Saturday, 10 October 2015

Ride Pantai Timur 2015 - Day 2

03.10.2015 (Sabtu)

Halop.. Haaloop.. Yall.. Yaalll.. Assalamualaikum semua pembaca MasukGear. Hari ni dah masuk hari kedua ekspidisi pantai timur. Jadi, hari kedua ini, kami akan gerak ke Terengganu pula. Tapi sebelum itu, diorang nak ke pasar Siti Khadijah. Nak beli keropok katanya. Oklah kalau macam tu, jom lah bangkit. Kita siap-siap.

Pagi-pagi lagi aku bangun. Erm.. Sementara menantikan yang lain bersiap-siap, aku lepak-lepak dululah sekejap. Hehe..


Program pagi ni agak padat sedikit. Mula-mula, nak gi sarapan dulu. Selepas tu, nak ke Pasar Siti Khadijah pulak. Lepas balik, kemas-kemas dan pergi singgah kedai adik aku sekejap. Sekadar bertegur sapa. Kemudian nak singgah rumah ayah aku pula sebab ada hal sikit. Dan selepas itu, nak gerak ke Terengganu lah. Aih, packnya program.. Haha.. Takpe, pelan-pelan. So, jom sarapan dulu..

Sambil menunggu yang lain bersiap-siap, sempat lagi si Kechik lap motor. haha.. Eh, lap motor ke tu..?

Ok, dah ready ke nak gerak? Dah hampir jam 9:00 pagi dah ni. Jom lah kita masukgear.

Kami bersarapan di sebuah gerai kampung je. Pagi ni, kami dihidangkan dengan pelbagai juadah. Tapi... Aku lebih tertarik kepada nasi dagang. Hahaha..

"Kak Yah Nasi Berlauk". Sesiapa nak tempah, bolehlah telefon nombor yang tertera. Jul, ko makan apa tu..?

Tuan kedai yang sentiasa ceria dan sentiasa tersenyum.

Nampaknya Azar dan Faiz pun memilih menu yang sama, nasi dagang.

Alamak, yang lain pun menu sama jugak ke..? Haish.. Amik la nasi kerabu ke.. Hehehe.. Cuma lauk je berlainan. Ada kari ayam.. Ada juga lauk daging.

Owh yess... Dah licin dah. Hahaha.. Dah kenyang ke belum? Nak tambah lagi ker..?

Selesai makan, kamipun bergerak menuju ke Pasar Siti Khadijah. Masa kira makan tadi, aku perasan ada sesuatu yang tak best terjadi. Mula-mula dua orang kawan aku (nama dirahsiakan) minta kira, abang tu kira harga yang agak berpatutan. Namun bila turn aku dan beberapa orang lain lagi yang minta kira, sorang lagi datang kira dan harga nasi dagang dah jadi naik 50 sen. Aiseh, tak elok la macam tu. Kami amik nasi yang sama dan lauk yang sama. Takkan jam-jam tu juga harga boleh berubah? Harap-harap kejadian macam ni tak berlaku lagi lah untuk pelanggan lain. Hurm.. Sedikit kecewa..

Oklah, kita tinggal dulu kisah nasi dagang dengan teh ais. Selepas kenyangkan perut kami yang lapar, sekali lagi aku jadi kepala untuk ke pasar Siti Khadijah. Sampai di sana je, dua kali pusing bandar sebab takde parking. Aduh, last-last nasib baik ada jugak parking. Kami parking sebelah McD Kota Bharu.

Shah Rizan kata nak beli sedikit keropok segera. So, aku bawa naik tingkat atas. Pusing punya pusing, last-last jumpa satu gerai. "Kak Mah 55". Haha.. Sampai je terus makcik ni buka 1 pack keropok untuk kami test. Baik sungguh makcik ni.

Harga pun murah. Amat berpatutan. Balik nanti boleh le singgah lagi gerai ni.

Faiz beli apa tah tu..? Jeruk eh..?

Keropok sponsor.. Hahaha.. Tengok, last-last si Kechik je yang habiskan.

