untuk lepak kat sana. Mana tau ada port yang baik boleh amik gambar sama-sama.. hehee..

Fraser's Hill Golf Club. Sapa nak main golf? Dipersilakanlah ye..

Haa.. Cantik dan menarik tempat ni. Amik gambar dulu. Err.. Bang, minta tolong amikkan gambar kami ye.. Terima kasih.

Alamak, dah 3:40 petang dah ni. Jom turun.. Sepanjang perjalanan turun aku tak amik gambar. 

Sampai kat Gap, ada satu tempat lagi yang agak menarik. Hah, apa lagi..? Kasi abadikan kenanganlah sekali lagi. Tripod kecik aku berjasa lagi kali ini. Yeah..!!

Ketika nak turun menuju ke Bentong, aku dapat info dari Abg Mazli (Radiographer Bikers Malaysia) yang Kuala Lumpur hujan lebat. So, aku siap-siaplah balut dan simpan kamera, handset serta wallet. Mana tau nanti kang basah pulak benda-benda tu. So, tiada gambar lah sepanjang perjalanan.

Hampir 2 jam kami meredah jalan yang berliku, dan aku sempat meratah selekoh-selekoh Karak Highway. Sempat juga aku kena tapau dengan beberapa biji SBK yang juga meratah selekoh Karak dengan lahapnya. Sambil cecah lutut, sambil tangannya menggapai tar. Pehh.. Kami berhenti sekejap di RnR Gombak untuk makan sekejap. Haha.. Makan lagi...

Menunggu maggie goreng siap. Pekena nescafe dulu.

Pehh.. Rambut dah tak terurus dah aku nie. Penat layan SBK tadi sampai cicir kena tinggal.. Hahaha..

40 minit kami berhenti rehat di situ. Sudah sampai masanya untuk Masukgear. Lepas ni nak cari pam minyak lah nak kasi full tank. Lepas tu dah boleh shoot terus dah.

Sepanjang perjalanan aku tak amik gambar sebab takut hujan akan turun. Sampai di BHP MRR2, kami stop sekejap untuk isi minyak. Kerugian di sini adalah RM 16.70 (8.565 Liter)

Lepas full tank, kami meneruskan perjalanan lagi. Keadaan dah semakin gelap dah. Nak hujan dan dah nak Maghrib dah ni.

Sepanjang perjalanan, hujan tak turun. Mungkin dah lepas hujan agaknya sebab jalan pun ada sikit-sikit basah. Kami stop di RnR Seremban untuk solat dan rehat sekejap. Lepas ni dah boleh shoot sampai Ayer Keroh.

Orait, semua dah siap dah? Jom kita

Kasi peace satu kali tanda kepuasan di hati. Hehe..

Kuda besi yang dah bersedia untuk ditunggang.

Sepanjang perjalanan, kami dibasahi hujan yang amat lebat. Namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan. Ada seorang biker menunggang Harley Davidson Street Glide pun redah hujan jugak. Kami follow ajelah brother tu. Hehe.. Kental jugak bro Harley tu.

Kami stop sekejap di Tol Ayer Keroh dan berpisah di sini. Walaupun hujan masih mencurah-curah, kami sempat bersalaman dan menuju ke haluan masing-masing. Sampai di kawasan Gapam je barulah hujan berhenti.

Sampai rumah tepat jam 9:39 malam. Jam tu cepat 10 minit. Hehehe.. 

Oleh kerana minyak tak penuh, lusa tu aku penuhkan sambil nak pergi kerja. So, kerugian di sini adalah RM14.40 (7.385 Liter) dan jarak keseluruhan adalah 521.3km.

Fuh, syukurlah semua selamat pergi dan balik. Walaupun ada sedikit penat, namun keseronokan ride tu dah dapat menghilangkan penat menunggang membelah hujan serta meredah perit mentari. Haha..

Oklah, nanti kita jumpa lagi di ride akan datang. Majulah sukan bermotor untuk negara. Erk.. Hehe..

Chow dulu

-PokNik-
MasukGear

4 comments:

  1. terbaik la bikers2 carrot....pasni lau ada lg ride mana2 ajak la aku ni....bikers baru nk naik....jgn laju2..kang xterkejar aku...

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. Mana ada laju..? Slow2 je bro.. Hihi..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. Wsah best cerita seronoknya... lpas ney ride mzty gmbr den jo yg bnyk.. terbaik la poknik tpy psal plnta jgn keluarkn statement t kntoi..

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. Erk.. Oklah Pijol, nanti kita ride lagi eh.. hihi..

    ReplyDelete