Friday 14 August 2015

Tunggang Uji Jentera Triumph @ Bikers Pit Stop

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Minggu lepas Bikers Pit Stop, sebuah kedai motorsikal berkuasa tinggi ada menganjurkan event tunggang uji 3 jenis jentera Triumph. Dikesempatan yang ada ini, aku tidak lepaskan peluang yang ada untuk mencuba sendiri jentera-jentera hebat keluaran Triumph ini. Jadi, aku bersama Abang Amri dan Abang Salleh ke Bikers Pit Stop pada hari Ahad memandangkan hari Sabtu aku kerja. 

Model-model yang disediakan untuk ditunggang uji adalah Bonneville T100, Street Triple R dan juga Tiger XCx

Boneville T100

Street Triple R 

 Tiger XCx

Sessi tunggang uji ini melibatkan laluan dari Bukit Katil melalui Jalan Gapam seterusnya ke Pekan Bemban yangmana jarak laluan satu hala adalah menghampiri 9km. Setelah mengisi borang, helmet disarungkan dan setelah siap sedia semuanya, aku mendapat peluang untuk mencuba 2 buah jentera Triumph ini iaitu T100 dan juga Street Triple. On the way ke Bemban, aku mencuba T100 dulu dan dari Bemban ke Bukit Katil, aku tukar pula dan mencuba Street Triple.

Abang Salleh mencuba T100. Dia minat sangat dengan jentera ini

Abang Amri pula berminat dengan Tiger XCx

Ok, jom kita gerak sekarang

Pada permulaan perjalanan, terasa agak janggal sikit menunggang T100 ini. Maklumlah designnya ala-ala klasik. Tapi posisi tunggangannya cukup relaks. Beberapa minit menunggangnya terasa seronok pulak. Sikit demi sikit aku mula bermain-main dengan pendikitnya. Secara keseluruhannya mesin ini tidaklah begitu pikap. Lagipun ianya direka untuk tunggangan santai. Namun begitu di jalan yang agak lurus, enjin yang berkapasiti 865cc ini dapat meluncur sehingga kelajuan 160kmj. Dengan berbekalkan kuasa 68bhp dan 68Nm daya kilas, pada aku sudah lebih memadai untuk sebuah jentera santai ini.

Cuma ketika mengambil selekoh, jentera ini ada sedikit membuai. Mungkin ianya disebabkan oleh penggunaan penyerak hentak yang bukan dari jenis mono. Sememangnya dengan rekaan klasik, agak janggal kalau digunakan penyerap hentak mono. Nampak lucu pulak. Hehehe.. 

Nadi penggerak T100

Satu lagi masalah yang pada aku mungkin agak kurang selesa adalah posisi paip ekzosnya di mana ianya disisipkan terlalu dekat dengan tongkat tepi. Secara sengaja atau tidak, kasut kita akan terkena sisi ekzos ketika kita nak tongkatkan motor ini. Lama-kelamaan kemasan krom pada ekzos tersebut akan kotor dan sudah tidak cantik lagi kerana getah kasut akan melekat pada krom tersebut. Diharapkan pihak Triumph dapat mengemaskan kembali ekzos pada jentera T100 ini.

Sampai di Petronas pekan Bemban, kami tukar-tukar motor pulak. Bagus jugak dengan cara ini sekurang-kurangnya aku dapat rasa dua jenis jentera dalam satu sessi.

Kuda tungganganku masa perjalanan pulang pula.

Ketika mula-mula menunggang Street Triple ini, aku dapat rasa posisi tunggangannya agak menunduk. Mungkin posisi tersebut memang diperlukan untuk sebuah jentera jenis Streetfighter untuk mengurangkan rintangan angin dari depan. Setelah diperah pendikit, aku dapat rasa kuasa 106bhp dihamburkan dengan lancar sekali. Deruman enjin 3 silinder juga sungguh lunak sekali. Mesin ini agak lincah dan cukup patuh mengikut kehendak kita tambahan lagi pada rpm yang tinggi.  Ketika mengambil selekoh, penyerap hentaknya berfungsi dengan cukup bagus dan yakin. Langsung tiada membuai. Cuma aku tak pandai la nak knee down sebab aku masih lagi baru dalam dunia dua roda ini.. Hehe.. Takut pun ada.

Ketika jalan lurus, aku sempat memerah pendikit Street Triple ini sehingga mencecah 174kmj. Kuasanya lebih dari mencukupi untuk sebuah jentera yang mempunyai berat 168kg.
*Gambar hanya hiasan semata-mata.

Secara keseluruhannya, jentera ini sudah cukup perfect bagi aku. Cuma rekaan lampu depan pada aku agak janggal sedikit. Agak terjojol keluar. Tapi aku tak sempat mencuba untuk model Tiger XCx sebab tiada peluang ketika itu. 


Rider yang bersama-sama aku untuk menunggang uji jentera Triumph

Akhir kata, jutaan terima kasih buat Bikers Pit Stop di atas sessi tunggang uji secara percuma ini. Dan terima kasih juga di atas makan-makan yang disediakan. Nanti ada sessi tunggang uji, maklumkan lagi ye.


Di sini ada disertakan sedikit spesifikasi ketiga-tiga jenis jentera yang diberi peluang untuk ditunggang uji.

Sampai sini dulu.. Maaflah kalau ulasan agak simple. Idea agak kering ni kerana dah lama tak menulis. Hehe.. Chow..


-PokNik-
MasukGear

No comments:

Post a Comment