Ini keropok.. Terbaik.. Bagus.. Hehehe..

Ni lah dia Keropok Cap Pinggan. Memang sdap jenis ni. Lidah tak gatal.

Dah siap beli keropok, jom kita naik tingkat atas pula bahagian pakaian. Erm, Wan tu nampak macam berkenan je.. Senyum pun lain macam je.. Hahaha.. Auwmmm...

Semua dah selesai? Oklah, jam pun dah pukul 10:30 pagi dah ni. Jom kita balik homestay. Sebelum gerak, kasi abadikan dulu sekeping kenangan di pasar Siti Khadijah. Mana tau nanti ada yang nak datang lagi. Haha..

Selesai semuanya, kami balik homestay. Kemas-kemaslah sebab lepas ni dah nak check out. Aku dah call siap-siap tuan homestay sebab nanti nak kena amik deposit. Oklah, kalau dah siap semua, dah boleh jalan dah eh.

Kami check out lebih kurang jam 11:30 pagi. Destinasi lepas ni nak singgah kedai adik aku sekejap. Tapi, Faiz cakap minyak motor dia dah tinggal sikit. So, jom lah kita singgah Caltex Taman Padang Tembak dulu.

Aku tak isi minyak kat sini sebab masih ada lagi. Cuma Azar dan Faiz je yang isi kat sini. Selepas selesai, kami terus ke bengkel adik aku.

Lima minit selepas itu, kami sampailah bengkel adik aku. Dia buka bengkel mengecat kereta. Kami tak boleh lama kat sini sebab lepas ni kami nak gi jemput Abg Amri, Azrul dan juga Idham. Diorang dari Melor tadi.

Selepas bertegur sapa buat seketika, kamipun siap-siap nak ke Kubang Kerian nak jemput diorang. Jom on the bike.

Ni lah adik aku.. Di depan bengkel miliknya. Hehe.. Chow dulu eh..


Selepas gi jemput Abang Amri, Azrul dan Idham di KFC Kubang Kerian, kami pusing balik dan menuju ke Kg. Budi, Jalan Tawang. Singgah rumah ayah aku dulu pekena air kelapa. Haha.. Lagipun ada sedikit hal yang nak disettlekan dengan ayah aku.

Sambil-sambil amik angin, sambil-sambil minum air kelapa. Pehh.. Sejuk rasa tekak.

Tak kurang juga ada yang dah terlentok. Haha.. Jul, bangun..!! Kita nak gerak dah sekejap lagi.

Ok, semua dah settle. Jam dah melangkaui 1:30 petang. Perjalanan dah agak tak jauh dah. Lebih kurang 140km je lagi nak menuju ke Batu Rakit. Malam ni, kami akan menginap di homestay dekat kampung mertua Azar.

Jom kita masukgear.

Perjalanan diteruskan melalui Bachok, seterusnya Tok Bali, Kuala Besut, Penarik dan seterusnya Batu Rakit.Cuaca sekarang ni agak panas juga walaupun jerebu agak tebal. 

Kehadiran jerebu tidak mematahkan semangat Pijol dan Kechik untuk beraksi di pentas permotoran. hahaha..

Sekarang ni bro Azar pula nak beraksi. Yeah..!! Nasib baik cuaca agak baik sekarang.

Sempat aku tangkap gambar Faiz dan beberapa yang lain di "api stop"

Semoga akak ni dapat mementingkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Pakai lah topi keledar dan janganlah menunggang lebih muatan.

Alamak, Pijol lagi. Hahaha.. Sorrylah tak dapat nak snap yang lain sebab masa ni aku kena lead. So, aku memang sentiasa di depan. Kalau ada sapa-sapa yang ada gambar, kasi whatsapp kat aku eh. Nanti aku masukkan sekali dalam blog ni

Semua nampaknya masih steady lagi.. Walaupun ada kedenganran sayu-sayu yang menyebut "laparrrrr" hahaha..

Ini adalah salah satu mercu tanda Tok Bali, sebuah kapal nelayan.

