04.10.2015 (Ahad)
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita bersua dalam episod kali ini. Jadi, untuk hari ini, apa yang kami fokuskan hanyalah nak balik Melaka je. Hehe.. Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara yang perlu disettlekan dulu. Hurm.. Tapi apa-apa hal sebelum tu, jom cari sarapan dulu lah.
Sebelum sarapan, aku ada bersembang dengan owner homestay ni. Saja sembang pasal makan. Dia ada cakap ada satu kedai makan pagi, yang sedap dan murah. Kat mana tu? Haa.. Dia cakap jalan menghala ke Kg. Padang Polis, selepas Caltex Batu Rakit. Kedai sebelah kiri. Ok, nanti aku nak cuba kat sana..
Jul, nak gi sarapan sama-sama ke..? Jom la siap-siap
Disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, kami bersarapan di sini dah agak lewat. Jam 9:35 pagi dah. Lepas ni kami nak ke Pasar Payang pula. Sebab ada yang nak beli something buat family. Aku on je. Oklah, jom makan cepat-cepat. Nanti lepas ni kita terus ke Pasar Payang.
Wan, tak makan ke? Mengikut sumber, dia dalam proses diet ni. Haha..
Inilah dia gerai yang aku maksudkan. Gerai Che Wer Nasi Dagang. Pada aku, nasi dagangnya sedap sekali. Dan juga berkali-kali sedapnya.
Siap mengenyangkan perut yang lapar ni, terus kami gerak ke Pasar Payang. Kami tiba di sana setelah setengah jam menunggang..
Oleh kerana parking motor yang agak terhad, maka kami terpaksa parking motor kat tepi pasar. Mujurlah kedai ni belum buka lagi. Harap-harap tak kena saman parking lah..
"Kawe tok payoh beli doh, kawe kelik kapong sokmo gu".. Haha..
Fuh, dia punya best cenggini haa... Hampir terinzal.. Haha..
Suasana sekitar dalam Pasar Payang. Macam-macam ada.
Beli kopok pulok gu. Takpe, motor ada kotak la katakan..
Amcam geng, dah nak gerak ke..? Erm.. Boleh la kot pelan-pelan
Sementara tu aku terpandang satu gerai kuih. Macam-macam kuih ada. Akok ada.. Apam polkadot, beka ubi, bengkang, karipap dan maca-macam lagilah. Tengok la menu tu. Haha..
Sedar tak sedar, dah 11:30 pagi dah. Lepas ni nak singgah rumah mertua Azar lagi.
Jom lah gerak balik homestay dulu. Kita kemas-kemas pastu dah boleh terus check out.
Jerebu masih lagi tebal masa ni. Bukit Besar pun tak berapa jelas.
Sampai di Shell Padang Nenas kalau tak silap, Azar nak isi minyak sebab meter minyak dia dah blinking dah. Stop dulu lah sekejap ye. Kelihatan Azrul dah lapar tu. Haha.. Sekejap ye..
Dah sampai homestay je tengok Abang Amri dah ada.. Hoho.. Dia akan join sama kami untuk ride balik Melaka nanti. Kemah..!!!
Hoii... Mana korang..? Aku dah lapau ni...
Cak..!!! Aaaa.... Apa dia..? Ada makan free..? Cak..!!
Hadoi.. Sakit pale kawang mikir ko awok-awok mung nih.. Punoh belaker..
Ok, jom kita gerak ke rumah mertua Azar. Sebenarnya mertua Azar dah plan nak ajak kami lunch sama-sama. Untuk tidak menghampakan harapannya dan harapan perut kami yang kosong ni, kompom kami akan singgah. Hahaha..
Kurang lebih 5 minit perjalanan, maka sampailah kami di tempat yang dituju. V11 bersama V12 sambil diperhatikan oleh V13
Jom naik. Nanti tuan rumah nak hidang makan jap lagi nih. Huhuu.. Lapar..!! Haha..
Bismillahirrahmanirrahim.. Amin.. Jemput makan semua. Tak cukup, tambah le lagi.
Zass.. Zass.. eh.. Zess.. zesss.. sss... ssss.... Peh.. Licin.. Sekelip mata je..
Terbaeik..!! Memang lepas ni dah tak makan tengahari dah ni. Jangan terlena atas motor udah le..
Jutaan terima kasih buat En. Che Mustapha dan Azar di atas lunch yang sedap tadi. Kenyang tak terkata..
Hampir 2 jam kami di sini.. Bersembang.. Solat.. Makan.. So, dah sampai masanya untuk kami MasukGear
Kami mula bertolak jam 3:00 petang dan laluan yang akan kami lalui nanti adalah melalui LPT2 - Gambang - Muadzam Shah - Segamat - Tangkak - Jasin.