Kami sampai Tok Bali setelah kira-kira 30 minit ride.

Perjalanan masih diteruskan melalui Kuala Besut. Kini kami dah melepasi sempadan Negeri Terengganu

Selamat datang ke Terengganu. Kelihatan motor Pijol melalui side mirror kiri aku. haha..

Sampai di Kampung Raja, aku stop sekejap. Sambil menunggu beberapa orang yang tertinggal. 

Tapi, ada sesuatu yang terjadi. Akibat kelaparan yang melampau, ada seseorang tu (nama dirahsiakan) dah hilang kawalan, lantas dipanjatnya kaki lima yang tinggi. Haha.. Tapi segala-galanya kembali normal setelah beliau dipujuk oleh rakan-rakan yang lain. Oklah, jom kita ke Penarik. Makan keropok lah kat situ.

Jom kita masukgear kembali, meneruskan perjalanan yang dah berbaki tak banyak kilometer lagi. Sekejap je lagi. 

Ya, perut dah semakin lapar dah ni. Maklum lah jam dah hampir 3:00 petang. 

Sementara menunggu masa tiba ke destinasi, jom lah kita beraksi dulu. Yezzz, saudara Azar bersama Si Hijaunya.

Tidak ketinggalan Wan (Iz Core) dengan api yang semarak membakar.

Sambil Faiz yang follow dari belakang. 

Ah, aku pun nak jugak la beraksi. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Terima kasih si bawang kecik. Haha..

Aih, Wan beraksi lagi

Abang Rul kita bersama Mr. V

Hah, sudah, ini dah lapar tahap kebulur dah ni. Sabar ye Wan, sikit je lagi

Ehem.. ehem..

Faiz muncul lagi dengan gaya yang penuh keyakinan

Peace yo.. Bro, bila nak sampai kedai makan ni..? Haha..

Shah pun tidak melepaskan peluang menggunakan hikmat duyung pulang ke pesisir pantai

Dua Mr. V.. Pehh.. V11 dan V13

Akhirnya tempat yang dituju telah tiba. Dengan hati yang amat girang, Azrul dah tanggalkan siap-siap glove belah kanan sambil mengukir senyuman yang amat ceria. Hehehe

Fuh.. Lapar.. Apa-apa hal jom le kita makan dulu.

Beberapa saat selepas itu, ada sebiji motorsikal berhenti di tempat kami berhenti untuk makan. Erm.. Plate mana nie..? Eh, ni model Kawasaki KLR 650. Hurm.. Siapah dia..? 

Aarrrr.. Sape tu..? Sapa tu..? Huwaaaaa......

Oh, rupa-rupanya, dia bernama Velee (betul ke eja tu). Dari Itali. Ride dah hampir setahun atas motor.

Sebelum minum, kasi abadikan dulu kenangan bersama-sama.. Hehe.. Memang kental la bro Velee ni. 

Sudah dipelawa, namun dia hanya minum air kopi ais sahaja. Katanya selepas ni destinasi yang dituju adalah Marang kalau tak silap.

So, Mr. Velee, we eat first aa... Hehe..

Selepas bersalam-salaman dengan Mr. Velee, dia pun berlalu pergi. Selepas habiskan keropok dan sotong goreng tepung dan ikan goreng tepung dan udang goreng tepung, wah banyaknya, lantas kami pun meneruskan perjalanan. Tapi minyak motor aku dah tak berapa nak ada ni.

Dah siap sedia dah..? Jom lah kita..

Keindahan pantai Penarik

Selepas beberapa ketika, kami berhenti di Shell Merang, Terengganu. Minyak motor aku dah ada sikit lagi. So, kerugian di sini adalah RM22.22 (2 sen kira belanja lah. RM22.20) Hehehe.. Sudah isi minyak je, beberapa biji motorsikal yang dah diubahsuai berhenti juga di Shell. Wah, cantik-cantik dan lawa-lawa motor diorang. Apa orang kata, street cub eh..?

Sempat Idham posing sama-sama.. Haha..

Yang ni tak siap cat lagi. Tapi lawa jugak. Bukan main besar disc brake..

Pehh.. Yang ni lagi rare, siap double disc lagi. Tayar depan pun sama besar dengan tayar depan motor aku. Haha.. Jenis pun sama.. Hihi..

On the bike geng.. 

Posing lagi satu kali

Orait, sebelum bergolek tayar, jom kita bergambar sama-sama.

Selepas diorang berlalu pergi, kami pula yang posing. Hehehe.. Lepas posing, jom teruskan perjalanan. Dah tak jauh sangat dah nak sampai homestay


Selepas menempuhi perjalanan yang tak beberapa minit, kami sampai homestay pukul 5:20 petang. Ok, masa untuk rehat dan mandi. Malam ni kita nak ke Terengganu Bike Week 2015 pulak.

Inilah dia homestay yang kami menginap. Sapa-sapa nak menginap di kawasan Batu Rakit dan sekitarnya, bolehlah hubungi nombor yang tertera.

Sambil menghirup angin petang, sambil melihat budak-budak bermain.. 

Pak Man ada call tadi. Dia nak singgah sekejap kat homestay kami bersama Otai. So, sambil gi jemput Pak Man, Otai dan juga kawan Otai, aku bergambar dulu depan sekolah lama aku. Dah 20 tahun dah aku tinggal tempat ni.

Lepas rehat, mandi dan sebagainya, Pak Man dan Otai cakap dia nak gerak dulu. So, kami pun  siap-siap dan dalam 8:30 malam baru kami gerak ke Terengganu Bike Week 2015.

Ok semua, on the bike. 

Kelihatan Wan cuba membajak kawasan tanah depan homestay sehinggakan tayar motornya dah jadi macam donut. Hehehe

Lebih kurang 40 minit juga perjalanan dari Batu Rakit ke Pantai Batu Burok. Event Terengganu Bike Week diadakan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

Dah parking siap-siap kang, jom le kita jalan-jalan tengok gerai

Aduhhhh.. Sakitnya tuhh di sinii.... Ahaahaiii....

Geng Carrot @ Terengganu Bike Week 2015 (Pantai Batu Burok)

sekitar gerai ekzos Musang King Mussan

HD

Beberapa biji Rabbit untuk diniagakan.

Dikesempatan yang ada, kasi posing la satu kali

Orait, kita posing pula ramai-ramai

Selepas posing, jalan-jalan lagi sampai perut dah rasa kembali lapar. Hahaha.. H2R kat booth Kawasaki

H2R

Ini pula H2

Pandangan H2 dari sudut lain

Selepas merayau-rayau, kita makan dulu . Kami makan di salah satu gerai yang ada kat situ. Sementara itu, Idham dah beli sebiji kapal. Katanya nak buat menyeberang Laut China Selatan

Perut dah kenyang, jam dah pukul 12:00 malam dah, jom lah balik tidur. Esok kita nak ride balik Melak dah. So, moh le kita.

Sampai di Petronas Batu Rakit, kami stop sekejap. Ada yang dah tak tahan nak terkujil. Haha..

@ Batu Rakit, Kuala Terengganu

Selesai semua, kami gerak balik homestay. Sampai homestay dah dekat pukul 1:00 pagi. Peh, mata dah ngantuk. Kawe tidur dulu deh. Esok jangan lupa bangun awal sikit eh pada sapa yang nak ke Pasar Payang. Nanti kita sarapan dulu esok.

Oklah, sampai sini dulu coretan untuk hari kedua. Badan dah penat. Aku lelapkan mata dulu ye. Bye-bye..

Selamat malam.. Jumpa esok eh..

-PokNik-
MasukGear

3 comments:

  1. Yg ni lawak.. Tersengeh sengeh membaca.. Sweet memory

    ReplyDelete
  2. Yg ni lawak.. Tersengeh sengeh membaca.. Sweet memory

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. Nantikan episod akhir. Episod hari ke 3. Mungkin lambat sikit kot nak buat pemilihan gambar dulu.

    ReplyDelete