Masing-masing dah bersedia nampaknya untuk pulang ke Melaka. Semua dalam mood kekenyangan tu.
Perjalanan diteruskan menuju ke Lebuhraya Pantai Timur 2. Sebelum LPT2 tu, ada satu stesen minyak Caltex.
Hsnff.. Hssnff.. Ooo.. Patut le.. Geng lori sedang berkonvoi.. Hehe..
Sampai di Caltex kg. Gemuroh, aku nak kasi full tank lah motor aku. Kerugian kat sini RM12.80 (RON95). Lepas ni dah tak ada stesen minyak dah sepanjang 227 km (jarak adalah berdasarkan Google Maps) menuju Gambang. Siapa-siapa yang belum full tank, kasi penuh semuanya ye.
Selepas full tank, aku tengok awan dah mendung. Memang tanda hujan akan mencurah sekejap lagi. Terasa macam jam 6:00 petang dah walaupun jam baru menunjukkan pukul 3:15 petang. Jadi, aku dah siap-siaplah balut handset, wallet dan juga kamera aku. Beg pakaian memang dah siap-siap buat waterproof dah. Hehe.. Ok, jom lah kita rentasi Lebuhraya Pantai Timur 2.
Sekejap hujan lebat, sekejap berhenti. Beberapa belas kilometer selepas tu, hujan lagi. Beberapa belas minit selepas tu, hujan berhenti. Macam tu lah sepanjang LPT2 ni. Dah berapa kali seluar kecik ni asyik basah dan kering je. Dah memang cuaca di Malaysia.. Hujan dan lembab sepanjang tahun. Hehehe..
Entah kat mana masa tu, tapi yang pastinya selepas 90 minit ride mengharungi LPT2, aku stop sekejap. Rantai motor aku dah agak kering sebab dah kena hujan. Tapi masih boleh jalan lagi. Kebetulan pula masa tu Azrul, Abg. Amri dan Faiz ada sekali, so berentilah sekejap. Azrul ada bawa minyak rantai.. Fuhh.. Terima kasih Rul. Aku punya nozzle dah rosak.. hurm.. Mana yang lain..? Yang lain masih meneruskan perjalanan.
Sampai simpang Gambang, Azrul dah terlajak menuju ke Kuala Lumpur. Dapat contact beliau, nanti dia pusing balik. Huhuhu.. Yang lain dah masuk susur Cheneh kalau tak silap sebab ada yang mencari stesen minyak. Takpelah, aku dah call Fizul dah, janji jumpa kat Simpang Gambang.
Erk.. Alahaaii... Nampak tak..? Ada nampak tak..? Kan..? Kannn...?
Kami sampai simpang Gambang dah jam 6:10 petang. Sementara itu, Azrul nak cari tandas dulu. Oklah, lagipun kumpulan satu lagi belum sampai ni. Sambil-sambil tunggu diorang, awak pergi le tandas ye.. hehe..
10 minit selepas tu, Azrul pun muncul. Hahaha.. So, kumpulan yang lagi satu pun dah sampai Gambang juga ni. Bergabung meletup dan boleh MasukGear lah. Jom kita..
Eberiting ok..? Eberiting gud.. Yeah..!
Chakk...!!! Ahahaha... haaha..
Baru nak masukgear, tiba-tiba motor Azar tak boleh start. Alamak.. Kenapa pula..? Katanya semua tak jalan. Meter tak hidup. Horn tak hidup. Semua kosong. Okeh, jom try tengok fius dulu. Aku kurang mahir bab-bab macam ni. Huhu..
Nasib baik ada Azrul. Pakar motorsikal anda. Haha.. Banyak markah ride dia kali ni walaupun dia kena tolak markah sebab gagal panjat devider.. Hihihi...
Ceria di dalam gundah.. Huhu.. Takpe, abam Azrul sedang cuba mengubati dulu..
Eh, tu dah nyala lampu tu. Wah.. Dah hidup kembali dah..? Oh, rupa-rupanya fius yang putus. Nasib baik ada fius lain. Ok lah kawan-kawan, kita gerak lepas tu kita makan dulu lepas ni eh. Masing-masing dah start keroncong untuk ana balik dah.
Hmpfff.. Hmmpffftt.. Hahaha.. Posing lagi..
Auuwuuuuuuuu... Dah siap dah eh..? Emuuuaahhhh...!!!! Jom la makan.. Jom la makan.. Jom le..
Selpie sekali.. Hahaha..
Siap selpie dan rehat buat seketika, perjalanan diteruskan. Sambil meninjau kedai makan, sambil meninjau pam minyak. Minyak motor aku ada 1 bar je lagi ni. Huahua.. Takpe, rasanya ada Caltex felda Lepar, dah tak jauh dari kedai makan.
Oleh kerana kami jumpa restoran dulu, maka kami akan isi perut dulu lah. Lepas ni baru isi tangki minyak
Jemput makan semua ye.
Aih, Tuan Idham punya nasi belum siap lagi eh??
Aku punya nasi goreng pun belum siap. Erm.. Hanya telor je yang baru sampai.. Lepas tu semua dah dapat makanan. Apa lagi kasi licin la. Hahaha..
Masa untuk bergerak pulang selepas lebih sejam kat sini. Lepas ni singgah caltex Kg. Lepar sekejap eh. Aku nak isi minyak.
Selesai sudah full tank. Kerugian di sini RM22.31 (1 sen tu.. kira belanja je la eh..?
Siap isi minyak, kelihatan Azrul sedang membetulkan lampu nombor plate terbakar.
Kasi posing satu kali. Erm..
Baru je nak gerak, lampu bawah (low beam) motor abang Amri pulak dah padam. Takkan nak sentiasa guna lampu tinggi.. Ye dok..? Dalam keadaan ni, Azrul sekali lagi tampil membantu abang Amri. Terbaeik Rul.. Huhu..
Kamon Rul and da gang.. Dah nak masuk 8:50 malam dah ni. hahaha.. Anyway, terima kasih buat Azrul kerana membantu Abang Amri. Cuma Versys ni ada sedikit kerumitan bila nak tukar mentol. Ada beberapa body part yang kena tanggal dulu baru tangan dapat menggapai tempat yang diperlukan. Hurm..
Tak kurang juga ada yang sedang mengisi masa lapang.. hihihi..
Ting..!! Dah berjaya.. Haha.. Dah boleh masukgear dah. So, kami akan lalu Segamat lah. Dari sini ke Muadzam Shah, seterusnya ke Segamat, kemudian ke Tangkak dan Jasin.
Lebih 90 minit masa ride, kami dah sampai Segamat. Ada yang nak singgah sini sekejap pekena teh ke barang secawan dua. Aku on je. Tapi tak dapat la lewat sangat. Sebab sekarang dah pukul 10:30 malam dah. Esok nak keje pagi.. Huhuhu..
Oklah, kasi park la dulu motor. Pastu kita minum-minum sekejap
Inilah kedainya. Berdekatan simpang penghujung jalan Kuantan - Segamat atau sekarang ni dikenali sebagai Lebuhraya Tun Razak. Ermm.. Agak-agak lebuhraya ke eh..? Hihi..
Sambil minum, sambil bincangkan topik-topik yang dirasakan perlu.
Sambil-sambil buat mini post-mortem tentang ride kali ini.
Kami gerak balik Melaka dalam jam 11:30 malam. Dan aku sampai rumah hampir pukul 1:00 pagi. Penat badan jelas terasa sampaikan ada yang ambil mc untuk esok. Hahaha.. Takpe, rehat-rehatlah ye. Nanti next time jangan serik pulak eh..
Sampai rumah, minyak motor aku masih lagi berbaki 2 bar. Erm.. Takpelah, esok nak gi kerja, aku nak kasi penuh kat Caltex Bemban. Baru le kita dapat tengok berapa penggunaan sebenar minyak motor aku. Haha..
Pagi-pagi keesokkan harinya, aku gi penuhkan tangki motor aku kat Caltex Bemban dan kerugian di sini adalah RM 18.50. Jarak keseluruhan yang aku tempuhi + jarak ke Caltex Bemban (stesen minyak last) adalah 1345km (300 meter tu kira belanja la eh..)
Penggunaan purata yang dapat dikira pula adalah 3.9L untuk setiap 100km. Penggunaan minyak keseluruhan pula..? Erm.. Tunggu sekejap eh. Aku nak buat jadual sekejap.
Inilah dia jumlah penggunaan minyak yang mengalami kerugian sepanjang ride kali ini dan aku menggunakan minyak RON95.
Alhamdulillah, selesai sudah ride untuk kali ini. Walaupun agak sedikit keletihan, namun aku rasa sungguh enjoy. Di sini juga kita dapat lihat semangat setiakawan yang ditunjukkan sesama ahli bila mana ada jentera yang jatuh sakit, yang lain sedia menghulurkan bantuan. Syabbas bette.. Hehehe..
Cuma, di sini juga aku nak minta maaf banyak-banyak di atas perkara-perkara yang mungkin terlebih dan terkurang, yang mungkin ada mengguris hati sesetengah pihak, mungkin itu secara tidak sengaja. Aku harap kita dapat perbaikinya untuk ride akan datang. Sampai sini dulu coretan aku untuk kali ini. Sehingga jumpa lagi. Jangan serik untuk ride lagi tau.. Hahaha..
Chow dulu..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment